kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
-
Upload
azim-hartal -
Category
Documents
-
view
267 -
download
0
Transcript of kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
1/24
1
PEG 3023
EKONOMI MALAYSIA
TUGASAN INDIVIDU
___________________________________________
CABARAN DAN KELEBIHAN MALAYSIA DALAMMENANDATANGANI PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS
PASIFIK (TPPA) .
________________________________________________
ABDUL AZIM BIN ABDUL RAZAKD20131063905
AT 18 : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMIFAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
SEMESTER 3SESI 2013/2014
GROUP: BLECTURER
DR.ZAINIZAM BIN ZAKARIYA
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
2/24
2
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 MALAYSIA KEARAH PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK 2
2.1 LATAR BELAKANG PERJANJIANTPPA 2
2.2 PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM RUNDINGAN TPPA 4
2.3 PROSES KEARAH MENANDATANGANI TPPA 4
3.0 PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK : ANCAMAN REALITI ATAU PERSEPSI 7
3.1 CABARAN UTAMA DALAM PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK 7
3.2 PADANGAN DARIPADA UMUM MENGENAI TPPA 12
4.0 PERJANJIAN TRANS-PASIFIK : SESUATU YANG TIDAK DIPERKATAKAN 14
4.1 PENGALAMAN PERDANGANGAN BEBAS ANTARABANGSA MALAYSIA 14
4.2 RASIONAL MALAYSIA MENYERTAI PERJANJIAN TRANS-PASIFIK 16
4.3 KELEBIHAN DAN PELUANG MALAYSIA MENYERTAI TPPA 16
5.0 KESIMPULAN 20
RUJUKAN 21
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
3/24
3
1.0 PENDAHULUAN.
Selepas tamat perang dunia ke-II, Amerika Syarikat berjaya menjadi kuasa dunia yang
besar dan menjadi kuasa yang unggul dalam sistem ekonomi dunia. Dengan kebanyakkan
negara-negara barat seperti Britain dan Negara-negara Eropah Barat mengalami kesanyang sangat teruk selepas perang, Amerika Syarikat hanya satu-satu negara yang
menguasai ekonomi dunia .Selepas itu, sandaran mata wang kepada emas di tukar kepada
Dollar Us meyebabkan satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan wang antarabangsa
International Monetary Fund (IMF) di tubuhkan. Maka sistem ekonomi dunia semakin dilihat
kompleks serta kebergantungan negara dengan negara lain ataupun perdangangan
antarabangsa sangat penting oleh itu pada tahun 1947 dalam kerangka Bretton Wood
membentuk satu pakatan iaitu General Agreements on Tariffs and Trade (GATT) dalam
usaha memudahkan dan menyelesaikan isu-isu perdangangan antarabangsa dan lebihpenting untuk mengalakkan liberalisasi ekonomi di dunia.
Malaysia pada dasarnya sangat bergantung kepada perdangangan
antarabangsa sejak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Malaysia telah menjadi anggota
ahli kepada GATT apabila menyertai persidangan Uruguay Round pada tahun 1957 lagi.
Oleh itu, Malaysia secara umum menerima apa jua bentuk perjanjian ataupun usaha sama
dalam meliberalisasikan lagi ekonomi Malaysia selagi ia membawa kelebihan dan tidak
mengugat kedaulatan dan ekonomi negara ini. Secara jelas bahawa penglibatan Malaysiadalam perdangangan antarabangsa telah memberi kesan yang baik dan menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi yang sangat memberansangkan.
Free Trade agreement (FTA), World Trade Organisation, dan TPPA adalah
antara perjanjian dua hala atau serantau yang telah atau bakal Malaysia tandatangani.
Malaysia melalui perjanjian seumpama ini telah menikmati pelbagai faedah dalam memacu
pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh FTA, yang merupakan perjanjian antara dua
atau lebih negara untuk membentuk kawasan bebas dagang di mana perdaganganbarangan dan perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan halangan bukan tarif dan tarif yang
minimum, Malaysia melalui FTA telah menikmati pelbagai kelebihan perdangangan
antarabangsa seperti pengurangan cukai ke negara ahli, dan akses utama dalam pasaran
yang lebih luas.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
4/24
4
Antara isu berkenaan dengan FTA di Malaysia adalah TPPA yang menjadi
polemik kepada Malaysia sama ada perjanjian ini baik atau bakal mendatangkan
keburukkan kepada negara. TPPA atau Trans Pacific Partnership Agreement adalah satu
perjanjianyang membentuk satu usaha sama dan persefahaman untuk mewujudkan satu
kawasan perdangangan bebas diantara ahli negara angota.
Namun begitu, seperti mana dasar terbuka tetap memberi kesan buruk kepada
negara, dan pasti timbul polemik dalaman kepada mana-mana negara, terutamnya bagi
negara-negara sedang membangun yang khuatir menjadi magsa kepada negara-negara
besar dengan menimbulkan sentiment kolonalisasi daripada negara maju. Tidak terkecuali
Malaysia, setiap perjanjian atau usaha kerajaan dalam meliberalisaskan ekonomi menjadi
polemic kepada negara sama ada usaha tersebut baik atau buruk kepada ekonomi negara
dan sekaligus masa depan negara. Perlu difahami sejarah negara Malaysia yang dijajahkerana ekploitasi ekonomi menjadi pengajaran kepada masyarakat negara ini untuk tidak
mudah menyerahkan kedaulatan iaitu kuasa ekonomi negara ini kepada negara asing.
Ditambah lagi dengan turun-naik suasana politik negara yang menyebabkan
perjanjian atau usaha sama mendapat pandangan yang berbeza daripada kalangan
masyarakat, pandangan ini bergantung kepada bagaimana maklumat atau pengetahuan
mengenai sesuatu usaha atau perjanjian itu disampaikan kepada masyarakat. Oleh kerana
itu kerajaan yang memerintah sentiasa berhati-hati dalam menjalankan apa jua usaha samabagi mengelakkan kedaulatan negara ini tergugat. Namun begitu, bukti bahawa ekonomi
Malaysia berkembang dengan baik akibat daripada perjanjian perdangangan antarabangsa
ini juga tidak dapat dinafikan tetapi kesan sampingannya juga perlu diakui.
2.0 MALAYSIA KE ARAH PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK.
2.1 LATAR BELAKANG PERJANJIAN TPPA.
TPPA atau Trans Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik)
adalah satu perjanjian perdangangan bebas antarabangsa (FTA) yang ditubuhkan dalam
menjalinkan usaha sama perdangangan denganahli negara anggota yang terlibat. Srtakat
ini sebanyak 12 buah negara termasuk Malaysia terlibat dalam rundinggan TPPA ini.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
5/24
5
Perjanjian TPPA bermula apabila perjanjian perdangangan bebas (P4) diantara
New Zealand, Singapore, Chile dan Brunei ditandatangani pada tahun 2005. Seterusnya
perjanjian P4 ini di luaskan dengan kemasukan USA, Australia, Peru dan Vietnam pada Mac
2010 dan didiberi nama Trans Pacific Partnership Agreement(TPPA). Skop perjanjiandiperluaskan dengan isu-isu baru untuk mewujudkan perjanjian berstandard tinggi dan
komprehensif.
Perjanjian TPPA ini melibatkan hampir 12 buah negara yang melibatkan 800 juta
orang penduduk dan gabungan KDNK sebanyak AS$27.5 trillion untuk membentuk satu
kawasan perdangangan bebas (FTA) dan setakat ini hampir 19 rundingan telah dilakukan
untuk kesemua 12 negara terlibat.
Rundingan pertama telah dilakukan di Melbourne Australia pada 2010 dengan
penyertaan yang lebih luas termasuk kuasa besar dunia USA. Kini sudah hampir 19
pusingan rundingan dibuat bersama. Skop TPPA meliputi elemen tradisi FTA iaitu:
1. Akses pasaran
2. Halangan teknikal pada perdagangan
3. Langkah sanitari dan psitosanitari
4. Peraturan Tempasal
5. Kerjasama Kastam
6. Pelaburan
7. Perkhidmatan
8. Perkhidmatan kewangan
9. Telekomunikasi
10. E-Dagang
11. Pergerakan Perniagaan
12. Perolehan Kerajaan
13. Persaingan
14.Harta Intelek
15. Buruh
16. Alam Sekitar
17. Membina kapasiti
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
6/24
6
18. Non-Conforming Measures
19. Trade Remedy
20. Isu-isu Horizontal
21. Perundangan dan Institusi
Bagi Malaysia, beberapa elemen tradisi FTA adalah sesuatu yang sudah biasa di
tempuhi namun beberapa elemen seperti persaingan, buruh, alam sekitar, perolehan
kerajaan dan harta intelek adalah sesuatu yang baru buat Malaysia dalam rundingan
melibatkan FTA.
2.2 PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM RUNDINGAN TPPA.
Setelah Malaysia gagal dalam menjalinkan perjanjian perdangangan bebas US-MALAYSIA
(USMFTA), oleh kerana itu, Kerajaan Malaysia melihat penglibatan dalam TPPA adalah
satu cara lain untuk mendapatkan semula peluang-peluang yang hilang daripada
terbatalnya perjanjian USMTA ini. Perlu difahami hubungan Malaysia dengan USA adalah
sangat penting dan dilihat sebagai satu cara bagaimana Malaysia boleh menjadi negara
yang bersaing dengan negara-negara lain.
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menyertai TPPA pada Mac 2010setelah beberapa siri konsultasi dan rundingan dibuat dengan beberapa pihak seperti
dewan perniagaan, persatuan bumiputra dan IKS rermasuk maklum balas daripada
masyarakat umum.
Setelah mengkaji pandangan daripada pihak-pihak terlibat berkenaan kerajaan
Malaysia dengan keputusan daripada Kabinet memutuskan untuk Malaysia patut menyertai
rundingan TPPA di Melbourne, dengan itu telah menyertai sebagai anggota perunding
penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darussalam pada Oktober 2010.
2.3 PROSES KEARAH MENANDATANGANI TPPA.
Setakat ini, perjanjian TPPA ini masih dalam proses rundingan dengan 12 negara anggota
dan keputusan rundingan akan diketahui oleh dunia termasuk Malaysia pada awal tahun
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
7/24
7
2015, namun begitu, Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,
mengesahkan bahawa Malaysia mengambil keputusan serius untuk menyertai perjanjian
TPPA ini dan menganggap ia satu usaha yang penting untuk Malaysia bagi memacu
pertumbuhan ekonomi dengan akses yang lebih luas dan liberal. Namun, Kerajaan
Malaysia, masih menimbangkan segala keputusan yang dibuat dalam rundingan TPPA inidengan mengambil kira semua isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan rakyat
negara ini.
Semenjak Malaysia menyertai rundingan TPPA pada 2010, banyak maklumat
dan butir rundingan dirahsiakan ini kerana segala butir rundingan masih berada dalam
rundingan negara anggota dan menjadi satu tangungjawab untuk tidak mendedahkannya
kepada umum. Namun begitu Kerajaan Malaysia sentiasa memberi jaminan kepada rakyat
negara ini bahawa kepentingan ekonomi negara sentiasa diutaman dalam rundingan yangdibuat melibatkan wakil negara Malaysia.
Kabinet telah memberi mandat kepada beberapa kementerian dan jabatan-
jabatan dalam kerajaan untuk mengkoordinasi dan memperhalusi perjanjian TPPA ini
sekaligus menjadi pihak secara langsung dalam rundingan mewakili negara Malaysia.
Mandat sebagai ketua perunding telah diberi kepada menteri dari Kementerian
Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai pengkoordinasi penyertaan
Malaysia dalam rundingan ini. Selain itu, beberapa kementerian dan jabatan serta agensikerajaan lain turut terlibat dalam memperhalusi lagi butir rundingan TPPA ini. Berikut
merupakan senarai penuh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam
rundingan TPPA bagi pihak Malaysia.
Bidang dalam rundingan TPPA Kementerian dan agensi yang mengkoordinasi
Akses pasaran dalam barangan Kementerian Perdangangan antarabangsa dan
industry
Halangan teknikal kepadaperdangangan
Jabatan Standard Malaysia
Sanitari dan Psitosanitari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kerjasama kastam Jabatan Kastam DIraja
Peraturan tempasal Kementerian Perdangangan antarabangsa danindustry
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
8/24
8
Trade Remedy Kementerian Perdangangan antarabangsa danindustry
Pelaburan Kementerian Perdangangan antarabangsa danindustry
Perkhidmatan Kementerian Perdangangan antarabangsa danindustry
Non-confirming measure Kementerian Perdangangan antarabangsa danindustry
Perkhidmatan kewangan Bank Negara Malaysia
Telekomunikasi Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia
E-dangang Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia
Mobiliti perdangangan Kementerian Perdangangan antarabangsa dan
industry
Perolehan kerajaan Kementerian kewangan
Dasar persaingan Kementerian perdangangan dalam negari,
kepenggunaan dan koperasi
Hakharta intelek Kementerian perdangangan dalam negari,
kepenggunaan dan koperasi
buruh Kementerian sumber manusia
Alam sekitar Kementerian sumber asli dan alam sekitar
Membina kapasiti Kementerian Perdangangan antarabangsa dan
industry
Isu horizontal Kementerian Perdangangan antarabangsa danindustry
perundangan Pejabat peguam negara
Kementerian, jabatan dan agensi yang diberi mandat ini bertangungjawab dalam
mengenengahkan isu-isu dan menjaga kepentingan negara dalam setiap rundingan TPPA
yang dijalankan. Namun begitu, segala butir dan maklumat masih perlu menjadi rahsia dan
menyebabkan perkembangan terkini TPPA ini sukar untuk diketahui umum, semenjak
Malaysia menjadi ahli rundingan penuh TPPA, rundingan ini sebanyak 19 kali rundingantelah dibuat
Akibat daripada kebimbangan rakyat dan juga pelbagai isu yang ditimbulkan
mengenai TPPA ini satu kaukus atau Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC)
ditubuhkan khusus untuk membincangakanlagi dengan lebih mendalam soal kewajaran
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
9/24
9
Malaysia dalam menyertai TPPA ini. Kausus ini telah ditubuhkan pada julai 2013, dengan
melibatkan beberapa ahli daripada Ahli Perlimen Parti Barisan Nasional dan Ahli Parlimen
Pakatan Rakyat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan dalam membincangkan dan
memberi ruang memperjelaskan TPPA daripada kerajaan.
Kaukus parlimen dalam isu TPPA ini membawa lebih pandangan daripada
pelbagai pihak termasuk rakyat dalam memberi kewajaran dan mendapat penjelasan
kerajaan dalam menyertai TPPA ini, pada pertemuan pada bulan September 2013, kaukus
parlimen mengenai TPPA, bersetuju agar rundingan Malaysia dalam TPPA diteruskan.
Semenjak kaukus parlimen mengenai TPPA ini ditubuh sebanyak 61 pertemuan telah dibuat
hingga November 2014.
Pada September 2014, Perdana Menteri Malaysia memberi gambaran bahawaMalaysia amat komited untuk menjadi sebahagian dalam perjanjian TPPA ini dengan
memberi jaminan bahawa segala isu kepentingan negara pasti akan dilindungi oleh
kerajaan. Namun segala keputusan muktamad akan diputuskan oleh Kerajaan dengan
melihat keputusan akhir di meja rundinga TPPA pada awal 2015 nanti.
3.0 PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK : ANCAMAN REALITI ATAU
PERSEPSI?
3.1 . CABARAN UTAMA DALAM PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK.
Tidak boleh dielak cabaran yang bakal dihadapi oleh Malaysia sekiranya menandatangani
TPPA ini. kerana banyak elemen dalam kandungan TPPA ini merupakan elemen yang baru
dan masih belum pernah di hadapi oleh kerajaan Malaysia dalam mana-mana perjanjian
FTA sejak merdeka lagi antara elemen yang menjadi cabaran utama tersebut adalah isu
perolehan kerajaan, hak harta intelektual, Syarikat milik kerajaan (State- OwnedEnterprise), isu buruh dan alam sekitar dan isu Penyelesaian Pertikaian Negara (State
Dispute Settlement) atau ISDS.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
10/24
10
1. Perolehan negara Government Proc urement (GP)
Berhadapan dengan elemen perolehan kerajaan dalam perjanjian dangangan bebas
adalah sesuatu yang masih baru buat kerajaan Malaysia ini kerana dalam beberapa
perjanjian dangangan bebas (FTA) elemen ini tidak pernah dilibatkan oleh Malaysia.Perolehan kerajaan atau government procurement adalah satu tender awam atau
perolehan awam dimana ia adalah perolehan barang dan perkhidmatan kepada pihak
berkuasa tempatan contohnya agensi kerajaan atau dengan ertikata lain pihak awam
berurusan niaga dengan kerajaan dan kerajaan membeli barang atau perkhidmatan
yang di sedijual oleh pihak swasta.
Dalam isu perolehan kerajaan ini, TPPA akan menyebabkan pihak kerajaan tidak
dibenarkan untuk memihak atau memberi keistimewaan kepada syarikat atau syarikatsepara kerajaan (GLC) tempatan sebaliknya perlu juga untuk membuka ruang yang
tidak terhad kepada syarikat luar untuk bersaing bagimendapatkan tender atau projek
daripada kerajaan. Ini menimbulkan satu ancaman besar kepada syarikat di Malaysia
apabila perlu bersaing dengan syarikat luar yang mempunyai modal dan nilai pelaburan
yang lebih tinggi, seterusnya isu ini mengancam kepentingan syarikat bumiputra dalam
mendapat perolehan kerajaan.
2. Hak harta intelektual Intellectual pro perty righ t (IPR).
Hak harta intelektual juga adalah elemen baru dalam dangangan bebas bagi Malaysia.
Hak harta intelektual dalam dangangan antarabangsa adalah berkaitan dengan memberi
pengiktirafan kepada pencipta dan memeberi hak ekslusif terhadap hasil kerjanya.
Dalam IPR ini menjaga hasil kerja pencipta (inventor) daripada diciplak dan ditiru
seterusnya bagi mengelakkan dan melindungi pencipta (inventor) daripada perlu
bersaing dengan barang-barang yang diciplak. IPR memberi kelebihan kepada
pemengang hak intelektual.
Dalam isu hak harta intelektual dalam TPPA ini adalah berkaitan dengan akses
untuk Malaysia bagi mendapatkan barang perubatan dan penjagaan kesihatan generik .
Barang perubatan dan penjagaan kesihatan generik adalah barang perubatan yang
mempunyai fungsi sama dan formula yang sama dengan ubat-ubatan yang asal dicipta
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
11/24
11
namun mempunyai harga yang lebih rendah daripada barang perubatan yang asal.
Barang perubatan yang asal mempunyai harga yang lebih tinggi kerana terdapat
tuntutan harga farmasutikal termasuk perlindungan hak intelektual daripada pencipta
(inventor) namun tidak seperti barang perubatan generik kerana ubat generik
mengambil kaedah bagaimana ubat asal dibuat tetapi menggunakan nama atau brandyang berbeza oleh itu barang peruabatan generik jauh lebih murah daripada barang
perubatan bukan generik. Barang perubatan generik boleh didapati kebanyakkan
daripada negara China.
Kerajaan Malaysia banyak mengimport perubatan dan barang penjagaan
kesihatan generik daripada negara China oleh sebab harga yang murah dan mampu beli
oleh kebanyakkan rakyat negara ini. Barang-barang perubatan generic ini kebanyakkan
didapati di hospital milik kerajaan. Oleh yang demikian, cabaran besar buat Malaysiasekiranya menandatanagani TPPA ini kerana dalam TPPA negara-negara anggota tidak
dibenarkan untuk membeli sebarang barang atau perkhidamatan yang ditiru sebaliknya
perlu mengimport daripada pengeluar asalnya.
Oleh itu, kesanya, kemasukkan perubatan generic pasti tidak dapat diakses di
Malaysia yang akan menyebabkan berlakunya kenaikkan kos yang lebih tinggi kepada
rakyat negara ini untuk mendapatkan bekalan perubatan dan penjagaan kesihatan, dan
pasti memeberi kesan kepada rakyat dalam lingkungan berpendapatan sederhana danrendah.
3. Penyelesaian Pertikaian Negara Antarabangsa International State Dispute
Settlement (ISDS)
Penyelesaian Pertikaian Negara Antarabangsa atau ISDS adalah satu cara bagi pelabur
asing mengheret dan mengenakan tindakkan undang-undang kepada sesebuah
kerajaan kerana mengancam atau menganiaya pelaburan pelabur di sesebuah negarake mahkamah antarabangsa. Peruntukkan ini membolehkan mana-mana syarikat
pelabur yang merasakan tindakkan sesebuah kerajaan dalam menghalang atau
membatasi kegiatan mereka dengan apa cara sekalipun termasuk mencipta satu akta
baru boleh bertindak untuk membawa kerajaan tersebut ke mahkamah untuk tujuan
ganti rugi atau tuntutan kerosakkan.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
12/24
12
Meskipun elemen ini bukanlah baru bagi Malaysia kerana sejak 1963 lagi
Malaysia telah beberapa kali menandatangani perjanjian yang melibatkan ISDS ini.
Walaupun begitu, perjanjian tersebut tidak melibatkan kuasa besar USA, tetapi bagi
TPPA ia melibatkan kuasa besar USA dimana ditakuti pelaksanaan ISDS akanmengancam kedaulatan perundangan negara.
Melalui ISDS, sesebuah kerajaan tidak boleh dengan mudah untuk
melaksanakan apa jua bentuk halangan meskipun melalui perundangan keatas pelabur
dari negara anggota, ini menimbulkan kerisauan apabila syarikat gergasi dari luar
memasuki pasaran negara ini dan melihat bahawa pelaburan mereka membawa kesan
buruk kepada negara, kerajaan tidak boleh menghalang syarikat terbabit melainkan
terdapat peraturan sebelum ISDS di kuatkuasakan.
Selain itu, ahli perundangan seperti Tun Daim Zainuddin, menyatakan sekiranya
TPPA di tandatangani sudah pasti ISDS dilaksanakan ini akan menyebabkan keadilan
akan disalah erti kepada keadilan untuk koperat dengan bertopengkan keadilan untuk
semua. Syarikat -syarikat asing akan merasa selesa dan terjamin melakukan apa sahaja
tanpa mengira kesan ke atas negara tersebut kerana tiada undang-undang domestic
dapat menghalang kegiatan mereka.
4. Syarikat Milik Kerajaan State Owned Enterpri se (S.O.E)
Syarikat milik kerajaan atau state owned enterprise (SOE) adalah satu entiti perniagaan
yang sah yang di wujudkan oleh kerajaan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
komersial bagi pihak kerajaan. SOE di miliki sepenuhnya oleh kerajaan atau separuh
milik kerajaan dan sebahagian lagi milik swasta atau juga digelar sebagai Government-
Linked Company (GLC).. Di Malaysia terdapat hampir 462 syarikat koperat yangberstatus GLC, antara contoh syarikat milik kerajaan di Malaysia ialah, Kereta Api Tanah
Melayu Berhd, Khazanah Nasional Berhd, Petronas Berhd dan sebagainya.
Malaysia adalah sebuah negara yang pelbagai bangsa, itu adalah fakta yang
yang perlu sentiasa di pandang serius. sejak dari merdeka lagi kaum Bumiputra
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
13/24
13
mempunyai masalah dalam membangunkan ekonomi mereka, kini kaum bumiputra
adalah ditangga ke empat pengangan ekuiti berbanding dengan kaum yang lain di
Malaysia. Oleh itu, pemilikkan bumiputra ke atas Syarikat Milik Kerajaan ini adalah satu
cara bagaimana kerajaan mahu melibatkan bumiputra di peringkat koperat dan
meningkatkan lagi ekuiti bumiputra supaya mereka tidak kebelakang daripada bangsalain.
Selain daripada itu, SOE mendapat keistimewaan seperti susidi, pelepasan cukai
dan pinjaman yang murah daripada kerajaan oleh kerana di miliki sepenuhnya atau
separuh oleh kerajaan. Selain daripada itu, SOE tidak perlu bimbang untuk bersaing di
pasaran kerana pihak kerajaan akan melaksanakan dasar perlindungan atau dasar
persaingan untuk melindungi SOE daripada bersaing dengan syarikat lain dalam
industrinya. Oleh itu, sudah semestinya, SOE mengancam syarikat asing daripadamembuat pelaburan di negara ini, kerana walaupun syarikat asing mempunyai modal
yang lebih besar daripada SOE tetapi masih tidak dapat bersaing menandingi SOE
kerana mereka mendapat keistimewaan daripada kerajaan.
Oleh kerana itu, melalui perjanjian TPPA peranan SOE ini perlu dikurangkan dan
SOE perlu bersaing secara sama rata tanpa mendapat perlindungan daripada kerajaan
dengan syarikat-syarikat tempatan dan asing yang lain. Ini akan mengakibatkan SOE
dan GLC di negara ini perlu berhadapan dengan risiko persaingan yang sengit dengansyarikat-syarikat gergasi dunia dan ini menimbulkan kerisauan kerana syarikat milik
kerajaan ini telah banyak membantu rakyat terutamnya dalam memberi perkhidmatan
yang murah dan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah. Sudah pasti
penglibatan Malaysia dalam TPPA akan menyebabkan peranan SOE dalam membantu
Bumiputra meningkatkan pengangan ekuiti mereka turut tercabar malah memburukkan
lagi keadaan apabila bumiputra perlu bersaing dengan syarikat gergasi asing dari
negara-negara maju terutamanya USA.
5. Buruh dan Alam sekitar.
Melalui TPPA, cabaran utama dilihat apabila beberapa usul dalam kertas
perjanjian TPPA menghalang kerajaan dalam memperkenalkan peraturan baharu untuk
melindungi pekerja melainkan dengan hanya perlu menggunakan undang-undang sedia
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
14/24
14
ada sahaja. Ini mengakibatkan kerajaan di masa hadapan tidak dapat mengenakan atau
dengan mudah mengubah apa jua peraturan untuk melindungi pekerja di Malaysia
walaupun perlu pada masa itu kerajaan memperkenalkan peraturan baru bagi menjaga
kepentingan buruh di Malaysia. Sebagai contoh peraturan gaji minima pada tahap gaji
RM900.00 walaupun peraturan ini telah di kuat kuasakan namun, sekiranya TPPA ditandatangani, paras gaji minima ini tidak boleh di semak semula dan terpaksa kekal
pada tahap minima RM900 walau pada masa itu jumlah berkenaan adalah tidak
bersesuain.
Begitu juga dengan isu alam sekitar, melalui TPPA kerajaan tidakboleh dengan
mudah untuk melaksanakan peraturan baru untuk melindungi alam sekitar. Ini
akanmengakibatkan sebarang bentuk perlindungan keatas alam sekitar seperti hutan
simpan, langkah-langkah pemuliharaan dan sebagainya akan menimbulkan masalahkepada kerajaan. Hal ini kerana, apabila, sesuatu peraturan alam sekitar di buat akan
memberi kesan kepada syarikat dari negara anggota dan kerajaan boleh dikenakan
tindakkan perundangan di bawah bab ISDS dalam TPPA.
3.2 PANDANGAN DARIPADA UMUM MENGENAI PERJANJIAN PERKONGSIAN
TRANS PASIFIK (TPPA)
Persoalan mula timbul, mengapa Trans Pasifik?, Malaysia sebelum ini menentang dan
sangat mengkiritik perjanjian WTO (Word Trade Organisation) dan menyifatkan
perjanjian tersebut sebagai penjajahan dunia baru dan Malaysia melalui Tan Sri
Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri lantang
menentang asakan kuasa besar agar Malaysia menandatangani WTO. Begitu juga pada
2008 apabila FTA USA- MALAYSIA yang berakhir dengan 58 isu tidak selesai
mengakibatkan Malaysia menarik diri dari meja rundingan. Oleh itu, persoalan mengapaTrans Pasifik timbul dibenak fikiran rakyat.
TPPA adalah atu perjanjian antarabangsa yang merupakan agenda utama dalam
pemerintahan Obama, Presiden Amerika Syarikat berkenaan hubungan ekonomi
antarabangsa. Oleh itu, beberapa pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
15/24
15
dan beberapa tokoh negara termasuk rakyat akar umbi sendiri memberi pandangan
kurang selesa dan tidak yakin kepada perjanjian TPPA, apatah lagi butiran perjanjian ini
adalah penuh rahsia dan hanya lima perkara yang terkeluar ke pengetahuan umum.
Antara pandangan beberapa pihak mengenai perjanjian TPPA ini adalah, melihatbahawa perjanjian ini hanya untuk kepentingan ekonomi negara Amerika sahaja. Ini
dibuktikan apabila satu laman sesawang rasmi Perwakilan Perdangangan Amerika
Syarikat atau United State Representative Trade (USTR) menyatakan bahawa Presiden
Amerika mahu mencapai harapan (ambitious), generasi berikut dalam Perjanjian
Perdangangan Asia Pasifik yang mencerminkan keutamaan dan bernilai US .
Kenyataan ini mengambarkan Amerika melalui TPPA mahu mencapai pertumbuhan
yang memberansangkan dan mencipta pekerja berkualiti untuk isi rumah di Amerika
dengan mengeksport barang ke kawasan yang ekonominya bergantung kepadapelaburan asing seperti US. Oleh kerana itu, dunia melihat Amerika mahu menggunakan
TPPA demi kepentingan ekonominya sahaja dengan mahu mengurangkan halangan
dangangan secara semaksimum mungkin dan akses yang lebih besar ke pasaran dunia.
Selain daripada itu, beberapa tokoh di Malaysia juga turut mengkritik dan
memberi pandangan bahawa perjanjian TPPA ini hanya akan merugikan negara. Tokoh
tersebut seperti Tun Mahatihr Mohd, bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat yang
menyifatkan bahawa TPPA hanya suatu yang merugikan negara dan bakal memberiancaman kepada negara apabila pelabur asing boleh mengenakan tindakan
perundangan kepada negara melalui peruntukan ISDS, walaupun tindakkan kerajaan itu
demi kepentingan rakyat tetapi akibat merugikan kepentingan pelabur asing maka
negara akan menerima akibatnya. Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Tun Daim
Zainuddin bekas Menteri Kewangan Malaysia yang berpendapat, Malaysia tidak cukup
kuat untuk bersaing dengan teknokrat asing yang bakal mengakibatkan negara tidak
dapat merebut peluang yang tersedia seterusnya bakal merugikan negara ini.
Walau bagaimanapun, pandangan umum berkenaan dengan perjanjian Trans
Pasifik ini masih kurang, butiran rundingan perjanjian juga sangat dirahsiakan oleh
kerajaan hanya beberapa perkara sahaja di ketahu umum, oleh kerana itu,
perbincangan dan maklumat yang disampaikan hanya dalam bentuk andaian. Kesanya
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
16/24
16
maklumat sebenar sama ada TPPA ini baik untuk negara atau tidak, masih tidak jelas
walaupun kerajaan cuba meyakinkan rakyat dengan pelbagai jaminan.
4.0 PERJANJIAN TRANS-PASIFIK : SESUATU YANG TIDAK DIPERKATAKAN.
Kritikan dan bantahan keatas TPPA mudah diperolehi , malah kebanyakkan pandangan
berkenaan dengan TPPA cuba untuk membuktikan perjanjian ini bakal merugikan
negara dan suara-suara mendesak kerajaan menarik diri daripada TPPA juga lebih
daripada suara yang menyokong tindakkan kerajaan dalam berunding mengenai TPPA
ini. Namun perlu juga diakui bahawa, perjanjian perkongsian trans-pasifik ini membawa
kelebihan kepada negara, dengan gabungan hampir $27.5 trillion KDNK dan meliputi
hampir 800 juta penduduk, akses pasaran yang sangat luas bakal diperolehi olehMalaysia, apatah lagi gabungan negara besar Amerika yang mempunyai kepakaran
dalam bidang teknologi dan saintifik turut akan memberi kebaikan kepada Malaysia di
samping meningkatkan eksport negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ini.
4.1 PENGALAMAN PERDANGANGAN BEBAS ANTARABANGSA MALAYSIA.
Perjanjian PerkongsianTrans-Pasifik masih berada dalam meja rundingan diantara
negara anggota lagi, keputusan akhir hanya akan diketahui pada awal tahun 2015 nanti,
buat masa sekarang tidak dapat dibuktikan bagaimana TPPA akan memeberi impak
yang besar kepada ekonomi Malaysia. Namun begitu, kita dapat melihat Pengalaman
Malaysia dalam menjalankan perjanjian perdangangan bebas di peringkat antarabangsa
dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perdangangan antarabangsa telah berjaya
memainkan peranan yang sangat penting kepada Malaysia, setiap tahun angka import
dan eksport akan bertambah dalam jangka masa tertentu dan sumbangan keatas KNK
juga besar dipengaruhi oleh import dan eksport ini jelas menunjukkan Malaysia
mengamalkan dasar keterbukaan dalam kegiatan ekonomi malah sudah lama
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
17/24
17
meliberalisasikan ekonomi untuk kepentingan negara Malaysia. Pertumbuhan
perdangangan di Malaysia di rancakkan lagi dengan penglibatan Malaysia dalam
perjanjian perdangangan bebas (FTA) serantau dan hala setakat ini Malaysia telah
menjalankan 6 FTA serantau dan 6 FTA dua hala.
Antara FTA yang telah Malaysia jalankan adalah Perjanjian Kawasan
Perdangangan Bebas ASEAN atau Asean Free Trade Area (AFTA). AFTA adalah
perjanjian yang ditubuhkan dikalangan negara-negara Asia Tenggara dengan
membentuk satu kawasan perdangangan bebas bagi mewujudkan satu pasaran dan
pangkalan pengeluaran antarabangsa melalui penghapusan tariff dan halangan bukan
tariff di antara negara anggota.
AFTA telah memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan ekonomi negara
Malaysia dan negara anggota. Akibat daripada penghapusan tariff dan bukan tariff,
kebanyakkan negara Asia tenggara menjadi lebih efisien dalam pasaran global. Pada
tahun 2012 sahaja jumlah dangangan dinikmati oleh ASEAN daripada AFTA mencecah
US$601 billion dengan peningkatan sebanyak 0.5% daripada 2011. Malah AFTA
menjadikan ASEAN sebagai pasaran utama negara apabila catatan dangangan 26.5%
selama 3 tahun berturut-turut. ASEAN menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia
Sealain itu, Malaysia turut memperoleh kelebihan daripada hubungan serantau
ini apabila pelaburan asing (FDI) Malaysia meningkat kepada US$109 billion pada tahun
2011, malah Malaysia melalaui AFTA telah berjaya mencatat sebanyak 27.4%
sumbangan kepada jumlah perdangangan dunia Malaysia. Hasilnya syarikat-syarikat
Malaysia seperti Maybank, Axiata, Kencana Petroleum, Sapura Crest dan banyak lagi
menjadi koglemerat yang aktif dalam rantau Asean ini.
Melalaui AFTA jelas Malaysia memperoleh banyak manfaat dalam memacu
pertumbuhan ekonomi negara, oleh itu, daripada kejayaan Malaysia dalam AFTA telah
memberi keyakinan kepada Malaysia untuk menyertai TPPA apatah lagi skop TPPA
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
18/24
18
lebih luas berbanding AFTA dan sudah tentu memberi impak yang besar juga kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia.
4.2 RASIONAL MALAYSIA MENYERTAI PERJANJIAN TRANS-PASIFIK
Malaysia merupakan negara perdangangan malah perdangangan antarabangsa banyak
memberi faedah dan kelebihan kepada negara. Oleh itu, penglibatan Malaysia dalam
TPPA memberi inisiatif kepada Malaysia dalam meluasakn lagi akses pasaran. Malaysia
memerlukan satu pasaran yang luas untuk memasarkan barangan negara. Dengan
jaminan hampir 800 juta populas, TPPA memberi jaminan pasaran yang lebih terjamin
kepada Malaysia.
Selain itu, bagi meningkatkan daya saing negara, terutamanya daya saing
syarikat tempatan. TPPA akan menyaksikan syarikat asing akan turut memasuki negara
ini termasuklah syarikat tempatan akan turut juga memasuki industry negara anggota
yang lain. Oleh itu, persaingan akan timbul dalam kalangan syarikat dari negara anggota
justeru akan menimbulkan satu persaingan yang baik dimana syarikat tempatan juga
memperoleh peluang untuk meluaskan pasaran mereka ke luar.
Malah, sekiranya Malaysia memutuskan untuk tidak menyertai TPPA, akanmenyebabkan Malaysia mengalami kerugian terutamanya dari segi mencari akses
pasaran lebih baik bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia, Selain itu, keputusan
tidak menyertai Malaysia akan menyebabkan pengekspoet Malaysia menjadi tidak
kompetatif kerana Malaysia tidak akan menerima keistimewaan pengecualian cukai
seperti pesaing-pesaing kita seperti Singapura dan Vietnam. Oleh itu, kerajaan Malaysia
berpendapat adalah wajar untuk Malaysia menyertai TPPA pada masa kini.
4.3 KELEBIHAN DAN PELUANG MALAYSIA MENYERTAI PERJANJIAN TRANS-
PASIFIK.
Peluang Malaysia dalam menyertai TPPA sudah tentu untuk kebaikkan dan
kepesatan pertumbuhan ekonomi negara, walaupun perkara ini diragui oleh pelbagai
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
19/24
19
pihak namun berdasarkan bukti perdangangan bebas yang pernah Malaysia lalui
tidak dapat dinafikan TPPA akan membawa peluang yang lebih besar kepada
Malaysia. Berikut merupkan kelebihan dan pleuang yang bakal Malaysia peroleh
dengan menyertai perjanjian Trans Pasifik.
1. Peningkatan permintaan di kalangan syarikat Malaysia untuk
perdangangan yang lebih besar
Syarikat Malaysia dalam usaha untuk menjadi pelabur global perlu mempunyai
tahap boleh ramal yang keberkesananya dapat dijamin. Ini penting bagi
membolehkan syarikat dari Malaysia mendapat kemudahan perdangangan yang
lebih besar. Maka apabila syarikat tempatan memperoleh jaminan perdangangan
maka syarikat dari Malaysia boleh untuk melabur ke negara-negara anggota
Melalui TPPA, syarikat Malaysia mendapat jaminan perdangangan
daripada negara anggota, oleh itu TPPA sekaligus memberi jaminan kepada
negara bahawa syarikat Malaysia akan mendapat pasaran yang lebih besar
sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing bagi syarikat Malaysia
untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
Malah, selain daripada syarikat Malaysia mempunyai pasaran yang lebihbesar, TPPA juga akan menjadikan Malaysia sebagai pengkalan operasi oleh
syarikat dari negara luardan dapat meningkatkan FDI negara, seperti mana juga
funsi syarikat Malaysia di pasaran luar negara. Kombinasi akses pasaran yang
lebih besar untuk produk Malaysia dan kemasukkan pelaburan asing ke Malaysia
dapat memangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
2. Integrasi ekonomi Asian pasifik
TPPA menjamin kepada Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada integrasi
ekonomi yang lebih luas di rantau Asia Pasifik. Hubungan dengan negara-negara
Asia Pasifik banyak memberi kesan yang baik kepada Malaysia kerana integrasi
yang luas keatas jaringan ekonomi rantau ini membuka pint kepada pelaburan
yang lebih luas.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
20/24
20
Secara langsung juga, ia dapat mengukuhkan hubungan Malaysia
dengan rakan dangang yang penting seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico
dan Peru. Oleh itu, Malaysia akan mampu untuk meningkatkan penyertaan
dalam rangkaian bekalan global serta serantau dan pasti akan dapat melebarkanakses pasaran ke pasaran yang lebih luas.
3. Hak cipta.
Hak cipta adalah sesuatu usaha untuk mengiktiraf hasil kerja seseorang.
Syarikat Malaysia yang terlibat aktif dalam penghasilan produk yang inovatif
Oleh itu, usahawan Melayu dan Bumiputera yang aktif dalam industri kreatif dan
yang berkaitan dengannya, perlu diberi pengiktirafan dengan hak cipta yang
lebih lama dan terjamin .
Tempoh hak cipta peruntukkan kepada usahawan untuk lebih berdaya
saing oleh itu dalam TPPA, usahawan Melayu dan Bumiputera akan mendapat
perlindungan harta intelek yang lebih baik daripada sebelum ini dan tidak hanya
di Malaysia tetapi juga di negara-negara TPP yang lain . Pengiktirafan dalam
bentuk hak cipta lagi akan memastikan syarikat Malaysia akan kekal aktif di
pasaran tempatan daripada terpaksa keluar ke pasaran luar negara semata-
mata untuk mengembangkan bakat mereka.
4. Peluang akses pasaran yang lebih luas untuk produk Malaysia dan jalinan
anatarabangsa.
Gabungan akses pasaran yang lebih luas bagi produk dan perkhidmatan
Malaysia di bawah TPPA dan aliran masuk yang berterusan pelaburan asing
akan mewujudkan pemangkin yang kuat dalam memacu agenda transformasi
ekonomi Malaysia malah melalui TPPA, Malaysia akan menjadi sebahagian
daripada integrasi ekonomi yang lebih besar di rantau Asia Pasifik. Ia juga akan
ketara Apabila penglibatan Malaysia dengan rakan dagang yang penting seperti
Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru terjalin sebagai ahli TPPA.Malaysia
juga akan dapat meningkatkan penyertaan dalam rantaian bekalan serantau dan
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
21/24
21
nilai dan dan memudahkan akses kepada produk dan perkhidmatan Malaysia ke
pasaran yang lebih besar
5. LIberalisasi Perdangangan Pengguna.
Salah satu faedah utama TPPA kepada pengguna adalah liberalisasi
perdagangan . Penghapusan tariff adalah ciri utama FTA dan membolehkan
pengguna menikmati pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diimport,
dengan kualiti yang lebih baik dan pada harga yang kompetitif .Selain itu,
pengeluar boleh menarik dana input yang lebih murah hasil daripada liberalisasi.
Persaingan secara beransur-ansur akibat dari liberalisasi bakal membuat
pengeluar barangan dan pembekal perkhidmatan untuk menjadi lebih berdaya
saing .Satu contoh yang baik ialah industri perabot tempatan. Proses
Liberalisasi secara beransur-ansur telah menghasilkan produk yang lebih
berkualiti untuk pengguna domestik dan dibuat industri yang berdaya saing di
pasaran antarabangsa. Dalam industri perkhidmatan, liberalisasi sektor
pendidikan dilihat membolehkan rakyat Malaysia untuk mendapat pendidikan
tempatan di institusi ternama pada kos yang lebih rendah
6. Jaminan kualiti kesihatan kepada rakyat negara Malaysia
TPPA juga mengkuatkusakan peraturan teknikal mengenai produk dan kesihatan
dan sanitari. Bab ini dibina di atas Peruntukan WTO dan akan memudahkan
pengawalseliaan bagi memastikan pengguna dilindungi melalui standard
kesihatan dan makanan yang baik melalui langkah-langkah keselamatanyang
baik . Dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, sekiranya Malysia
tidak menyertai TPPA, akan menyebabkan Malaysia terkecuali sebagai
destinasi pelaburan berbanding dengan anggota TPPA yang lain. Tanggapanpelabur Malaysia juga akan terjejas. Olehv kerana pelabur mengelak dari
membuat pelaburan di Malaysia, ini boleh menyebabkan kurang peluang
pekerjaan. Begitu juga, syarikat-syarikat Malaysia yang melabur di negara-
negara TPP tidak akan menikmati keistimewaan dan perlindungan pelaburan
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah TPPA.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
22/24
22
5.0 Kesimpulan
Kerajaan perlu sentiasa berhati-hati untuk berunding dalam perjanjian Trans Pasifik keranadilihat bakal memebri kesan yang negative kepada negara ini, Kerjaan juga perlu sentiasa
mengutamakan kepentingan rakyat dan kedaulatan negara terlebih dahulu sebelum
mengutamakan pertumbuhan ekonomi dari peluang yang bakal dinikmati Malaysia melalui
perjanjian ini. Selain daripada itu, kerajaan juga perlu mengambil langkah yang wajar dalam
memastikan Malaysia akan terus menikmati faedah yang lebih baik dan tidak menjejas taraf
hidup rakyat negara ini terutamanya dalam isu kesihatan. Kos yang tinggi akibat daripada
tuntutan hak cipta barang perubatan akan membawa implikasi yang negative kepada
kesejahteraan rakyat dalam mendapat akses kesihatan yang baik di Malaysia.
Namun begitu, kelebihan dan kebaikkan yang bakal Malaysia perolehi juga tidak boleh
di biarkan. Malaysia mahu mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam wawasan
2020 perlu untuk lebih liberal dan menerima perubahan dengan lebih terbuka. TPPA pasti
menjamin kepada perkembangan ekonomi yang mampan seterusnya akan membawa
kepada pembangunan yang lebih komprehensif. Walaupun kelebihan TPPA ini kepada
Malaysia adalah sangat jarang dibincangkan akibat persepsi tertentu, namun rakyat juga
perlu sedar bahawa sejak sekian lama Malaysia bergantung kepada perdanganganantarabangsa dalam memacu pertumbuhan ekonomi, oleh itu rakyat dan beberapa pihak
juga perlu memandang serius mengenai kesan dan peluang yang bakal di perolehi oleh
Malaysia.
-
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
23/24
23
Rujukan
Shankaran Nambiar. (2014). The Malaysian economy: rethinking policies dan purpose ,
Shah Alam: Stratgic information and reseach development centre
Chamhuri siwar et al. (2005). Ekonomi Malaysia edisi ke enam , Petaling Jaya: Pearson
Longman.
Kementerian Perdangangan antarabangsa dan industri. (2013), Penjelasan kepada TPPA,
Diperloeh pada November, 1, 2014 daripada http://www.miti.gov.my/cms/index.jsp
Kementerian Perdangangan antarabangsa dan industri, (2013), Kajian dasar kepada TPPA,
Diperoleh pada November 1, 2014 daripada http://www.miti.gov.my/cms/index.jsp
William Krist,2012 . Negotiations for a Trans Pasific Partneship Agreement , New York : Wilson
Centre.
Chubashini. 2000. The Impact of FTA on Malasian Economy and Small scale Producer,
Kuala Lumpur : DEVELOMPMENT IF HUMAN RESOURCE IN RURAL AREAS
INSTITUTES.
BERNAMA, (2013), MITI : Kerahsiaan dalam rundingan TPPA jaminan beri hasil baik ,
Diperoleh pada November 1, 2014 daripada
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=967741
Jamal Othman, Jafari Yaghoob. 2009. Does ASEAN freer Trade Benefit Malaysia, Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=967741http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=967741http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=967741 -
8/10/2019 kelebihan TPPA keatas pertumbuhan ekonomi Malaysia : dimensi yang diragui
24/24
24