KELEMAHAN KLSR

4
KELEMAHAN KLSR Mengikut kajian terhadap KLSR yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenal pasti beberapa kelemahan seperti : Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. KEKUATAN KBSR Kajian oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982 melalui Laporan Fasa I ( 1988) : Pembelajaran - Taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. - Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang efektif seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat.

description

nota pismp sjh

Transcript of KELEMAHAN KLSR

KELEMAHAN KLSRMengikut kajian terhadap KLSR yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenal pasti beberapa kelemahan seperti : Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.KEKUATAN KBSRKajian oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982 melalui Laporan Fasa I ( 1988) : Pembelajaran Taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang efektif seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat. Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan. Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membacalebih pantas daripada murid-muriddalam KLSR.

Sahsiah Murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin serta menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membacajuga semakin meningkat. Murid-murid boleh berinteraksi sesama sendiri ,bekerjasama dan bertolak ansur

Pengajaran Pengajaran pengajaran yang berpusatkan murid, kepelbagaian aktiviti penglibatan semua murid dalam aktiviti

Menghasilkan murid-murid yang lebih berminat dalam pembelajaran.

Kaedah kelas Kumpulan Rakan sebaya dan individu Penggunaan pelbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran & pembelajaran Gerak kerja kumpulan

Menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama dikalangan murid-murid.

KELEMAHAN KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran. Ia mengakibatkan : Kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah focus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Jadi kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan. Tidak lagi bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut olehkurikulum matapelajaran. Mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berkemahiran danmempunyai jatidiri.