KEMAHIRAN ASAS HOKI

8
KEMAHIRAN ASAS HOKI Menggelecek Kemahiran pertama yang harus diajar adalah kemahiran menggelecek. Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Tiga cara menggelecek, iaitu: 1. Menggelecek longgar Kemahiran menggelecek ini (open/loose dribble) digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat. Ini bertujuan untuk: a. Melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan. b. Memiliki bola sambil bergerak. 2. Menggelecek rapat Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola tersebut kepada pemain lain. 3. Menggelecek “Indian” Kemahiran ini sangat berguna jika pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada pihak lawan.

Transcript of KEMAHIRAN ASAS HOKI

Page 1: KEMAHIRAN ASAS HOKI

KEMAHIRAN ASAS HOKI

Menggelecek

Kemahiran pertama yang harus diajar adalah kemahiran menggelecek. Menggelecek

adalah cara mengawal bola bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk

melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Tiga cara menggelecek,

iaitu:

1. Menggelecek longgar

Kemahiran menggelecek ini (open/loose dribble) digunakan apabila pemain

hendak menggerakkan bola dengan cepat. Ini bertujuan untuk:

a. Melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan.

b. Memiliki bola sambil bergerak.

2. Menggelecek rapat

Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan

rapi. Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau

situasi semasa bermain sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola

tersebut kepada pemain lain.

3. Menggelecek “Indian”

Kemahiran ini sangat berguna jika pemain hendak menukar arah dari kanan ke

kiri atau sebaliknya dan melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada

pihak lawan.

Page 2: KEMAHIRAN ASAS HOKI

Latihan Ansur Maju dalam Kemahiran Menggelecek

1. Menggelecek longgar

a) Menggelecek mengikut garisan lurus.

b) Secara individu, setiap pemain berdiri di hujung kawasan bermain

seperti di bawah.

(90(

c) Dalam kumpulan, empat pemain sekumpulan, dua pemain daripada

setiap kumpulan berdiri di hujung kawasan bermain seperti di bawah:

Pemain pertama menggelecek bola hoki kepada pemain kedua.

Kemudian pemain kedua menggelecek bola hoki kepada pemain

ketiga dan seterusnya.

Page 3: KEMAHIRAN ASAS HOKI

d) Pemain berbaris dalam pasukan masing-masing. Setiap pemain

menggelecek bola hoki ke skitel dan berpusing balik ke tempat

asalnya.

2. Menggelecek rapat

a) Secara individu, menggelecek rapat di atas garisan lurus. Pada

mulanya sejauh 2m, 3m dan kemudian 4m.

b) Secara berpasangan, menggelecek rapat antara satu sama lain.

Latihan ini diulang beberapa kali.

c) Seperti di atas, tetapi bola dihentikan di tengah jalan. Pada masa

berhenti, pemain dan bola berhenti dengan bola berada berhampiran

kaki hadapan dan kayu di atas bola.

(berhenti)

Page 4: KEMAHIRAN ASAS HOKI

d) Seperti di (c), tetapi menggolekkan bola separuh jalan, berhenti

kemudian menggolekkan semula dengan mengundur dua langkah ke

belakang dan terus menggerakkan bola ke hadapan.

berhenti

undur dan terus ke hadapan

3. Menggelecek “Indian” (Indian Dribble)

a) Berdiri dengan kangkang, berlatih menggerakkan bola dari sisi ke sisi.

Bola digerakkan selari dengan jari-jari kaki, tetapi jauh di hadapan

badan. Melatih menarik bola berturut-turut tanpa berhenti dari sisi di

hadapan anda. Kemudian, menggerakkan bola sambil berjalan ke

hadapan.

b) Seperti di atas, tetapi berjalan ke hadapan sambil menggerakkan bola

ke hadapan menggunakan gelecekan “Indian”.

c) Berlari di atas garisan lurus sambil menggelecek bola berturut-turut

dari sisi garisan. Reverse kayu hoki setiap kali membawa bola balik

dari sisi kiri.

d) Seperti di (c), langkah-langkah tersebut diikuti secara berpasangan dan seterusnya secara bertiga-tiga.

garisan

Page 5: KEMAHIRAN ASAS HOKI

Memukul

Ia merupakan kemahiran yang sangat kuat antara kesemua strok hoki. Kelebihan strok

ini ialah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Ketepatan pukulan

adalah penting dan perlu ditegaskan oleh jurulatih.

Latihan Ansur Maju dalam Kemahiran Memukul

1. Latihan Individu

a) Gunakan dua biji bola hoki.

b) Memukul bola pertama dengan kuat.

c) Memukul bola kedua, supaya bola itu bergerak separuh jarak bola pertama. Tujuan latihan ini adalah untuk anda berasa pukulan kuat dan mengawal pukulan untuk jarak tertentu.

d) Jarak pukulan dilakukan sejauh 2m, 4m, 6m dan 10m.

Bola pertama

Bola kedua

e) Memukul bola di atas garisan lurus. Untuk memastikan persediaan ayunan adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

2. Latihan Berkumpulan

a) Membuat pukulan ke tengah dan pukulan gol mesti kuat, tepat dan dilakukan semasa bola bergerak.

Page 6: KEMAHIRAN ASAS HOKI

b) Menolak bola kemudian berlari dan memukul bola yang bergerak. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. kemudian menolak bola ke dalam kawasan D, mengejarnya dan memukul bola ke dalam gol.

c) Secara berempat, A menolak bola ke B, B memukul bola ke C, C menolak bola ke D dan D memukul bola ke A semula. Selepas 10 pukulan, A bertukar tempat dengan B manakala C dengan D bertukar arah tempat.

A B

D C

d) Secara berdua, berjarak 7m di antara pasangan yang menghadap arah yang bertentangan, Pemain A menggelecek bola 5-8 langkah dan memukul bola ke arah kiri kemudian berlari ke kedudukan asalnya. Pemain B menerima bola, menggelecek 5-8 langkah dan memukul bola ke arah pemain A, kemudian berjoging ke tempat asalnya.

A B

Page 7: KEMAHIRAN ASAS HOKI

Menyerkap

Kemahiran Menyerkap

Menyerkap adalah teknik penting yang harus dikuasai. Ia merupakan kemahiran yang

kerap kali digunakan. Anda harus mendapat dan mengekalkan pemilikan bola yang

telah dipukul dari beberapa sudut dengan kelajuan dan tinggi yang berbeza-beza. Anda

mungkin dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar

menimbulkan kesukaran menyerkap bola tersebut.

Latihan Ansur Maju dalam Kemahiran Menyerkap