Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

15
TAJUK KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG DAN KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT BAGI PEMBELAJARAN JARAK JAUH PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 20 JULAI 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL

Transcript of Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

Page 1: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

TAJUK

KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG DAN KEMAHIRAN

LITERASI MAKLUMAT BAGI PEMBELAJARAN JARAK

JAUH

PENULIS

FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI

TARIKH

20 JULAI 2014

FAKULTI

OUM BUSINESS SCHOOL

Page 2: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ......................................................................................................... 1

2.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG ............................................................. 2

2.1 Pengurusan Masa ............................................................................................. 3

2.2 Kemahiran Membuat Nota ............................................................................... 4

2.2.1 Menulis dengan Cepat dan Tepat .......................................................... 5

2.2.2 Mengambil Isi-isi Penting ..................................................................... 5

2.2.3 Menyemak Semula Nota ....................................................................... 5

2.2.4 Membuat Rujukan ................................................................................ 6

2.2.5 Menyusun Nota .................................................................................... 6

2.3 Belajar Secara Berkumpulan ............................................................................ 6

2.4 Pembelajaran Maya (Virtual Learning) ............................................................ 8

2.4.1 Sumber Bahan ...................................................................................... 8

2.4.2 Perhubungan......................................................................................... 8

2.4.3 Fungsi Pentadbiran ............................................................................... 9

3.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG ............................................................. 9

3.1 Proses Memperoleh Maklumat ....................................................................... 10

3.2 Kemahiran dalam Mencari Maklumat ............................................................ 10

3.3 Kemahiran Menilai Maklumat ....................................................................... 10

3.3.1 Kewibawaan (Authority) ..................................................................... 11

3.3.2 Ketepatan dan Kebolehpercayaan (Accuracy and Reliability) ............. 11

3.3.3 Objektiviti (Objectivity) ...................................................................... 11

3.3.4 Maklumat Terkini (Currency) ............................................................. 11

3.3.5 Skop (Scope) ...................................................................................... 11

4.0 CADANGAN ........................................................................................................... 12

5.0 KESIMPULAN ....................................................................................................... 12

Rujukan ................................................................................................................... 13

Page 3: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

1.0 PENGENALAN

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi adalah salah satu faktor yang mempengaruhi

seseorang itu untuk melanjutkan pelajaran melalui sistem pendidikan jarak jauh (PJJ). Ini

kerana sistem pendidikan ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan

yang setaraf dengan pengajian sepenuh masa mengikut keupayaan dan kemampuan sendiri.

Sistem pendidikan yang menumpukan golongan yang sudah bekerja untuk melanjutkan

pengajian separuh masa memang menarik minat ramai terutama kepada mereka yang tidak

sempat berbuat demikian ketika masih muda. Oleh itu, PJJ merupakan satu platform yang

terbaik untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Perraton (1982)

mendefinisikan pendidikan jarak jauh sebagai suatu proses di mana sebahagian besar

pengajaran dilaksanakan oleh seseorang yang terpisah oleh tempat dan/atau pelajar. Menurut

Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994), terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam

pelaksanaan PJJ iaitu segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal

dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh dalam keadaan pelajar terpisah daripada

pengajar.

Istilah pendidikan jarak jauh adalah pelbagai. Namun, kesemua definisi harus

mempunyai elemen-elemen asas berikut;

i. pengasingan oleh jarak antara pelajar dan pengajar secara fizikal,

ii. sebarang sistem komunikasi dua hala sama ada sinkroni atau asinkroni adalah

diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran,

iii. kepelbagaian penggunaan bahan media berteknologi seperti bahan media cetak,

media audio, media elektronik atau media komputer dalam penyampaian bahan

pembelajaran dan pengajaran serta,

iv. kemudahan masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar PJJ yang pelbagai

mengikut kemampuan pelajar.

Kemasukan yang terhad di institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar

negara serta kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini adalah antara punca

penambahan bilangan pelajar secara mendadak dan ini menunjukkan pelaksanaan sistem PJJ

menjadi semakin berkesan (Zuraini et.al., 2003). Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah

melahirkan seramai 31,000 graduan di pelbagai peringkat pengajian sejak ditubuhkan 10

1

Page 4: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

tahun lalu dan sehingga kini OUM terus berkembang dengan jumlah pelajar secara

kumulatifnya mencecah seramai 100,000 orang.

Walaupun pendidikan jarak jauh memberi kelebihan dari segi kemasukan yang

fleksibel, tempoh masa pembelajaran, kos pengajian, kursus pilihan dan waktu kuliah dan

tutorial, namun, pelajar tetap menghadapi cabaran terutamanya dari segi kemahiran belajar.

Pelajar-pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada modul pembelajaran kendiri untuk

tujuan peperiksaan dan tugasan-tugasan yang diberikan (Saadon Awang, 2006). Ini

disebabkan oleh interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi juga dengan

rakan sekuliah. Oleh itu, bagi menangani cabaran ini, penulis akan cuba membincangkan isu

dan permasalahan pelajar serta mencadangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengatasi

masalah ini.

2.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG

Keupayaan dan kerajinan semata-mata bukanlah penentu kejayaan seseorang pelajar untuk

cemerlang dalam pelajaran kerana ia juga hasil daripada keberkesanan kemahiran belajar

(Sabri Ahmad, 2003). Namun begitu, tidak semua orang mempunyai kemahiran belajar yang

sama. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Selmes (1987) mendefinisikan

kemahiran belajar sebagai kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai,

memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan kata lain,

kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan seseorang pelajar untuk mengumpul,

memproses dan menyimpan maklumat.

Gaya pembelajaran berkesan seseorang pelajar tidak semestinya dapat diguna pakai

oleh pelajar lain. Begitu juga dengan gaya pembelajaran dalam sesuatu bidang. Sebagai

contoh, gaya pembelajaran subjek Sejarah yang memerlukan kemahiran mengingat urutan

peristiwa tidak sesuai digunakan dalam subjek Matematik yang memerlukan pemahaman

konsep formula dan kemahiran penyelesaian masalah. Penggunaan gaya pembelajaran yang

sesuai dapat membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang. Kajian Klavas (1994)

mendapati pelajar yang diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya

mendapat keputusan yang cemerlang. Ini jelas menunjukkan penguasaan kemahiran dan gaya

belajar penting dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Antara faktor-faktor yang

dapat membantu pelajar jarak jauh mendapat kemahiran belajar cemerlang adalah pengurusan

2

Page 5: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

masa yang baik, kemahiran membuat nota, belajar secara berkumpulan dan pembelajaran

maya.

2.1 Pengurusan Masa

Disebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa dan tempat

yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar, pengurusan masa yang baik

perlu diutamakan (Mohd. Noor Saleh, 1994). Pengurusan masa amat penting

terutamanya kepada pelajar PJJ kerana kebanyakan daripada mereka sudah

berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. Mereka perlu bijak

membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain bagi

memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Kegagalan

seseorang pelajar menguruskan masa adalah faktor utama kegagalan dalam

pelajaran. Kajian mendapati 54.45% pelajar tidak merancang jadual waktu

sebaliknya mereka belajar mengikut mood sendiri. Manakala hanya 45.02%

pelajar yang merancang jadual waktu walaupun tidak melaksanakan apa yang

dirancangnya (Siti Hawa Munji, 1987).

Hasil kajian Jasmani Basit (1998) menunjukkan terdapat pertalian

antara pencapaian akademik dengan pengurusan masa. Pelajar yang

mempunyai perancangan masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran dan

membuat tugasan serta aktiviti lain cenderung memperoleh keputusan yang

cemerlang. Terdapat beberapa cara yang boleh pelajar ikuti supaya setiap tugas

dan tanggungjawab yang dirancang dapat dipenuhi.

i. Susun atur setiap perkara seperti silibus subjek, tugasan dan

jadual peperiksaan mengikut keutamaan. Pelajar boleh

menggunakan carta Gantt untuk membuat perancangan aktiviti

dalam tempoh tertentu.

ii. Siapkan tugasan seawal yang mungkin bagi mengelakkan

pelajar kelam kabut mengejar tarikh akhir penyerahan tugasan.

iii. Elakkan membuat tugasan secara bertindan atau serentak pada

masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan tekanan.

3

Page 6: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

iv. Latih diri menggunakan masa dengan cekap. Contohnya, ambil

tindakan secepat mungkin untuk mendapatkan bahan-bahan

rujukan setelah mendapat soalan tugasan.

Selain itu, pemilihan masa yang sesuai untuk membuat sebarang

pembacaan boleh membawa hasil yang produktif. Membaca di waktu pagi

amat baik kerana fikiran di waktu pagi masih segar dan tenang, berbeza

dengan waktu sebelah petang dan malam. Ini membolehkan pelajar

menumpukan sepenuh perhatian dan memahami apa yang dibaca.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar PJJ yang terpaksa bekerja lebih masa

sehingga lewat malam atau bekerja pada shif malam. Pelajar yang bernasib

begini dinasihatkan supaya menggunakan masa rehat atau hari-hari cuti untuk

belajar.

Peruntukan jangka masa yang sesuai membolehkan sesuatu pembacaan

itu lebih efektif. Subjek yang berbentuk kualitatif seperti subjek pengurusan

mungkin memerlukan masa yang lebih untuk difahami. Manakala, subjek yang

berbentuk kuantitatif seperti akaun dan matematik, boleh dilakukan pada bila-

bila masa kerana lebih menekankan latih tubi yang banyak.

2.2 Kemahiran Membuat Nota

Kemahiran membuat nota yang betul amat diperlukan bagi sistem

pembelajaran jarak jauh yang memerlukan daya usaha pembelajaran kendiri.

Sebarang percakapan atau perbincangan di dalam kuliah atau kumpulan

perbincangan perlu direkodkan supaya senang diingat atau diterbitkan semula.

Begitu juga semasa membuat nota dan garis kasar daripada buku. Amalan

penyimpanan nota secara tersusun dan sistematik memudahkan pelajar semasa

mengulang kaji.

Siti Hawa Munji (1987) mengatakan nota pelajaran di universiti tidak

terhad kepada nota kuliah yang disampaikan oleh pensyarah sahaja tetapi

maklumat tambahan boleh diperoleh daripada buku rujukan, jurnal atau

rencana surat khabar. Menurut Pauk (1984), pelajar yang mencatat nota dan

membuat ulang kaji selepas waktu kuliah dapat mengingat 90-100% daripada

4

5

5

Page 7: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

apa yang didengar. Manakala pelajar yang tidak berbuat demikian akan

melupai 80% daripada apa yang didengar dalam kuliah selepas dua minggu.

Selain daripada itu, kedudukan tempat duduk yang sesuai dapat meningkatkan

konsentrasi pelajar terhadap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah (Siti

Hawa Munji, 1987). Tempat yang paling strategik ialah ditengah-tengah baris

hadapan yang mana pelajar dapat melihat dan mendengar dengan jelas.

Kaedah pengambilan nota yang betul membantu dalam keberkesanan

pembelajaran. Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diamalkan untuk

mengambil nota dengan betul.

2.2.1 Menulis dengan cepat dan tepat

Tumpuan pembelajaran adalah pada isi-isi penting yang terdapat dalam

tajuk yang dipelajari melalui perbincangan. Pelajar perlu menyalin nota

dengan secepat dan setepat mungkin supaya tidak tertinggal isi-isi

penting. Penggunaan trengkas, simbol atau singkatan seperti ‘yg’dan

‘e.g’, dapat membantu dalam mengambil nota dengan cepat kerana

nota pelajar dibaca oleh pelajar sendiri.

2.2.2 Mengambil isi-isi penting

Isi-isi penting boleh dicatat dalam bentuk nota pendek atau peta minda.

Peta minda adalah diagram yang mempunyai imej di tengah yang

digunakan untuk mewakili perkataan, idea, tugasan atau perkara lain

yang bersambung dan disusun secara berpusar di sekeliling kata kunci

atau idea. Pelajar digalakkan menggunakan peta minda untuk mencatat

nota kerana ia membolehkan pelajar mengingat dan memahami dengan

mudah di samping menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri

semasa belajar.

2.2.3 Menyemak semula nota

Pelajar dinasihatkan supaya menyemak semula nota yang dibuat

daripada setiap sesi pembelajaran dan segera membetulkan kesilapan,

menambah isi penting dan mengubahsuai fakta-fakta yang berkaitan

dengan lengkap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan rasa panik

5

5

5

Page 8: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

apabila nota kursus tidak lengkap semasa mengulang kaji untuk

peperiksaan.

2.2.4 Membuat rujukan

Selepas menyemak nota, buat rujukan dengan tenaga pengajar ataupun

kumpulan perbincangan bagi mendapatkan kepastian mengenai fakta-

fakta tertentu dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek

yang tidak difahami. Pelajar perlu buang rasa malu untuk bertanya bagi

mengelakkan pelajar terus hanyut dengan pelbagai masalah.

2.2.5 Menyusun nota

Penggunaan fail secara berasingan bagi menyusun nota mengikut

subjek dan sesi pengajian menggambarkan satu perancangan

pembelajaran yang tersusun. Ini bertujuan memudahkan pelajar

membawa nota ke mana-mana selain turut membangkitkan ketenangan,

minat dan motivasi dalam diri. Contohnya, pelajar PJJ boleh membawa

nota ke tempat kerja untuk kegunaan mengulang kaji pada waktu

lapang.

2.3 Belajar Secara Berkumpulan

Konsep pendidikan jarak jauh berbentuk ‘learner centred’ (tumpuan kepada

pelajar) dimana pelajar banyak memberi input bagi menghidupkan sesi

pembelajaran. Pensyarah dan tutor hanya memainkan peranan sebagai

instructor (jurutunjuk) atau facilitator (pemudahcara) yang memandu

perbincangan dengan lebih mendalam. Pembelajaran yang bersandarkan pada

kuliah atau modul semata-mata tidak membantu pelajar untuk lulus cemerlang

sebaliknya, mereka perlu mencari bahan-bahan rujukan lain untuk meluaskan

dan menambahkan pengetahuan mereka.

Penubuhan kumpulan belajar (study group) atau kumpulan

perbincangan (discussion group) adalah satu kegiatan yang sihat dan berfaedah

serta boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Melalui sesi

pembelajaran ini, para pelajar boleh berkongsi idea dan buah fikiran,

mengutarakan pandangan, mengkritik idea, menyelesaikan masalah,

6

Page 9: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

melibatkan diri dalam sesi soal jawab serta berkongsi pengetahuan dan

pengalaman di kalangan ahli kumpulan. Antara kebaikan kumpulan belajar

adalah seperti di bawah.

i. Dapat merangsang motivasi dan minat dengan cara berbincang

antara satu sama lain.

ii. Kerja kumpulan dapat dibuat dan disiapkan dengan mudah dan

cepat melalui pembahagian kerja.

iii. Menghasilkan pemahaman yang mendalam. Contohnya, teori

dan fakta dapat diterjemahkan kepada perspektif atau pandangan

yang lebih luas.

iv. Mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin, belajar menerima

kritikan dan bersikap toleransi.

Pembelajaran dalam bentuk kumpulan lebih efektif berbanding belajar

secara sendirian kerana percambahan fikiran berlaku di kalangan ahli dari latar

belakang dan pengalaman berbeza. Oleh itu, pelajar bukan sahaja mendapat

ilmu tentang subjek yang dipelajari malah cabang-cabang ilmu dalam bidang

lain.

Pada peringkat awal pembentukan kumpulan belajar, mungkin wujud

masalah kerana perbezaan keupayaan masing-masing. Akan tetapi, sekurang-

kurangnya ada interaksi verbal dan kebolehan untuk mengemukakan

pandangan. Bagaimana cara untuk mempraktikkan kumpulan belajar yang

lebih berkesan?

i. Kumpulan mestilah kecil dengan bilangan ahli kumpulan di

antara empat hingga lapan orang. Ini membolehkan setiap ahli

berpeluang untuk bercakap, tetapi mestilah mempunyai julat

yang luas dengan pelbagai ilmu dan pendapat.

ii. Setiap ahli mestilah berada pada tahap yang sama dari segi

autoriti supaya tidak wujud permusuhan.

iii. Seorang atau lebih mestilah mengambil giliran dalam

perbincangan sementara yang lain membuat bacaan dan

persediaan.

7

Page 10: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

iv. Pengerusi perlu dipilih supaya perbincangan tidak melencong

kepada topik-topik dan gosip-gosip yang tidak berguna.

Pelaksanaannya juga tidak terlalu formal.

Kumpulan belajar yang berkesan mengambil masa untuk dibina. Setiap ahli

perlu mengenali antara satu sama lain bagi menghilangkan rasa malu, takut,

ketidakselesaan, prasangka atau andaian negatif. Personaliti dan pengetahuan

setiap individu adalah berbeza. Justeru itu, mereka perlu berfikiran terbuka dan

bertolak ansur.

2.4 Pembelajaran Maya (Virtual Learning)

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini telah

mengubah perspektif pembelajaran lokasi kepada perspektif kaedah. Dengan

perkembangan dan keupayaan hebat teknologi, pelajar PJJ boleh mengikuti

pengajian di ruang maya tanpa memerlukan mereka berkorban masa dan tenaga

untuk ke kelas. Banyak istilah yang dikaitkan dengan pembelajaran maya

seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran atas talian (online learning),

pembelajaran berasaskan laman web dan sebagainya. Namun, hakikatnya,

semuanya berasaskan penggunaan internet sebagai medium pembelajaran.

Kemunculan era teknologi komputer ini telah melahirkan ramai

generasi yang berilmu dan bermaklumat. Segala maklumat yang diperlukan ada

di hujung jari. Terdapat tiga komponen asas dalam persekitaran pembelajaran

maya.

2.4.1 Sumber Bahan

Segala maklumat dan sumber seperti modul, nota, koleksi soalan

peperiksaan dan bahan rujukan sama ada dalam bentuk teks, grafik,

audio, video dan animasi boleh dicapai melalui internet dan

perpustakaan digital dengan kemudahan akses 24 jam sehari.

2.4.2 Perhubungan

Pelajar boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta dokumen

secara online melalui ruang komunikasi elektronik seperti E-mail,

8

5

5

Page 11: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

Bulletin Board, Chat Room, File Sharing, Forum Discussion atau kelas

maya. Kaedah ini sudah semestinya boleh meningkatkan kemahiran

komunikasi antara pelajar terutamanya pelajar yang segan dan malu

bertanya secara bersemuka.

2.4.3 Fungsi Pentadbiran

Maklumat pengenalan pelajar dan tugasan yang dihantar dapat dilihat

dan diakses oleh pihak pentadbiran untuk tujuan semakan dan

pendaftaran.

Walaupun terdapat banyak kebaikan pembelajaran secara maya, tetapi,

keburukannya tetap ada. Kos pemasangan dan penyediaan infrastruktur dan bahan

pembelajaran yang tinggi, keupayaan rangkaian yang terhad dan kekurangan

kemahiran ICT di kalangan pelajar dan pensyarah adalah cabaran utama yang dihadapi

pelajar PJJ. Walaubagaimanapun, kekangan ini tidak begitu ketara sehingga boleh

membantutkan pengajian pelajar.

3.0 KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

Literasi maklumat adalah kemahiran asas yang amat diperlukan oleh pelajar PJJ dalam

menyelusuri era maklumat. Literasi maklumat dapat ditakrifkan sebagai kemahiran yang

membolehkan individu mengenalpasti keperluan maklumat, memformulasikan persoalan

berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian dan mengakses, menilai,

menggunakan serta mengorganisasikan maklumat serta kebolehan mempersembahkan atau

menyampaikan maklumat (Juhana, Junaidah dan Azizah, 2007). Pelajar bukan sahaja perlu

celik komputer atau celik teknologi maklumat (IT) tetapi mereka juga perlu celik maklumat

bagi membolehkan pelajar membentuk strategi pencarian maklumat dari pelbagai sumber dan

seterusnya menganalisis maklumat mengikut kesesuaian.

Kemahiran literasi maklumat dapat dibahagikan kepada tiga iaitu proses memperoleh

maklumat, kemahiran dalam mencari maklumat dan kemahiran menilai maklumat.

9

Page 12: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

3.1 Proses Memperoleh Maklumat

Sumber maklumat boleh dicapai dalam pelbagai bentuk asalkan memenuhi

keperluan maklumat. Terdapat tiga sumber yang boleh digunakan untuk

mencari maklumat;

i. Sumber primer : soal selidik, temubual, khidmat pesanan ringkas,

gosip, emel, mesyuarat dan perbualan biasa.

ii. Sumber sekunder : kertas persidangan, buku dan e-buku, jurnal dan e-

jurnal, CD-ROM, televisyen/radio, internet, majalah, surat khabar dan

tesis.

iii. Sumber kawalan capaian : bibliografi, katalog, indeks dan abstrak.

3.2 Kemahiran dalam Mencari Maklumat

Selain itu, pelajar juga boleh merancang strategi pencarian maklumat dalam

pangkalan data melalui empat jenis strategi carian;

i. Carian pengarang : nama penulis.

ii. Carian tajuk : tajuk buku atau jurnal.

iii. Carian subjek : dijalankan sekiranya nama pengarang dan tajuk tidak

diketahui.

iv. Carian kata kunci : istilah atau frasa yang digunakan secara sendirian

ataupun digabungkan. Pelajar boleh menggunakan tiga operator asas

Boolean iaitu AND, OR dan NOT, OPAC, e-book dan e-journal untuk

pencarian dalam bentuk elektronik yang dapat dicapai menggunakan

kod binari.

Bagi pencarian melalui internet pula, pelajar boleh mengakses maklumat

menggunakan enjin carian (Google, Yahoo!), enjin carian meta (Mamma,

Dogpile), direktori tertakluk/gerbang tertakluk serta pangkalan data.

3.3 Kemahiran Menilai Maklumat

Selesai mengumpul segala maklumat, pelajar perlu membuat penilaian dan

analisis bagi membezakan kebenaran dan kualiti maklumat yang diperoleh.

Perkara-perkara seperti berikut perlu diperhatikan semasa membuat analisis;

10

Page 13: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

3.3.1 Kewibawaan (Authority)

Semak dengan lebih lanjut maklumat berkaitan penulis dan hasil

tulisannya. Maklumat dalam penulisan itu boleh dipercayai sekiranya

bahan itu ditulis oleh pengarang yang mempunyai pengalaman dan

kepakaran dalam bidang itu dan disampaikan tanpa bersifat berat

sebelah.

3.3.2 Ketepatan dan kebolehpercayaan (Accuracy and Reliability)

Tahap kualiti setiap penulisan adalah lebih baik dan berkualiti tinggi

sekiranya lebih banyak dirujuk kepada maklumat utama dan sekunder

serta mempunyai rujukan di akhir buku atau artikel.

3.3.3 Objektiviti (Objectivity)

Pelajar perlu berhati-hati dan bijak membezakan antara fakta dan

pendapat kerana pendapat adalah subjektif dan tidak semestinya

dipersetujui. Gaya bahasa dan maklumat yang disertakan dengan

penjelasan dan contoh yang jelas berkemungkinan benar dan sahih.

3.3.4 Maklumat terkini (Currency)

Bahan penulisan dan penerbitan yang mempunyai tarikh menunjukkan

bila ia diterbitkan atau ditulis. Topik-topik yang sentiasa berkembang

dari semasa ke semasa biasanya dikeluarkan mengikut edisi dan setiap

maklumat yang dikemaskini dan ditambah, dikeluarkan sebagai edisi

baru. Walaubagaimanapun, tidak semua bahan perlu diperbaharui dan

dikemaskini.

3.3.5 Skop (Scope)

Skop merujuk kepada golongan yang disasarkan oleh pengarang sama

ada ditujukan kepada umum atau golongan tertentu. Pelajar boleh

membuat penilaian melalui pembacaan sepintas lalu isi dan kandungan

bahan tersebut bagi menilai kesesuaian bahan maklumat itu.

Dengan penguasaan kemahiran-kemahiran literasi ini, pelajar dapat membuat

carian maklumat dengan lebih meluas dan lebih banyak.

11

Page 14: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

4.0 CADANGAN

Cadangan-cadangan terbaik kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat

yang disyorkan kepada pelajar PJJ adalah;

i. Rancang jadual waktu dengan teliti dan teratur mengikut keutamaan serta

tekun mematuhinya. Aktiviti yang dirancang secara tersusun bukan sahaja

dapat melancarkan rutin harian dan menyeimbangkan kerjaya serta pelajaran

malah dapat mendisiplinkan diri.

ii. Perluaskan perbincangan berkumpulan dengan perisian WhatsApp dan WeChat

menggunakan smartphone atau tablet. Cara ini boleh dilakukan bila-bila masa

dan dimana-mana sahaja.

iii. Kelemahan pelajar dalam membuat nota yang baik perlu diatasi melalui

taklimat berkaitan teknik-teknik membuat nota yang berkesan oleh pihak

institusi.

iv. Mengadakan kursus dan kelas ICT untuk memantapkan lagi kemahiran

komputer dan kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar PJJ. Ini kerana

tidak semua pelajar mahir menggunakan komputer, internet dan portal institusi

untuk mencari bahan rujukan.

5.0 KESIMPULAN

Kesemua kemahiran yang dinyatakan adalah penting bagi menangani masalah

kemahiran belajar dan literasi maklumat pelajar PJJ. Kemahiran-kemahiran tersebut

merupakan asas yang amat diperlukan untuk melancarkan pembelajaran kendiri

mereka. Di samping itu, pelajar juga perlu menetapkan matlamat pembelajaran mereka

agar dapat memotivasikan diri ke tahap yang terbaik serta melipatgandakan usaha

untuk mencapai kecemerlangan.

(2816 patah perkataan)

12

Page 15: Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

RUJUKAN

Baharin Abu (et al.). (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar

Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Johor: Jabatan Asas

Pendidikan.

Irma Indayu Omar, & Yushiana Mansor. (2005). Panduan Mencari Maklumat (Ed.). Pahang:

PTS Professional.

Jamhari Rafeal. (n.d.). Pembelajaran Jarak Jauh: Suatu Pengenalan.

Jesus Lau. (2006). Garis Panduan Mengenai Literasi Maklumat untuk Pembelajaran

Sepanjang Hayat. (Fuziah M Nadzar, & Feridah M Nadzar, Trans.). Malaysia:

Universiti Teknologi MARA.

Juhana Salim, Junaidah Mohamed Kassim, & Azizah Jaafar. (2007). Kemahiran Maklumat:

Teori dan Amalan (2nd ed.). Selangor: UKM.

Mansor Fadzil, & Ramli Bahroom. (n.d.). Peranan ICT dalam Sistem Pembelajaran Jarak

Jauh. Ucap Utama Konvensyen Teknologi Pendidikan Malaysia Ke-16.

Mustafa Daud (et al.). (2008). Belajar Secara Kreatif (Ed.). Perlis: UniMAP.

Saadon Awang. (2006). Panduan Cemerlang Melalui Pendidikan Jarak Jauh (Ed.). Selangor:

Prentice Hall.

Sabri Ahmad. (2003). Kemahiran Belajar Berkesan (Ed.). Kuala Lumpur: Sanon Printing.

Sajap Maswan. (n.d.). Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan Pembangunan Komuniti.

Pulau Pinang: Jabatan Teknologi Pendidikan.

Zuraini Zakaria (et al.). (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh: Kesedaran dan

Pendedahan Dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pulau Pinang:

Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia.

13