kemahiran berfikir

70
http://starsegamat.com/v2/index.php? option=com_content&view=article&id=151:alat-alat- berfikir&catid=79:mutiara-kata Alat-Alat Berfikir Ditulis oleh Mrs. A.Rahman Selasa, 01 Jun 2010 07:37 Edward De Bono menganalogi seorang pemikir dengan seorang tukang kayu; Mereka menggunakan operasi asas 1. Tukang kayu – memotong, membentuk dan melekatkan. 2. Pemikir – menggunakan operasi-operasi asas seperti membuat kaitan, sintesis, reka bentuk, mengunpul, membanding, menilai, memerhati dan menjalankan aktiviti pemikiran. Mereka menggunakan alat dalam operasi asas; 1. Tukang kayu – pemahat, penukul, pengetam dan gergaji. 2. Pemikir – PMI, CAF dan sebaginya. Mereka memiliki sikap; 1. Tukang kayu – mengambil berat kekuatan untuk melakukan kerja dan juga hasil kerjanya mampu bertahan lama. 2. Pemikir – menganggap semua orang termasuk dirinya adalah kreatif jika mempunyai sikap yang baik, sebaliknya menganggap bahawa berfikir tidak penting, sesuatu yang mudah dan suka membuktikan orang lain salah jika memiliki sikap yang tidak baik. Alat-Alat Berfikir PMI- Plus, Minus & Interesting (Yang Baik, Yang Buruk & Yang Menarik) PMI digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan, menilai dan memikirkan sesuatu idea. P- senaraikan semua yang baik M- senaraikan semua yang buruk I – senaraikan semua yang tidak buruk dan tidak pula baik tetapi menarik untuk difikirkan. CAF – Consider All Factors (Ambil Kira Semua Faktor)

description

kbat,. kemahiran berfikir, ithink

Transcript of kemahiran berfikir

http://starsegamat.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=151:alat-alat-berfikir&catid=79:mutiara-kata

Alat-Alat Berfikir Ditulis oleh Mrs. A.RahmanSelasa, 01 Jun 2010 07:37Edward De Bono menganalogi seorang pemikir dengan seorang tukang kayu;Mereka menggunakan operasi asas1.Tukang kayu memotong, membentuk dan melekatkan.2. Pemikir menggunakan operasi-operasi asas seperti membuat kaitan, sintesis, reka bentuk, mengunpul, membanding, menilai, memerhati dan menjalankan aktiviti pemikiran.Mereka menggunakan alat dalam operasi asas;1. Tukang kayu pemahat, penukul, pengetam dan gergaji.2. Pemikir PMI, CAF dan sebaginya.Mereka memiliki sikap;1. Tukang kayu mengambil berat kekuatan untuk melakukan kerja dan juga hasil kerjanya mampu bertahan lama.2. Pemikir menganggap semua orang termasuk dirinya adalah kreatif jika mempunyai sikap yang baik, sebaliknya menganggap bahawa berfikir tidak penting, sesuatu yang mudah dan suka membuktikan orang lain salah jika memiliki sikap yang tidak baik.Alat-Alat BerfikirPMI- Plus, Minus & Interesting(Yang Baik, Yang Buruk & Yang Menarik)PMI digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan, menilai dan memikirkan sesuatu idea.P- senaraikan semua yang baikM- senaraikan semua yang burukI senaraikan semua yang tidak buruk dan tidak pula baik tetapi menarik untuk difikirkan.CAF Consider All Factors(Ambil Kira Semua Faktor)CAF digunakan dalam keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita.CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting.CAF mengelakkan kita daripada terlupa memikirkan semua perkara yang penting.CAF adalah alat yang dapat membantu meluaskan sudut pandangan kita.AGO- Aims, Goals & Objectives (Tujuan, Matlamat & Pilihan)AGO digunakan untuk menentukan halatuju bagi sesuatu yang kita lakukan.AGO membantu kita membuat fokus yang betul semasa berfikir dan tidak lari dari matlamat yang hendak dicapai.AGO membolehkan kita mengetahui apakah fokus dan matlamat pemikiran kita setiap ketika.APC-Alternatives, Possibilities & Choices (Alternatif, Kemungkinan & Pilihan)APC digunakan apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun untuk membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan.APC membantu kita berfikir secara selari (beberapa perkara serentak) dan melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan.Terdapat beberapa jenis alternatif :1. Persepsi dari pelbagai sudut2. Tindakan, pelbagai tindakan dalam menghadap situasi yang sama.3. Penyelesaian, penyelesaian alternatif terhadap masalah dalam mencari penyelesaian.4. Penjelasan, pelbagai penerangan bagaimana sesuatu terjadi.C&S- Consequence and Sequel(Kesan Mengikut Jangka Masa)C&S digunakan apabila kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian; mencipta, mengubahsuai, melaksanakan sesuatu pendapat.Merupakan satu alat membuat penjelajahan ke masa depan dan satu alat untuk membuat penilaian.C&S digunakan untuk membuat pilihan, keputusan dan tindakan,1. Adakah rancangan kita akan berhasil2. Apakah yang boleh menyebabkan kita gagal3. Dimanakah risikonya4. Apakah hasil yang paling baik5. Apakah yang mungkin berlakuC&S boleh digunakan bersama CAF dan OPVh Kelompokkan kesan ke dalam;1. Kesan serta merta2. Kesan jangka pendek, dalam tempoh seminggu3. Kesan jangka sederhana, antara 2 minggu - 6 bulan4. Kesan jangka panjang, selepas 6 bulanOPV- Other Peoples Views(Pandangan OrangAnda)h OPV digunakan untuk mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan terutama yang berkaitan dengan orang lain.h OPV meluaskan sudut pandangan anda.h OPV ialah alat yang digunakan untuk mengetahui siapakah orang yang menerima kesan daripada hasil pemikiran kita.h Terdapat 2 soalan utama;1. Siapakah yang akan menerima kesan akibat pemikiran ini.2. Apakah pandangan mereka.h OPV dan nilai mempunyai kaitan yang rapat kerana pandangan mereka yang terlibat akan ditentukan oleh nilai yang terlibat.h Fikirkan apa orang lain sebenarnya fikirkan dan bukannya apa orang lain sepatutnya fikirkan.h OPV bererti kita merasa apa yang orang lain rasakan.FIP- First Important Priorities(Perkara-perkara penting yang menjadi prioriti)h FIP digunakan selepas menggunakan alat-alat yang lain sebelumnya (PMI, CAF, C&S DAN AGO)h FIP membantu kita berfikir secara terfokus.h Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang kepada apa yang kita utamakan.Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 Jun 2010 00:52

http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/KEMAHIRAN BERFIKIRKemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.KONSEP BERFIKIR Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

ALAT BERFIKIR- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.JENIS-JENIS PEMIKIRAN Pemikiran Konvergen- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.Jawapan TunggalMasalah Tertutup Pemikiran Divergen.- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. Pemikiran Reflektif- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain. Pemikiran Kritis dan KreatifRenungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitifPerkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada 2 CommentsPosted inKemahiran BerfikirTaggedMaklumat asas kemahiran berfikirContoh Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Alat Kemahiran Berfikir CoRT1.Posted on29 Mei 2009|2 KomenRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGANMENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT1.TINGKATAN : EMPATMATA PELAJARAN : Pendidikan IslamMASA : 80 minitTAJUK : Unit 2 : Dosa-Dosa Besar Yang Boleh MenghancurkanUmat Islam.SUB TAJUK : Minum Arak.PENGETAHUANSEDIA ADA : 1. Murid telah mengetahui hukum haram meminum arak.2. Murid telah mengetahui meminum arak akan merosakkanakal.KAEDAH P&P : 1. Pembelajaran Kerjasama (Cooprative Learning)2. Pembelajaran Konstraktivisme3. Pembelajaran Kajian Masa DepanALAT BERFIKIR : AGO, C&S dan FIPBAHAN BANTU MENGAJAR :1. Gambar botol dan tin minuman keras.2. Grafik carta maklumat.3. Kertas edaran.BUKU RUJUKAN :1. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 (2002) :DBP, Kuala Lumpur.2. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 ( 2002 ) : DBP, Kuala Lumpur.3. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar berfikir : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala.Lumpur.4. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999), Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.Hasil Pembelajaran :Di akhir pembelajaran murid akan dapat :Aras 1 :1. Menyatakan bahaya yang timbul dari perbuatan minum arak.2. Menyatakan hukuman yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran terhadap perbuatan minum arak.Aras 2 :1. Menerangkan sebab-sebab berlakunya perbuatan minum arak.2. Menerangkan syarat-syarat untuk mensabitkan seseorang dengan hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.Aras 3 :1. Menghuraikan langkah-langkah dan strategi untuk menangani masalah ketagihan arak.2. Menerangkan kesan perbuatan minum arak terhadap individu, masyarakat dan negara.Hasil Pembelajaran Kemahiran Berfikir :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Mengenal pasti matlamat dan objektif yang hendak dicapai dengan menggunakan AGO.2. Mengenal pasti kesan dan akibat meminum arak dengan menggunakan C & S.3. Menggunakan C & S sebelum membuat keputusan atau tindakan.4. Membuat keputusan terbaik dengan menggunakan FIP.ISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :1. Pengertian minum arak.2. Hukum minum arak.3. Dalil al-Quran & Hadith.4. Hukuman ke atas peminum arak.5. Kesan buruk minum arak.6. Langkah-langkah mengatasi.7. Penghayatan.PENYERAPAN- Pendidikan Al-Quran.- Fekah.- Sirah Rasul.GABUNG JALIN- Sains KBSM.- Sejarah.- KimiaKEMAHIRAN BERFIKIRMenggunakan alat-alat berfikir :1. AGO2. C&S3. FIPLANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSET INDUKSI ( 5 minit ) :1. Guru menunjukkan gambar botol dan tin minuman bertulis Tiger Beer, Carlsberg dan Anchor Beer.2. Murid diminta memberikan pandangan berhubung dengan gambar tersebut.3. Guru mengaitkan gambar tersebut dan pandangan murid dengan pelajaran hari ini.PERKEMBANGAN LANGKAH PERTAMA ( 20 minit ) :Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pembelajaran aras 1 .ILMU ( KOGNITIF )AKTIVITI P & P1. Guru menerangkan hukum dan hukuman meminum arak berdasarkan Al-Quran dan Hadith.2. Murid menyatakan keburukan dan bahaya meminum arak.3. Murid menjawab soalan penilaian berhubung dengan hukum dan hukuman meminum arak dan bahaya arak.PENGHAYATAN/NILAIBerpegang teguh dengan ajaran Islam.AMALANSentiasa berjihad melawan hawa nafsu.Menjauhkan diri dari meminum arak.Melakukan muhasabah diri terhadap amalan seharian.PERKEMBANGAN : LANGKAH KEDUA ( 20 minit ) :Untuk semua murid bagi mencapai hasil pembelajaran aras 2.ILMU ( KOGNITIF )1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan perbincangan untuk menyelesaikan masalah berikut ;Kewujudan kilang arak dan iklan-iklan minuman keras telah membawa kesan kepada kerosakan akhlak rakyat Malaysia. Bincangkan langkah-langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan alat kemahiran berfikir.KEMAHIRAN BERFIKIRAGO :1. Guru menyoal murid, apakah matlamat yang hendak dicapai ?2. Murid menjawab ; matlamat yang hendak dicapai ialah untuk mengatasi kerosakan akhlak rakyat Malaysia kesan dari meminum arak.C & S :Guru meminta murid menyatakan kesan dan akibat dari kewujudan kilang arak dan iklan-iklan minuman keras.Persoalan yang dikemukakan ialah :1. Adakah arak penting untuk manusia?2. Apakah kesan dan akibat dari meminum arak ?3. Adakah kilang arak penting untuk pembangunan negara ?4. Jika penting, bagaimana ia memberi sumbangan kepada negara ?5. Bagaimana kesannya jika dalam negara ini tidak ada kilang arak ?6. Apakah pandangan murid jika Malaysia mengharamkan terus sebarang bentuk kegiatan berhubung dengan arak seperti mengilang, mengedar, menjual, mengiklankan dan meminumnya ?Murid secara kumpulan menjawab persoalan tersebut dan membentangkannya dalam kelas.PERKEMBANGAN : LANGKAH 3 ( 20 minit ) :Untuk murid bagi mencapai hasil pembelajaran aras 3.ILMU ( KOGNITIF )1. Guru menjelaskan syarat-syarat mensabitkan seseorang dengan hukuman ke atas peminum arak berpandukan Al-Quran dan Hadith.2. Murid diminta membuat keputusan terbaik dengan menggunakan FIP berhubungan dengan ;1. Mengharamkan semua kegiatan berhubung dengan arak2. Menguatkuasakan undang-undang peminum arak.3. Menutup kilang arak .KEMAHIRAN BERFIKIR :FIP :Guru mengemukakan panduan untuk membantu murid membuat keputusan terbaik berhubung dengan tiga perkara tersebut :1. Senaraikan kesan baik dan buruk yang timbul dari pengharaman kegiatan arak, penguatkuasaan undang-undang dan penutupan kilang arak.2. Pilih yang terbaik sama ada perlu atau tidak ;i. pengharaman semua kegiatan arak.ii. penguatkuasaan undang-undang ke atas peminum arak.iii. penutupan semua kilang arak.PENILAIAN ( 10 minit ) :Guru secara lisan menilai kemampuan murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan alat kemahiran berfikir terhadap perbincangan tajuk Dosa Besar Yang Menghancurkan Umat Islam Minum Arak.RUMUSAN ( 5 minit ) :1. Guru merumuskan hasil pembelajaran hari ini adakah telah tercapai atau tidak.2. Guru menyarankan murid mengambil pengajaran dan iktibar terhadap apa yang telah dipelajari pada hari ini.TUGASAN :Murid diberi tugasan kerja rumah :1. Menyediakan nota terhadap tajuk yang dibincangkan dalam bentuk peta minda.ULASAN KENDIRI :Isu Yang Diperhatikan :1. Adakah hasil pembelajaran murid telah tercapai ?2. Adakah murid mampu menggunakan alat berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ?3. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan sesuai dan berkesan?Cadangan :Setiap persoalan yang telah dikemukakan pada bahagian Isu Yang Diperhatikan , jika ianya mendatangkan kesan positif hendaklah diteruskan dan diperkukuhkan. Jika ianya membawa kesan negatif hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan.*********************************************************************** 2 CommentsPosted inKemahiran BerfikirAlat Kemahiran Berfikir CoRT1Posted on29 Mei 2009|1 KomenALAT KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT 1 DALAM PENDIDIKAN ISLAMPENDAHULUANAlhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rasulullah pembawa rahmat ke sekelian alam.Proses pengajaran dan pembelajaran hari ini perlu kepada pelbagai pembaharuan dari masa ke semasa. Dalam era globalisasi ini Guru-Guru Pendidikan Islam perlu berani melakukan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan kaedah pedagogi perlu dikuasai dan diperkembangkan bagi memenuhi tuntutan cabaran yang mendatang dalam dunia pendidikan terkini.Lantaran itu, saya mengambil langkah ke hadapan dengan cuba mengketengahkan panduan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir. Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De Bono. Walaupun ilmu ini diperkembangkan oleh orang bukan Islam, tetapi sesuatu yang baik perlu diterima dan dipraktikkan untuk kebaikan bersama.Satu contoh panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir telah disediakan. Panduan ini diharap dapat membantu guru-guru pendidikan Islam mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P yang berkesan dan menarik.PENGENALANKemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu;1. CoRT 1 : keluasan persepsi.2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.6. CoRT 6 : tindakan.Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran.HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)Bil. Komponen CoRT 101. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)Tujuan Berfikir :Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.Kaedah & Langkah :P : senaraikan semua yang baik.M : senaraikan semua yang buruk.I : senaraikan semua yang menarik.Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?Contoh Tajuk Perbincangan :1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.Bil. Komponen CoRT 102. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)Tujuan Berfikir :Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.Kaedah & Langkah :Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?Contoh Tajuk Perbincangan :1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?Bil. Komponen CoRT 103. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)Tujuan Berfikir :Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.Kaedah & Langkah :- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?- Adakah cadangan berkenaan baik?Contoh Tajuk Perbincangan :1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.Bil. Komponen CoRT 104. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)Tujuan Berfikir :Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.Elakkan perkara yang tidak berkenaan.Kaedah & Langkah :Apakah AGO rancangan?Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?Contoh Tajuk Perbincangan :1. Apakah AGO hidup anda?2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?Bil. Komponen CoRT 105. FIP (First important prioriti)Tujuan Berfikir :Perkara paling penting diutamakanMengambil kira perkara-perkara yang penting.Menentukan prioriti.Elakkan perkara yang tidak patut diutamakanKaedah & Langkah :Apakah perkara-perkara yang penting?Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?Contoh Tajuk Perbincangan :1. FIP semasa memilih pasangan hidup.2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?Bil. Komponen CoRT 106. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)Tujuan Berfikir :Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.Menentukan pilihan yang terbaik.Elakkan pemikiran sehala sahaja.Kaedah & Langkah :Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?Apakah baik buruk cadangan tadi?Manakah cadangan yang paling baik.Contoh Tajuk Perbincangan :1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.Bil. Komponen CoRT 107. OPV (Other Peoples Views)Tujuan BerfikirMengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.Kaedah & LangkahApakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?Bagaimana orang lain memandang idea anda?Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?Contoh Tajuk Perbincangan1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam.2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.SEKIAN. TERIMA KASIH.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdfKajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htmKemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.Pengenalan KBKK.Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queens College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama : 1. Pemikiran kritis. 2. Pemikiran kritis. 3. Penyelesaian masalah. 4. Membuat keputusan.Definasi berfikir. Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer(1977).Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai : Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea,membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yangdialami.Proses berfikir. Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untukmencari jawapan, sayamenggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu : - apa yang saya tahu ( pengetahuan ) - menyoal sendiri( kemahiran kognitif ) - menilai baik buruknya ( sikap atau nilai ) Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.Kelemahan dalam berfikir. - Tiada gambaran - Tidak tersususn - Tiada idea - sempit - terburu-buru - kecamuk - konflik - salah persepsi - kabur

Pemikiran kreatif. Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru,banyak dan pelbagai.Pemikiran kritis. Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas,kukuh danbermakna.Umur dan keupayaan. Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak mampu berfikirmengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehankanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.

Tingkahlaku berfikir.Anda ingin melakukan sesuatu :-a. Ingin lakukan cara lama atau baru ?b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?c. Berapa lama untuk melakukannya ?d. Bilakah ia harus disiapkan ?e. Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ?f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?g. Apakah kebaikannya ?h. Apakah keburukannya ?i. Apakah manfaatnya ?j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?k. Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ?l. Apakah kesan jika tidak melakukannya ?m. Apakah bahan dan alatannya ?n. Adakah cara yang lebih cepat ?o. Adakah cara yang lebih mudah ?p. Adakah cara yang kurang kesilapan ?q. Adakah cara kurang kekangan ?r. Akah akan terjadi selepas melakukannya ?s. Apakah hasil yang akan terjadi ?

Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir. a. Setiap orang perlu berfikir setiap orang boleh berfikir. b. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan. c. Anggap diri sendiri sebagai pemikir. d. Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik. e. Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate. f. Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah. g. Buat tindakan satu persatu. h. Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai. i. Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa. j. Selalu merendah diri rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.

Membentuk kemahiran berfikir.Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu. Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah, paling murah danpaling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita.b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu. Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkarayangdifikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.Contoh lain :a. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.b. Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1). 1. Seronok ( cadangan 40% ). - Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau kita ada 4 tangan ? 2. Remote ( cadangan 30% ). - Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan kesesakan bandararaya ? 3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ). - Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh : sahabat anda cuba mengelakdari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ? 4. Berat ( cadangan 10% ). - Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur, minat dan situasi kitamempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja merokok ?

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2). Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan antara : a. seronok. b. remote. c. persekitaran sedia ada. d. berat. Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan gangguan pengalaman.

17 Prinsip-prinsip berfikir. 1. Konstruktif (jangan negatif). 2. Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah. 3. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri. 4. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul. 5. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai). 6. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir. 7. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat. 8. Apakah penyelesaian dari berfikir. 9. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).10. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru.11. Mampu berundur dan maju semula.12. Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut.13. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.14. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.15. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.16. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.17. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah. a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahan-lahan dan tenang. b. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri. c. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia. d. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri. e. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul. f. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai. g. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang salah.Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai). a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat. b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul. c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain.Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir. a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi. b. Tentukan satu titik fokus sahaja. c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat ke pendapat.Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat. a. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir. b. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.Apakah penyelesaian dari berfikir. a. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi. b. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan.Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja). a. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain / manusia. b. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai. c. Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan.Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru. a. Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang berlainan dan pelbagai.Mampu berundur dan maju semula. a. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci. b. Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubung kait idea. c. Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut. a. Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik. b. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan. c. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik.Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat. a. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang terbaik baru & masih diketahui.Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui. a. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula. b. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza. a. Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah. b. Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza. c. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza.Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat. a. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan. b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka bentuk, pilihan atau keputusan yang diikutidengan tindakan. c. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya. a. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu. b. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia.Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru. a. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.

Pemikiran biasa.Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian. Kecenderungan ini perludikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa: 1. Pengulangan mempengaruhi minda. 2. Dikongkong oleh pengamatan mata. 3. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi. 4. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya. 5. Mengutamakan kepentingan. 6. Kuat dipengarui pengalaman peribadi. 7. Cepat bertanggapan ekstrim.

Kelemahan dalam berfikir.Logik tradisional (pemikiran vertikal) a. Silogisme b. Silogisme bersyarat c. Silogisme hipotetikalSilogisme.Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh :Premis 1Premis 2Kesimpulan

a.Pelajar yang rajin akan berjayaHalim seorang pelajar yang rajinHalim akan berjaya

b.Orang alim memakai jubah dan janggutPak Haji memakai jubah dan janggutPak Haji adalah orang alim.

Silogisme bersyarat.Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh :Premis 1 (syarat utama)Premis 2 (syarat kecil)Kesimpulan

a.Kalau kamu masuk masuk universiti,kamu akan berjaya.Kamu sedang belajar di universiti, maka kamu tentu akan berjaya.

b.Kalau Malaysia menggunakan Bah.Inggeris,Malaysia akan jadi negara maju.Malaysia sekarang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka Malaysia tidak akan jadi negara maju.

Contoh lain :Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama Xiannasa. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa, maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda.Silogisme hipotetikal.Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat anteseden dan konsekuen di dalamnya.Contoh :Proposi hipotesisProposi hipotesisKesimpulan

Bahagian 1Bahagian 2Konsekuen

a.Kalaumenangisair mata mesti keluar

b.KalaumahalItu tanda barangan baik.

c.KalauPak Haji memakai jubah dan jangguthari akan hujan

d.Kalaubukan hiduptentu ia mati

Contoh lain :a. Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.b. Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.c. Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal).Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk menerbitkan idea baru.Contoh : tongkat orang buta.BilSifatBagaimana kalau......

a.Dibuat daripada aluminiumDibuat daripada grafit ?

b.Bentuk silinder panjangPipih / segiempat / leper ?

c.Boleh dilipatBoleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ?

d.Warna kromGrafit / plastik jernih ?

e.Krom sadur berkilatGrafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar sinar ?

f.Tiada asesori tambahanAsesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok, longkang dll.

g.Tiada asesori kecemasanAsesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll.

h.Tali supaya tidak terlepas dari peganganAda tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir / kehilangan.

i.BeratRingan dan boleh terapung di dalam air

j.Ketinggian yang piawaiMudah laras mengikut ketinggian pengguna.

Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman.BilKritisPunca kreatif

a.Arkitek maritim Amerika mengkaji supaya pergerakan kapal lebih laju semasa di lautArkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan lumba

b.Pereka fesyen YSL ingin menjual lebih banyak pakaianMengubahsuai fesyen lama

c.Mengurangkan serangan musuh padi seperti tikusMembiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung hantu

d.Jurutera R&D ingin mencipta bumbung yang boleh berubah warna dan membalik/menyerap haba mengikut cuaca yang berubah-ubahMengkaji fenomena perubahan cicak kobeng

e.Pakar penternakan ingin menghasilkan baka lembu yang besar dan tahan penyakitMengahwinkan lembu dengan seladang.

Proses asas berfikir. 1. Keluasan / tertentu. 2. Tumpuan (projection). 3. Mengarah ke arah penumpuan. 4. Pengecaman dan muat tepat. 5. Pergerakan dan alternatif.Keluasan / tertentu , umum / terperinci.Analoginya :Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita nampak bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus), semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu berbulu halus, bertelinga kecil, berbulu pendek di telinga, berkuku dll. (terperinci / tepat / khusus). Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari tepat kepada umum.Contoh 1Bentuk umum - Tolong dapatkan saya minuman (Bagaimanakah anda dapat memenuhi permintaannya dengan tepat?).Bentuk terperinci - Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.Contoh lain :a. Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu.b. Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.Tumpuan / membayangkan tampak.Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya.Contoh :a. Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?b. Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?

Mengarah ke tumpuan.Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan juga mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :1. Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan.2. Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan.3. Tarikan dari satu butiran ke satu butiran.Contoh :a. Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam.b. Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini.c. Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19.d. Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.

Pengecaman dan muat tepat.Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi.Contoh :a. Langkah-langkah untuk berpakaian ?b. Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?c. Langkah-langkah untuk makan nasi ?

Pergerakan dan alternatif.Pergerakan bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali provokasi, di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan termasuklah integrasi, penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif.Contoh :a. Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat.b. Provokasi : apakah alternatif yang ada ?d. Provokasi : apa berikutnya ?Contoh pelajar pintar dan bijaksana.Guru : Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa orang yang akan hadir ke kelas ?Pintar : Enam orang, cikgu.Bijak : Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu ?

Kepintaran vs. Kebijaksanaan.Analogi : Pintar adalah kereta. Bijaksana adalah pemandu.Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan kereta setakat kemampuan kereta itu sahaja.Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju. Pintar adalah kereta. Bijaksana adalah pemandu.Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai sekiranya pemandunya tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan pemandunya.Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki dan menjawab soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh dipelajari dan dipupuk. Ia membaiki persepsi kita. Manusia pintar mungkin tidak bijaksana. Orang bijaksana mungkin tidak pintar.Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.*(Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang akademik) 1. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka tidak pernah diajarberfikir. 2. Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian mempertahankan pandangan tersebutdengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka. 3. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu pengetahuan) ; lalu mereka merasa tidakperlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam. 4. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka 5. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja). 6. Suka mengkritik pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain. 7. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan / pangkah / tiada markah untuk sebarangkesalahan. 8. Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul atau salah sahaja. 9. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah.10. Takut membuat kesilapan.Antara contoh Kemahiran berfikir. MerancangMenyampaikan maklumat Mendapat bukti Berimiginasi Membuat konsentrasi Membuat keputusan Menjelaskan Mengumpul maklumat Mempersembahkan maklumat Menyenaraikan Memberi idea baru Mengaitkan Mengenal pasti maklumat Menyusun maklumat Membahas Mengkategorikan Mengkelaskan Mengenal pasti idea utama Mengecam falasi Memerhati yang ganjil Bekerja ke belakang Meramal Mengenal pasti andaian Menghubungkait Mengenal pasti kecondongan Menyusun atur maklumat Membuat pemerhatian yang tepat Membanding dan membeza Mengecam corak / pola Membuat sistesis Membuat induksi Menginterpretasi Membuat deduksi Menerangkan Memberi sebab Memberi alasan Memberi akibat Membuat inferens Menaakul Membuat generalisasi Menyelesaikan masalah Memberi pandangan Menterjemahkan Menghuraikan Menilai Menganalisis Membuat analogi Membuat hipotesis Mengkritik Menjustifikasikan Membuat kesimpulan Merumus CoRT 1 CoRT 4

Alat pengukuran KBKK. 1. Lembaran pengurusan lisan (LPL). 2. Soalan dan penyoalan (SP). 3. Mandala ingatan (MI). 4. Lembaran pengurusan grafik (LPG). 5. CoRT 1 (Cognitive Research Trust). 6. Peta Minda (PM).Mandala Ingatan.Contoh : 1. Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ? 2. Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ? 3. Siapa yang menemui kemalangan itu ? 4. Bila kemalangan kerap berlaku ? 5. Bila kemalangan itu terjadi ? 6. Di mana kemalangan selalu berlaku ? 7. Di mana luka / parah ? 8. Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ? 9. Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ?10. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ?11. Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ?12. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan ?13. Kenapa kemalangan itu terjadi ?Strategi aktiviti.Aktiviti KBKKKemahiran berfikir

Membanding dan membezaMenaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan.

Dramatik dan emosiMenganalisis, menilai, membuat kesimpulan

Rangka rujukMemikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat kesimpulan

Misteri / masalahMenyelesaikan masalah, membuat kesimpulan

Kontrovesi / perbahasan / pertikaianMenganalisis, membezakan fakta dengan andaian.

Konsep berfikir.Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada : (a) Operasi kognitif : Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan. Contoh : Membanding dan membezakan (b) Operasi meta - kognitif : Memikir tentang fikiran. Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran berfikir yang digunakan.Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis. 1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ... dengan ..? 2. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ? 3. Apakah idea-idea utama dalam .? 4. Bagaimanakah anda tahu ..? 5. Mengapakah anda memilih ? 6. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ? 7. Mengapakah . berlaku ? 8. Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai ..?Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif. 1. Sekiranya ..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ? 2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ...? 3. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk ....? 4. Apakah perhubungan / perkaitan di antara dengan ..? 5. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ? 6. Apakah pendapat anda tentang .? 7. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada . ?Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan. 1. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin ..? 2. Apakah akibat sesuatu pilihan .? 3. Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ..? 4. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ...?Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah. 1. Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ...itu berlaku ? 2. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) itu ? 3. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) ...itu. Mengapa ? 4. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ? 5. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ?

Soalan dan penyoalan.Contoh :Sudin pukul kucing.Shaari bermain dengan kucing.Cuba bandingkan.Soalan dan penyoalan kurang mencabar minda. 1. Sudin pukul apa ? 2. Shaari bermain dengan siapa ? 3. Apakah haiwan itu ?Soalan dan penyoalan merangsang minda. 1. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal). 2. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding). 3. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).

Lingkaran soalan.Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop tertentu. Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks. Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat. Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu). P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ? LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah-buahan di Malaysia ?Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir. 1 = Perkara. 2 = Individu. 3 = Luar individu. 4 = Perkara + individu. 5 = Individu + luar individu. 6 = Perkara + luar individu. 7 = Perkara + individu + luar individu.Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu).Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ?Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu).Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetujudengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

Penyelesaian masalah.Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut yang mungkinberulang - alik : 1. mengenalpasti / mentafsir masalah. 2. mencari cara-cara penyelesaian. 3. memilih cara penyelesaian yang terbaik. 4. melaksana cara penyelesaian yang terpilih. 5. memeriksa kesan penyelesaian.

Membuat keputusan.Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut : 1. Menjana pilihan-pilihan. Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan alternatif.2. Menentukan akibat sesuatu pilihan. Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan. 3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria. Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan membuat pilihan terbaik.

Peta Minda.Kegunaan : 1. Mengambil nota. 2. Simpanan nota ringkas. 3. Memanggil maklumat. 4. Mengembangkan isi. 5. Menyelesaikan masalah.Peta Minda (Mind Mapping)Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan denganbentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajarboleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, caramengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.Antara bentuk Peta Minda adalah : 1. Pengkelasan (PM1) 2. Rantai urutan (PM2) 3. Kitaran (PM3) 4. Kitaran (berpusat) (PM4) 5. Tangga hiraki (PM5) 6. Pohon fikiran (PM6) 7. Pengkelasan (berpusat)(PM7)

Panduan membuat Peta Minda (1).Bahan : 1. Pen / pensel berwarna. 2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik).Persediaan : a. Kenalpasti konsep / idea utama. b. Bina dengan pantas. c. Bina dengan riang dan positif. d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan. e. Dalam keadaan selesa & tenang. f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.Panduan membuat Peta Minda (2)Langkah-langkah dalam membina Peta Minda : 1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas. 2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai. 3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama. 4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang. 5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan. 6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran. 7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.

Strategi membuat Peta Minda.Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan : 1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya. 2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya. 3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita. 4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang. 5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.Lembaran Pengurusan Lisan.Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yangtertentu.Contoh :Kemahiran menyelesaikan masalah. a. Apakah masalahnya ? b. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ? c. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ? d. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? e. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas. 1. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item. 2. Beri nama kepada kumpulan item itu. 3. Kenal pasti ciri - ciri lain. 4. Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. 5. Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding. 1. Perhatikan item yang dibandingkan. 2. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu. 3. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama. 4. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza. 5. Membuat kesimpulan.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan. 1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau masa. 2. Ambil satu item sebagai asas. 3. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. 4. Semak semula susunan tersebut.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan. 1. Tentukan matlamat. 2. Ambil satu item sebagai asas. 3. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat. 4. Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas. Jika tidak letakkan di bawah. 5. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu. 6. Membuat kesimpulan.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat. 1. Kumpulkan maklumat 2. Tentukan pola maklumat 3. Buat keputusanLembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal. 1. Perhatikan atau kumpulkan maklumat. 2. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat. 3. Buat jangkaan yang paling sesuai.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab. 1. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ? 2. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ? 3. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti. 4. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada).Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian. 1. Perhatikan sesuatu situasi. 2. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi. 3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian. 4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens. 1. Perhatikan sesuatu situasi. 2. Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi. 3. Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan. 4. Cari alasan lain.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea. 1. Tetapkan tajuk perbincangan. 2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan. 3. Renung kembali idea yang dikemukakan. 4. Tambah lagi idea jika ada. 5. Hubungkait idea yang telah disambungkan.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental 1. Bayangkan matlamat tertentu. 2. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental. 3. Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat. 4. Lihat keseluruhan gambaran.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi. 1. Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama. 2. Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan. 3. Nyakan hubungkait sebagai metafora.Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah. 1. Apakah masalahnya ? 2. Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ? 3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ? - Masalah utama. - Maslah sampingan. 4. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? 5. Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan. 1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan. 2. Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau buruk. 3. Nyatakan pilihan yang terbaik. 4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ? 5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.

Lembaran pengurusan grafik (LPG).Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. Antara LPGnya adalah : 1. Membanding dan membeza. 2. Mengkelaskan. 3. Membuat urutan. 4. Menyusun mengikut keutamaan. 5. Membuat ramalan. 6. Menerangkan sebab. 7. Mengusul periksa andaian. 8. Membuat inferens. 9. Mentafsir maklumat.10. Membuat gambaran mental.11. Membuat analogi.12. Membuat keputusan.

CoRT (Cognitive Research Trust).Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Edward de Bono. CoRTdirekacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran : CoRT 1 Keluasan (memperluaskan persepsi). CoRT 2 - Organisasi. CoRT 3 - Interaksi. CoRT 4 Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif). CoRT 5 Maklumat dan rasa. CoRT 6 Tindakan.Pembahagian CoRT.CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian : 1. logik dan persepsi - CAF - APC 2. nilai - OPV - C&S - PMI 3. fokus dan punca - AGO - FIP

CoRT 1 (Cognitive Research Trust).Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Iamempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan. 1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik). 2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor). 3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat). 4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif). 5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting). 6. Other Peoples View (Pandangan orang lain). 7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CoRT 1 & kognitif.Fokus : akademik.CoRT1KegunaanContoh kognitif

PMIUntuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaanMembantu ibu di rumah. Bincangkan

CAFMengambil kira semua faktor yang terlibatApakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing datang ke Malaysia ?

C&SMeramalkan kesan dan akibat yang berturutanApakah kesan yang timbul jika siaran televisyen 24 jam dilaksanakan ?

AGOTujuan, matlamat dan objektifApakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito menjadikan sebuah negara moden ?

FIPMemberi keutamaan kepada yang terpentingApakah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan Siam ?

OPVMendapatkan pandangan orang lainPak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh Kerajaan British di Malaya. Apakah pandangan anda ?

APSPilihan-pilihan dan kemungkinanSenaraikan kemungkinan kekangan dalam pembinaan industri otomobil di Malaysia dan pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi kekangan kekangan itu

CoRT 1 & meta kognitif.Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.CoRT1KegunaanContoh kognitif

PMIUntuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaanPilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai untuk melihat masalah itu dari pelbagai perspektif.

CAFMengambil kira semua faktor yang terlibatApakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik ?

C&SMeramalkan kesan dan akibat yang berturutanApakah kesan yang timbul jika saya memilih untuk menghafal berbanding dengan memahamkan fakta- fakta penting dalam tajuk hakisan dan luluhawa ?

AGOTujuan, matlamat dan objektifApakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?

FIPMemberi keutamaan kepada yang terpentingApakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ?

OPVMendapatkan pandangan orang lainApakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ?

APSPilihan-pilihan dan kemungkinanApakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

CoRT 1 & meta kognitif.Fokus : Persekitaran.CoRT1KegunaanContoh kognitif

PMIUntuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan.Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. Anda mengguna basikal dan meninggalkannya untuk digunakan oleh orang lain pula.

CAFMengambil kira semua faktor yang terlibatKeluarga anda meilih satu tempat untuk berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ?

C&SMeramalkan kesan dan akibat yang berturutanBeberapa negara menggunakan tol untuk lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran selain dari tol yang digunakan ?

AGOTujuan, matlamat dan objektifApakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?

FIPMemberi keutamaan kepada yang terpentingApakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ?

OPVMendapatkan pandangan orang lainApakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ?

APSPilihan-pilihan dan kemungkinanApakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P.OPV.Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P.Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian TempatanKaedah : LakonanIsu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itutidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencarimakan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong,pendudukkampung, jurukamera, wartawan, dll.Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.

PMI.Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P.Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRTKaedah : SumbangsaranIsu : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-sarapnya. Ramaipenduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang sampah ke dalam sungai.Panduan : Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka mencari ikhtiar bagaimana untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan . Cariperkara baik, buruk danmenarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

CAFContoh penggunaan CAF dalam proses P&P.Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / SainsKaedah : Permainan kecilIsu :Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang muda yang cuma tahumenggunakan dua perkataan iaitu ya dan tidak . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh murid /pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi.Panduan :Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang diajukan.Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yangbertanya tadi adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan lain di seluruh negara. Soalan -soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar selepaspermainan ini selesai.

APC.Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran HidupKaedah : LakonanIsu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu tidakditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makansendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang -undang negara.Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong,pendudukkampung, jurukamera, wartawan, dll.Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.

FIP.Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P.Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa InggerisKaedah : Amali / simulasiIsu : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri. Merekaingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepi yang ada dalam simpanan mereka sebagairujukan bagi menyediakan makanan tersebut.Bahan : buku masakan / resepi masakanPanduan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar - pelajar.

APC.Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.Matapelajaran : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian TempatanKaedah : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajarIsu : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi mendapatkan sumbertenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa mencari danmendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.Pendekatan : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran PengurusanGrafik dll.Kaedah : Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan, menggunakankemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali maklumat, kemahiran belajar ;juga inkuiri penemuan .

C&S.Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa InggerisKaedah : KonsentrasiBahan : Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)Isu : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.Pendekatan : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai pendekatan lain yangdifikirkan lebih sesuai.

Senerio hari ini. .perlu segera habis sukatan. peperiksaan lebih penting. .. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan. ....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat. .pelajar kurang persediaan. .cukuplah sekadar yang ada. .terlalu banyak kekangan / masalah. .......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.Ke mana tuju hala kita ? Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara kecuali untukmemikir- Domerque - Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh menggantikan pemikiran. Kedua - duanyadiperlukan untuk perkembangan intelek. - Edward de Bono -Mengapa kemahiran berfikir ? ..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, .- Falsafah Pendidikan Negara - ..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif .- Objektif KBSM - ..untuk mencapai hasrat Wawasan .. - Wawasan 2020 -Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum. 1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk : - permainan, - simulasi - lakonan - mimik - monolog - dialog - nyanyian.Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ? 1. Pendekatan bersepadu penggunaan *Menu PSS 2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3. Aktiviti seronok & menarik 4. Kaedah yang mengembangkan intelek 5. Persediaan murid dan guruApakah peranan KBKK dalam P&P ? 1. Mengembangkan isi pelajaran 2. Merangsang aktiviti guru dan muridBahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK. - mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih. - maklumatnya jelas - kesepaduan BBM dan alat KBKK - menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran - murah, tahan dan menarik - selamat BBM, selamat pengguna

Kemahiran berfikir dan perpustakaan.Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk: - menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber - mencari maklumat - menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi - mencatat maklumat - melapor maklumat, berkomunikasi - menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.Stail mengajar dengan integrasi KBKK.1. Patut dilakukan : - Mudah dan seronok - Jelas dengan apa yang sedang dilakukan2. Elakkan : - Kekaburan - Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang - Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat3. Galakkan : - Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan memberangsangkan - Bebas, fikiran dibuka dan terbuka4. Disiplin : - Masa tepat dan cepat - Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias.Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).Dua orang pemain A dan B. A : Kucing. B : Keluarga kucing di dalam hutan. A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk mengekalkanspesis ini ? B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman Rimba Rimau diwujudkan. A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin mengancam manusiadan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ? B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia. A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke dalam hutan. B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya membiak perlahan.Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan. A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula. Ini menambahkanpesat populasi pembiakannya.

Bibliografi : 1. Edward de Bono, Teach yourChild How To Think, Penguins Books 2. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur : Utusan Publications 3. Edward de Bono, Teach Yourself To Think , London : Viking, 1995.Disediakan oleh, Nuradzian bin Nashrud-din Penyelaras, Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjung Ipoh. Negeri Sembilan Darul Khusus.