Kemahiran Emosi: Model Kompetensi...

download Kemahiran Emosi: Model Kompetensi Emosimindylohszeming93.blogspot.com/2012/07/model-kompetensi...2017-09-28Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi

If you can't read please download the document

Transcript of Kemahiran Emosi: Model Kompetensi...

Kemahiran Emosi: Model Kompetensi Emosi

Kemahiran Emosi

Sunday, 15 July 2012

Model Kompetensi Emosi

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Goleman membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan.

Kompetensi emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu kompetensi diri dan kompetensi sosial. Kompentensi diri boleh diidentifikasikan kepada keprihatinan terhadap kekuatan diri, aturan kendiri dan motivasi, manakala kompetensi sosial ditentukan berdasarkan sifat empati terhadap individu lain dan kemahiran sosial.

Seterusnya Goleman telah membahagikan kompetensi emosi kepada empat kelompok berdasarkan kemahiran iaitu; kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan pengurusan perhubungan (Goleman, 2001; Boyatzis, Goleman, & Rhee, 1999). Di dalam kelompok kesedaran diri merangkumi kesedaran emosi diri, ketepatan penilaian kendiri, dan keyakinan diri. Kelompok pengurusan diri termasuklah pengawalan emosi sendiri, orientasi pencapaian, sikap optimis, ketelusan, kebolehsuaian, dan inisiatif. Manakala kelompok kesedaran sosial ialah empati, orientasi khidmat dan kesedaran organisasi. Akhir sekali regulasi kelompok sosial ialah pengurusan perhubungan yang didasarkan kepada norma-norma seperti kerjasama berkumpulan, kepemimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, dan pengaruh (Goleman, 2001).

Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi merupakan satu model psikologi yang positif kerana dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian.

Posted by

loh sze ming

at06:04

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blog Archive

2012

(9)

September

(2)

August

(2)

July

(3)SINOPSISNOVEL 6:20Model Kompetensi Emosi

June

(2)

About Me

loh sze ming

View my complete profile

Awesome Inc. theme. Theme images by molotovcoketail. Powered by Blogger.