KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar...

23
KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUSA RIDHWAN BIN ABDUL HALIM Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Transcript of KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar...

Page 1: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUSA RIDHWAN BIN ABDUL HALIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

ii

“ Saya akui laporan projek ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………….

Nama penulis : MUSA RIDHWAN BIN ABDUL HALIM

Tarikh : 04 MEI 2009

Page 3: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat,

Bondaku Yang Disayangi

Che Fatimah Bt Daud

Kata – Kata Dan Ingatanmu Menjadi Panduan

Ayahandaku Yang Dikasihi

Abdul Halim B Abas

Yang Sentiasa Mendoakan

Serta

Untuk Rakan-Rakan Seperjuanganku,

Terima Kasih Di Atas Segala Sokongan Dan Pengorbanan Yang Telah Kalian Lakukan…

Semoga Allah Akan Membalasnya Dengan Sebesar – besar Ganjaran.

Insyaallah…

Page 4: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian

yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Dikesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat penyelia projek

Dr.Hjh Noraini Bt. Mohd Noor, yang telah banyak membantu dengan penuh komited

dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan

seperjuangan diatas kesudian mereka untuk meluangkan masa, berkongsi ilmu,

pandangan, dan maklumat yang amat bermakna dalam menjayakan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian ini

secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang tidak

terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan

yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat, pengkaji ingin merakamkan

setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian.

Page 5: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau kemahiran employabiliti untuk bakal

guru di kalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (perdana), Jabatan Pendidikan Teknikal Dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 126 orang pelajar

tahun akhir 4SPH (Perdana) telah terpilih untuk menjadi responden kajian. Instrument kajian

yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Data yang telah diperolehi

dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science” SPSS versi 10.0

dan dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif iaitu peratusan dan min. Dapatan kajian

diperolehi daripada 3 pembolehubah yang dikaji menunjukkan peratusan dan min yang tinggi.

Pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) berpendapat kemahiran generik adalah penting. Selain

itu, dapatan kajian mendapati kaedah yang digunakan oleh pensyarah yang mendapat respon

yang tinggi terutama dalam menerangkan kepentingan kemahiran generik, menerangkan dengan

jelas sebab mengapa kemahiran generik perlu dipelajari, pensyarah mempunyai kemahiran

untuk mengajar meningkatkan kemahiran generik, dapat menguruskan masa dengan baik dan

melaksanakan sesi soal-jawab selepas tamat sesuatu aktiviti. Beberapa aspek kemahiran yang

dikaji terdiri daripada kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran

menggunakan idea dan teknik matematik, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti,

kemahiran komunikasi. Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara iaitu menjalankan kajian

kepada semua jurusan dan pihak fakulti disyorkan agar mengkaji semula kajian mengenai

kemahiran employabiliti untuk mempertingkatkan lagi tahap penerapan kemahiran generik di

UTM. Akhir sekali, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjut dilakukan dengan menggunakan

pendekatan atau kaedah pengumpulan data yang berbeza.

Page 6: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to observe the employability skills for

intended teachers among 4SPH (prime) final year students, Technical and Engineering

Education Department, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. As many

as 126 4SPH (prime) final year students were chosen in this study. Questionnaires were

used as research instrument. Collected data analyzed used “Statistical Package for the

Social Science” SPSS version 10.0 and the result is present in descriptive form such

percentage and mean. Study findings achieved from 3 variables that looked show the

percentage and min were high. 4SPH final semester students believe that generic skills

were important to them. Apart from that, this study found that students agreed their

lecturer were used some methods to implement generic skills in lesson and learning

process. The method that used by lecturer including describing the importance of

generic skill, explain clearly the reason why generic skills must studied, lecturer have

the skill to teach to increase generic skills, can manage time nicely and implement

question and answer session the end of activity. Several aspects that looked in this study

are consist team working skill, using mathematics idea and technique skill, problem

solving skill, management skill, choose and analyze information skill, planning and

organize activity skill and communication skill. The researcher suggested several ways

to doing this research to other courses and increasing the level of mastering the

employability skills. Finally, it is suggest that a further study can be carried out using

different approach or different data collection method.

Page 7: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

Page 8: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

viii

1.8 Definisi Bagi Pembolehubah-Pembolehubah Kajian 8

1.8.1 Kemahiran Hidup 8

1.8.2 Pelajar Tahun Akhir 4 SPH 9

1.8.3 Kemahiran Generik 9

1.8.4 Kemahiran Akademik 10

1.8.5 Kemahiran Mengurus Diri 10

1.8.6 Kemahiran Berpasukan 11

1.8.7 Pengajaran 11

1.8.8 Pembelajaran 11

1.9 Penutup 11

II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Model Kajian 13

2.2.1 Kemahiran Akademik 14

2.2.1.1 Berkomunikasi 14

2.2.1.2 Berfikir 14

2.2.1.3 Belajar 14

2.2.2 Kemahiran Mengurus Diri 15

2.2.2.1 Sikap Dan Tingkahlaku Yang Positif 15

2.2.2.2 Bertanggungjawab 15

2.2.2.3 Membuat Penyesuaian 15

2.2.3 Kemahiran Berpasukan 15

2.2.3.1 Bekerja Dengan Orang Lain 16

2.3 Pendidikan Teknik Dan Vokasional 16

2.4 Tugas, Peranan Dan Kemahiran Guru 17

2.4.1 Tugas 17

2.4.2 Peranan 18

2.4.3 Kemahiran Kerjaya Guru 18

Page 9: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

ix

2.5 Kepentingan Kemahiran Guru 19

2.6 Kemahiran Generik Di Malaysia 20

2.6.1 Kemahiran Berkomunikasi 21

2.6.2 Kemahiran Menggunakan Teknologi 21

2.6.3 Kemahiran Merancang Dan Mengelola Aktiviti 22

2.6.4 Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain Dan Dalam

Kumpulan

22

2.6.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 22

2.6.6 Kemahiran Mengurus, Memilih dan Menganalisa

Maklumat

22

2.6.7 Kemahiran Menggunakan Idea dan Teknik Matematik 23

2.6.8 Kemahiran Memahami Budaya 23

2.7 Kemahiran Generik di UTM 23

2.7.1 Kemahiran Komunikasi 23

2.7.2 Bekerja Secara Kumpulan 24

2.7.3 Penyelesaian Masalah 25

2.7.4 Fleksibel Dan Mampu Menyesuaikan Diri 25

2.7.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat 26

2.7.6 Keyakinan Diri 26

2.7.7 Etika dan Moral 26

2.8 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran

Pendidikan Teknik Dan Vokasional

27

2.8.1 Kaedah Pembelajaran Berprinsipkan Pelajar Dewasa 27

2.8.2 Pendidikan Yang Berpengalaman 28

2.9 Kaedah pengajaran 29

2.9.1 Pengajaran Secara Kelas 30

2.9.2 Pengajaran Secara Individu 30

2.9.3 Pengajaran Secara Kumpulan 30

2.9.4 Perbincangan 31

2.9.5 Tunjukcara (Demostrasi) 31

Page 10: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

x

2.9.6 Kaedah Penyelesaian Masalah 31

2.9.7 Kaedah Inkuiri 32

2.9.8 Kaedah Dapatan 32

2.9.9 Kaedah Inkuiri-Penemuan 33

2.9.10 Sumbangsaran 33

2.9.11 Simulasi 33

2.9.12 Projek 34

2.9.13 Main 34

2.9.14 Lawatan Sambil Belajar 35

2.10 Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran 35

2.11 Kajian Berkaitan 36

2.12 Kesimpulan 37

III METODOLOGI KAJIAN 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Populasi Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 41

3.5 Kajian Rintis 45

3.6 Kajian Sebenar 45

3.7 Prosedur Kajian 46

3.7.1 Peringkat Pertama 46

3.7.2 Peringkat kedua 46

3.8 Analisis Data 47

3.9 Penutup 48

IV ANALISIS DATA 49

4.1 Pengenalan 49

Page 11: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

xi

4.2 Penganalisaan Data 49

4.3 Kajian Rintis 51

4.4 Bahagian A - Latar Belakang Responden 52

4.5 Analisis Bahagian B 53

4.6 Rumusan 63

V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN 65

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan Kajian 66

5.3 Kesimpulan 67

5.3.1 Tahap Pengetahuan Pelajar Semester Akhir 4SPH

(Perdana) Mengenai Kemahiran Employabiliti.

68

5.3.2 Persepsi Pelajar Semester Akhir 4SPH (Perdana)

Terhadap Kepentingan Penerapan Kemahiran

Employabiliti

69

5.3.3 Bagaimanakah Kemahiran Employabiliti

Dilaksanakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

71

5.4 Perbincangan 72

5.4.1 Perbincangan Berkaitan Tahap Pengetahuan Pelajar Semester Akhir 4SPH (Perdana) Mengenai Kemahiran Employabiliti

72

5.4.2 Perbincangan Berkaitan Persepsi Pelajar Semester

Akhir 4SPH (Perdana) Terhadap Kepentingan

Penerapan Kemahiran Employabiliti

74

5.4.3 Perbincangan Berkaitan Bagaimanakah Kemahiran

Employabiliti Dilaksanakan Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

80

5.5 Cadangan Tindakan 84

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

Page 12: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

xii

5.7 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 94

Page 13: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

xiii

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kaedah Pengajaran 29

3.1 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 43

3.2 Skala Yang Digunakan Untuk Tahap Pengetahuan 44

3.3 Skala Likert Yang Digunakan Untuk Persepsi Pelajar 44

3.4 Skala Likert Yang Digunakan Untuk Penerapan Kemahiran

Employabiliti

44

3.5 Skala Nilai Min 48

4.1 Skala Nilai Min 51

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 52

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja Di

Industri

53

4.4 Peratusan Respon Pelajar Terhadap Tahap Pengetahuan

Pelajar Semester Akhir 4SPH (Perdana) Mengenai

Kemahiran Employabiliti

54

4.5 Peratusan Dan Min Persepsi Pelajar Semester Akhir 4SPH

(Perdana) Terhadap Kepentingan Penerapan Kemahiran

Employabiliti

56

4.6 Peratusan Dan Min Responden Kemahiran Employabiliti

Dilaksanakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

61

Page 14: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

xiv

SENARAI SINGKATAN

RMK-9

ICT

IT

P&P

KHB

KI

-

-

-

-

-

-

Rancangan Malaysia Ke-sembilan

Teknologi Komunikasi Maklumat

Teknologi Maklumat

Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu

Kemahiran Insaniah

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

K-ekonomi - Knowledge – Ekonomi

CS - Communication skill

TW

PS

AD

LL

SE

ET

NCVER

PBK

FK

UKM

KPM

KBSM

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Teamwork

Problem skill

Adaptability

Lifelong Learning

Self-Esteem

Ethic

National Centre for Vocational Education Research Australia

Pembelajaran Berbantu Komputer

Fakulti Kejuruteraan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kurikulum Bersepadu Sekolah

SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Page 15: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

xv

Hidup),

dsb - dan sebagainya

dll - dan lain – lain

SPSS - Statistical Packages for The Social Sciences

Page 16: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A SOAL SELIDIK 94

Page 17: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Institusi pendidikan menjadi tunjang kepada pendidikan negara bagi merealisasikan

agenda kerajaan dalam pembangunan modal insan sebagaimana yang terkandung

dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9). Ia bergantung kepada

kepimpinan pengurusan pendidikan dan ahli-ahlinya yang terdiri daripada tenaga

pengajar (pendidik atau guru). Kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya

pembangunan modal insan untuk menghasilkan sumber tenaga kerja yang produktif

dan berpengetahuan luas bagi memenuhi kehendak majikan (Mohd Safarin, 2004).

Pihak institusi pengajian tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha

telah dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu

menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak

rungutan dari pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan graduan yang

dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Graduan

tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah,

kurang kemahiran komunikasi dan kerja kumpulan, kurang kemahiran menggunakan

kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya merupakan antara

keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan.

Realitinya, sama ada guru itu bertugas di sekolah rendah, sekolah menengah,

di kolej, di maktab perguruan atau di menara ganding, mereka perlu sentiasa

komited dalam memberikan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Profesion guru

Page 18: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

2

sangat penting kepada masyarakat dan negara, kerana itu profesion ini setanding

dengan profesion lain misalnya doktor, jurutera dan akauntan. Andainya golongan

doktor merawat mereka yang sakit, jurutera bertanggungjawab membangunkan

infrastruktur negara, para peguam menegakkan keadilan, sebaliknya, guru

melaksanakan tanggungjawabnya dengan membentuk dan mendidik manusia supaya

menjadi ahli profesional yang terdiri daripada doktor, jurutera, peguam dan lain-lain,

yang bertanggungjawab meneruskan tamadun dunia.

Di samping itu, tugas guru sentiasa dipandang murni dan dihormati oleh

masyarakat. Namun begitu, profesion guru tidak semudah yang dijangka.

Sesetengah pihak menganggap bahawa profesion hanya sesuai untuk wanita kerana

kerjanya mudah, dan tempoh rehat serta cuti yang lebih panjang berbanding

profesion lain. Jika anggapan seperti ini berterusan dan tujuan menceburi profesion

guru juga atas sebab yang sama, maka dibimbangi gejala ini akan menular

dikalangan bakal guru dan berakar umbi sehingga mencetuskan anggapan dan

amalan yang boleh menjejaskan profesion perguruan.

Dalam bidang pendidikan, guru berhadapan dengan para pelajar yang

sememangnya berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal, emosi,

rohani dan intelek. Perkembangan tersebut perlu dibentuk secara halus, hikmah dan

berstrategi melalui profesionalisme yang tinggi. Guru tidak sahaja mendidik dan

menajamkan intelek anak didiknya, malah pada masa yang sama guru juga

membentuk peribadi, mendidik rohani, emosi, dan fizikal para pelajarnya.

Pendidikan ini dilaksanakan secara bersepadu dan guru perlu mempunyai pelbagai

ilmu yang mencakupi pedagogi, psikologi, agama dan juga bidang mata pelajaran

tertentu. Dengan itu, pendidikan terhadap manusia atau insan dapat mencapai

matlamat yang dihajatkan oleh masyarakat dan negara, seperti yang dituntut oleh

agama, falsafah pendidikan kebangsaan, wawasan 2020 dan keperluan dunia masa

kini yang berasaskan ilmu dan kemahiran tertentu. Oleh itu, tugas mengajar

memerlukan kepakaran tetapi juga kesenian dalam membentuk fizikal, intelek,

rohani dan emosi.

Dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi

maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai

Page 19: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

3

kemahiran teknologi maklumat (IT). Guru perlu mempunyai kemahiran ini supaya

dapat digunakan dalam pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan

tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat

kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

Bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar

tanggungjawab serta cabarannya. Setiap insan yang menceburkan dirinya dalam

profesion perguruan bertanggungjawab menjaga nama baik profesion tersebut

dengan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya.

Guru yang profesional menjadi teladan dan pembimbing kepada guru yang baru.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan kualiti, maka bakal

guru atau guru yang masih dalam perkhidmatan hendaklah menanam kualiti guru

profesional dalam erti kata yang sebenar dalam diri mereka.

1.2 Latarbelakang masalah

Perkembangan ekonomi negara yang mendadak bukan sahaja menyebabkan struktur

dan sistem masyarakat berubah, malah sistem pendidikan turut berubah. Mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah mula diperkenalkan di Sekolah

Menengah mulai tahun 1989. Ini bertujuan untuk memberi persediaan awal kepada

pelajar apabila memasuki alam pekerjaan. Dalam kurikulum baru 2003, guru-guru

terpaksa memperlengkapkan diri dengan ilmu mengikut sukatan pelajaran terkini, di

mana kandungan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan pilihan.

Bahagian teras, meliputi pembelajaran reka bentuk dan Teknologi, manakala

bahagian pilihan merangkumi empat bidang pembelajaran iaitu kemahiran teknikal,

ekonomi rumahtangga, pertanian dan perdagangan dan keusahawanan (Pusat

perkembangan kurikulum: Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Tingkatan (1-3).

Ishak (1992), menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan dalam

masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran

terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat

Page 20: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

4

penyesuaian dengan cepat. Bukanlah mudah untuk kita berdepan dengan dunia

pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks keperluannya. Dengan memiliki

sekeping sijil, diploma atau ijazah, belum pasti seseorang itu dapat meraih

pekerjaan. Di samping kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki

ketrampilan diri yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman (Esa,

2000).

Ahmad (2005) dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan,

perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai

pelbagai kemahiran generik, seperti kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan

mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan

kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

Menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat

Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

(2005), kecemerlangan sesebuah institut pengajian tinggi bergantung kepada

kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang Seminar Penyelidikan

Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007 diamalkannya.

Kecemerlangan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan

siswazah yang cemerlang. Oleh yang demikian, kurikulum merupakan komponen

yang amat penting dan rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah

institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Sejajar dengan itu,

kurikulum berasaskan atribut digunakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

iaitu menyediakan para siswazah UTM ke arah persaingan global, (Universiti

Teknologi Malaysia, 2005). Program akademik direkabentuk dan dibangunkan

berasaskan atribut yang telah ditetapkan oleh badan professional yang meliputi

aspek teknikal dalam bidang pengkhususan dan kemahiran generik untuk

menyediakan graduan UTM bagi menghadapi persaingan global yang berasaskan

pengetahuan dan k-ekonomi.

Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif bagi

melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran insaniah yang

dikenalpasti. Senat Universiti telah meluluskan tujuh atribut graduan yang harus

Page 21: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

5

diterapkan dalam kalangan pelajar. Tujuh Atribut Graduan UTM (UTM Graduate

Attributes) yang telah dikenal pasti pada masa tersebut adalah:

i. Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills)

ii. Kerja Berkumpulan (Teamworking)

iii. Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

iv. Penyesuaian Diri (Adaptability)

v. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)

vi. Harga Diri (Self-Esteem)

vii. Etika dan Integriti (Ethics & Integrity)

Secara umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi mengiktiraf model

pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dalam merancang

dan melaksanakan program pembangunan kemahiran insaniah di kalangan pelajar

IPT. Sehubungan dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi, Senat UTM telah

meminda sedikit tujuh Atribut Graduan UTM menjadi:

i. Kemahiran Berkomunikasi

ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

iii. Kemahiran Kerja Berpasukan

iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

v. Kemahiran Keusahawanan

vi. Etika dan Integriti

vii. Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif

Dalam laporan muka depan Utusan Malaysia (16 Oktober 2004) memetik

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru yang

tidak kreatif dalam pengajaran sehingga meyebabkan sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) membosankan, mendorong pelajar ponteng kelas. Malah,

menurutnya lagi, tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi

terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit.

Dalam Mingguan Malaysia (17 Oktober 2004) Menteri Pelajaran, Datuk

Hishammuddin Tun Hussien berpendapat, golongan guru perlu lebih kreatif dalam

kaedah pengajaran mereka agar dapat ‘menangkap’ dan mengukuhkan minat para

pelajar. “Dengan pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak

Page 22: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

6

yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya

kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik

semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh,” jelasnya.

1.3 Penyataan masalah

Berdasarkan kepada permasalahan yang timbul, pengkaji mendapati masih terdapat

ruang dan berminat untuk melakukan kajian berkaitan dengan kemahiran

employabiliti untuk pelajar tahun akhir, Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Daripada masalah

yang timbul inilah maka, pengkaji ingin meninjau tahap pengetahuan pelajar

mengenai kemahiran employabiliti, persepsi pelajar terhadap kepentingan penerapan

kemahiran employabiliti dan kaedah kemahiran employabiliti dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Persoalan kajian

Memandangkan kurikulum kemahiran hidup mempunyai berbagai-bagai efektif,

sudah tentu ia mempunyai berbagai-bagai masalah yang perlu diatasi oleh guru-guru

kemahiran hidup. Selain daripada menyiapkan diri dengan persediaan mengajar

guru-guru kemahiran hidup terlebih dahulu menyiapkan kelengkapan peralatan dan

bahan sebelum dan sesudah mengajar di dalam melaksanakan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

Sebagai professional dalam apa jua bidang, guru bukan sahaja setakat

mampu mengajar di bilik darjah tetapi perlu juga mahir di dalam mata pelajaran lain,

aspek pengurusan, kepimpinan, penyelidikan, kemahiran interpersonal dan lain-lain

kemahiran yang diperlukan pada masa kini. Oleh itu, peyelidik telah mengutarakan

beberapa persoalan yang perlu dibuat kajian. Antara persoalan kajian tersebut ialah:-

Page 23: KEMAHIRAN EMPLOYABILITI UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR, … · kemahiran employabiliti untuk pelajar tahun akhir, jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, fakulti pendidikan, universiti

7

i. Apakah tahap pengetahuan pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) mengenai

kemahiran employabiliti.

ii. Apakah persepsi pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) terhadap

kepentingan penerapan kemahiran employabiliti.

iii. Bagaimanakah kemahiran employabiliti dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

1.5 Objektif kajian

Kajian ini mempunyai objektif –objektif seperti berikut :

i. Mengenalpasti samada pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) sedar tentang

penerapan kemahiran employabiliti oleh pensyarah.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar semester akhir 4SPH (Perdana) terhadap

kepentingan penerapan kemahiran employabiliti.

iii. Mengenalpasti penguasaan kemahiran employabiliti pelajar semester akhir

4SPH (Perdana) yang diterapkan oleh pensyarah.