Kemahiran Menggelecek Bola

6
Kemahiran Menggelecek Bola 1. Biasanya diamalkan oleh seseorang pemain apabila mendapat peluang untuk maju ke depan, bergerak ke ruang kosong atau untuk mengatasi pihak lawan yang menentangnya. 2. Pemain akan membawa bola sejauh 20 meter dan membawa balik untuk giliran rakannya. Variasi: Sambil menggelecek bola, tukar had laju Sambil menggelecek bola, tukar hala 3. Melalui halangan pemain membawa bola sambil melalui halangan. 4. Membelit bulatan Pemain berdiri dalam barisan. Apabila diisyaratkan, pemain akan bergerak dan menggelecek bola dari tempat permulaannya mengelilingi bulatan dan balik ke barisannya. Latihan Berkait 1. Butir-butir mengajar am untuk menggelecek bola 2. Menggenggam kayu dengan kedua-dua belah tangan berjarak. Sebelah memegang bahagian pangkal dan sebelah di pertengahan kayu. 3. Bola di hadapan dalam jarak yang terkawal (lebih ke sebelah kaki kanan) 4. Badan condong ke haddapan dengan lutut bengkok semasa menggelecek bola. 5. Mata memerhatikan bola yang dikawal. Di samping itu, peserta hendaklah mempunyai penglihatan yang menyeluruh (peripheral vision)

Transcript of Kemahiran Menggelecek Bola

Page 1: Kemahiran Menggelecek Bola

Kemahiran Menggelecek Bola

1. Biasanya diamalkan oleh seseorang pemain apabila mendapat peluang

untuk maju ke depan, bergerak ke ruang kosong atau untuk mengatasi

pihak lawan yang menentangnya.

2. Pemain akan membawa bola sejauh 20 meter dan membawa balik untuk

giliran rakannya.

Variasi:

Sambil menggelecek bola, tukar had laju

Sambil menggelecek bola, tukar hala

3. Melalui halangan – pemain membawa bola sambil melalui halangan.

4. Membelit bulatan

Pemain berdiri dalam barisan. Apabila diisyaratkan, pemain

akan bergerak dan menggelecek bola dari tempat permulaannya

mengelilingi bulatan dan balik ke barisannya.

Latihan Berkait

1. Butir-butir mengajar am untuk menggelecek bola

2. Menggenggam kayu dengan kedua-dua belah tangan berjarak.

Sebelah memegang bahagian pangkal dan sebelah di pertengahan

kayu.

3. Bola di hadapan dalam jarak yang terkawal (lebih ke sebelah kaki

kanan)

4. Badan condong ke haddapan dengan lutut bengkok semasa

menggelecek bola.

5. Mata memerhatikan bola yang dikawal. Di samping itu, peserta

hendaklah mempunyai penglihatan yang menyeluruh (peripheral

vision)

Page 2: Kemahiran Menggelecek Bola

Kemahiran Menolak Bola

1. Antara kemahirannya :

Gaya bersedia – dua belah kaki dijarakkan dan badan direndahkan.

Menolak bola – bahu kiri ke arah sasaran dan berat badan dipindah

ke kaki depan ketika meleretkan kayu untuk menolak bola.

Pergerakan ikut lajak. Mata terus mengikut pergerakan bola. Bahu

kanan menunjuk ke arah sasaran.

2. Dalam menolak bola, hayunan kayu ke belakang tidak dilakukan. Semasa

permainan, kemahiran menolak bola sangat berguna sebagai satu cara

menghantar jarak dekat, membuat jaringan tanpa membuang masa dan

untuk menggerakkan bola semasa penalti corner.

Latihan menolak bola

1. Latihan menolak bola – berempat – statik

2. Latihan menolak bola ke pintu gol

(a) Latihan Statik

(b) Latihan Bergerak

3. Latihan berkait – Hantaran tolak

4. Latihan berkait – 3 × 3 (Gelanggang bola jaring)

Butir-butir mengajar menolak bola

1. Rendahkan badan semasa bersedia untuk menolak bola.

2. Mata perhatikan bola. Bahu kiri mendahului pergerakan badan.

3. Sambil melangkah ke arah bola, kayu (permukaannya) betul-betul di

belakang bola.

4. Menolak bola dengan kuat. Tangan kanan di pertengahan kayu memberi

tolakan yang kencang.

5. Kayu ikut lajak.

Page 3: Kemahiran Menggelecek Bola

Kesalahan Biasa Semasa Menolak Bola

1. Cara kayu digenggam – kedua-dua belah tangan terlalu rapat

2. Badan terlalu tegak. Kedudukan bola terlalu jauh atau rapat

3. Permukaan kayu tidak tegak

4. Berdiri terlalu dekat bola

Kemahiran Menguis Bola

1. Biasanya digunakan untuk penalti flik dan juga hantaran. Teknik

menggerakkan bola lebih kurang sama dengan menolak bola.

2. Perbezaannya adalah cara permukaan kayu di belakang bola. Ia condong

sedikit ke belakang dan bola dikuis bukan ke depan (leret) sahaja tetapi

ke atas juga dengan kencang.

Butir-butir mengajar menguis bola

1. Berdiri kaki berjarak selesa dan lutut bengkok sedikit.

2. Mata perhatikan bola.

3. Bahu (tangan yang menggenggam pangkal kayu) menghadap arah

pergerakan bola.

4. Selepas menguis, kayu ikut lajak ke depan dan atas.

5. Berat badan dipindahkan ke kaki depan.

6. Kaki belakang hampir lurus apabila badan bergerak ke depan untuk

menguis bola

Page 4: Kemahiran Menggelecek Bola

Kemahiran Memukul Bola

1. Seorang pemain biasanya memukul bola apabila dia hendak:

Membuat hantaran jauh

Masukkan bola dalam gol

Mengambil pukulan bebas, pukulan 16 ela atau pukulan ke dalam

untuk menyambungkan permainan

Latihan memukul bola

1. Hayunan kayu ke bawah dilakukan ketika berat badan dipindah ke kaki

depan

2. Bola dipukul tepat di belakangnya

3. Kayu hoki mengikut lajak selepas memukul bola. Bahu kanan

menunjukkan arah pukulan.

Butir-butir mengajar memukul bola

1. Genggaman kedua-dua belah tangan rapat memegang pangkal kayu.

2. Berdiri kaki rapat dan berat badan lebih di rasa di kaki belakang, bahu

kiri ke arah pukulan.

3. Bongkokkan badan sedikit dan mata memandang bola.

4. Pukul bola dengan kuat di belakangnya.

5. Berat badan dipindahkan ke kaki depan semasa memukul bola

6. Kayu turut ikut lajak dan mata memerhatikan bola yang bergerak.

Kesalahan biasa Semasa memukul bola

1. Berdiri terlalu jauh atau dekat dengan bola

2. Badan terlalu tegak

3. Dua belah tangan berjarak memegang kayu

4. Hayunan kayu ke belakang terlalu tinggi

5. Tiada pergerakan ikut lajak setelah memukul bola.

Page 5: Kemahiran Menggelecek Bola

Kemahiran Menyerkap Bola

1. Menyerkap dengan gaya dua belah kaki rapat. Pangkal kayu

dicondongkan sedikit ke depan.

2. Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan.

3. Menyerkap bola dengan mengilaskan kayu – biasanya bagi bola yang

bergerak di sisi pemain. Berdiri mengangkangkan kaki dan tangan kiri

mengawal kayu.

4. Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan tanah. Satu gaya

menyerkap bola untuk dipukul dalam pukulan sudut dekat. Gaya ini

diamalkan dalam permainan di atas padang tiruan.

5. Menyerkap bola di bahagian pertengahan kayu yang rata. Tangan kiri

lurus.

6. Semasa merendahkan badan untuk menahan bola, buku lima (knuckles)

tangan kiri rehat di atas padang.

Butir-butir menyerkap bola

1. Genggam kayu – tangan berjarak seperti untuk menggelecek, menolak dan

menguis bola.

2. Perhatikan bola yang mendatang.

3. Bengkok dan rendahkan badan bila menyerkap bola (dari depan)

4. Pangkal kayu yang dikawal oleh tangan kiri dicondongkan sedikit ke depan.

Latihan Menyerkap Bola

1. Latihan Statik (menyerkap bola)

2. Latihan bergerak

3. Latihan Berkait

Page 6: Kemahiran Menggelecek Bola

4. Latihan bercantum

Menyerkap bola dan menjaring

Menolak, menyerkap dan memukul

Menyerkap, mengelecek dan memukul

Menyerkap bola yang ditolak oleh pasangan dan menolak balik

kepadanya.