Kemahiran-Menulis-mengarang

download Kemahiran-Menulis-mengarang

of 42

Transcript of Kemahiran-Menulis-mengarang

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    1/42

    KEMAHIRANEMAHIRANMENULISENULIS

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    2/42

    Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah

    penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan

    lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

    Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

    (f) menggunakan pelbagai jenis ayat

    (b) mencatat dan menyusun maklumat

    (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

    (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    3/42

    Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan

    murid menulis perkataan dan ayat, dan

    mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisanyang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan

    pengalaman peribadi yang dilalui.

    Penekanan dalam kemahiran menulis ialah

    terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda

    baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang

    jelas, cantik dan kemas.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    4/42

    Konsep Menulis

    Menulis melibatkan murid-murid supaya

    berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah

    idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacanayang lengkap.

    Murid-murid juga perlu menguasai struktur

    karangan seperti tahu menulis panduan,

    pemerengganan dan menulis kesimpulan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    5/42

    Tujuan Menulis

    Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secaraamnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat

    mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk

    tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

    Melatih murid-murid melahirkan idea

    Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

    Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentukpemerengganan yang betul

    Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang

    betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    6/42

    Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

    Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasisebenar sehari-hari

    Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

    Menyuburkan minat

    Meluaskan kosa kata

    Memberikan kepuasan jiwa.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    7/42

    Peringkat Kemahiran Menulis

    Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis

    perkataan dan ayat danmengeluarkan idea melalui

    pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

    pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilaluidengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan

    ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan

    kemas.

    Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti merekauntuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-

    peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    8/42

    Peringkat Pramenulis

    Peringkat Mekanis

    Peringkat Pelahiran

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    9/42

    Peringkat Pramenulis

    Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka

    dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot

    tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan

    kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

    Menulis dari kiri ke kanan

    Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

    Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir,lantai tanpa menggunakan alat tulis.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    10/42

    Menyambung titik

    Latihan membentuk corak campuran bulatan dangarisan lurus yang dilakukan secara bebas.

    Latihan membentuk garisan lurus

    Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus

    dan bulat.

    Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

    Melukis gambar

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    11/42

    Peringkat Mekanis

    Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan

    melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajarmenguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam

    abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,

    perkataan dan ayat.

    Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda bolehmenjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

    Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik

    menulis.

    Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada

    bentuk-bentuk huruf tertentu.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    12/42

    Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat

    daripada kad yang berlubang.

    Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk

    garis putus-putus.

    Latihan menulis huruf dalam suku kata.

    Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

    Latihan menamakan gambar-gambar.

    Latihan menyalin frasa atau ayat.

    Latihan menyalin ayat daripada buku.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    13/42

    Peringkat Pelahiran

    Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai

    kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca danmengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

    Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini

    dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,

    dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan

    penulisan bebas dan kreatif.

    Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan

    pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah

    dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan

    kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.

    Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan

    menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    14/42

    Contoh Aktiviti:

    Menulis jawapan pemahaman

    Menulis karangan

    Menulis ayat berdasarkan gambar

    Membina ayat

    Memanjangkan ayat

    Menulis rencana

    Mengisi silang kata

    Melengkapkan ayat.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    15/42

    JENIS-JENIS PENULISAN

    Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu

    karangan, penulisan ringkas, penulisan untuk majlis

    rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    16/42

    Terkawal

    Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isiyang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,

    bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.

    Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa

    diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

    Contoh :

    (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam

    karangan yang disediakan.

    (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya

    menjadi sebuah karangan lengkap.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    17/42

    Separa Terkawal

    Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang

    disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk

    menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat

    pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.

    Contoh :

    (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah

    dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telahdisediakan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    18/42

    Berpandu

    Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan

    berdasarkan panduan guru.

    Contoh:

    (ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

    (iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan

    berurutan mengenai sesuatu tajuk.

    (iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentukdaripada dialog kepada karangan penceritaan atau

    sebaliknya.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    19/42

    Separa Berpandu

    Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat

    sedikit maklumat atau panduan guru.

    Contoh :

    (vii)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.

    (ii) Menyudahkan cerita.

    (iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.

    (iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.

    (v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    20/42

    Bebas

    Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkanidea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan

    perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :

    Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

    Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

    Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

    Kreatif: puisi, cerpen, drama

    Imaginatif: pengalaman.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    21/42

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS

    Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman

    lampau dan bahasa yang dipelajari.

    Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh

    pengalaman melalui deria, pembacaan, menonton

    televisyen dan sebagainya.

    Hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa

    merupakan hubungan yang anjal.

    Berdasarkan pendapat dan penemuan ahli-ahli linguistik,

    psikologi, tentang hubungan antara pengalaman, pemikiran

    dan bahasa telah melahirkan beberaapa prinsip dalam

    pengajaran penulisan karangan berasaskan pengalaman.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    22/42

    Perancangan Aktiviti Menulis

    Pengajaran mengarang memerlukan perancangan

    berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

    Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek

    aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang danpasca mengarang.

    Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelummereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang

    serius.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    23/42

    Objektif Mengarang

    Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan

    dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid padasesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya

    adalah untuk:

    Melatih murid-murid melahirkan idea

    Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

    Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan

    yang betul

    Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul

    berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

    Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

    Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-

    hari

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    24/42

    Peringkat Pengajaran

    Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra

    mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

    Pra mengarang

    (i) Berbincang untuk menentukan format

    (ii) Berbincang untuk menentukan isi(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan

    bahan elektronik yang lain

    (iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita

    (v) Menentukan watak

    (vi) Menyaring bahan(vii) Menulis draf

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    25/42

    Semasa mengarang

    (iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan

    (ii) Menentukan format

    (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,

    sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk

    huruf) dan wacana.

    (iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

    Pasca mengarang

    (i) Menyemak karangan

    (ii) Melakukan pembetulan

    (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu

    (iv) Menghantar karangan

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    26/42

    Membina Bahan Sumber Bahan Pengajaran Menulis

    Bahan sumber daripada internet

    Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-

    bahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh

    dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik

    darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang

    berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

    Bahan sumber digital

    Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas

    dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada

    cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian

    boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

    Bahan audio dan audio visual

    Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk

    digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    27/42

    Gambar-gambar

    Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri,

    atau gambar foto yang diambil dengan

    menggunakan kamera

    Filem

    Filem jalur atau filem slaid.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    28/42

    Ciri Bahan Sumber yang Baik

    Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan

    cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.

    Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang

    melibatkan pralatan ICT.

    Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid

    menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya

    melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    29/42

    Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan

    bahan yang disediakan sendiri.

    Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu jugadiambil faktor keselamatan murid-murid.

    Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan

    murid-murid yang berbilang bangsa

    Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan

    terlebih dahulu oleh guru

    Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratusdalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan

    berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang

    tinggi dalam mengadakannya.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    30/42

    Pendekatan Pengajaran Penulisan

    Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara

    berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektifkemahiran yang hendak dicapai, pengjaran karangan

    boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-

    pendekatan tertentu seperti:

    5. Terkawal

    7. Berpandu

    9. Bebas

    11. Proses

    13. Komunikatif

    15. Pengalaman Bahasa

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    31/42

    Pendekatan Terkawal

    Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan

    bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarangsupaya mereka biasa dengan struktur karangan.

    Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada

    melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

    Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya

    kepada bahan yang disediakan oleh guru.

    Contoh aktiviti:

    11.mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yangtelah disediakan terlebih dahulu..

    12.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga

    membentuk sebuah karangan yang lengkap

    13.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk

    membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    32/42

    Pendekatan Berpandu

    Isi karangan telah diberikan oleh guru

    Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang

    telah diberikan oleh guru.

    Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka

    sendiri bagi melengkapkan perenggan.

    Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.

    Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah

    diberikan oleh guru

    Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-murid.

    Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid.

    Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

    Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam

    bentuk wacana yang lengkap.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    33/42

    Pendekatan Bebas

    Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek

    penulisan dengan baik.

    Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh

    guru

    Murid-murid mencari isi karangan sendiri

    Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan

    Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata

    tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan.

    Penggunaan peribahasa digalakkan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    34/42

    Pendekatan Proses

    Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh

    murid-murid.

    Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan

    oleh guru

    Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu

    Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio

    Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian

    dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka.

    Penggunaan sumberbahan berasaskan ICT adalah sangat

    digalakkan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    35/42

    Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk

    digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

    Aktiviti:

    Murid-murid menyusun isi

    Dalam peringkat menyusun isi, murid-murid berbincang dengan guru.

    Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan

    Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan

    yang lengkap.

    Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan

    pembetulan.

    Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk

    dinilai.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    36/42

    Pendekatan Komunikatif

    Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat

    perhubungan

    Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan

    dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek

    penstrukturan karangan

    Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat merekatentang sesuatu idea.

    Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks

    perbincangan yang autentik

    Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan

    sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.

    Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat

    membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    37/42

    Pendekatan Pengalaman Bahasa

    Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajukyang dipilih

    Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk

    membina cerita

    Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan

    dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru

    Murid-murid diminta membina ayat berdasarkanberdasarkan idea yang mereka berikan

    Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk

    cerita

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    38/42

    Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis

    Setelah cerita selesai

    Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

    Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

    Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu

    Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan

    yang mereka tahu dalam situasi

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    39/42

    Masalah Pengajaran Menulis

    Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan

    pengajaran menulis di sekolah di negara ini.

    Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa

    dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatan daninilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya

    kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu

    Standard (BMS) dengan betul.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    40/42

    Penilaian

    Aspek yang dinilai:

    Isi

    Ejaan Bahasa

    Kosa kata

    Kelancaran

    Pengolahan isi

    Ketepatan dengan tajuk

    Format (sekiranya karangan berformat)

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    41/42

    PENILAIAN SECARA HOLISTIK ATAU GLOBAL

    Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan

    ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan

    Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secarakeseluruhan

    Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan

    format

    Berikan markah akhir.

  • 8/9/2019 Kemahiran-Menulis-mengarang

    42/42