Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Abad Ke

2
Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21: Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills) Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah : 1. Cara pemikiran baru- Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, keputusan membuat dan pembelajaran. 2. Cara bekerja-Komunikasi dan kerjasama Alat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy) 3. Kemahiran untuk hidup di dunia-Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri,berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya. Produktiviti dan Akauntabiliti. Kepimpinan dan Tanggungjawab Ciri-Ciri Guru Abad ke-21 Ø Menguasai pelbagai bidang.Seorang guru memerlukan ilmu yang pelbagai untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi dan bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru Sebagai contohnya, seorang guru yang mengajar subjek sejarah juga memerlukan ilmu pengajaran dalm subjek lain. Bagi memastikan pendidik menguasai semua bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi pembelajaran secara berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut bersedia menghadapi

description

like

Transcript of Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Abad Ke

Page 1: Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Abad Ke

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21:

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

 Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)

Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Aspek dalam kemahiran abad ke-21 ialah :

1.      Cara pemikiran baru- Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, keputusan membuat dan pembelajaran.

2.      Cara bekerja-Komunikasi dan kerjasamaAlat untuk bekerja. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan literasi maklumat Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)

3.      Kemahiran untuk hidup di dunia-Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri,berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya. Produktiviti dan Akauntabiliti. Kepimpinan dan Tanggungjawab

Ciri-Ciri Guru Abad ke-21

Ø  Menguasai pelbagai bidang.Seorang guru memerlukan ilmu yang

pelbagai untuk menjadikan mereka berkebolehan dalam semua bidang

yang diceburi dan bidang yang tidak diceburinya. Seseorang guru itu

perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru Sebagai contohnya,

seorang guru yang mengajar subjek sejarah juga memerlukan ilmu

pengajaran dalm subjek lain. Bagi memastikan pendidik menguasai

semua bidang ia memerlukan pendidik tersebut mengaplikasi

pembelajaran secara berterusan untuk membolehkan pendidik tersebut

bersedia menghadapi sebarang perubahan dalam dunia pendidikan yang

selaras dengan era pemodenan masa ini.

Page 2: Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Abad Ke

Ø  Mengikut perkembangan tentang dasar dan isu

pendidikan.Perkembangan tentang isu-isu semasa yang berkaitan

dengan dunia pendidikan perlu dikuasai oleh pendidik untuk memastikan

profesion perguruan dapat dijalankan dengan lancer melalui proses

pengajaran dan pembelajaran.Bagi melahirkan generasi berkualiti

seorang pendidik perlulah mempunyai sifat berwibawa dengan

memahami dengan dasar-dasar seperti sains dan teknologi(sekolah

berasaskan ICT).

Ø  Mahir dalam pedagoji(pengajaran dan pembelajaran.Seorang

pendidik perlu mempunyai kemahiran pedagoji untuk melahirkan generasi

yang berkemahiran abad ke 21. Kemahiran pedagoji ini bukan sahaja

berasakan pengalaman ia juga memerlukan seorang pendidik mempunyai

kemahiran dalam mengaplikasi pedagoji berbentuk inovasi dan teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh menggunakan alat

bantuan mengajar seperti komputer.Kaedah ini member kesan positif

kepada perkembangan dan prestasi pelajar.

Ø  Menggunakn teknologi terkini.Dunia sekarang adalah dunia

teknologi.Seorang pendidik juga harus seiring dengan perkembangan

dunia teknologi ini untuk membolehkan diri mereka bersedia dalam

penguasaan dan penggunaan teknologi semasa.Penguasaan ini bukan

sahaja diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam

kehidupan seharian.

Ø  Menerapkan nilai-nilai murni(akhlak). Pendedahan teknologi pendidik

juga perlulah selari dengan penerapan nilai-nilai murni. Seorang pendidik

perlulah beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian

negara, ia juga penting dalam menjaga hubungan sesame manusia.