Kemahiran Proses Sains Asas 1

download Kemahiran Proses Sains Asas 1

of 3

Transcript of Kemahiran Proses Sains Asas 1

  • 7/31/2019 Kemahiran Proses Sains Asas 1

    1/3

    digitaleprints.um.edu.my/347/4/BAB_1.pdf

    Kemahiran Proses Sains Asas

    1. Memerhati iaitu menggunakan pancaindera untuk mengenal pasti ciri-ciriobjek, perubahan, persamaan dan

    perbezaan.Contoh : Memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada haiwan.

    .2. Mengelas iaitu mengumpul objek atau peristiwa mengikut persamaan danperbezaan.

    Contoh : Mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu,bersisik, berkaki, berkepak dan

    bercangkerang.3. Mengukur dan menggunakan nombor iaitu membuat pemerhatian

    kuantitatif dengan membanding kepadapiawai tertentu.Contoh : Mengukur jarak yang menggunakan satu unit panjang yang

    seragam seperti jengkal, pensel, buku

    atau pembaris ( berunit cm ).4. Membuat inferens iaitu membuat kesimpulan awal untuk menerangkan

    sesuatu peristiwa berdasarkan sebab-

    sebab atau alasan-alasan tertentu.Contoh : Membuat inferens tentang kegunaan bahan berdasarkan sifat-

    sifat fizikalnya melalui perbincangan.5. Meramal iaitu membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akanberlaku berdasarkan pemerhatian atau

    inferens.Contoh : Menggambar kisah keadaan sekeliling jika tiada cahaya

    matahari, secara melukis, mengarang atauberlakon.

    6. Berkomunikasi iaitu memindahkan maklumat atau idea kepada orang lainsecara lisan atau bertulis.

    Contoh : Menjalankan perbahasan atau menulis karangan tentang faedahmengitar semula bahan buangan

    untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

  • 7/31/2019 Kemahiran Proses Sains Asas 1

    2/3

    7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa iaitu mengenal pasti bentuk

    dan pergerakan mengikut masa.Contoh : Mengukur dan membanding jarak yang dilalui oleh dua objek

    yang bergerak selama satu unit masayang ditetapkan.

    Kemahiran Proses Sains Bersepadu

    1. Mentafsir maklumat iaitu memberi penerangan tentang pola atau

    peristiwa berdasarkan maklumat yang dikumpul.Contoh : Menyiasat putaran Bumi dengan merekodkan perubahan ukuran

    dan kedudukan bayang-bayang sesuatu objek dari semasa ke semasa.

    2. Mendefinisi secara operasi iaitu memberi takrif dengan memperihalkan

    apa yang diperhatikan.Contoh : Menyatakan maksud teknologi.

    3. Mengawal pembolehubah iaitu mengenal pasti semua pembolehubah iaituaspek-aspek yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Menjalankan

    eksperimen dengan hanya memanipulasikan satu pembolehubah sementarapembolehubah yang lain dimalarkan.Contoh : Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang

    menyebabkan pengaratan.

    4. Membuat hipotesis iaitu membuat tekaan intelek yang boleh diujiberdasarkan bukti yang telah dikumpul.Contoh : Menguji hipotesis tentang cara untuk mencegah bahan daripada

    berkarat.

    5. Mengeksperimen iaitu menyiasat, memanipulasikan pembolehubah dan

    menguji hipotesis untuk membuat keputusan.Contoh : Menjalankan eksperimen untuk mengkaji persaingan anak benih.

    Sumber : Pedagogi Sains 1 : Kurikulum Sains Poh Swee Hiang (1997)

  • 7/31/2019 Kemahiran Proses Sains Asas 1

    3/3