kemahiran sains

download kemahiran sains

of 9

description

sains

Transcript of kemahiran sains

12. Kemahiran Mengeksperimen

Takrif menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan mengujihipotesis untuk membuat keputusan

Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains.Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membinahipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar.Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaanmengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuatkesimpulan atau keputusan.Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimenkerana menjalankaneksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telahdisediakan kepada anda.

Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumatyang perlu ada ialah1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji2.Penyataan hipotesis yang diuji3.Penyataan tentang pembolehubah4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan6.Graf jika berkaitan7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada hipotesis diterima atau disangkal.

Aktiviti1.

Dengan menggunakan bahan-bahan yang dipaparkan:1 gabus,6 keping plastik sebagaikipas roda,1 pisau,1 lidi satay,2 botolair mineral, salur getahdan corong1. Bina saturoda air.Berhati-hati semasa menggunakanpisau untuk memotong gabus.2. Kajidua faktoryangmempengaruhikadar pusinganroda air.

3. Nyatakan secara terperinci

semua kemahiran proses sainsyang terlibat dalam eksperimen ini.

2.Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah)seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli,Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan padapermukaan yang berbeza.Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.

Posted byFRCat01:046 comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestMonday, 18 April 2011Kemahiran Membina Hipotesis11. Kemahiran Membina Hipotesis

Takrif membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens.

Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....

1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf.2. mentafsir inferens dan data secara tepat3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu hipotesis8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji9. membezakan inferens daripada hipotesis

Bila dan mengapa perlu membina hipotesis?1.Hipotesis dibinasebelumpenyiasatan atau eksperimen.2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpuldalam eksperimen.3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara bagaimana menganalisis data.4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara pembolehubah.5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir eksperimen

Bagaimana membina hipotesis?Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balasdan pembolehubah malarTulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yangdimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimanapembolehubahyang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian

Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panasberbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,

"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panasberbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali denganmenggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yangdiketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisiair sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas samadengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidakdisokong oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panasberbanding air sejuk"

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens

Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik.Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas.Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turutbertambah.Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelungbertambah, lebihbanyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medanelektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferensialah,"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."

Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong ataumenyangkal hipotesis tersebut.

Bagaimana menilai hipotesis anda?

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimenmenyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesistersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Aktiviti

Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasakkentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi10. Kemahiran mendefinasi secara operasi

Takrif memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secaraspesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yangberlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlumenyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke ataspembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisisecara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untukpembolehubah yangdimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yangdiberi boleh berbezaantara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun merekamerujuk kepadapembolehubah yang sama.

ContohMendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"Anda boleh mendefinisinya sebagai .........

1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur ketinggiantersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili pertumbuhan anakpokok. atau2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat pertumbuhan pada anak pokok. atau3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh mendapatkanukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu. Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah. atau4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa awal eksperimen. Selepassebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses pertumbuhan.

AktivitiAnda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada1. kadar penyejatan air2. bahan yang larut dalam airPosted byFRCat11:461 comment:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestKemahiran Mengawal Pembolehubah9. Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Takrif mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang bolehmemberi kesan kepada hasileksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yangdiubah secara sistematik sepanjang eksperimensementara pembolehubah lain ditetapkan untukmenjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen

Tiga jenis pembolehubah:1. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah tidak bersandar - pembolehubah yangsengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada pembolehubah lain.2. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar - pembolehubah yang berubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pembolehubah ini diperhatikansepanjangeksperimen.3. Pembolehubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpa sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannyake atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu ahli sains hanyamengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Pembolehubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan eksperimen supaya anda dapatmenentukan .......apa yang akan diukur atau diubah / pembolehubah manipulasi)bagaimana mengukur pembolehubah manipulasiapakah yang akan diperhatikan dalam eksperimen / pembolehubah bergerak balasbagaimana mengukur pembolehubah bergerak balasapakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen

ContohSebuah elektromagnet dapat menarik lebih banyak klip kertas jika bilangan sel keringbertambah di dalam litar. Bilangan sel kering boleh diubah untuk menentukan kesannyakepada elektromagnet.Pembolehubah yang dimanipulasi : bilangan sel kering dalam litarPembolehubah bergerak balas : bilangan klip kertas yang tertarik kepada elektromagnetPembolehubah malar : jenis bateri, saiz dan panjang dawai, jenis litar, saiz danjenis klip kertas, prosedur untuk menarik klip kertas

AktivitiAnda dikehendaki mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.Berikan empat pembolehubah yang dimanipulasi dan terangkan bagaimana iamempengaruhi pembolehubah yang bergerak balas

Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa8.Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan MasaTakrif Menghuraikan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter seperti lokasi,arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim.

contoh Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.

Jadual 1

Huraikan hubungan antara suhu dengan masa.Buat kesimpulan berdasarkan keputusan.Kemahiran Mentafsir Maklumat7. Kemahiran Mentafsir Maklumat

Takrif memberi penerangan tentang pola/ perhubungan berdasarkan maklumat yangdikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatian yang telah dibuat

Secara umumnya, perihalkan maklumat yang tersurat dan cari maksud yang tersirat.

Masihkah anda ingat dengan dua jadual di bawah ini?

Soalan yang perlu dicari jawapannya...Apakah yang diwakili oleh setiap lajur?Apakah kecenderungan menurun setiap lajur?Apakah perkaitan antara lajur-lajur tersebut?

Posted byFRCat02:50No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestKemahiran Berkomunikasi6. Kemahiran Berkomunikasi

Takrif memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisanseperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan matematik, jadual dan lain-lain.

Jika anda mendapati diri anda sedang menerima maklumat atau menyebarkan maklumat, atau berkongsi maklumat maka anda sedang berkomunikasi.

Anda juga berkomunikasi apabila anda dapati berada dalam suasana.......berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai idea atau sesuatu maksud.merekod hasil dapatan sesuatu penyelidikan.melukis dan mengambil nota.menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol.menggunakan carta ,graf dan jadual untuk menyampai maklumat.menyoal dengan jelas.menggunakan rujukan.menulis laporan eksperimen supaya orang lain dapat membaca dan mencubanya.Alat-alat komunikasi yang boleh anda guna untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu tindakan, objek atau peristiwa ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1

Contoh

Perihalkan A, B ,C dan D..Alat komunikasi bagi A adalah simbol, B adalah carta ,C pula jadual manakala D adalah graf

Aktiviti. Anda cuba menenggelamkan satu objek ke dalam air seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Apakah yang akan berlaku jika anda menarik tangan keluar. Ulang langkah ini dengan menggunakan objek seperti dalam senarai. Rekod pemerhatian menggunakan grafik yang sesuai. Objek yang disenarai seperti span(sponge), duit syiling, belon, kain towel dan botol plastik kosong bertutup.