Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains
-
Upload
mohd-fadlie-mohd-yusof -
Category
Documents
-
view
146 -
download
6
Transcript of Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM)_______________________________________
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)
KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS(BBR 36903)
TUGASAN INDIVIDU
EN GHAZALLY SPAHAT______________________________________________
NAMA : MOHD FADLIE BIN MOHD YUSOF
NO. MATRIK: DB100021
KELAS : SAINS SEKSYEN 1
A Picture’s Worth a Thousand Words
Tajuk Foto : A Brutal Game Played By Gentlemen
Tarikh : 27 Oktober 2013
Lokasi : Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan
Jenis Kamera : Canon EOS 1100D
ISO : 100
Focal Length : 18mm
Diskripsi : Gambar di atas diambil semasa Pasukan Ragbi SK Taman Perling
(Eagles) berbaju belang beraksi menentang Pasukan Bintang Ragbi Club
(BRC) dalam Kejohanan Ragbi 10’s KGV 2013 yang lalu. Pasukan
Ragbi SK Taman Perling telah berjaya menduduki tempat ke 3
keseluruhan.
1. Pendahuluan
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan,
pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa
bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang
garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan
diistiharkan menang bagi perlawanan ini.
Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada
waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak
sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan
baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti
ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge
juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.
Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada
mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah.
Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk
mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba
merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang
mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.
2. Pengalaman
Menyusuri semula kenangan tujuh belas tahun yang lalu, ketika itu saya masih bersekolah
di Sekolah Tinggi Melaka. Pertama kali saya mengenali sukan ragbi apabila diajak oleh rakan –
rakan, maklumlah ketika itu badan saya agak besar dan ramai yang kata, badan yang besar sesuai
main ragbi. Lalu tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju tanpa memikirkan adakah ibu saya
bersetuju atau tidak.
Pada petang itu, saya sedang bersiap – siap ke sekolah untuk sesi latihan ragbi, tiba – tiba
ibu saya menegur. “Latihan bola sepak ke hari ni’ tanya ibu saya. “Ye mak!’ balas saya ringkas
kerana saya tahu dia memang tidak suka saya bermain ragbi. Katanya ragbi itu ganas dan
mendatangkan kecederaan.
Agak lama juga saya berjaya menyimpan rahsia bemain ragbi daripada pengetauhan ibu
saya, hampir 6 tahun juga. Rahsia saya bocor apabila saya mula berkhidmat sebagai guru di SK
Taman Perling, Johor Bahru. Ketika itu saya membawa pasukan ragbi sekolah. Ibu saya terkejut
kerana sepanjang pengetauhannya, saya tidak pernah bermain ragbi. Masakan saya boleh melatih
anak – anak kecil bermain ragbi. Lalu saya ceritakan rahsia saya selama ini.
3. Mengapa Ragbi?
Ramai dikalangan ibu bapa tidak mahu anak mereka melibatkan diri dalam sukan ragbi. Alasan
mereka, sukan ragbi ini ganas, mendatangkan kecederaan dan sebagainya. Namun mereka tidak
sedar bahawan sukan ragbi ini bukan sekadar permainan sahaja. Ia melibatkan berbagai
kemahiran dan nilai yang boleh diterapkan pada anak – anak mereka.
Cuba kita lihat, kebanyakkan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia mempunyai pasukan
ragbi masing – masing berbanding pasukan bola sepak. Seperti contoh Sekolah Menengah Sains
Selangor (SMSS), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Dato Abdul Razak
(SDAR). Mengapa ini berlaku, ini kerana sukan ragbi mampu menjana pemikiran dan tingkah
laku yang positif dikalangan pelajar.
4. Aspek KBKK Dalam Ragbi
Dalam sesebuah pasukan ragbi, orang yang paling penting adalah jurulatih. Jurulatih
berperanan untuk memilih pemain, melatih, merangka strategi dan taktikal perlawanan, meramal
taktik permainan pihak lawan, menaikkan semangat dan motivasi pemain serta memastikan
pemain sentiasa menjaga disiplin baik di dalam mahupun di luar padang. Bagi memastikan
pasukan tersebut mantap, jurulatih perlu sentiasa memikirkan teknik latihan yang berbeza dan
terkini yang mampu meningkatkan tahap permainan para pemain.
Salah satu aspek yang akan membantu sesebuah pasukan ragbi itu mencapai kemenangan
dalam perlawanan adalah kemampuan jurulatih merangka strategi dan taktikal. Jurulatih perlulah
kreatif dalam menyusun strategi agar pihak lawan keliru dengan corak permainan. Selain itu,
jurulatih juga perlu sentiasa meramal sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku semasa
perlawanan supaya pasukannya sentiasa bersedia dan mampu mengatasi cabaran – cabaran
tersebut.
Aspek kedua adalah para pemain, di mana mereka yang akan mengaplikasikan segala
perancangan dan taktikal jurulatih semasa perlawanan. Para pemain perlu sentiasa fokus pada
perlawanan dan memerhati pergerakan pihak lawan. Di sinilah para pemain perlu membuat
keputusan atas tindakan mereka dengan pantas. Ia merangsang otak untuk meramal dan membuat
hipotesis.
Setelah tamat perlawanan, jurulatih dan pemain perlu melakukan analisis berdasarkan
keputusan perlawanan. Ini penting untuk dijadikan rujukan bagi menyusun sesi latihan yang akan
datang. Analisis tersebut boleh direkodkan bagi memudahkan jurulatih.
5. Harapan
Saya berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa sedar tentang kelebihan permainan ragbi
berbanding keburukkannya. Permainan ragbi bukan sahaja memperkasakan jati diri murid –
murid tetapi juga turut mengasah kemahiran berfikir mereka. Sekian, terima kasih.
“You were born to win, but to be a winner, you must plan to
win, prepare to win and expect to win”.
“There are no great men. Just great challenges which ordinary
men”.