KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

download KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

of 2

description

variasi rangsangan

Transcript of KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran variasi rangsangan meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

i. PergerakanPergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepanjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

ii. Gerakgeri semulajadi guru ( gesture )Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.

iii. Perubahan bentuk fizikal muridPerubahan fizikal pelajar seperti menulis, duduk, berdiri, berlari, membuat eksperimen dan lain-lain. Ianya termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.

iv. Mengubah dada pertuturanMengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

v. Penglibatan murid secara lisanSoalan, perbincangan murid , menjawab, membaca, bercerita, interaksi dengan guru dan peluang yang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.

vi. Penggunaan PancainderaGuru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.

vii. Aktiviti fizikalGuru yang memberi peluang kepada murid membuat aktiviti yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Perubahan fizikal pelajar seperti menulis, duduk, berdiri, berlari, membuat eksperimen dan lain-lain. Ianya termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.

Variasi rangsangan yang berkesan ialah:1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.