Kemanusiaan

19
KEMANUSIAAN Pengulas: Maryam Jamilah Abdul Hamid

Transcript of Kemanusiaan

Page 1: Kemanusiaan

KEMANUSIAAN

Pengulas: Maryam Jamilah Abdul Hamid

Page 2: Kemanusiaan

RANGKAP 1

• Ketika berlakunya peperangan, pejuang-pejuang sanggup berkorban dan sedia menerima apa pun yang akan berlaku seterusnya.

Page 3: Kemanusiaan

RANGKAP 2

• Berlakunya pertumpahan darah dan berita kematian yang tidak putus-putus apabila mulanya perebutan kuasa.

Page 4: Kemanusiaan

RANGKAP 3

• Ramai yang terkorban dalam perjuangan masing-masing dan kematian berlaku secara berterusan. Kematian yang berlaku ini juga telah membuatkan keluarga si mati berasa sangat sedih. Seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya merasakan kepahitan itu dengan lebih mendalam.

Page 5: Kemanusiaan

RANGKAP 4

• Apabila seseorang itu tidak merasakan keperitan hidup orang lain yang telah kehilangan orang tersayang, dia telah menunjukkan dirinya yang tidak berperikemanusiaan.

Page 6: Kemanusiaan

RANGKAP 5

• Rangkap ini menerangkan tentang orang yang sedar akan sifat berperikemanusiaan akan tetapi tidak mempunyai keberanian untuk menghalang pertumpahan darah yang akan berlaku dan tidak berani menyuarakan pendapat. Mereka hanya mampu bersedih dan bercakap tentang kemanusiaan dalam kelompok mereka sahaja.

Page 7: Kemanusiaan

RANGKAP 6

• Mereka yang kehilangan orang tersayang akan terus merasai kesedihan yang berterusan dan menganggap dunia ini tiada makna lagi. Kehidupan juga ditamatkan dengan kematian yang kejam iaitu pertumpahan darah.

Page 8: Kemanusiaan

Tema sajak• Sifat KEMANUSIAAN• Memperingati kematian Kennedy

Persoalan• Peperangan yang berlaku• Sifat keibuaan

*sajak ini merupakan sajak sepanjang masa kerana sehingga kini masih berlaku peperangan.

Page 9: Kemanusiaan

BENTUK PUISI

• Enam rangkap• Bebas (a b c d)• Tidak terikat bilangan baris (tiga hingga

enam baris dalam satu rangkap)• Elergi

Page 10: Kemanusiaan

UNSUR BUNYI

ASONANSI• rangkap pertama pada baris ke-dua dan

ke-tiga

bersama kain-kain yang berkibar di tengah-tengah tiang

kerana mereka tidak bergetar oleh berita-berita besar

Page 11: Kemanusiaan

• rangkap ke-dua pada baris ke-dua

putera Adam membunuh-terbunuh dalam pertarungan menang-kalah

• rangkap ke-empat pada baris pertama

Jika kita menyesali kematian atas seseorang

Page 12: Kemanusiaan

ALITERASI• rangkap ke-dua pada baris ke-tiga

dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana

• rangkap terakhir pada baris ke-dua

dunia telah didandankan; kehidupan adalah kematian yang berdarah.

Page 13: Kemanusiaan

UNSUR BAHASASIMBOL• Dalam rangkap ke-dua, unsur simbolik ditonjolkan

pada ungkapan ‘cair merah tumpah’ memberikan maksud darah pejuang dan mereka yang terkorban sewaktu peperangan.

• Dalam rangkap ke-tiga, Usman Awang juga menggunakan unsur simbolik pada ungkapan ‘air terjun di Niagara’. Ungkapan ini bermaksud betapa sedihnya ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang sehingga air mata mereka dibandingkan dengan air terjun di Niagara yang teramat deras arusnya.

Page 14: Kemanusiaan

• HIPERBOLA

dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi pusara.

Adalah pasti tidak semua tanah menjadi pusara walaupun ramai yang terkorban ketika berjuang.

Page 15: Kemanusiaan

• PERSONAFIKASI (rangkap pertama pada baris pertama)

SEGALA daun dan angin yang menyapa menoleh hanya

Daun dan angin adalah alam dan Usman Awang telah mengaitkannya dengan

perbuatan manusia iaitu menyapa dan menoleh.

Page 16: Kemanusiaan

• PERSONAFIKASI (rangkap ke-lima pada baris pertama)

Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kata

Kota di sini mewakili benda dan telah dikaitkan dengan perbuatan manusia iaitu menangis dan mengucap kata.

Page 17: Kemanusiaan

• PERSONAFIKASI (rangkap ke-lima pada baris ke-dua)

kerana sewajarnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasa

Kemanusiaan adalah sifat manusia dan ‘kemanusiaan itu berdenyut’ merupakan personafikasi kerana sifat manusia yang

melakukan kata kerja.

Page 18: Kemanusiaan

• PERSONAFIKASI (rangkap terakhir pada baris ke-dua)

dunia telah didandankan; kehidupan adalah kematian yang berdarah.

Dunia di sini juga mewakili benda dan dandan merupakan perubuatan manusia. Maksud ‘dunia

telah didandankan’ ini ialah dunia telah diperindahkan hanya dari segi luaran sahaja akan tetapi mereka yang telah kehilangan orang yang

tersayang masih berasa sedih atas pemergiannya.

Page 19: Kemanusiaan

ULASAN PERIBADISajak ini merupakan salah satu sajak Usman Awang yang sangat baik

kerana dalam sajak ini, beliau sangat menekankan sifat kemanusiaan dan juga menyatakan akibat jika tiadanya sifat

kemanusiaan dalam diri seseorang manusia.

Melalui sajak ini, saya dapat memahami jiwa Usman Awang dengan lebih mendalam dan saya berpendapat bahawa Usman Awang adalah seorang yang sangat peka terhadap apa yang berlaku di

sekelilingnya tidak kira jika perkara itu berlaku di negara kita mahupun di negara lain. Sajak ini dicipta bersempena dengan

kematian John Kennedy, Presiden Amerika Syarikat, pada suatu masa dahulu.

Usman Awang juga telah berjaya melukiskan perasaan ahli keluarga pejuang yang sangat sedih apabila kehilangan orang yang

tersayang. Saya memberikan empat daripada lima bintang .