KEMBALI KEPADA RAMADHAN

18
1

description

-

Transcript of KEMBALI KEPADA RAMADHAN

Page 1: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

1

Page 2: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

2

KEMBALI KEPADA RAMADHAN

MENGIKUT JALAN NABI & PARA SAHABAT

Segala puji bagi Allah , kami memuji, meminta pertolongan dan ampunan

kepada-Nya dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan

keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah memberi petunjuk

kepadanya, maka tidak ada yang boleh menyesatkannya, dan barangsiapa yang

telah disesatkan maka tidak ada yang boleh memberi petunjuk. Aku bersaksi

bahawa tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Allah , tidak ada sekutu

bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan rasul-

Nya .

Amma’ ba'du:

Sesungguhnya Allah telah menentukan bulan Ramadhan dengan

beberapa keistimewaan yang baik dan keutamaan yang jelas, maka Dia

menjadikan Ramadhan sebagai bulan iman dan taqwa. Bulan pemisah dan

petunjuk. Allah melipat gandakan amal kebaikan, mengangkat darjat orang-

orang yang berpuasa, di dunia dan akhirat. Firman Allah :

اال ذ ر نذ ش ذ يذ ااه ر ه شاار ر د ال لل اذ ش بش بللش تت ذ ش ااهر ش شااه ر ه ش اذ ش ه ر رش ش ش اش

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-

Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak

dan yang bathil). (QS. al-Baqarah:185)

Maka sangat beruntung bagi orang yang berpuasa karena iman dan

mengharapkan pahala dan menjauhkan diri dengannya dari neraka. Maka di

siang harinya ia termasuk orang yang berzikir dan di malam harinya termasuk

Page 3: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

3

orang yang beribadah lagi bersyukur, serta terhadap lapar dan hausnya

termasuk orang yang mengharapkan puasa lagi sabar. Rasulullah bersabda:

ص م ر ا إمي د احتس د غ اي ت م ذ بي

"Barangsiapa yang puasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala,

nescaya diampuni baginya dosa-dosanya yang terdahulu."

Bagaimanakah keadaan para sahabat nabi di bulan Ramadhan?

Ramadhan adalah bulan ibadah dan taubat:

Tidak disangsikan lagi bahawa beribadah kepada Allah adalah tujuan akhir

seorang muslim dalam kehidupan. Saudaraku yang mulia, ianya mencakupi

semua ucapan dan perbuatan, lahir dan batin yang diredhai, maka beribadah

kepada Allah adalah tujuan yang terus menerus seperti berlanjutnya

kehidupan pada seorang manusia muslim. Akan tetapi tujuan ini lebih

ditekankan di bulan yang keutamaan sangat agung, faedahnya yang sangat

banyak, dan manaqibnya yang sangat besar. Allah telah menurunkan padanya

(Ramadhan) al-Qur`an, melipat gandakan kebaikan, dan menawarkan limpahan

keampunan dari-Nya, firman Allah :

ش ه ر رش ش ش اش اال ذ ر نذ ش ذ يذ ااه ر ه شاار

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-

Qur'an. (QS. 2:185)

Rasulullah bersabda: "Suhuf (lembaran) Nabi Ibrahim diturunkan di

permulaan malam dari bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat tanggal enam

bulan Ramadhan, Injil diturunkan tanggal tiga belas Ramadhan, dan al-Qur`an

diturunkan pada tanggal dua puluh empat Ramadhan."

Bulan Ramadhan adalah bulan ‘hiburan’ bagi setiap orang yang berdosa,

peringatan bagi orang yang lupa, pendidikan bagi orang yang jahil, pemberi

Page 4: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

4

semangat bagi setiap orang yang mahu beramal. Wahai orang yang melewati

batas atas dirinya dan mengikuti hawa nafsunya, serta menjauhi kebenaran,

telah datang kepadamu bulan Ramadhan yang mulia. Perbaharuilah imanmu,

bertaubatlah pada-Nya dan kembali kepada-Nya. Engkau tolaklah darimu untuk

menjauhkan diri dari melakukan sebarang dosa.

Ingatlah, sesungguhnya engkau menemui bulan yang mulia ini merupakan

kenikmatan yang agung dan kurniaan yang mulia..

Saudaraku! kesempatan dan keuntungan yang ada dalam bulan

Ramadhan usahlah dipersia-siakan. Padanya dibuka pintu-pintu syurga, dilipat

gandakan pahala dan ibadah. Maka padanya: 'Barangsiapa yang berpuasa

kerana iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni darinya dosanya yang

terdahulu. Bagi orang yang berpuasa, dikabulkan segala doa!!

Maka jadikanlah –wahai saudaraku- dari bulan Ramadhan ini sebagai

bulan ibadah, bulan petunjuk bagi mendapatkan keuntungan pahala, dan

kebaikan : firman Allah :

جميعا أيها .[31:رونلا] المؤمنىن لعلهكم تفلحىن وتىبىا إلى للاه

Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS.an-Nuur :31)

Apabila Allah mengajak hambanya untuk bertaubat, maka

sesungguhnya waktu terbaik untuk bertaubat dan paling bersih adalah dalam

bulan Ramadhan, kerana keutamaan dan keistimewaan yang Allah berikan

kepadanya yang mana ini menunjukkan keberkahan dan keagungannya.

As-Sirri as-Siqathi berkata: Tahun adalah pohon, bulan adalah cabangnya,

hari-hari adalah dahannya, jam adalah daun-daunnya, dan nafas hamba adalah

buahnya. Maka bulan Rajab adalah hari-hari daunnya, Sya'ban adalah hari-hari

Page 5: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

5

cabangnya, dan Ramadhan adalah hari-hari memetiknya, dan orang-orang

beriman adalah para pemetiknya.

Saudaraku, andaikata dibukakan peluang bagi ahli kubur pintu angan-

angan, nescaya mereka berangan-angan untuk hidup dalam satu hari di bulan

Ramadhan. Mereka kelaparan padanya kerana Allah , kehausan padanya

kerana Allah , menghidupkan siangnya dengan membaca al-Qur`an,

menambah iman dan memohon keampunan. Mereka akan menghidupkan

malamnya dengan ibadah, solat, doa, dan menangis, dan memohon keampunan

dan kebebasan dari neraka.

Wahai saudaraku, sekarang engkau masih hidup dalam keadaan sihat wal

afiyat. Telah datang kepadamu bulan Ramadhan dan engkau membuka

lembaran darinya dengan kelupaan? Apakah engkau melihat dirimu melupakan

kelebihannya? Atau engkau melihat dirimu tidak mengetahui keutamaannya?

Atau engkau melihat dirimu telah mendapat jaminan keampunan, maka apakah

imanmu tidak bersiap-siap dengan kedatangan Ramadhan? Ingatlah di hari

engkau diletakkan di dalam kubur.

Dan katakanlah, tolonglah wahai jiwa, dengan sabar sesaat. Maka tidak adalah

dia melainkan hanya satu waktu kemudian berlalu. Maka saat bertemu orang

yang kerja keras menjadi hilang. Dan jadilah orang yang berduka menjadi senang

gembira

Ingatlah, sesungguhnya setiap malam dan siang di bulan Ramadhan, Allah

memerdekakan ahli neraka dari neraka dan sesungguhnya bagi setiap muslim

memiliki doa yang akan dikabulkan Allah .

Ingatlah, sesungguhnya di dalam bulan Ramadhan itu adanya lailatul

qadar yang lebih baik dari pada seribu bulan: firman Allah :

.( [3:ردقلا] ألف شهر القدر خير مه ليلة

Page 6: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

6

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS. al-Qadar:3)

Ingatlah, sesungguhnya:

ت م ذ بي، م ر ا إمي د احتس د غ اي ص م ر ا إمي د احتس د غر اي

. ت م ذ بي

"Barangsiapa yang puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala

nescaya diampunkan dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa solat di bulan

Ramadhan nescaya diampuni dosanya yang terdahulu."

Ingatlah, sesungguhnya:

ااش طني إذا دخل ر ا تحت واب اجللة غ ت واب ج لم، س س ت

"Apabila masuk bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu

neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Dan ingatlah: Allah berfirman (dalam hadits qudsi):

اي إال ااص م إ ي يل جن ي كل عمل ا آدم

"Setiap amal anak manusia adalah untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya

ia untuk-Ku dan Aku yang membalasnya…"

Saudaraku, renungkanlah waktu yang lepas darimu di bulan rahmat dan

keampunan! Ingatlah orang yang telah puasa bersamamu di bulan Ramadhan

yang lalu. Apakah dia masih bersamamu pada Ramadhan hari ini atau dia telah

ditinggalkan oleh angan-angan yang berlalu.

Maka segeralah beribadah, bertaubat dan beristighfar, selalu berzikir, dan

berdoa di waktu sahur.

Page 7: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

7

Imam Malik rahimahullah, apabila telah datang bulan Ramadhan, beliau

akan berhenti membaca hadis dan majlis ilmu lalu mengkhususkan diri

membaca al-Qur`an dari mushhaf.

Sebagian kaum salaf mengkhatamkan al-Qur`an dalam solat Ramadhan

setiap tiga malam. Sebahagianya setiap tujuh hari, dan di antaranya Qatadah.

Dan sebahagian yang lain setiap sepuluh hari, di antaranya Abur Raja' al-

"Atharidi.

Al-Aswad membaca (mengkhatamkan) al-Qur`an setiap dua malam di

dalam bulan Ramadhan.

An-Nakha'i melakukan hal itu khusus pada sepuluh hari terakhir dari

bulan Ramadhan. Dan pada bulan yang lain setiap tiga malam. Dan pula

Qatadah selalu mengkhatamkan al-Qur`an setiap tujuh hari, namun pada bulan

Ramadhan beliau mengkhatam al-quran setiap tiga hari, dan pada sepuluh hari

terakhir setiap malam.

Iman Syafi'i rahimahullah mengkhatamkan bacaan al-quran enam puluh

kali di bulan Ramdhan yang dia bacakan di luar solat, begitu juga imam Abu

Hanifah rahimahullah.

Wahai saudaraku, ingatlah sesungguhnya kebahagiaan di dua negeri

bergantung dengan taqwa dalam jiwamu. Kemudian ingatlah, sesungguhnya

Ramadhan adalah jalan menuju taqwa, firman Allah :

183: ااب ةاش ش ل رمه تبشتبل رواش كرتذ ش عش ش ه رمر ااصل ش مر كشمش كرتذ ش عش ش اال ذي ش ذ ه بشبه ذ رمه يش شيب ش اال ذي ش آ شلروا

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum

kamu agar kamu bertaqwa. (QS. al-Baqarah:183)

Page 8: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

8

Bagaimana seorang muslim beribadah kepada Rabb-Nya di bulan

Ramadhan? Dan bagaimana dia menghabiskan waktu-waktunya sehingga dia

menjadi orang yang bertaqwa, yang beruntung dengan mendapatkan kurnia dan

pahala dari-Nya?

Bagaimanakah engkau menghabiskan bulan Ramadhan?

Sesungguhnya manusia bergembira dengan kedatangan bulan puasa.

Mereka berusaha untuk mendapatkan kebaikan dan keberkatan. Namun begitu,

sedikit sekali yang menunaikannya menurut cara yang diredhai oleh Allah .

Kadangkala pelbagai macam penyimpangan yang belum pernah berlaku di

bulan-bulan sebelumnya, secara tiba-tiba wujud dalam bulan Ramadhan, seperti

israf (berlebihan), membazir, mensia-siakan solat, menghabiskan masa

menonton program-program televisiyen, menghabiskan waktu dalam permainan,

dan lain-lain lagi. Semua itu dengan alasan kerana mahu melepaskan kebosanan

dan menjadikan hiburan sebagai ‘sambilan’ sementara menunggu waktu

berbuka.

Jika kita merenungi kondisi salafus soleh dan meneliti bagaimana mereka

menghabiskan waktu-waktu mereka di bulan Ramadhan, bagaimana mereka

memakmurkannya dengan amal soleh, niscaya kita mengetahui jauhnya jarak di

antara kita dan mereka.

Setiap keburukan ada dalam bid'ahnya kaum khalaf

Dan setiap kebaikan ada dalam mengikuti kaum salaf.

Maka bagaimana kita menghidupkan bulan Ramadhan sebagaimana kaum

salaf menghidupkannya?

Pertama: menjaga hukum-hukum puasa:

Page 9: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

9

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam dan rukun ini tidak sah

kecuali dengan dua syarat:

1) Ikhlas kerana Allah , berdasarkan sabda Nabi :

إمن ا ل إ ئ و إمن األعم ال ت

"Setiap amal ibadah harus diserta niat dan bagi setiap seorang tergantung

apa yang diniatkannya."

2) ittiba' (mengikuti Nabi ), berdasarkan sabda Nabi :

ح ث يف ا ا س لي و رد

"Barangsiapa yang menciptakan dalam perkara kami ini yang bukan

merupakan bahagian darinya, maka ianya ditolak"

Seorang muslim yang melaksanakan ibadah puasa wajib menjaga dua

syarat ini agar dapat ‘merealisasikan’ ibadah puasanya.

Cara memelihara keikhlasan ialah dengan mengarahkan hati untuk

beribadah hanya kerana Allah dan hanya mengharapkan pahala dari-Nya

sahaja. Menjaga ittiba' dalam puasa pula bermakna, mengetahui hukum-

hukum puasa sehingga sah puasa seorang muslim, dimana seorang muslim itu

perii berilmu dan mengetahui keutamaan dan pahala, perkara-perkara yang

dilarang ketika puasa dengannya siksaan meninggalkanya.

Apakah mungkin seorang muslim boleh merealisasikan ittiba' kepada

Rasulullah dalam puasa, sedangkan dia jahil terhadap puasa-puasa yang

wajib, yang membatalkannya, dan rukun-rukunnya?

Page 10: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

10

Saudaraku yang mulia, …supaya puasamu berada di atas petunjuk Nabi

, saya ingin memberikan nasihat kepadamu agar mempelajari hukum-hukam

puasa, mendalaminya, bertanya kepada para ulama, dan menghadiri majlis-

majlis ilmu. Maka sesungguhnya, jahil terhadap hukum-hukam puasa boleh

menyebabkan seseorang muslim itu melakukan perkara yang dilarang semasa

berpuasa atau yang membatalkan ibadah puasa berkenaan.

Berikut merupakan persoalan yang perlu diperhatikan semasa

melaksanakan ibadah puasa :

Pertama: rukun-rukun puasa yang terdiri dari empat rukun: 1)niat,

2)menahan diri dari yang membatalkan, 3) waktunya iaitu dari sejak terbit

matahari hingga tenggelamnya, 4) orang yang puasa iaitu seorang muslim yang

baligh berakal, yang mampu melaksanakan puasa lagi tidak ada halangan.

Kedua: yang membatalkan puasa, iaitu:

1. Jima' (berhubungan suami isteri) di siang hari bulan Ramadhan.

2. Mengeluarkan mani secara sengaja.

3. Makan dan minum secara sengaja.

4. Yang sama seperti makan dan minum, seperti suntikan infus dan darah.

5. Berbekam.

6. Muntah secara sengaja.

7. Keluar darah haid dan nifas.

Ketiga: Makruh-makruh dalam puasa, sangat banyak, di antaranya

adalah:

1. Terlalu berlebihan dalam berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam

hidung saat berwudhu'.

2. Menyambung puasa.

3. Mengumpulkan air liur dan menelannya.

Keempat: adab-adab puasa yang wajib, di antaranya:

Page 11: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

11

1. Menjauhi dusta.

2. Menjauhi ghibah (mengupat).

3. Menjauhi namimah (mengadu domba).

4. Menjauhi bersaksi palsu.

5. Menjauhi menipu dalam transaksi.

Kelima: Adab-adab puasa yang dianjurkan/disunnahkan:

1. Menunda sahur dan menyegerakan berbuka.

2. Menahan lisan dari perkataan sia-sia dan tidak berguna.

3. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

4. Mendekatkan diri kepada Allah dan sedakah dan amal shalih.

Saudaraku yang mulia, ingatlah bahawasanya mendapatkan taufiq untuk

berpuasa didalam bulan Ramadhan dengan iman serta mengharapkan pahala

tidak akan sempurna kecuali dengan menjaga hukum-hukam dan syarat-

syaratnya serta mengikuti petunjuk Nabi . Puasa bukan hanya menahan diri

dari makan dan minum semata-mata. Rasulullah bersabda:

ا ي ه، س هلل ح جة يف ا ي ع ط يمل ي ع و اان ر اا مل ب

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan palsu dan melakukannya,

maka Allah tidak memperdulikan dia dalam meninggalkan makanan dan

minumannya."

Saudaraku, janganlah engkau terlewat untuk memahami hukum-hukum

puasa. Maka sesungguhnya ia akan ‘menodai’ ibadah puasa. Dan janganlah

engkau ketinggalan mengamalkannya, kerana orang yang mengamalkan itu

amat sedikit sekali.

Kedua: Menjaga solat-solat wajib:

Solat adalah tiang agama dan kunci penerimaan ibadah puasa ialah dengan

solatnya yang diterima oleh Allah. Mana mungkin seorang manusia melalaikan

solat wajib, sementara dia berpuasa di siang harinya. Sedangkan mereka

Page 12: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

12

mengetahui bahwa menjaga solat dalam waktunya lebih wajib di dalam Islam.

Rasulullah bersabda:

اا اا ل ل م ااصالة م ت ك ك

"Perjanjian yang ada di antara kita dan mereka adalah solat, maka

barangsiapa yang meninggalkannya maka sungguh dia menjadi kafir."

Tsabit al-Bunani rahimahullah berkata: seorang hamba tidak akan pernah

boleh menjadi 'abid (ahli ibadah), sekalipun dia mempunyai semua perkara

kebaikan sehingga padanya ada dua perkara ini, iaitu puasa dan solat, kerana

keduanya berasal dari darah dan dagingnya.

Mubarak dan Fadhalah rahimahullah berkata: 'Aku mengunjungi Tsabit

al-Bunani rahimahullah di saat sakitnya. Dia tetap mengingat teman-

temannya. Maka tatkala kami masuk kepadanya, dia berkata: 'Wahai

saudaraku, kelmarin aku tidak boleh solat seperti biasanya, dan aku tidak

boleh berpuasa seperti biasanya, aku juga tidak boleh mendatangi teman-

temanku lalu berzikir kepada Allah bersama mereka seperti biasanya.'

Kemudian dia berkata: 'Ya Allah, apabila Engkau menghalangi aku dari tiga

perkara ini maka janganlah Engkau biarkan aku di dunia sesaat pun.' Lalu dia

meninggal dunia saat itu.'

Banyak sekali orang yang dilalaikan oleh filem-filem dan drama, atau tidur

dan kelupaan, lalu dia meninggalkan dari menunaikan solat. Ia mengira

bahawa persoalannya ringan padahal ia sangat besar di sisi Allah .

Ketiga: Menjaga solat tarawih: Rasulullah bersabda:

. م ر ا إمي د احتس د غر اي ت م ذ بي

Barangsiapa yang beribadah (solat) di bulan Ramadhan kerana iman dan

mengharapkan pahala, niscaya diampuni dosanya yang terdahulu."

Page 13: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

13

Dan dalam hadis Sa'ib bin Zaid , dia berkata: 'Sesungguhnya qari

membaca dua ratus ayat, sehingga kami memegang tongkat kerana sangat

lama berdiri dan mereka tidak pulang kecuali saat fajar.

Dan termasuk yang harus engkau jaga, wahai saudaraku, janganlah

engkau pulang sebelum imam, maka sesungguhnya Rasulullah bersabda:

م ع إ ي حىت يلص ف كت اي م ا ة

"Barangsiapa yang solat bersama imamnya sampai dia (imam) berpaling

(pulang) nescaya ditulis untuknya solat satu malam."

Dan sesungguhnya di antara kesempurnaan iman dan mengharapkan

pahala dalam puasa adalah bersemangat dalam solat malam, tidak gelisah,

atau menyibukkan diri selain dari-Nya di bulan Ramadhan. Terutama di masa

sekarang ini, yang mana terlampau banyak sebab-sebab fitnah. Pelbagai

macam saluran televisyen yang menayangkan pelbagai macam program yang

menggiurkan, filem dan drama yang berlangsung setelah berbuka puasa, yang

sekaligus membuatkan orang terlupa untuk melaksanakan solat.

Keempat: Memperbanyak zikir dan membaca al-Qur`an:

Dari Ibnu Abbas , ia berkata: "Nabi adalah manusia yang paling

pemurah, dan lebih lagi di bulan Ramadhan saat Jibril menemuinya, lalu

melakukan tadarus al-Qur`an. Jibril menemuinya setiap malam di bulan

Ramadhan, lalu melakukan mudarasah al-Qur`an kepadanya. maka Rasulullah

saat ditemui Jibril lebih pemurah dengan kebaikan dari pada angin

kencang yang bertiup."

Dan telah kami sebutkan contoh salafus soleh dalam membaca al-Qur`an

dan mudarasahnya di bulan Ramadhan. Bagaimana tidak, dan Allah telah

menurunkan padanya, firman-Nya:

ر د اذ لل اذ ش بش بللش تت ذ ش ااهر ش شااه ر ه ش اذ ش ه ر رش ش ش اش اال ذ ر هنذ ش ذ يذ ااه ر هآار

Page 14: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

14

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di

dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan

penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan

yang batil). (QS. al-Qur`an:185)

Maka Allah memuliakan waktunya dengan kemuliaan al-Qur`an dan

menjadikan pahala membacanya dilipat gandakan dan kebaikannya melimpat.

Az-Zuhri rahimahullah, apabila masuk bulan Ramadhan, meninggalkan

membaca hadis dan majlis ilmu, dan menghadapkan diri membaca al-Qur`an

dari mushhaf. Sufyan ats-Tsauri rahimahullah, apabila tiba bulan Ramadhan,

dia akan meninggalkan semua ibadah dan menghadapkan diri untuk membaca

al-Qur`an. Dan sudah seharusnya bagimu, wahai saudaraku yang mulia,

engkau membacanya dengan tadabbur dan khusyu', hingga engkau merasakan

hasil membacanya. Dan hendaklah engkau menjaga zikir-zikir yang

diriwayatkan (dalam hadis). Sesungguhnya ia adalah pemukul syaitan dan jalan

mendapatkan ridha ar-Rahman. Terutama zikir pagi dan petang. Tasbih dan

istighfar. Sungguhnya Nabi : 'Apabila telah melaksanakan solat fajar, baginda

duduk di tempat solat hingga terbit matahari.' Dan diriwayatkan darinya ,

baginda bersabda:

تط ع ااشمس مث ص رك تني ك ت اي كأج حج ص اا ج يف مح عي مث ي ك اهلل حىت

. عم ة ت ة ت ة ت ة

"Barangsiapa yang solat fajar berjamaah, kemudian dia duduk berzikir

kepada Allah hingga terbit matahari, kemudian solat dua rakaat, adalah

baginya seperti pahala haji dan umrah yang sempurna."

Kelima: Pemurah dan bersedakah: dari Anas , dia berkata, 'Rasulullah

bersabda:

ل ااص ة ص ة يف ر ا

"Sedakah yang paling utama adalah sedakah di bulan Ramadhan."

Page 15: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

15

Dan Rasulullah menjelaskan bahawa menggabungkan di antara puasa

dan sedakah termasuk yang menyebabkan masuk surga, di mana baginda

bersabda:

مل ط : اهلل؟ اوا مل ي را! اجللة غ د ي ظ ور طوهن ، طوهن ظ ور إا

.اا الم، ط م ااط م دا اص م، ص ا ل اال ا م

"Sesungguhnya di dalam syurga adalah kamar yang boleh dilihat depannya

dari dalamnya, dan dalamnya dari depannya.' Mereka bertanya, 'Untuk

siapakah wahai Rasulullah? Baginda bersabda: 'Bagi orang yang

memperbaiki ucapan, memberi makan, selalu puasa, solat di malam hari

sedangkan manusia tertidur."

Seorang fakir datang kepada imam Ahmad rahimahullah, lalu dia

memberikan dua roti yang disiapkannya untuk sarapan pagi, kemudian dia

berpuasa.

Dan gambaran bersedakah dan pemurah beraneka ragam, di antaranya:

memberi makan. Nabi bersabda:

د ع ظمأ س ه اهلل مي ؤ ط م ؤ ل د ع جوع ط مي اهلل مث ر اجللة س ؤ ل د

اا ح ق املختوم

"Seorang mukmin manapun yang memberi makan kepada mukmin yang lain

yang sedang kelaparan, nescaya Allah memberinya makanan dari buah-buah

syurga. Dan barangsiapa yang memberi minum seorang mukmin yang kehausan

nescaya Allah memberi minuman kepadanya dari rahiqul makhtum."

Dan membukakan orang yang puasa, Nabi bersabda:

. ج ه ال يل ق ج ااص ئم ي د ط ص ئم د ك ا اي ثل

Page 16: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

16

"Barangsiapa yang membukakan orang yang puasa, nescaya untuknya

pahala seperti pahalanya tanpa mengurangi pahala orang yang puasa

sedikitpun juga."

Banyak sekali dari kaum salaf yang mengutamakan orang lain dengan

berbuka mereka, sedangkan mereka berpuasa, di antaranya adalah Abdullah

bin Umar , Daud ath-Thai, Malik bin Dinar, Ahmad bin Hanbal

rahimahumullah, dan Ibnu Umar tidak berbuka kecuali bersama anak-anak

yatim dan orang-orang miskin.

Keenam: I'tikaf dan memperbanyak ibadah di sepuluh malam terakhir (di

bulan Ramadhan): sunnah I'tikaf banyak ditinggalkan oleh kebanyakan

manusia yang mampu melakukannya, padahal disebutkan di dalam al-Qur`an

dan sunnah. Salafus soleh sangat bersemangat melakukan dan

melaksanakannya kerana mengandungi pahala yang besar dan bertepatan

dengan sepuluh hari terakhir yang diharapkan padanya lailatul qadar yang

lebih baik dari pada seribu bulan. I'tikaf adalah ibadah yang dimudahkan

bersamanya segala ibadah, seperti membaca al-Qur`an, solat, zikir dan do'a.

dari Abu Hurairah , dia berkata:

.كل ر ا عش ة ي م م ك ا اا م اا بب ي اعت ف عش ي يو د ك ا االيب ي ت ف يف

'Rasulullah beri'tikaf setiap bulan Ramadhan selama sepuluh hari, maka

tatkala di tahun-tahun akhir sebelum wafat, baginda beri'tikaf selama dua puluh

hari."

I'tikaf adalah beberapa hukum yang mesti dipelajari oleh yang berpuasa

untuk ibadah yang agung ini, maka dengannya i'tikafnya menjadi benar di atas

sunnah.

Ketujuh: mengawasi lailatul qadar dan memperbanyakkan berdoa: maka

sesungguhnya puasa termasuk salah satu penyebab dikabulkan doa. Maka

sudah semestinya orang yang berpuasa bersungguh-sungguh atasnya

sepanjang malam bulan Ramadhan. Maka ia adalah pintu kebaikan yang paling

luas dan jalan yang paling mudah kepadanya. Nabi bersabda:

Page 17: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

17

. عجن اال ا عجن ع اا ع

"Manusia yang paling lemah adalah orang yang lemah berdoa."

Sesungguhnya, kesungguhan seorang muslim yang bersolat di bulan

Ramadhan sesuai dengan waktu sahurnya, iaitu waktu penuh barkah yang

dikabulkan doa, dihapuskan kesalahan, dan ditunaikan hajat padanya.

Hati-hatilah wahai saudaraku yang mulia, bahawa engkau akan

keluputan kebaikan yang besar dan keutamaan yang mulia, iaitu lailatul qadar.

Rasulullah bersabda:

. ذ بي م ا ة اا ر إمي د احتس د غر اي ت م

"Barangsiapa yang ibadah (solat) pada lailatul qadar kerana iman dan

mengharapkan pahala niscaya diampuni dosanya yang terdahulu."

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Page 18: KEMBALI KEPADA RAMADHAN

18

EDITORIAL

Penyusun : Abul Hasan bin Muhammad al-Faqih

Terjemah : Hidayat Mustafid. MA

Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad

Editor Bahasa Melayu Standard Malaysia : UKT

2009 – 1430

Dengan Kerjasama :

ISLAMHOUSE.COM