Kembalikan aku!

6
Kembalikan Aku!! Nafasnya hampir putus. Jantungnya berdegup kencang. Perutnya sudah mula senak. Namun dia perlu lari. Lari menyelamatka n diri. Lari ke mana? Dia tidak tahu. “Kemana kau mahu lari?” Suara nyaring menerobos gegendang telinganya. Tiba-tiba kakinya terhenti. Seraya kera dan kaku. Dia tidak boleh bergerak. Dia tidak bolah lari lagi. “Apa salah aku?” Dia termangu. Bingung. “Kau tahu solat itu tiang agama?” “Aku tahu.” “Kau tahu Rasulullah SAW pernah bersabda: ‘Sesiapa meninggalkan solat secara sengaja, maka Allah menulis namanya di atas sebuah pintu neraka bahawa dia adalah daripada bakal penghuninya. “Aku tahu.” Dia terketar- ketar. Dadanya berombak. Adakah masanya sudah tiba untuk dia masuk neraka. Fikirannya melayang. Menyungkit memorinya tentang solat. “Berapa waktu solat aku?” Dia mencongak- congak. Sekolahnya tidak tinggi. Tidak habis pun tingkatan satu. Tapi pada zamannya itu pencapaian yang cukup baik. Ramai kawan sekampungnya yang setakat darjah lima sahaja. Tetapi dia sempat belajar solat daripada Ustaz Mahadi. Dia tahu solat. Ketika remaja juga dia pernah solat. Awal zaman rumah tangganya juga dia solat.

Transcript of Kembalikan aku!

Page 1: Kembalikan aku!

Kembalikan Aku!!

Nafasnya

hampir putus. Jantungnya berdegup kencang. Perutnya sudah mula senak. Namun dia perlu lari. Lari menyelamatkan diri. Lari ke mana? Dia tidak tahu.

“Kemana kau mahu lari?” Suara nyaring menerobos gegendang telinganya. Tiba-tiba kakinya terhenti. Seraya kera dan kaku. Dia tidak boleh bergerak. Dia tidak bolah lari lagi.

“Apa salah aku?” Dia termangu. Bingung.

“Kau tahu solat itu tiang agama?”

“Aku tahu.”

“Kau tahu Rasulullah SAW pernah bersabda: ‘Sesiapa meninggalkan solat secara sengaja, maka Allah menulis namanya di atas sebuah pintu neraka bahawa dia adalah daripada bakal penghuninya.”

“Aku tahu.” Dia terketar-ketar. Dadanya berombak. Adakah masanya sudah tiba untuk dia masuk neraka. Fikirannya melayang. Menyungkit memorinya

tentang solat. “Berapa waktu solat aku?” Dia mencongak-congak. Sekolahnya tidak tinggi. Tidak habis pun tingkatan satu. Tapi pada zamannya itu pencapaian yang cukup baik. Ramai kawan sekampungnya yang setakat darjah lima sahaja. Tetapi dia sempat belajar solat daripada Ustaz Mahadi. Dia tahu solat. Ketika remaja juga dia pernah solat. Awal zaman rumah tangganya juga dia solat. Namun, ketinka usianya

mencecah setengah abad, ibadat itu mula lenyap dari kamus hidupnya.

“Aku berkorban untuk anak-anak. Aku bekerja keras untuk kejayaan mereka. Sekarang mereka semua berjaya.”“Ibadat solat adalah ibadat individu yang mesti dilaksanakan oleh individu. Adakah kau mengharap mereka solat maka kau terlepas daripada kefarduannya? Kau silap.”

Dia tertunduk. Lidahnya kelu. “Sesungguhny

Page 2: Kembalikan aku!

a solat itu menjadi kewajipan orang-orang Mukmin di mana dai difardukan (mesti dilaksanakan) dalam waktunya yang terbatas.” (An-Nisa’ 4:103)

“Aku tidak menolak kefarduannya.”

“Baik, namun kau termasuk dalam kalangan manusia yang menangguhkan solat sehingga terlepas dari waktunya. Maka Waillah bagi kalangan orang yang tidak bersolat.” “Wail itu apa?” tanyanya terketar-ketar.

“Menurut

‘Ataa’ bin Yasaar, Wail itu ialah nama sebuah lembah dalam Neraka Jahannam yang seandainya dilemparkan gunung-ganang nescaya ia akan cair dek kepanasannya. Manakala Ibnu Abbas pula berkata Wail itu ialah sebuah lembah Jahannam di mana jahannam sendiri meminta berlindung daripada kepanasannya. Dan ia adalah tempat tinggal bagi orang yang melewatkan solat sehingga terkeluar waktunya.”

Nafasnya naik turun.

Berombak. Badannya menggigil ketakutan.

“Inikah balasan untukku? Tidak adakah cara menebusnya?”

Memorinya tersungkit lagi. Isterinya pernah manasihatinya untuk solat. “Kau solatlah. Nanti aku solat,” itulah jawapan kegemarannya yang akhirnya waktu solat itu berlalu pergi. Anak-anaknya juga pernah menegurnya.

“Kau solatlah. Ayah ni lain,” jawabnya beralasan.

“Apa yang lainnya? Kau tak ada bezanya dengan

manusia-manusia lain yang dipertanggungjawabkan untuk solat.”

Seksa..Tiba-

tiba…“Kau

dengar tu?” Sayup-sayup. Semakin lama semakin dekat dan jelas. Bunyi tulang-tulang menyenak gegendang telinganya. Kertap..kertup..kertap..kertup.

“Itulah bunyi tulang-tulang rusuk manusia yang berselisih akibat disempitkan kuburnya oleh Allah SWT. Balasan orang yang melengahkan solat.” Peluh-peluh sejuk

Page 3: Kembalikan aku!

mula mengalir.

Tiba-tiba…

“Kau dengar tu?”

“Panas! Panas!! Panas!!!!!” Jeritan yang tidak putus-putus dan tidak pernah berhenti malah tidak tahu berhenti.

“Itulah jeritan manusia didalam kubur akibat melengahkan solat. Maka di atas kuburnya dinyalakan api yang baranya melompat pada waktu malam dan siang.” Badannnya terus menggeletar. Peluh yang merenik sudah hampir membasahi sekujur tubhnya.

Tiba-tiba…

“Kaudengar tu?”

“Suara yang menggegarkan seperti guruh itu?”

“Ya itulah As-Syuja ul-Aqraa’. Ular yang menyeksa manusia di dalam kubur bagi mereka yang melengahkan solat.” Tubhnya terlompat-lompat seiring gegaran suara As-Syuja ul-Aqraa’. Peluh menyimbah sudah terseka lagi.

“As-Syuja ul-Aqraa’ itu matanya daripada api dan kukunya daripada besi. Manakala panjang setiap

kukunya adalah sehari perjalanan. Maka ular itu akan berkata kepada orang yang melengahkan solat.” Akulah As-Syja ul-Aqraa’. Saya diarahkan Tuhan say untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan solat Zuhur dari waktu zuhur sehingga masuknya waktu Asar. Dan saya akan memukul engkau mengabaikan solat waktu Asar sehingga masuknya waktu Maghrib. Seterusnya saya akan memukul engkau disebabkan engkau

mengabaikan solat Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu Subuh.”

“Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranap dia ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Maka ia akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengeluarkannya semula. Maka sentiasalah dia di perut bumi diseksa sehingga hari kiamat.”

Sudah! Sudah! Aku sudah tidak sanggup menyaksikannya lagi! Aku bertaubat! Ya Allah berilah aku peluang untuk menggantikan

Page 4: Kembalikan aku!

semua solat yang sudah aku tinggalkan. Aku nak kembali!!”

Dia meronta-ronta. Berguling-guling. Seluruh isi perutnya seperti mahu terhambur keluar. Bisa menjalar ke seluruh urat-urat sarafnya. Kepalanya terasa berdegap-degap. Tubuhnya mula lesu dan lemah tidak bermaya.

Suasana hening seketika…

Kembali..Suara

itu macm aku pernah dengar. Ya, aku kenal suara itu.

“Bagaiman

keadaan ayah, mak?”

“Entahlah. Susah mak nak cakap. Asyik meracau. Badannya sekejap panas, sekejab sejuk. Ada masa berpeluh seperti orang berlari. Kadang-kadang berguling-guling. Malangnya mak tak faham apa yang ayah kau cakap.”

Itu suara isteri dan anak-anakku.

“Mah! Mah! Abang dah balik Mah! Abang dah bertaubat. Abang nak solat. Ambilkan abang air wuduk.”

Dia cuba menggerakka

n badannya. Berat. Dia cuba mengangkat tangannya. Berat. Dia cuba menggoyangkan kaikinya. Berat. Dia cuba bercakap. Lidahnya juga keras dan berat.

“Aaa…aaa…” hanya itu yang mampu dikeluarkan.

“Aaa..aaa…”“Mak!

Mak! Ayah dah sedar!”

“Syukur Alhamdulillah. Abang diserang angin ahmar, bang. Abang jatuh dan koma hampir dua minggu. Syukur abang dah sedar,” isterinya menjelaskan dengan penuh sebak.

“Aaa…aaa… (Abang nak solat. Ambilkan abang wuduk).”

“Abang nak apa? Abang nak makan?”

“Aaa…aaa…(Ayah nak solat. Ambilkan ayah wuduk).”

“Ayah nak limau? Epal? Anggur?

“Aaa…aaa…”

Eranganya semakin meninggi. Namun tiada siapa yang memahami kehendaknya saat itu. Matanya merah. Air matanya merembes laju. Terbayang jelas irisnya julangan api Wail. Melapah dan

Page 5: Kembalikan aku!

mencairkan seluruh tubhnya. Begitu juga dengan laungan As-Syuja ul-Aqraa’ yang semakin hampir ke gegendang telinganya.