Kembara Amira

3
Kembara Amira - Watak dan Perwatakan ANALISIS NOVEL TINGKATAN 5: KEMBARA AMIRA WATAK DAN PERWATAKAN WATAK UTAMA: AMIRA AMIR - Anak kepada Profesor Zaidah, pensyarah arkeologi di sebuah university. Bapanya seorang jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional. - Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja. - Baik hati: Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya. - Berani: Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya. - Jujur: Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin. - Berhemah tinggi: Walaupun dia anak profesor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira. - Berdikari: Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain. WATAK SAMPINGAN: ITAI - Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira. - Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau - Pelajar sekolah menengah yang pintar. - Sedia membantu orang lain: Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta. - Berani: Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan. - Rajin belajar: Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau. - Bertanggungjawab: Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang ke arah orang yang ditawannya. JACINTA - Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar negara, berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang dan telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu. - Mudah merajuk: Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.

Transcript of Kembara Amira

Page 1: Kembara Amira

Kembara Amira - Watak dan PerwatakanANALISIS NOVEL TINGKATAN 5: KEMBARA AMIRAWATAK DAN PERWATAKAN 

WATAK UTAMA: AMIRA AMIR- Anak kepada Profesor Zaidah, pensyarah arkeologi di sebuah university. Bapanya seorang jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional.- Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja.- Baik hati: Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.- Berani: Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya.- Jujur: Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin.- Berhemah tinggi: Walaupun dia anak profesor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira.- Berdikari: Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain.

WATAK SAMPINGAN: ITAI- Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira.- Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau- Pelajar sekolah menengah yang pintar. - Sedia membantu orang lain: Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta.- Berani: Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.- Rajin belajar: Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau.- Bertanggungjawab: Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang ke arah orang yang ditawannya.

JACINTA- Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar negara, berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang dan telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu.- Mudah merajuk: Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.- Tidak tahan menghadapi cabaran: Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan akan bau busuk daripada najis kelawar.- Mementingkan diri sendiri: Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya.- Meminati seni hiasan dan kecantikan: Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik akan rantai batu

Page 2: Kembara Amira

kuarza milik Amira.

MALIQUE / SABI- Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai, berusia awal 20-an.- Anak sulung Tau dan Ipah, bertubuh besar dan tegap.- Sayang akan alam semula jadi: Walaupun Malique membantu O’Hara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam sistem komputernya supaya pelabur-pelabur mendapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu.- Redha pada ketentuan Ilahi: Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka.- Taat kepada ibu: Malique mengikut O’Hara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu. - Tidak lupa asal usul: Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin. Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampung dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi komputer.

TAU- Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an, bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam dan mahir mengesan sesuatu di dalam hutan.- Penyayang: Dia amat menyayangi anak-anaknya, Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering memberi Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemaran kanak-kanak itu.- Sanggup berkorban: Tau sanggup mengahwini adik angkatnya, Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya, Ludin supaya abangnya berpeluang untuk menjadi ketua masyarakat.- Baik hati: Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.- Mengakui kesalahan: Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampir mencederakan Pak Lias.

PROFESOR ZAIDAH- Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah.- Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi berusia 40-an dan merupakan ibu Amira. - Cekal: Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya, Amira hampir mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu.- Bersikap profesional dalam menjalankan tugas: Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya.- Suka membantu: Beliau membantu Malique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projek teknologi komunikasi di kampung Orang Asli.- Tegas: Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar universiti yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.