KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA...

51
DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN AUDIT & INTEGRITI CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT IBU PEJABAT JKR MALAYSIA KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 1

Transcript of KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA...

Page 1: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN AUDIT & INTEGRITI CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

1

Page 2: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN AUDIT & INTEGRITI CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

2

Page 3: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

3

BUTIRAN KONTRAK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT LATIHAN POLIS DI MUKIM PELANGAI,

BENTONG, PAHANG

Butiran KONTRAKTOR ASAL (Ditamatkan Pada

21.11.2013

KONTRAKTOR PENYELAMAT

(Dilantik Pada 26.09.2014)

Kontraktor Malgran Resources S.B Bauran Bina S.B

Kos Siling Projek (RM Juta) 162.88

Kos Asal (RM Juta) 138.40 19.78

Kos Semasa (RM Juta) 137.50 19.85

Kaedah Pembinaan Reka & Bina Konvensional Perunding

Kaedah Perolehan Rundingan Terus Tender Terhad

Tarikh Surat Setuju Terima (SST) 07.05.2009 26.09.2015

Tarikh Siap Asal 16.02.2011 09.06.2015

Tarikh Siap Semasa 30.06.2012 01.11.2016

Bil. EOT (Hari) 2(500) 3(448)

Perakuan Kerja Tidak Siap (PKTS) 29.06.2012 02.11.2016

Kemajuan Di Tapak (semasa Audit) 63.5 %

Page 4: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

1. Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama

2. Perakuan Lanjutan Masa (EOT) Lewat Diluluskan

3. Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

4. Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor Lewat Disediakan

5. Pengurusan Pembinaan Tidak Memuaskan Kerana Pembinaan Tidak Mengikut Turutan, Reka Bentuk Tidak Sesuai Dan Kualiti Kerja Tidak Memuaskan.

6a. Pemantauan Kurang Berkesan – (Perunding) 6b.Pemantauan Kurang Berkesan – (Kontraktor)

PENEMUAN AUDIT

4

Page 5: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

7. Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor Pertama

8. Rekabentuk Yang Tidak Sesuai

9. Kualiti Kerja Tidak Memuaskan

10. Penggunaan Peralatan Dan Pemasangan Tidak Mengikut Spesifikasi

11. Pembayaran Kepada Kontraktor Elektrik

12. Peralatan Belum Diguna Tidak Disimpan Dengan Selamat Dan Teratur

PENEMUAN AUDIT

5

Page 6: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama

Isu Mengikut syarat Kontrak, tempoh penyiapan pembinaan selama 90 minggu/ 22 bulan dan tarikh siap pada 16.02.2011. Bagaimanapun, kemajuan kerja pada bulan Februari 2011 hanya setakat 60%. Kontraktor telah diperakukan 2 EOT selama 500 hari dan pada 21.11.2013 Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan. Bagi menyiapkan baki kerja, JKR menender semula projek bagi melantik Kontraktor Penyelamat dan tarikh siap pada 09.06.2015 namun Kontraktor telah diperakukan 3 EOT selama 448 hari dan tarikh siap dibenarkan adalah pada 30.08.2016 dengan kemajuan kerja setakat 63.5%.

Maklumbalas Tempoh penyiapan yang lama adalah disebabkan prestasi kontraktor asal tidak memuaskan dan bagi kontrak kedua disebabkan oleh kerosakan kerja elektrik. Kontrak asal tidak diambilkira oleh Perunding dalam penyediaan dokumen tender.

6

Page 7: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama

Kontraktor Asal a. Faktor utama kelewatan bagi kontrak pertama ialah kontraktor pertama tidak kompeten dan tidak berkemampuan. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia projek dengan baik. b. Dalam tempoh EOT No. 1 yang telah diluluskan selama 285 hari, pihak kontraktor masih lagi tidak dapat menyiapkan projek tersebut. Pihak P.P telah bersetuju untuk meluluskan EOT No. 2 selama 215 hari iaitu sehingga 30 Jun 2012. Tarikh siap semasa adalah pada 30 Jun 2012. c. Dalam pemantauan pihak P.P, walaupun telah diberi EOT No.2 pihak kontraktor masih lagi tidak berkemampuan untuk menyiapkan projek ini. Pihak P.P telah memberi beberapa surat peringatan kepada pihak kontraktor supaya memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek ini namun kontraktor masih gagal menyiapkan projek ini di dalam tempoh kontrak. d. Jangka masa selama 6 tahun untuk penyiapan projek ini adalah disebabkan oleh prestasi kontraktor pertama yang tidak memuaskan dan juga keperluan masa rektifikasi dan penambahbaikan.

7

Page 8: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama

EOT No. 1 - Keperluan pembinaan pencawang utama (PPU) oleh TNB - Kelewatan Penyediaan Laporan EIA - Faktor Hujan

b. EOT No. 2 - Kesukaran mendapatkan bahan binaan IBS - Kelewatan kelulusan pelan pembinaan jalan utama

8

Page 9: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama

Kontraktor Penyelamat c. EOT No. 1 - Faktor Cuaca - Kelewatan Penerimaan lukisan pembinaan dan kelulusan serta

pengesahan bahan - Arahan PP berkaitan item mekanikal dan elektrikal

d. EOT No. 2 - - Pelaksanaan Arahan Jurutera dan kesan ke atas kerja-kerja Akitek

yang berkaitan - Pelaksanaan item di bawah Wang Peruntukan Sementara

c. EOT No. 3 - Penambahan skop kerja daripada kontrak asal

9

Page 10: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 2: Lanjutan Masa (EOT) Lewat Diluluskan Isu: Menurut syarat Kontrak, tarikh siap adalah pada 16.02.2011. Bagaimanapun Kontraktor telah memohon EOT disebabkan oleh keperluan pembinaan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) TNB dan penyediaan Laporan Enviromental Impact Assessment (EIA). Bagaimanapun, EOT selama 285 hari bermula 17.02.2011 sehingga 28.11.2011 hanya diperakukan pada 28.09.2011 dengan kelewatan melebihi 7 bulan.

10

Page 11: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 2: Lanjutan Masa (EOT) Lewat Diluluskan Tarikh siap asal bagi projek ini ialah 16 Februari 2011. Berikutan kelewatan kerja kontraktor, CNC telah dikeluarkan pada 16 Februari 2011. Kontraktor selanjutnya membuat rayuan dan mengemukakan permohonan lanjutan masa yang baru melalui surat bertarikh 21 September 2011. Kelulusan perubahan kerja telah membuktikan pembinaan PPU bukanlah skop asal kerja kontraktor dan ia merupakan tambahan kerja yang melibatkan pertambahan kos dan masa. Lanjutan masa telah disemak, dipertimbangkan dan diluluskan pada 28 September 2011 (EOT 1). Kelewatan kelulusan lanjutan masa disebabkan kontraktor lewat mengemukakan permohonan lanjutan masa. Tiada isu mengenai masa bukan lagi teras kepada kontrak (time is at large) memandangkan CNC telah dikeluarkan pada 16 Februari 2011. Jumlah LAD yang dikenakan sebelum EOT No. 1 diluluskan bernilai RM5.01 juta (RM22,559 x 222 hari). Selepas EOT No. 1 diluluskan, jumlah tersebut telah dibayar semula kepada kontraktor melalui Perakuan Bayaran Interim No. 31.

11

Page 12: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Isu Kelulusan tambahan kos projek kali pertama sejumlah RM5.10 juta adalah bagi membolehkan Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada Bauran Bina Sdn Bhd. Kelulusan tambahan kos kedua sejumlah RM7.78 juta bagi pembaikan kerja elektrik dan arkitek. Kelemahan Perunding Elektrik yang menyelia kerja tidak memastikan kerja dilaksanakan dengan sempurna menyebabkan kerja pendawaian dan pemasangan peralatan elektrik tidak mengikut spesifikasi Kontrak. Maklumbalas Peningkatan kos RM5.10 juta disebabkan oleh menender semula bagi menyiapkan baki kerja projek. Manakala peningkatan RM7.78 juta disebabkan kerosakan di luar jangka yang tidak diambil kira dalam penyediaan dokumen tender. Peningkatan kos kerja elektrik disebabkan oleh kerja pengukuran semula kuantiti bagi item Wang Peruntukan Sementara (WPS) dan kerja tambahan.

12

Page 13: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Butiran Peningkatan Kos Kos Tambahan No.1 Kos Mempelawa Tender RM 5.10 Juta Kos Tambahan No.2 Kerja Akitek RM 2.58 Juta Kerja Sivil RM 0.09 Juta Kerja Elektrik RM 3.80 Juta Kerja-Kerja Pengukuran Semula RM 0.29 Juta Yuran Perunding RM 1.02 Juta Jumlah RM 12.88 Juta

13

Page 14: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Tambahan kos RM5.10 juta tidak dapat dielakkan kerana peningkatan kadar harga apabila kontrak ini dipelawa semula. Kenaikan kos berjumlah RM7.78 juta pada kali kedua secara perubahan kerja tidak dapat dielakkan disebabkan kerosakan di luar jangka yang berlaku selepas penyediaan dokumen tender, iaitu meliputi pembaikan terhadap kecacatan yang dengan jelas diakibatkan oleh keadaan cuaca dan kerja rektifikasi. Peningkatan kos kerja-kerja elektrik adalah disebabkan kerja-kerja pengukuran semula kuantiti bagi item WPS dan kerja-kerja tambahan.

14

Page 15: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Dalam proses penyediaan Dokumen Tender bagi kontrak kedua untuk kerja-kerja elektrik, perkara-perkara berikut telah mengambil kira kos pembaikan berdasarkan pemeriksaan secara visual, sebagaimana berikut: Pemeriksaan pemasangan terdahulu dilakukan secara visual kerana sekiranya pengujian yang komprehensif dilaksanakan, ianya akan melibatkan pelantikan kontraktor dan hasil ujian tersebut tidak menjamin ketepatan skop kerja dan kos bagi kontraktor kedua serta akan melibatkan tempoh penyediaan dokumen tender yang lebih panjang. Ini disebabkan ketidaktentuan jangkamasa lantikan kontraktor kedua (jangkaan ini benar kerana kontraktor kedua telah dilantik selepas 10 bulan penamatan kontraktor pertama dibuat).

15

Page 16: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Sekiranya pengujian sebelum tender dilaksanakan, kontraktor elektrik yang berkelayakan perlu dilantik bagi melakukan semua ujian yang sepatutnya. Selepas tender, kontraktor kedua yang berlainan pula dilantik untuk menjalan kerja-kerja pembaikan dan sebagainya serta perlu melakukan ujian sekali lagi bagi memastikan laporan kontraktor yang melakukan ujian sebelum tender benar-benar perlu dilaksanakan. Ini akan meningkatkan masa dan kos pelaksanaan projek secara keseluruhan.

16

Page 17: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Kerja-kerja memeriksa dan membuat laporan penuh, membersih, membaikpulih, memperbaiki mutu, membuat ujian lari dan pentauliahan serta mendapatkan waranti daripada pembekal atau pembuat telah diperincikan di dalam butiran dokumen tender. Untuk mengatasi risiko tersebut di atas juga, item provisional sum (item U) telah dimasukkan di dalam kontrak kontraktor yang berjaya dalam tender di mana laporan pengujian perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembaikan dijalankan. Anggaran kos bagi kerja-kerja di bahagian ini dianggarkan berasaskan kepada laporan-laporan kemajuan kerja sebelum ini dan Laporan Ketidakpatuhan/Non Compliance Product (NCP) yang dikeluarkan dalam kontrak terdahulu serta anggapan kerosakan yang mungkin berlaku berdasarkan pemerhatian visual di tapak ketika pemeriksaan penyediaan Senarai Kuantiti.

17

Page 18: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Kesan daripada komponen yang telah dipasang oleh kontraktor pertama tidak diselenggara bermula daripada Januari 2012 hingga Februari 2013 dan kemudiannya projek terbengkalai sehingga kontraktor elektrik baru dilantik memulakan kerja pada Disember 2014. Akibatnya sistem penebatan kabel menjadi lemah kerana faktor kelembapan. Setelah pemeriksaan secara visual sebelum tender dilakukan, pemasangan elektrik masih tidak diselenggara sehingga kontraktor kedua dilantik. Faktor ini dijangka akan terdapat pertambahan kerosakan yang mungkin berlaku dan menyebabkan peningkatan kos bagi item provisional sum (Item U).

18

Page 19: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 3: Kelemahan Penilaian Baki Kerja Oleh Perunding Menyebabkan Peningkatan Kos Projek Berjumlah RM12.88 Juta Bagi Kontrak Kedua

Kemungkinan berlaku kecurian dan unsur sabotaj daripada kegagalan pembayaran kepada sub-kontraktor. Kerosakan kepada peralatan yang tidak diselenggara terutamanya peralatan ICT, HT Switchgear, Transformer dan Genset. Mengikut spesifikasi JKR LS-01, penyambungan bagi kabel litar akhir tidak dibenarkan disebabkan oleh faktor keselamatan. Oleh demikian, pihak perunding mengarahkan semua kabel-kabel yang dipotong perlu dibuang dan dibuat pendawaian semula. Berdasarkan laporan siasatan di tapak oleh kontraktor elektrik yang disemak oleh jurutera tapak dan disahkan oleh wakil P.P elektrik JKR, mendapati kos yang bertambah adalah munasabah dengan mengambilkira faktor di atas. Justeru itu peningkatan kos tidak dapat dielakkan. Lanjutan daripada penambahan kuantiti kerja elektrik, kerja pembaikan semula siling terpaksa dibuat sebagai kemasan akhir bagi menyiapkan projek. 19

Page 20: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 4 (Punitif): Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor Lewat Disediakan

Isu Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan pada 25.11.2015 telah lewat disediakan iaitu 1 tahun 2 bulan selepas Kontraktor Penyelamat dilantik pada 26.09.2014. Kelewatan penyediaan perakuan tersebut menyebabkan tuntutan berjumlah RM14.94 juta tidak dapat dibuat dengan awal kerana Malgran Resources Sdn Bhd telah mendapat perintah penggulungan pada 05.03.2015.

Maklumbalas Draf perakuan muktamad telah disediakan pada bulan April 2015 dan beberapa siri perbincangan diadakan dan telah dimuktamadkan pada bulan Oktober 2015. Perakuan telah diluluskan pada 25.11.2015 dan dikemukakan kepada Kontraktor pada hari yang sama.

20

UAD KKR: Menurut Pelikuidator, bayaran yang dituntut yang merupakan secure akan dijelaskan dulu diikuti dengan tuntutan prefered dan unsecure.

Tuntutan Kerajaan merupakan unsecure.

Page 21: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 4 (Punitif): Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor Lewat Disediakan

Jabatan ini telah menerima sesalinan Perintah Mahkamah yang menyatakan penggulungan MRSB yang bertarikh 5 Mac 2015. Penggulungan ini menyebabkan kesemua tuntutan ke atas MRSB perlu dikemukakan kepada pelikuidasi yang dilantik iaitu RSM NWT Advisory Services Sdn Bhd. Tuntutan ini telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang KKR untuk nasihat dan tindakan selanjutnya. Bagaimanapun, pada masa yang sama Jabatan ini masih meneruskan pengiraan perakuan muktamad kontrak yang ditamatkan. Draf perakuan muktamad telah disediakan pada April 2015 dan beberapa siri perbincangan dibuat dan dimuktamadkan dalam bengkel yang diadakan pada Oktober 2015. Jabatan ini mengambil langkah berhati-hati di dalam membuat semakan dan pengiraan kerana ia melibatkan tuntutan kepada kontraktor, isu perundangan dan kelulusan permohonan tambahan siling kontrak pertama. Perakuan Kos Penamatan seterusnya diluluskan pada 25 November 2015 dan dikemukakan kepada kontraktor pada hari yang sama.

21

Page 22: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 4 (Punitif): Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor Lewat Disediakan

Kesemua maklumat di atas tiada di pejabat JKR Pahang. Bantuan daripada Perunding QS adalah diperlukan. Perunding QS mengemukakan dokumen yang lengkap pada 21 Oktober 2015. Setelah dikumpul dan disahkan kesemua maklumat tersebut Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan pada 25 November 2015.

22

Page 23: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 5 (Punitif): Pengurusan Pembinaan Tidak Memuaskan Kerana Pembinaan Tidak Mengikut Turutan

Isu Pemasangan siling plaster di bangunan asrama pelatih telah dipasang sebelum pengujian dan pentauliahan (T&C) kerja elektrik dilaksanakan. Kerosakan pada pendawaian disebabkan oleh vandalism menyebabkan siling perlu ditebuk dan dipecahkan bagi kerja pembaikan pendawaian. Ini menyebabkan pertambahan kos sejumlah RM7.78 juta. Maklumbalas Dalam kontrak pertama, pemasangan elektrik telah mengikut turutan kerja yang sepatutnya di mana pengujian kabel pendawaian akhir dilaksanakan sebelum siling ditutup. Bagaimanapun, lanjutan daripada pengujian terperinci yang dilaksanakan dalam kontrak kedua, mendapati kabel-kabel yang telah dipasang sebelum ini tidak boleh digunakan dan perlu diganti. Ini menyebabkan siling sedia ada perlu dibuka dan ditebuk bagi kerja-kerja pendawaian semula. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan juga telah diambil terhadap pemasangan siling tersebut bagi memastikan siling yang dipasang adalah selamat bagi menghadapi keadaan cuaca dengan penambahan aluminium bracket pada struktur siling tersebut. 23

Page 24: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 5 (Punitif): Pengurusan Pembinaan Tidak Memuaskan Kerana Pembinaan Tidak Mengikut Turutan

24

UAD KKR: Lawatan ke tapak pembinaan mendapati kerja mengikut turutan seperti mana dalam program kerja. Pertambahan kos disebabkan kerja pembaikan dan ratifikasi terhadap kerja kontrakor asal yang tidak mengikut method statement dan bahan yang digunakan tidak mengikut spesifikasi Kontrak .

Page 25: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 5 (Punitif): Pengurusan Pembinaan Tidak Memuaskan Kerana Pembinaan Tidak Mengikut Turutan

25

Blok Asrama Lelaki - Siling Plaster Dipecahkan Bagi Tujuan Pembaikan Kerja Elektrik

Blok Kuliah PGA dan Pentadbiran - Siling Dibuka Bagi Tujuan Pembaikan Kerja Elektrik

Page 26: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 6a: Pemantauan Kurang Berkesan Isu Penyeliaan Perunding terhadap kualiti kerja tidak memuaskan kerana banyak kerja tidak mengikut spesifikasi Kontrak, hasil kerja yang kurang kemas dan reka bentuk yang tidak sesuai menyebabkan kerja pembaikan semula terpaksa dilaksanakan. Maklumbalas Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten dan tidak berkemampuan. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia projek dengan baik. Bagi tujuan pemantauan oleh JKR bagi kontrak kedua, perunding yang menyelia projek di tapak hendaklah mengemukakan laporan projek perunding selaras dengan Consultant Services Agreement (CSA). Laporan penilaian prestasi perunding juga disediakan secara berkala.

26

Page 27: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 6a: Pemantauan Kurang Berkesan

Bagi kontrak reka dan bina, pelantikan perunding adalah di bawah tanggungjawab Kontraktor Utama. Bagi tujuan pemantauan, perunding yang dilantik oleh Kontraktor Utama bertanggungjawab untuk menandatangani lampiran Tuntutan Bayaran Interim sebagai pengesahan ke atas kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor adalah mengikut lukisan dan spesifikasi seperti dalam Kontrak.

27

Page 28: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 6b: Pemantauan Kurang Berkesan

Isu Mesyuarat Tapak adalah bertujuan untuk memantau kemajuan kerja dan mengenal pasti serta mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah pelaksanaan projek. Semakan Audit mendapati sebanyak 44 mesyuarat tapak telah diadakan sepanjang tempoh pembinaan projek ini semasa kontrak pertama. Manakala, bagi kontrak kedua, sebanyak 15 mesyuarat tapak telah diadakan sehingga tempoh pengauditan dijalankan. Pelbagai isu dan masalah yang telah dibincangkan namun perkara yang sama masih berulang. Antaranya kelewatan kemajuan projek, penangguhan penyerahan bangunan PPU kepada TNB dan pengujian serta pentauliahan sistem elektrik yang masih gagal dilaksanakan sehingga kontrak ditender semula.

28

Page 29: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 6b: Pemantauan Kurang Berkesan

Maklum Balas/Tindakan Penambahbaikan: Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten dan tidak berkemampuan. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia projek dengan baik. Bagi tujuan pemantauan oleh JKR bagi kontrak kedua, perunding yang menyelia projek di tapak hendaklah mengemukakan laporan projek perunding selaras dengan Consultant Services Agreement (CSA). Laporan penilaian prestasi perunding juga disediakan secara berkala.

29

Page 30: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 7: Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor Pertama

Isu Hasil semakan mendapati proses penamatan kerja kontraktor mengambil masa yang lama untuk ditamatkan sehingga kemajuan kerja mencapai 95%. Kesan daripada penamatan ini, projek yang mempunyai baki 5% perlu ditender semula.

30

Maklumbalas Bermula pada 23 Mei 2011 terdapat 4 Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor (NUTPPKK) telah dikeluarkan. Berdasarkan rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh kontraktor untuk setiap NUTPPKK dan komitmen serta kemajuan kerja yang ditunjukkan pada masa itu, Jabatan mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada kontraktor menyiapkan projek ini. .

Page 31: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 7: Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor Pertama

Tempoh kontrak sebenar adalah sehingga 30 Jun 2012 dan pihak kontraktor masih lagi gagal untuk menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut. Selepas NUTPPKK terakhir dikeluarkan, rayuan dan maklum balas tidak dipertimbangkan disebabkan pencapaian kontraktor di tapak adalah sangat tidak memuaskan dan Notis Penamatan Kerja Kontraktor telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh KPKR pada 21 November 2013.

31

Page 32: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 8 : Reka Bentuk Yang Tidak Sesuai

32

Ruang Wuduk Perempuan - Tempat Wuduk Perempuan Yang Menghadap Jalan Utama Terdedah Kerana Tiada Dinding Atau Pintu Yang Menutupinya

Tempat Memandikan Jenazah - Kedudukan Perangkap Lantai Di Tengah-Tengah Dan Reka Bentuk Yang Tidak Sesuai Boleh Menyebabkan Air Mengalir Ke Lantai

Page 33: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 8 : Reka Bentuk Yang Tidak Sesuai

33

Dewan Kuliah - Penyambungan Tidak Sempurna Antara Laluan Berbumbung Ke Bangunan

Kompleks Kuliah PGA - Reka Bentuk Bukaan Di Kawasan Lobi Menyebabkan Air Hujan Masuk Ke Dalam Kawasan Lobi

Page 34: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 8 : Reka Bentuk Yang Tidak Sesuai

34

Blok Kuliah PGA dan Blok Pentadbiran - Penyambungan Laluan Berbumbung Tidak Sempurna Ke Bangunan

Kompleks Kuliah PGA - Laluan Pejalan Kaki Tidak Diselaras Dengan Kedudukan Bangunan

Page 35: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 8 : Reka Bentuk Yang Tidak Sesuai

35

Padang Kawad - Tiada Laluan Ke Pentas Tabik Hormat

Dewan Makan - Ramp Bagi Laluan OKU Terus Menuju Ke Apron

Page 36: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 8 : Reka Bentuk Yang Tidak Sesuai

36

Rumah Komander - Jurang Antara Lantai Dan Pagar Sebanyak 380 mm Adalah Lebar Boleh Menyebabkan Berlaku Kemalangan

Page 37: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 9 : Kualiti Kerja Tidak Memuaskan

37

Isu Pemeriksaan fizikal di bangunan yang dibina mendapati terdapat kerja-kerja pembinaan yang tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Butiran lanjut seperti dalam Gambar yang disertakan. Maklumbalas Semua teguran di bawah perenggan 24.5.3 Kualiti Pembinaan berkaitan reka bentuk tidak sesuai, pembinaan tidak mengikut turutan kerja yang sepatutnya, kualiti kerja tidak memuaskan, peralatan tidak disimpan dengan selamat dan teratur adalah kelemahan daripada kontraktor pertama yang dilaksanakan secara reka dan bina oleh MRSB. Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan JKR untuk melaksanakan kerja-kerja penyeliaan/pemantauan dengan baik. Tindakan pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh kontrak kedua. Manakala bagi teguran mengenai reka bentuk yang tidak sesuai ia tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan.

Page 38: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 9 : Kualiti Kerja Tidak Memuaskan

38

Kafeteria - Jubin Dinding Perlu Dibuang Akibat Kerja Pemasangan Yang Tidak Berkualiti

Kediaman Peserta Kursus - Jubin Yang Perlu Dibuang Akibat Kerja Pemasangan Yang Tidak Berkualiti Dan Kerja Yang Tidak Memuaskan

Page 39: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 9 : Kualiti Kerja Tidak Memuaskan

39

Dewan Serbaguna - Komponen IBS Di Bahagian Dinding Ditebuk Bagi Tujuan Pembaikan Kerja Elektrik

Kafeteria - Pemasangan Exhaust Fan Tidak Sesuai Kerana Boleh Menyukarkan Kerja-kerja Penyenggaraan

Page 40: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 9 : Kualiti Kerja Tidak Memuaskan

40

Blok Pentadbiran - Komponen IBS Di Bahagian Dinding Ditebuk Bagi Tujuan Pembaikan Kerja Elektrik

Page 41: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 10 : Penggunaan Peralatan dan Pemasangan Tidak Mengikut Spesifikasi

Isu Semua peralatan dan bahan yang digunakan dalam pembinaan hendaklah mematuhi spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak. Semakan Audit mendapati peralatan yang dipasang tidak mengikut spesifikasi seperti Gambaryang disertakan Maklumbalas Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten dan tidak berkemampuan. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia projek dengan baik. Tindakan pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh kontrak kedua.

41

Page 42: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 10 : Penggunaan Peralatan dan Pemasangan Tidak Mengikut Spesifikasi

42

Kompleks Kuliah PGA - Pemasangan Konduit Mekanikal Dan Elektrikal Tidak Mematuhi Piawaian Warna Yang Ditetapkan

Kompleks Kuliah PGA - Pemasangan Siling Gantung Di Kawasan Terbuka Tidak Sesuai Dan Tidak Mengikut Spesifikasi

Page 43: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 10 : Penggunaan Peralatan dan Pemasangan Tidak Mengikut Spesifikasi

43

Dewan Taklimat, Blok PGA - Konduit Untuk Sistem Kebakaran Lalu Di Bawah Rasuk

Page 44: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 11 : Pembayaran Kepada Kontraktor Bagi Kerja Elektrik

Isu Kos asal bagi kerja elektrik adalah berjumlah RM18.71 juta. Kos penyiapan bagi kerja elektrik adalah berjumlah RM8.27 juta selepas kontrak ditender semula.Semakan Audit mendapati bayaran kerja elektrik telah dibayar sejumlah RM15.22 juta semasa kontrak pertama dan masih mempunyai baki bayaran berjumlah RM3.49 juta. Selepas projek ditender semula, berlaku peningkatan sejumlah RM4.78 juta. Bagaimanapun, kos tersebut masih tidak mencukupi bagi menyempurnakan sistem pendawaian elektrik. Kos tambahan sejumlah RM3.80 juta telah dipohon dan diluluskan. Secara keseluruhannya kos sebenar kerja elektrik telah meningkat sejumlah RM8.58 juta daripada kos asal kontrak. Hasil semakan Audit juga mendapati justifikasi keperluan kos tambahan bagi kerja-kerja elektrik adalah disebabkan kegagalan dalam ujian sistem pendawaian dan pemasangan elektrik yang dipasang oleh kontraktor terdahulu dan banyak pendawaian sedia ada yang dipotong dengan sengaja serta terdapat unsur-unsur vandalisme. Penilaian kerja bagi kerja elektrik terdahulu juga tidak dibuat dengan teliti di mana terdapat penemuan pemasangan pendawaian elektrik yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan pembaikan semula kerja-kerja tersebut perlu dilakukan.

44

Page 45: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 11 : Pembayaran Kepada Kontraktor Bagi Kerja Elektrik

Maklumbalas Semua pemasangan terdahulu telah disemak dan dipasang mengikut spesifikasi. Bahagian yang tidak mengikut spesifikasi, NCP telah dikeluarkan dan mesti diambil tindakan oleh kontraktor. NCP yang belum ditutup, pembayaran tidak dibuat. Bagi setiap item dalam senarai kuantiti, amalan biasa sebanyak 5 peratus ditetapkan untuk pembayaran bagi kerja-kerja pengujian peralatan/sistem. Maka baki peratusan yang tidak dibayar adalah disebabkan kerja-kerja tersebut masih belum siap ataupun telah siap tetapi terdapat NCR yang masih belum diselesaikan. Butiran lanjut seperti jadual bagi bayaran interim no.44 di dalam JKR 66 (Pin. 1/2011) berikut:

45

BIL. PERKARA KOS KONTRAK ASAL (RM Juta)

PERATUS BAYARAN (%)

CATATAN

1. KERJA ELEKTRIK 12.32 89.67 NCR belum tutup

2. TELEFON & ICT 4.572 78.38 Kerja belum siap

3. PA & AV SYSTEM 1.824 32.41 Kerja belum siap & NCR belum tutup

JUMLAH 18.716 81.33

Page 46: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 11 : Pembayaran Kepada Kontraktor Bagi Kerja Elektrik

Daripada penjelasan di atas, maka tiada pertindihan bayaran dibuat bagi kerja-kerja yang tidak mengikut spesifikasi. Keberfungsian sistem tidak dapat diuji kerana sistem pemasangan masih belum lengkap (end to end point) dan belum bersedia untuk pengujian penuh (full load test). Walau bagaimanapun, sistem boleh diuji secara berperingkat menggunakan bekalan elektrik sementara. Hasil daripada laporan dan keputusan pengujian, keputusan dibuat supaya pendawaian semula dilaksanakan oleh kontraktor atas sebab-sebab keselamatan dan kebolehfungsian. Pertambahan kos untuk kerja-kerja elektrik adalah besar kerana melibatkan kerja-kerja pendawaian semula akibat kecurian dan unsur sabotaj serta mengganti kerosakan dan kehilangan komponen peralatan ICT, HT Switchgear, transformer dan genset. Kerja-kerja yang telah dibayar semasa kontrak terdahulu dibayar mengikut kemajuan ketika itu. (Bayaran tidak dibuat untuk kerja-kerja T&C). Bayaran terakhir yang diperakukan iaitu bayaran interim No. 44 yang dibuat penilaian pada 14 Februari 2013 sebelum kontrak ditamatkan. 46

Page 47: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 12 : Peralatan Belum Diguna Tidak Disimpan Dengan Selamat Dan Teratur

Isu Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 8 Tahun 2013, selepas kontrak dimansuhkan, tindakan perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan ketahanan peralatan dan bahan bagi kerja-kerja yang belum siap untuk mengelakkannya daripada rosak dan berkarat. Pihak Audit mendapati pembekalan peralatan yang belum digunakan tidak dijaga dengan baik dan terdedah kepada kerosakan. Ini akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan kerana kos pembekalan peralatan telah dibayar kepada kontraktor. Kos bagi pembekalan peralatan dapur dan sistem LPG adalah berjumlah RM0.65 juta. Kos pembekalan perabot pasang siap dan kerja reka bentuk dalaman pula telah dibayar kepada kontraktor berjumlah RM1.48 juta.

47

Page 48: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 12 : Peralatan Belum Diguna Tidak Disimpan Dengan Selamat Dan Teratur

48

Kafeteria - Peralatan Dapur Yang Tidak Dijaga Dengan Baik Dan Terdedah Kepada Kerosakan

Kafeteria - Peralatan Dapur Yang Sudah Berkarat

Page 49: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 12 : Peralatan Belum Diguna Tidak Disimpan Dengan Selamat Dan Teratur

49

Kediaman Peserta Kursus - Perabot Yang Dipasang Tidak Disusun Dan Dijaga Dengan Baik

Bengkel Pengangkutan - Peralatan Bengkel Yang Dibekalkan Oleh Kontraktor Asal Dibiarkan Tanpa Penyenggaraan Dan Tidak Digunakan

Page 50: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

Isu 12 : Peralatan Belum Diguna Tidak Disimpan Dengan Selamat Dan Teratur

50

Maklumbalas • Faktor utama ialah kontraktor pertama tidak kompeten dan tidak

berkemampuan. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak perunding dan JKR menyelia projek dengan baik. Tindakan pembaikan akan dilaksanakan di dalam tempoh kontrak kedua.

Page 51: KEMENTERIAN KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA MALAYSIAepsmg.jkr.gov.my/images/1/10/Kajian_Kes_1_Laporan... · Isu 1: . Tempoh Penyiapan Mengambil Masa Yang Lama. Isu . Mengikut syarat

51

Sekian, terima kasih.....