Kemerdekaan Singapura

7
KEMERDEKAAN SINGAPURA

Transcript of Kemerdekaan Singapura

Page 1: Kemerdekaan Singapura

KEMERDEKAAN SINGAPURA

Page 2: Kemerdekaan Singapura

Dalam konteks Singapura, Merdeka merujuk kepada pemerolehan pemerintahan sendirian dan kerajaan sendirian daripada United Kingdom pada dekad 1950-an pada masa imperialisme di Asia berkurangan.

Page 3: Kemerdekaan Singapura

Ia tidak biasanya merujuk kepada kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 yang mengikuti penggabungan ia dengan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 selepas referendum kebangsaannya.

Page 4: Kemerdekaan Singapura

Perlembagaan Singapura dipinda pada tahun 1953 berikutan cadangan Suruhanjaya Rendel yang menciptakan Dewan Undangan Singapura berjumlah 51 kerusi, sekaligus menggantikan Majlis Perundangan Singapura. Dewan ini menjadi duluan kepada Parlimen Singapura. Pilihanraya Singapura 1955 yang merupakan pilihanrayanya yang pertama kemudian. Pilihanraya ini merupakan kali pertama pemilihan wakil majoriti oleh rakyat — dahulunya hanya enam ahli Majlis Perundangan dipilih rakyat dan yang lainnya dipilih kerajaan penjajah. Ini tidak memuaskan hati mereka yang memanggil pentadbiran penuh tempatan dalam sekurang-kurangnya hal domestik.

Page 5: Kemerdekaan Singapura

Seruan Merdeka merupakan satu saingan antara progressivisme dan radicalisme iaitu antara kerjasama dan permusuhan terhadap British. Barisan Pekerja pimpinan David Saul Marshall memenangi pilihanraya Singapura pada tahun 1955 secara tipis akan tetapi sifatnya sebagai seorang anti-penjajah menghalang sebarang kemungkinan kerjasama. Satu pungutan suara dimulakan pada tahun 1956 yang mengumpulkan sebanyak 167,000 — sebahagian besar pengundi pada masa itu dalam satu pungutan yang menyaran Merdeka.

Page 6: Kemerdekaan Singapura

Semasa Rundingan Merdeka 1956, tahun sebelum kemerdekaan Malaya, pihak British bersetuju memberi Singapura kerajaan sendirian berkenaan hal-hal tempatan, sementara British terus mengekalkan kuasa perbelanjaan dan ketenteraan. Ini memuaskan Marshall pada mulanya, tetapi tidak kemudian apabila British enggan memberi kawalan keselamatan dalam negeri kepada kerajaan tempatan. Pihak British merasakan Marshall tidak membuat tindakan yang cukup terhadap ancaman keganasan komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah memulakan Darurat Malaya. Dengan ini Marshall meletakkan jawatannya pada tahun 1956 dan sekaligus mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatannya sekiranya gagal memperoleh kemerdekaan.

Page 7: Kemerdekaan Singapura

Satu lagi pemimpin Barisan Pekerja, Lim Yew Hock mengambilalih sebagai Yang DiPertua Negeri Singapura dan meneruskan usaha untuk mencapai kemerdekaan. Lim kemudiannya berlaku kejam terhadap para komunis oleh sebab mahu menunjukkan bahawa pentadbirannya cenderung mengambil pendekatan tegas untuk melindungi keselamatan dalam negara. Dalam rusuhan sekolah menengah Cina 1956 lebih kurang sembilan ratus orang ditahan. Dengan memimpin satu delegasi yang termasuk banyak pemimpin Singapura daripada pelbagai parti politik, Lim telah berjaya memujuk pihak British untuk memberikan Singapura kemerdekaan dengan meminda Perlembagaannya pada tahun 1958 untuk membenarkan satu dewan perwakilan yang dipilih rakyat secara keseluruhannya yang mempunyai autonomi penuh terhadap perihal tempatan. Kerajaan ini terbentuk dengan pilihanraya Singapura 1959. Lim pula telah kalah pilihanraya ini oleh sebab tindakan kejamnya semasa pemburuan aktiviti komunis.