Kemiskinan Bandar di Malaysia: Sorotan Literatur Oleh Md Shah.pdf · tema yang menjadi tumpuan...

2
Kemiskinan Bandar di Malaysia: Sorotan Literatur Oleh: Jalihah Md. Shah Nor Hafizah Selamat (PhD) Salfarina Abdul Gapor (PhD) Pertumbuhan ekonomi yang pesat disokong dengan pembangunan prasarana yang lengkap telah menjadikan bandar-bandar di Malaysia sebagai pusat tumpuan manusia. Dengan itu, bandar telah menjadi lokasi untuk mencari pelbagai peluang dan mengecapi masa depan yang lebih baik. Ekoran daripada itu, ramai yang berhijrah sama ada dari kawasan luar bandar atau menyeberangi sempadan antarabangsa untuk merebut peluang ekonomi, pendidikan mahupun kehidupan sosial yang lebih terjamin. Walau bagaimanapun, peluang ekonomi yang terhad, tahap pendidikan rendah dan ketidakcukupan tempat tinggal antara lain telah menyebabkan ada penghuni bandar yang tersisih daripada pembangunan perdana yang berlaku. Sehubungan itu, wujud golongan miskin bandar yang terpinggir dan gagal menikmati segala kemudahan yang tersedia di bandar. Permasalahan yang bergolak di bandar telah mengundang pelbagai wacana yang dibincang dan didebatkan oleh para sarjana sosiologi, ekonomi dan tidak terkecuali sarjana antropologi. Meskipun isu yang diketengahkan adalah berhubung fenomena kemiskinan, namun para pengkaji mengusulkan isu ini daripada sudut yang berbeza. Bagi ahli antropologi, terdapat tiga persoalan asas yang dikemukakan bila berbicara mengenai kemiskinan. Pertama, siapa orang miskin tersebut, kedua, mengapa mereka miskin dan akhir sekali persoalan apa yang boleh dilakukan (Booth, Leach dan Tierney, 1999) untuk survival mereka. Kesepakatan dalam kalangan ahli antropologi menunjukkan isu kemiskinan boleh difahami dengan lebih baik sekiranya ia dilihat menerusi kaca mata orang miskin itu sendiri. Jelasnya, kajian kemiskinan dalam antropologi boleh memberi makna (meaning) terhadap konsep kemiskinan yang melangkaui tafsiran yang dilakukan menerusi data tinjauan ekonomi dan pendapatan semata-mata. Dengan berbuat demikian, sebenarnya ia memberikan pemahaman penting ke atas sebab kemiskinan berlaku di samping mendedahkan kepelbagaian pengalaman hidup yang dilalui orang miskin (Green, 2006) itu sendiri. Apakah perbezaan lain yang wujud dalam kajian kemiskinan bandar yang diusahakan oleh ahli antropologi berbanding bidang ilmu lain seperti ekonomi dan sosiologi? Selain memahami dan memberi makna kemiskinan daripada kerangka komuniti yang dikaji, kekuatan kajian antropologi terletak dalam teknik dan kaedah kajian yang digunakan (Fox, 1977; Green, 2006; Susser, 1996). Apakah metod yang digunakan dan apa pula isu lain yang diutarakan oleh pengkaji antropologi dalam memahami masyarakat kontemporari di bandar akan dirungkai dalam bahagian pertama kertas kerja ini. Bahagian pertama ini turut membincangkan kerelevanan dan sumbangan bidang antropologi bandar dalam kajian kemiskinan. Salah satu daripada faktor yang dikatakan mempengaruhi kewujudan kemiskinan di bandar adalah ia diwarisi dari penduduk yang berhijrah dari kawasan luar bandar (Tickamyer & Duncan, 1990). Benarkah

Transcript of Kemiskinan Bandar di Malaysia: Sorotan Literatur Oleh Md Shah.pdf · tema yang menjadi tumpuan...

Page 1: Kemiskinan Bandar di Malaysia: Sorotan Literatur Oleh Md Shah.pdf · tema yang menjadi tumpuan dalam kajian-kajian kemiskinan bandar di negara ini. Diharapkan

 

 

Kemiskinan Bandar di Malaysia: Sorotan Literatur

Oleh:

Jalihah Md. Shah Nor Hafizah Selamat (PhD)

Salfarina Abdul Gapor (PhD)

Pertumbuhan ekonomi yang pesat disokong dengan pembangunan prasarana yang lengkap telah menjadikan bandar-bandar di Malaysia sebagai pusat tumpuan manusia. Dengan itu, bandar telah menjadi lokasi untuk mencari pelbagai peluang dan mengecapi masa depan yang lebih baik. Ekoran daripada itu, ramai yang berhijrah sama ada dari kawasan luar bandar atau menyeberangi sempadan antarabangsa untuk merebut peluang ekonomi, pendidikan mahupun kehidupan sosial yang lebih terjamin. Walau bagaimanapun, peluang ekonomi yang terhad, tahap pendidikan rendah dan ketidakcukupan tempat tinggal antara lain telah menyebabkan ada penghuni bandar yang tersisih daripada pembangunan perdana yang berlaku. Sehubungan itu, wujud golongan miskin bandar yang terpinggir dan gagal menikmati segala kemudahan yang tersedia di bandar. Permasalahan yang bergolak di bandar telah mengundang pelbagai wacana yang dibincang dan didebatkan oleh para sarjana sosiologi, ekonomi dan tidak terkecuali sarjana antropologi. Meskipun isu yang diketengahkan adalah berhubung fenomena kemiskinan, namun para pengkaji mengusulkan isu ini daripada sudut yang berbeza. Bagi ahli antropologi, terdapat tiga persoalan asas yang dikemukakan bila berbicara mengenai kemiskinan. Pertama, siapa orang miskin tersebut, kedua, mengapa mereka miskin dan akhir sekali persoalan apa yang boleh dilakukan (Booth, Leach dan Tierney, 1999) untuk survival mereka. Kesepakatan dalam kalangan ahli antropologi menunjukkan isu kemiskinan boleh difahami dengan lebih baik sekiranya ia dilihat menerusi kaca mata orang miskin itu sendiri. Jelasnya, kajian kemiskinan dalam antropologi boleh memberi makna (meaning) terhadap konsep kemiskinan yang melangkaui tafsiran yang dilakukan menerusi data tinjauan ekonomi dan pendapatan semata-mata. Dengan berbuat demikian, sebenarnya ia memberikan pemahaman penting ke atas sebab kemiskinan berlaku di samping mendedahkan kepelbagaian pengalaman hidup yang dilalui orang miskin (Green, 2006) itu sendiri. Apakah perbezaan lain yang wujud dalam kajian kemiskinan bandar yang diusahakan oleh ahli antropologi berbanding bidang ilmu lain seperti ekonomi dan sosiologi? Selain memahami dan memberi makna kemiskinan daripada kerangka komuniti yang dikaji, kekuatan kajian antropologi terletak dalam teknik dan kaedah kajian yang digunakan (Fox, 1977; Green, 2006; Susser, 1996). Apakah metod yang digunakan dan apa pula isu lain yang diutarakan oleh pengkaji antropologi dalam memahami masyarakat kontemporari di bandar akan dirungkai dalam bahagian pertama kertas kerja ini. Bahagian pertama ini turut membincangkan kerelevanan dan sumbangan bidang antropologi bandar dalam kajian kemiskinan. Salah satu daripada faktor yang dikatakan mempengaruhi kewujudan kemiskinan di bandar adalah ia diwarisi dari penduduk yang berhijrah dari kawasan luar bandar (Tickamyer & Duncan, 1990). Benarkah

Page 2: Kemiskinan Bandar di Malaysia: Sorotan Literatur Oleh Md Shah.pdf · tema yang menjadi tumpuan dalam kajian-kajian kemiskinan bandar di negara ini. Diharapkan

kemiskinan bandar di Malaysia berakar umbi dan lanjutan daripada masalah kemiskinan yang berlaku di luar bandar? Hal ini telah menarik minat para pengkaji di negara ini untuk mengetahui dan memahami fenomena kemiskinan bandar yang masih baru jika dibandingkan dengan kemiskinan di kawasan luar bandar. Persoalannya, apakah isu-isu yang dibincangkan dalam kajian-kajian kemiskinan bandar di Malaysia? Justeru itu bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah diajukan, bahagian kedua kertas kerja ini akan menghuraikan isu dan tema yang menjadi tumpuan dalam kajian-kajian kemiskinan bandar di negara ini. Diharapkan kertas kerja ini dapat memberi dimensi baru terhadap isu kajian kemiskinan bandar yang dibawakan oleh ahli antropologi dan perbincangan fenomena ini yang dilakukan oleh para pengkaji di Malaysia.

Jalihah Md. Shah adalah calon PhD di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Nor Hafizah Selamat (PhD) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sosiologi & Antropologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM dan Salfarina Abdul Gapor (PhD) adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan dan Perancangan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM.

560 words