KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit...

5
Muka surat 1 KEMPEN “5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND” KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM (“Kad”) 1. Kempen “5X UNIRinggit for Your Spend” Kad PRVI Miles Miles & Preferred Platinum ( "Kempen") United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ( "UOBM") terbuka kepada Ahli Kad utama dan tambahan terpilih Ahli Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM ("Ahli Kad Yang Terpilih") yang menerima jemputan eksklusif daripada UOBM untuk menyertai Kempen ini melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Mel Langsung Elektronik (EDM) atau mana-mana kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan akan berlangsung dari 5 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) atau tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ("Tempoh Kempen"). 2. Kempen ini hanya dibuka kepada Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM yang dikeluarkan di Malaysia. 3. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :- (a) Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Kempen; (b) Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM lain yang tidak memiliki Kad PRVI Miles atau Preferred Platinum UOBM; (c) Sebarang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan baik sepertimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; (d) Individu yang didapati atau menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mempunyai prosiding undang-undang dalam apa-apa bentuk yang dikenakan terhadap mereka. Kelayakan Perbelanjaan 4. Perbelanjaan Layak hendaklah, bagi tujuan Kempen ini, termasuk pembelian runcit tempatan dan antarabangsa dan dalam pembelian melalui talian, dan pembayaran berulang. 5. Perbelanjaan Tidak Layak termasuk: (a) Transaksi runcit yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak sah atau palsu; (b) Pengeluaran wang tunai (c) Bayaran kepada mahkamah, kerajaan, pihak berkuasa negeri atau pihak berkuasa tempatan seperti nafkah kanak-kanak, denda, bayaran jaminan atau bayaran bon, dan pembayaran cukai; (d) Bayaran kepeda badan-badan Amal; (e) Bayaran yuran tahunan keahlian kad, pembayaran faedah, fi pembayaran lewat, caj untuk pengeluaran tunai, Cukai Barang dan Perkhidmatan dan apa-apa bentuk perkhidmatan / pelbagai yuran menggunakan Kad PRVI Miles atau Preferred Platinum UOBM; (f) Apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM, dan perbelanjaan tersebut tidak layak untuk Kempen ini

Transcript of KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit...

Page 1: KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: ... Ketika pemberian ... sebarang tuntutan atau pampasan

Muka surat 1

KEMPEN “5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND” KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM

TERMA DAN SYARAT Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM (“Kad”) 1. Kempen “5X UNIRinggit for Your Spend” Kad PRVI Miles Miles & Preferred Platinum (

"Kempen") United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ( "UOBM") terbuka kepada Ahli Kad utama dan tambahan terpilih Ahli Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM ("Ahli Kad Yang Terpilih") yang menerima jemputan eksklusif daripada UOBM untuk menyertai Kempen ini melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Mel Langsung Elektronik (EDM) atau mana-mana kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan akan berlangsung dari 5 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) atau tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ("Tempoh Kempen").

2. Kempen ini hanya dibuka kepada Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM yang dikeluarkan di Malaysia.

3. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :- (a) Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam

Tempoh Kempen; (b) Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM lain yang tidak memiliki Kad PRVI Miles atau

Preferred Platinum UOBM; (c) Sebarang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan

baik sepertimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; (d) Individu yang didapati atau menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau

mempunyai prosiding undang-undang dalam apa-apa bentuk yang dikenakan terhadap mereka.

Kelayakan Perbelanjaan

4. Perbelanjaan Layak hendaklah, bagi tujuan Kempen ini, termasuk pembelian runcit

tempatan dan antarabangsa dan dalam pembelian melalui talian, dan pembayaran berulang.

5. Perbelanjaan Tidak Layak termasuk: (a) Transaksi runcit yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak sah atau palsu; (b) Pengeluaran wang tunai (c) Bayaran kepada mahkamah, kerajaan, pihak berkuasa negeri atau pihak berkuasa

tempatan seperti nafkah kanak-kanak, denda, bayaran jaminan atau bayaran bon, dan pembayaran cukai;

(d) Bayaran kepeda badan-badan Amal; (e) Bayaran yuran tahunan keahlian kad, pembayaran faedah, fi pembayaran lewat, caj

untuk pengeluaran tunai, Cukai Barang dan Perkhidmatan dan apa-apa bentuk perkhidmatan / pelbagai yuran menggunakan Kad PRVI Miles atau Preferred Platinum UOBM;

(f) Apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM, dan perbelanjaan tersebut tidak layak untuk Kempen ini

Page 2: KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: ... Ketika pemberian ... sebarang tuntutan atau pampasan

Muka surat 2

6. Semua pembayaran mesti dibuat dengan menggunakan Kad PRVI Miles atau Preferred Platinum UOBM untuk memenuhi syarat sebagai Perbelanjaan Layak di bawah Kempen ini.

7. Semua Perbelanjaan Layak yang dibuat dalam Tempoh Kempen mesti ditangkap oleh sistem kad kredit yang dikekalkan oleh UOBM agar layak untuk menyertai Kempen ini.

Mekanisma Kempen

8. Untuk berlayak untuk Kempen ini, Ahli Kad yang terpilih mesti membuat sekurang-

kurangnya empat (4) transaksi Perbelanjaan Layak ("Kriteria Kelayakan") dalam Bulan(-bulan) Penyertaan (seperti yang ditakrifkan dalam fasal 9) dalam Tempoh Kempen.

9. Ahli Kad Terpilih yang memenuhi Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam fasal 8 di atas adalah berhak kepada 5X UNIRinggit ("Ganjaran") untuk setiap perbelanjaan RM1.00 yang dikenakan dan didebitkan ke Akaun Kad mereka. Had pembayaran UNIRM bagi setiap Bulan Penyertaan dihadkan pada jumlah yang dinyatakan dalam Jadual A di bawah. UNIRM akan dianugerahkan atas dasar siapa cepat dia dapat, berdasarkan rekod transaksi UOBM. UOBM tidak mempunyai kewajipan untuk memaklumkan mana-mana Ahli Kad sekiranya pembayaran UNIRM bulanan mencapai had pembayaran maksimum: Jadual A:

Had Bulanan UNIRinggit

Bulan Penyertaan PRVI Miles Preferred Platinum

5-31 Julai 2017 1,750,000 UNIRinggit 1,500,000 UNIRinggit

1-31 Ogos 2017 1,750,000 UNIRinggit 1,500,000 UNIRinggit

Jumlah Had UNIRinggit 3,500,000 UNIRinggit 3,000,000 UNIRinggit

10. 5X UNIRinggit yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad Terpilih

adalah terhad kepada RM1,000 dalam setiap Bulan Penyertaan. Setiap perbelanjaan RM1.00 berikutnya yang lebih daripada amaun yang dihadkan akan diberikan dengan 1X UNIRinggit. Contoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: Jadual B:

Leret Jumlah Maksimum Perbelanjaan Layak untuk 5X UNIRinggit setiap Bulan Penyertaan

Jumlah Perbelanjaan Layak (RM)

UNIRinggit yang dianugerahkan

Leretan Pertama RM1,000 daripada Ahli Kad utama dan tambahan Terpilih

(Setiap

RM50 5X UNIRinggit x RM50 = 250 UNIRinggit

Leretan Kedua RM350 5X UNIRinggit x RM350 = 1,750 UNIRinggit

Page 3: KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: ... Ketika pemberian ... sebarang tuntutan atau pampasan

Muka surat 3

Leret Jumlah Maksimum Perbelanjaan Layak untuk 5X UNIRinggit setiap Bulan Penyertaan

Jumlah Perbelanjaan Layak (RM)

UNIRinggit yang dianugerahkan

Leretan Ketiga perbelanjaan RM1 berikutnya melebihi jumlah maksimum Perbelanjaan Layak = 1X UNIRinggit)

RM500 5X UNIRinggit x RM500 = 2,500 UNIRinggit

Leretan Keempat RM 1,000 (a) 5X UNIRinggit x RM100 = 500 UNIRinggit

(b) 1x UNIRinggit x RM900 = 900 UNIRinggit

Leretan Kelima RM200 1X UNIRinggit x RM200 = 200 UNIRinggit

Jumlah Leretan Bulanan : 5 Jumlah Perbelanjaan Layak Bulanan : RM2,100 [1+2+3+4(a) +4(b)] Total UNIRinggit dianugerahkan = 1 + 2 + 3 + 4(a) + 4(b) + 5 = 6,100 UNIRinggit

11. Setiap Ahli Kad Yang Dipilih hanya berhak mendapat satu (1) Ganjaran bagi setiap Bulan

Penyertaan sepanjang Tempoh Kempen. 12. Transaksi yang dibuat oleh Ahli Kad tambahan akan dijumlahkan dengan perbelanjaan Ahli

Kad utama dan UNIRinggit hanya akan dikreditkan kepada akaun kad utama sahaja. 13. Penentuan bagi UNIRinggit maksimum yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang

dinyatakan dalam fasal 8 di atas adalah berdasarkan tarikh caj diproses oleh UOBM dan didebitkan ke dalam akaun Ahli Kad PRVI Miles UOBM dan bukan tarikh transaksi Perbelanjaan Layak dibuat oleh Ahli Kad.

14. UNIRinggit akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli Kad yang Terpilih dalam tempoh lapan (8)

minggu selepas berakhirnya setiap Bulan Penyertaan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C di bawah. UNIRinggit akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulanan yang berikut selepas tarikh pengkreditan UNIRinggit. Jadual C:

Bulan Penyertaan Pengkreditan UNIRinggit

5-31 Julai 2017 by 30 September 2017

1-31 Ogos 2017 by 31 Oktober 2017

15. Ketika pemberian UNIRinggit, akaun Ahli Kad yang Terpilih mestilah sah, terkini, wujud dan

dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya dan tidak bercanggah dengan mana-mana terma dan syarat yang termasuk dalam Perjanjian Ahli Kad Visa/MasterCard UOBM.

Page 4: KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: ... Ketika pemberian ... sebarang tuntutan atau pampasan

Muka surat 4

16. Sebarang prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama-sama dengan UNIRinggit dalam semua bahan-bahan cetakan, laman web atau cawangan UOBM adalah untuk tujuan perhiasan sahaja dan tidak akan menjadi sebahagian daripada UNIRinggit.

17. UOBM berhak untuk:

(a) membatalkan UNIRinggit sekiranya terdapat penarikbalikan entri Perbelanjaan Layak dalam Kategori Perbelanjaan yang layak di Cawangan Layak atau penamatan Ahli Kad PRVI Miles/Preferred Platinum UOBM sebelum UNIRinggit dikreditkan ke dalam Akaun Kad PRVI Miles/Preferred Platinum UOBM atau tidak mematuhi atau melanggar terma dan syarat ini atau Perjanjian Ahli Kad Visa/MasterCard UOBM atau Terma dan Syarat Program Ganjaran UNIRinggit 2017 dengan memberi notis terlebih dahulu tanpa memberikan apa-apa sebab.

(b) menggantikan UNIRinggit dengan produk lain yang sama nilai dengan notis terlebih dahulu.

(c) menarik balik,menangguhkan, melanjutkan atau membatalkan Kempen ini lebih awal sebelum tarikh tamat Tempoh Kempen secara keseluruhan atau sebahagiannya pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu mengikut budi bicara mutlaknya.

18. UNIRinggit yang diberikan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan

barangan lain. 19. UNIRinggit yang diperolehi oleh Ahli Kad tidak mempunyai nilai wang. TERMA DAN SYARAT AM 20. Kempen ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ini, terma dan syarat Program

Ganjaran UNIRinggit 2017 dan Perjanjian Ahli Kad Visa/ MasterCard UOBM. 21. Dengan menyertai Kempen ini, Ahli Kad bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat ini,

terma dan syarat Program Ganjaran UNIRinggit 2017 dan Perjanjian Ahli Kad Visa / MasterCard UOBM.

22. Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua

perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat-menyurat dengan mana-mana individu mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Kempen ini. Sebarang rayuan atau surat-menyurat daripada Ahli Kad tidak akan dilayan.

23. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam

penghantaran bukti transaksi penjualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi atau lain-lain pihak yang mungkin mengakibatkan Ahli Kad tidak layak menerima UNIRinggit daripada Kempen ini.

24. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perwakilan atau salah tafsiran fakta

oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak sah berkenaan dengan Kempen dan/atau UNIRinggit dan diterbitkan dalam mana-mana bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan.

Page 5: KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI · PDF fileContoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: ... Ketika pemberian ... sebarang tuntutan atau pampasan

Muka surat 5

25. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM secara jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Kempen dan UNIRinggit ini.

26. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam

apa jua bentuk yang dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen dan UNIRinggit ini.

27. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, terma dan syarat ini akan digunakan.

28. UOBM berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah terma dan

syarat Kempen, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di cawangan UOBM dan / atau dalam Penyata Akaun dan / atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa.

29. UOBM berhak untuk membatal, menghenti, menggantung atau melanjutkan Kempen ini

dengan notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, pemberhentian, penggantungan atau pelanjutan Kempen oleh UOBM tidak akan melayakkan Ahli Kad untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk apa jua dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pembatalan, pemberhentian, penggantungan atau pelanjutan tersebut.

30. Terma dan syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut dengan undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa yang tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

- TAMAT -