Kemudahan Peralatan Dan Ubatan Di Klinik Orthopedik

download Kemudahan Peralatan Dan Ubatan Di Klinik Orthopedik

of 3

description

kemudahan

Transcript of Kemudahan Peralatan Dan Ubatan Di Klinik Orthopedik

Kemudahan Peralatan dan Ubatan di Klinik Orthopedik

Di klinik Ortho telah menyediakan kemudahan untuk pesakit contoh bandage. Badage ini untuk pesakit menyokong dressing, imobilasi sendi atau bahagian distal pembedahan,mengelakkan edema pada bahagian anggota yang tercedera dan memberi tekanan. Pesakit akan mendapat rawatan ini sekiranya doktor telah memberi arahan kepada MA dengan memberikan kertas yang mendapat arahan daripada doktor.Selepas melakukan pembalutan itu MA atau staff nurse akan memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan akan memberitahu bila balutan tersebut akan dibuka sekira telah membuat temujanji pada minggu-minggu akan datang. Setelah pesakit faham pendidikan kesihatan yang diberi, pesakit dibenarkan kembali ke bilik doktor.

Gambar diatas menunjukkan ubatan atau cecair yang digunakan untuk melakukan dressing kepada pesakit yang telah mendapatkan tarikh temujanji. Cecair ini digunakan bagi pesakit yang berada di rumah memerlukan cucian yang lebih teliti dengan datang ke klinik. Ini kerana cecair ini susah untuk pesakit mendapatkannya dan staff nurse akan melakukan cucian tersebut atas arahan daripada doktor yang merawat pesakit tersebut. Setelah melakukan dressing kepada pesakit, staff nurse akan memberi nasihat atau pendidikan kesihatan untuk pesakit menjaga luka dengan baik supaya cepat sembuh. Cucian ini amat penting untuk pesakit kerana staff nurse melakukan prosedur ini dengan prosedur strile dan memerlukan cucian professional kepada pesakit. Oleh itu dengan adanya kemudahan ini pesakit dapat datang di klinik dengan melakukan cucian yang diperlukan. Kerja ini dapat dilakukan dengan lebih senang sekiranya pesakit dapat memberikan kerjasama kepada staff nurse.

Gambar diatas adalah senarai harga suntikan yang diperlukan oleh pesakit mengikut diagnose pesakit. Ubatan ini harganya amat mahal. Sekiranya ada pesakit yang kurang pendapatannya maka doktor atau staff nurse akan rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada pesakit. Ini memudahkan pesakit dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh pesakit.