Kemunculan golongan anti-vaksin atau pro-choice punca ... in media/191113 alsiha anuar vaksin...

1
12 liknya ia merupakan satu falasi saintifik. “Tiada bukti ilmiah yang dipercayai untuk menyokong dakwaan bahawa vaksin MMR bagi penyakit campak, beguk dan rubella menyebabkan autisme,” jelasnya. Dalam masa yang sama, kajian pakar perubatan, pandan- gan pakar agama dan mufti telah menunjukkan kepentingan mengambil vaksin sebagai rawatan pencegahan. Katanya, sedangkan menurut Islam, terdapat beberapa pendekatan dalam berinteraksi dengan teori konspirasi sama ada ia dapat dikategorikan sebagai maklumat yang al-Siha | NOVEMBER, 2019 OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD P ENINGKATAN kes difteria iaitu jangkitan bakteria corynebacterium diphtheria terhadap kanak-kanak berusia bawah 15 tahun sejak tahun lalu, kini dilaporkan semakin membimbangkan. Bakteria yang mengeluarkan toksin defteria dan lazim- nya menjangkiti tekak iaitu pada bahagian tonsil amat berbahaya kerana membawa maut kepada mangsa akibat kegagalan jantung, fungsi saraf dan pernafasan. Pada tahun 2018, sebanyak lima kes kematian direkodkan daripada 18 kes jangkitan. Empat dari lima kes kematian tersebut adalah disebabkan tidak menerima vaksinasi. Pastinya, ramai tertanya-tanya bagaimana berlaku penularan semula wabak berkenaan sedangkan eko- sistem kesihatan awam dunia dan serantau semakin maju. Mengulas persoalan tersebut, ahli Penyelidik Fatwa Dalam Bidang Perubatan, Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr Mohd Anuar Ramli berkata, ia adalah berpunca daripada kemunculan semula kumpulan anti-vaksin atau pro-choice di negara ini. “Kewujudan mereka bukan suatu yang baharu, malah mereka hadir seiring dengan pengenalan program vaksi- nasi. Jaringan mereka terdapat dalam pelbagai kalangan lapisan masyarakat sama ada golongan terpelajar ataupun tidak, juga berbagai latar belakang disiplin ilmu seperti perubatan, sains sosial dan agama. “Pada masa kini, gerakan ini semakin kuat mempen- garuhi ibu bapa agar tidak vaksinasi anak-anak. Mereka menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Insta- gram, Whatsapp dan Telegram sebagai medium penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan vaksinasi,” katanya. Justeru tambahnya, kesan daripada itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat awam terutama ibu bapa bagi memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. “Rentetan itu, kes-kes akibat tidak diimunisasi seperti demam campak, difteria serta batuk kokol semakin menin- gkat pada masa kini dan senario ini amat menggusarkan. “Tambahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan kumpulan yang menolak dan enggan menerima vaksin sebagai sebahagian daripada 10 cabaran besar sektor kesihatan pada tahun 2019,” ujarnya. KEPENTINGAN VAKSIN Beliau berkata, jelas bahawa program vaksinasi telah banyak menyelamatkan nyawa manusia daripada penyakit berbahaya. Vaksin juga melindungi lebih daripada 25 penyakit yang melemahkan atau mengancam nyawa manusia, seperti campak, polio, tetanus, difteria, meningitis, influenza, tetanus, tifoid dan kanser serviks. “Malah, ketika Inisiatif Pembasmian Polio Global (GPEI) ditubuhkan, seramai 350,000 mangsa dilaporkan diserang polio setiap tahun sejak 1988, namun jumlah ini menurun secara drastik kepada 99 peratus dan lebih 16 juta pesakit terselamat daripada serangan lumpuh. “Selain itu, adalah suatu pernyataan yang salah bahawa vaksin mempunyai hubung kait dengan autisme, seba- benar atau salah. Ini kerana, di samping stigma yang mengaitkan teori konspirasi sebagai diada-adakan oleh pihak berkepentin- gan, terdapat juga konspirasi yang benar-benar berlaku. “Jelasnya, dalam teori konspirasi yang dikaitkan dengan vaksin, ternyata ia antara rawatan pencegahan berkesan yang dapat menyelamatkan nyawa manusia. “Dapatan ini dapat dilihat dalam kajian-kajian perubatan berautoriti. Adalah mustahil sejumlah besar pakar peru- batan berserta majoriti ulama yang mewajibkan vaksinasi untuk berkomplot merosakkan umat Islam sendiri demi keuntungan wang ringgit. “Sikap ini jelas bertentangan dengan etika perubatan yang wajib menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira latarbelakang, juga bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah yang mengutamakan penjagaan nyawa,” katanya yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Aka- demi Pengajian Islam, Universiti Malaya. — al-Siha Penggunaan vaksin haram? Kemunculan golongan anti-vaksin atau pro-choice punca penularan semula wabak difteria MENGULAS lanjut, Dr Mohd. Anuar berkata, antara hujah golongan anti-vaksin ini adalah dengan men- gaitkan vaksinasi sebagai agenda jahat Barat bagi mencapai matlamat tertentu. Ujarnya, golongan itu mendakwa terdapat komplot syarikat farmaseutikal, pengamal perubatan dan pihak beker- jasama secara rahsia dalam konsortium yang berkait kepentingan awam, iaitu sektor kesihatan dengan matlamat untuk mengaut keuntungan. Secara terperincinya, komplot ini merang- kumi beberapa elemen iaitu: ▶Berkongsi perancangan asas sama, iaitu sebilangan kecil orang yang bekerja secara rahsia tentang kepentingan awam. Sikap ini jelas bertentangan dengan etika perubatan yang wajib menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira latarbelakang, juga bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah yang mengutamakan penjagaan nyawa.– Dr Mohd Anuar Ramli Teori konspirasi anti-vaksin ▶Kepercayaan bahawa kebanyakan orang tidak mengetahui kebenaran dan hanya sebilangan kecil mempunyai pengetahuan rahsia dan tujuan sebenar tindakan tersebut. Matlamat komplot tersebut yang tidak baik iaitu: • Pihak pengeluar vaksin sendiri yang mencipta wabak sebelum dijual penawarnya bagi mengaut keuntungan. Vaksin diciptakan untuk melemahkan umat Islam dan menye- babkan kemandulan kepada wanita. • Kepercayaan bahawa terdapat bukti hubungan kausal antara autisme dan vaksinasi kanak-kanak oleh industri farma- seutikal yang tidak bertanggungjawab. — al-Siha Menurut Dr Mohd Anuar vaksin melindungi lebih daripada 25 penyakit yang mengancam nyawa. Pada 2018, lima kes kematian direkodkan daripada 18 jangkitan.

Transcript of Kemunculan golongan anti-vaksin atau pro-choice punca ... in media/191113 alsiha anuar vaksin...

Page 1: Kemunculan golongan anti-vaksin atau pro-choice punca ... in media/191113 alsiha anuar vaksin (2).pdfberbahaya kerana membawa maut kepada mangsa akibat kegagalan jantung, fungsi saraf

12

liknya ia merupakan satu falasi sainti� k. “Tiada bukti ilmiah yang dipercayai untuk menyokong

dakwaan bahawa vaksin MMR bagi penyakit campak, beguk dan rubella menyebabkan autisme,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, kajian pakar perubatan, pandan-gan pakar agama dan mufti telah menunjukkan kepentingan mengambil vaksin sebagai rawatan pencegahan. 

Katanya, sedangkan menurut Islam, terdapat beberapa pendekatan dalam berinteraksi dengan teori konspirasi sama ada ia dapat dikategorikan sebagai maklumat yang

al-Siha | NOVEMBER, 2019

OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD

PENINGKATAN kes difteria iaitu jangkitan bakteria corynebacterium diphtheria terhadap kanak-kanak berusia bawah 15 tahun sejak tahun lalu, kini dilaporkan semakin membimbangkan.

Bakteria yang mengeluarkan toksin defteria dan lazim-nya menjangkiti tekak iaitu pada bahagian tonsil amat berbahaya kerana membawa maut kepada mangsa akibat kegagalan jantung, fungsi saraf dan pernafasan. 

Pada tahun 2018, sebanyak lima kes kematian direkodkan daripada 18 kes jangkitan. Empat dari lima kes kematian tersebut adalah disebabkan tidak menerima vaksinasi. 

Pastinya, ramai tertanya-tanya bagaimana berlaku penularan semula wabak berkenaan sedangkan eko-sistem kesihatan awam dunia dan serantau semakin maju. Mengulas persoalan tersebut, ahli Penyelidik Fatwa Dalam Bidang Perubatan, Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr Mohd Anuar Ramli berkata, ia adalah berpunca daripada kemunculan semula kumpulan anti-vaksin atau pro-choice di negara ini. 

“Kewujudan mereka bukan suatu yang baharu, malah mereka hadir seiring dengan pengenalan program vaksi-nasi. Jaringan mereka terdapat dalam pelbagai kalangan lapisan masyarakat sama ada golongan terpelajar ataupun tidak, juga berbagai latar belakang disiplin ilmu seperti perubatan, sains sosial dan agama. 

“Pada masa kini, gerakan ini semakin kuat mempen-garuhi ibu bapa agar tidak vaksinasi anak-anak. Mereka menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Insta-gram, Whatsapp dan Telegram sebagai medium penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan vaksinasi,” katanya.

Justeru tambahnya, kesan daripada itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat awam terutama ibu bapa bagi memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. 

“Rentetan itu, kes-kes akibat tidak diimunisasi seperti demam campak, difteria serta batuk kokol semakin menin-gkat pada masa kini dan senario ini amat menggusarkan. 

“Tambahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan kumpulan yang menolak dan enggan menerima vaksin sebagai sebahagian daripada 10 cabaran besar sektor kesihatan pada tahun 2019,” ujarnya.

KEPENTINGAN VAKSINBeliau berkata, jelas bahawa program vaksinasi telah banyak menyelamatkan nyawa manusia daripada penyakit berbahaya. 

Vaksin juga melindungi lebih daripada 25 penyakit yang melemahkan atau mengancam nyawa manusia, seperti campak, polio, tetanus, difteria, meningitis, in� uenza, tetanus, tifoid dan kanser serviks. 

“Malah, ketika Inisiatif Pembasmian Polio Global (GPEI) ditubuhkan, seramai 350,000 mangsa dilaporkan diserang polio setiap tahun sejak 1988, namun jumlah ini menurun secara drastik kepada 99 peratus dan lebih 16 juta pesakit terselamat daripada serangan lumpuh. 

“Selain itu, adalah suatu pernyataan yang salah bahawa vaksin mempunyai hubung kait dengan autisme, seba-

benar atau salah. Ini kerana, di samping stigma yang mengaitkan teori

konspirasi sebagai diada-adakan oleh pihak berkepentin-gan, terdapat juga konspirasi yang benar-benar berlaku.

“Jelasnya, dalam teori konspirasi yang dikaitkan dengan vaksin, ternyata ia antara rawatan pencegahan berkesan yang dapat menyelamatkan nyawa manusia.“Dapatan ini dapat dilihat dalam kajian-kajian perubatan berautoriti. Adalah mustahil sejumlah besar pakar peru-batan berserta majoriti ulama yang mewajibkan vaksinasi untuk berkomplot merosakkan umat Islam sendiri demi keuntungan wang ringgit. 

“Sikap ini jelas bertentangan dengan etika perubatan yang wajib menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira latarbelakang, juga bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah yang mengutamakan penjagaan nyawa,” katanya yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Aka-demi Pengajian Islam, Universiti Malaya. — al-Siha

Penggunaan vaksin haram?Kemunculan golongan anti-vaksin atau pro-choice punca penularan semula wabak difteria

MENGULAS lanjut, Dr Mohd. Anuar berkata, antara hujah golongan anti-vaksin ini adalah dengan men-gaitkan vaksinasi sebagai agenda jahat Barat bagi mencapai matlamat tertentu.

Ujarnya, golongan itu mendakwa terdapat komplot syarikat farmaseutikal, pengamal perubatan dan pihak beker-jasama secara rahsia dalam konsortium yang berkait kepentingan awam, iaitu sektor kesihatan dengan matlamat untuk mengaut keuntungan.

Secara terperincinya, komplot ini merang-kumi beberapa elemen iaitu: ▶Berkongsi perancangan asas sama, iaitu sebilangan kecil orang yang bekerja secara rahsia tentang kepentingan awam. 

Sikap ini jelas bertentangan dengan etika perubatan yang wajib menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira latarbelakang, juga bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah yang mengutamakan penjagaan nyawa.”– Dr Mohd Anuar Ramli

Teori konspirasi anti-vaksin▶Kepercayaan bahawa kebanyakan orang tidak mengetahui kebenaran dan hanya sebilangan kecil mempunyai pengetahuan rahsia dan tujuan sebenar tindakan tersebut. 

Matlamat komplot tersebut yang tidak baik iaitu:• Pihak pengeluar vaksin sendiri yang mencipta wabak sebelum dijual penawarnya bagi mengaut keuntungan.• Va k s i n d i c i p t a k a n u n t u k melemahkan umat Islam dan menye-babkan kemandulan kepada wanita. • Kepercayaan bahawa terdapat bukti hubungan kausal antara autisme dan vaksinasi kanak-kanak oleh industri farma-seutikal yang tidak bertanggungjawab. — al-Siha

Menurut Dr Mohd Anuar vaksin melindungi lebih daripada 25 penyakit yang mengancam nyawa.

Pada 2018, lima kes kematian direkodkan daripada 18 jangkitan.