KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA · PDF filekenyataan media jabatan imigresen...

2
KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 27 SYAWAL 1438 HIJRAH / 21 JULAI 2017 IMIGRESEN TAHAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG BEKERJA TANPA PERMIT KERJA YANG SAH Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan OPS KUTIP pada 20 Julai 2017 di sebuah kondominium di Subang Jaya yang dipercayai menggunakan khidmat pengawal keselamatan yang tiada permit kerja yang sah. Operasi bermula pada jam 07.00 malam dengan di ketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohammed Yuzaiman Bin Ahmad, bersama-sama 8 orang pegawai imigresen yang lain. Sasaran utama dalam operasi ini adalah pengawal keselamatan warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit kerja yang sah. Setibanya di lokasi, ketua operasi memperkenalkan diri dan mula melakukan pemeriksaan di kaunter pengawal dan seluruh kawasan kondominium tersebut. Seramai 5 orang pengawal keselamatan telah diperiksa dan hasilnya 4 orang lelaki warganegara Nepal telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). Manakala seorang lagi subjek yang merupakan penyelia pengawal keselamatan warganegara Malaysia telah diberi notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi memberi keterangan lanjut dan membantu siasatan. Kesemua yang ditahan berumur di dalam lingkungan 30an dan telah di bawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Transcript of KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA · PDF filekenyataan media jabatan imigresen...

Page 1: KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA · PDF filekenyataan media jabatan imigresen malaysia 27 syawal 1438 hijrah / 21 julai 2017 imigresen tahan pengawal keselamatan yang bekerja

KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

27 SYAWAL 1438 HIJRAH / 21 JULAI 2017

IMIGRESEN TAHAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG BEKERJA TANPA PERMIT

KERJA YANG SAH

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya telah mengadakan Operasi

Penguatkuasaan OPS KUTIP pada 20 Julai 2017 di sebuah kondominium di Subang

Jaya yang dipercayai menggunakan khidmat pengawal keselamatan yang tiada

permit kerja yang sah.

Operasi bermula pada jam 07.00 malam dengan di ketuai oleh Timbalan Penolong

Pengarah Imigresen, Mohammed Yuzaiman Bin Ahmad, bersama-sama 8 orang

pegawai imigresen yang lain.

Sasaran utama dalam operasi ini adalah pengawal keselamatan warga asing yang

disyaki bekerja tanpa permit kerja yang sah. Setibanya di lokasi, ketua operasi

memperkenalkan diri dan mula melakukan pemeriksaan di kaunter pengawal dan

seluruh kawasan kondominium tersebut.

Seramai 5 orang pengawal keselamatan telah diperiksa dan hasilnya 4 orang lelaki

warganegara Nepal telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di

bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). Manakala seorang lagi subjek yang

merupakan penyelia pengawal keselamatan warganegara Malaysia telah diberi notis

untuk hadir ke pejabat imigresen bagi memberi keterangan lanjut dan membantu

siasatan.

Kesemua yang ditahan berumur di dalam lingkungan 30an dan telah di bawa ke Ibu

Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka ditahan di

bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Page 2: KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA · PDF filekenyataan media jabatan imigresen malaysia 27 syawal 1438 hijrah / 21 julai 2017 imigresen tahan pengawal keselamatan yang bekerja

Sejak dari tahun 2015 hingga Jun 2017 JIM telah mengadakan 379 operasi khas

yang memfokuskan ke atas pengawal keselamatan warga asing. Sepanjang tempoh

ini juga seramai 1,556 orang telah diperiksa dalam operasi khas ini. Daripada jumlah

tersebut seramai 766 orang pengawal warga asing telah ditahan oleh pihak JIM

manakala 13 majikan juga turut ditahan.

Dari 766 orang yang ditahan ini, 342 adalah warganegara Nepal, 185 warganegara

Pakistan, 78 orang warganegara India, 78 orang warganegara Indonesia dan

selebihnya dari lain-lain warganegara.

Operasi Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan,

menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melakukan

kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-

Peraturan Imigresen 1963.

JIM mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau

sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan

penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat.

# TAMAT #

DATO’ SRI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI

KETUA PENGARAH

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA