KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS ... · PDF fileMAJLIS PELANCARAN SINGLE...

4
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS-ARTIS DREAM MUSIC TOM - “Lagu Cinta Buat Rockers” ADZRIN ADZHAR - “Petua” RIANA ANIS - “Pengikis Harta” DAN PELANCARAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU “DREAM MUSIC YOUTUBE MEGASTARS” Selangor, 27 November 2014 – Bertempat di La Vida Lounge, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Dream Music Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Dream Chorus Sdn Bhd telah menganjurkan majlis pelancaran single terbaru artis-artis di bawah naungan Dream Music Sdn Bhd iaitu TOM, ADZRIN ADZHAR, RIANA ANIS dan juga pelancaran program pencarian bakat baru “DREAM MUSIC MEGASTAR”. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang telah dirasmikan pelancarannya oleh Pengarah Urusan Dream Music Sdn Bhd iaitu Datuk Hj Mohd Fauzi Zakaria yang turut dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan dan juga pihak media. TOM atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Binti Raja Ikram, mula dikenali setelah menyertai pertandingan World Championship Performing Art (WCOPA) dengan mendapat tempat sebagai Juara Dunia dan juga menjadi Juara di program realiti MyStarz LG TV3 musim ke 3 kini hadir dengan single terbaru yang berjudul “Lagu Cinta Buat Rockers”. Lagu ini mendapat sentuhan komposer yang juga pemain bass dan vokalis kepada kumpulan Carefree ini iaitu Hadi Hassan dan liriknya ditulis oleh J.Looi dan Amy G. Lagu yang berentak rock dan sebati dengan jiwa TOM ini mula mendapat tempat di corong-corong radio tempatan dan turut tersenarai di Carta Terbaik 20 Galaksi Muzik RTM - Muzik fm. Manakala artis yang dikenali dengan nama ADZRIN ADZHAR yang sebelum ini popular menerusi lagu ‘Pujaan Malaya’ dan aktif di dalam pembikinan lagu untuk beberapa artis tanahair kini tampil dengan single terbaru yang berjudul “Petua”. Lagu ini merupakan hasil ciptaannya sendiri dan lirik ditulis oleh F.I.M. Lagu yang semakin menjadi pilihan radio-radio tempatan ini mempunyai keunikannya tersendiri daripada sudut melodi mahupun liriknya dan turut menjadi pilihan Suria fm untuk diperdengarkan di segmen terkini iaitu Baru Di Suria.

Transcript of KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS ... · PDF fileMAJLIS PELANCARAN SINGLE...

Page 1: KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS ... · PDF fileMAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS-ARTIS DREAM MUSIC TOM - “Lagu inta uat Rockers ... Ketiga Kontrak rakaman

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS-ARTIS DREAM MUSIC

TOM - “Lagu Cinta Buat Rockers”

ADZRIN ADZHAR - “Petua”

RIANA ANIS - “Pengikis Harta”

DAN

PELANCARAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU “DREAM MUSIC YOUTUBE MEGASTARS”

Selangor, 27 November 2014 – Bertempat di La Vida Lounge, Holiday Villa Hotel & Suites Subang,

Dream Music Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Dream Chorus Sdn Bhd telah

menganjurkan majlis pelancaran single terbaru artis-artis di bawah naungan Dream Music Sdn Bhd

iaitu TOM, ADZRIN ADZHAR, RIANA ANIS dan juga pelancaran program pencarian bakat baru

“DREAM MUSIC MEGASTAR”. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang telah dirasmikan

pelancarannya oleh Pengarah Urusan Dream Music Sdn Bhd iaitu Datuk Hj Mohd Fauzi Zakaria yang

turut dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan dan juga pihak media.

TOM atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Binti Raja Ikram, mula dikenali setelah menyertai

pertandingan World Championship Performing Art (WCOPA) dengan mendapat tempat sebagai

Juara Dunia dan juga menjadi Juara di program realiti MyStarz LG TV3 musim ke 3 kini hadir dengan

single terbaru yang berjudul “Lagu Cinta Buat Rockers”. Lagu ini mendapat sentuhan komposer

yang juga pemain bass dan vokalis kepada kumpulan Carefree ini iaitu Hadi Hassan dan liriknya

ditulis oleh J.Looi dan Amy G. Lagu yang berentak rock dan sebati dengan jiwa TOM ini mula

mendapat tempat di corong-corong radio tempatan dan turut tersenarai di Carta Terbaik 20 Galaksi

Muzik RTM - Muzik fm.

Manakala artis yang dikenali dengan nama ADZRIN ADZHAR yang sebelum ini popular menerusi

lagu ‘Pujaan Malaya’ dan aktif di dalam pembikinan lagu untuk beberapa artis tanahair kini tampil

dengan single terbaru yang berjudul “Petua”. Lagu ini merupakan hasil ciptaannya sendiri dan lirik

ditulis oleh F.I.M. Lagu yang semakin menjadi pilihan radio-radio tempatan ini mempunyai

keunikannya tersendiri daripada sudut melodi mahupun liriknya dan turut menjadi pilihan Suria fm

untuk diperdengarkan di segmen terkini iaitu Baru Di Suria.

Page 2: KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS ... · PDF fileMAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS-ARTIS DREAM MUSIC TOM - “Lagu inta uat Rockers ... Ketiga Kontrak rakaman

RIANA ANIS, seorang artis muda yang sebelum ini pernah bekerjasama bersama komposer terkenal

Chossy Pratama dari Indonesia menerusi album ‘Alhamdulillah’ kini muncul dengan single berjudul

“Pengikis Harta”. Ini merupakan single terbaru garapan komposer Hadi Hassan dan lirik hasil tulisan

bersama J.Looi dan Amy G. Lagu yang berentak rancak ini telah tersenarai di Carta Hot fm Kita

Punya dan sememangnya dihasilkan khas buat RIANA ANIS yang sebelum ini lebih sinonim dengan

lagu-lagu berentak balada.

Selain bertindak sebagai penerbit single TOM, ADZRIN ADZHAR dan RIANA ANIS; Dream Music Sdn

Bhd juga berperanan sebagai syarikat pemasaran serta pengedaran muzik digital dan fizikal. Lagu-

lagu ini boleh dimuat turun secara digital dengan melanggan nada dering pemanggil melalui

rangkaian telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan Umobile. Senarai kod dan arahan muat

turun nada dering pemanggil daripada kesemua rangkaian telekomunikasi ini turut termuat di

dalam lampiran kulit single mereka.

DREAM MUSIC MEGASTAR merupakan projek terbaru Dream Music Sdn Bhd dalam mencungkil

bakat-bakat baru untuk diketengahkan di dalam arena industri muzik tempatan. Program yang

terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 10 hingga 40 tahun ini akan bermula

dari 1 Januari 2015 hingga 5 Mac 2015.

Bagi menyertai program ini, peserta mestilah tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman

dan dialu-alukan kepada peserta solo, duo, trio atau kumpulan yang tidak melebihi 5 ahli

berkonsepkan ‘busking’. Hanya bahasa malaysia, bahasa inggeris, kantonis, mandarin, tamil dan

bahasa etnik tempatan dibenarkan.

Pada peringkat awal pemilihan, video itu akan disaring dan dinilai oleh juri profesional dalaman

terlebih dahulu. Yang terpilih akan dimuatnaik ke dalam You Tube rasmi DreamMusicSB.

Pada peringkat ke-2, 40 peserta akan dipilih yang mana syarat pemilihan adalah secara :

1. klik LIKE pada laman Facebook Dream Music dan YouTube kami (25%) 2. SMS (25%)

Contoh : Taip DM MEGA<JARAK>MV001 dan hantar ke 66233

3. Undian juri profesional (50%)

Jumlah peserta akan dinilai secara berperingkat melalui proses yang sama ke jumlah 15, 5 sehingga

3 pilihan terakhir yang akan diumumkan pada 5 Mac 2015.

Page 3: KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS ... · PDF fileMAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS-ARTIS DREAM MUSIC TOM - “Lagu inta uat Rockers ... Ketiga Kontrak rakaman

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta boleh menghantar video yang tidak melebihi 4 minit

dan hantar ke pejabat Dream Music secara :

1. email ke [email protected] atau 2. pos terus Data CD Video (VCD) dalam format antaranya

Quicktime / WMF / Mpeg 4 / AVI / RMVB / atau MKV (memadai dengan satu format sahaja)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah :-

Juara Hadiah + Kontrak rakaman bernilai RM20,000.00

Naib Juara Hadiah + Kontrak rakaman bernilai RM10,000.00

Ketiga Kontrak rakaman bernilai RM5,000.00.

Maklumat mengenai program ini juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi kami

di www.dreammusic.com.my dan www.dreammedia.com.my atau berhubung terus ke wakil kami

di talian seperti berikut :

Pejabat : Nini 03-2171 1220 / 1227 Pengurus : Adi Al-Hadi 019 3388813 Perhubungan Awam : Fahrul Arazi 017 5580056

Nat 012 3483309

###

Page 4: KENYATAAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS ... · PDF fileMAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBARU ARTIS-ARTIS DREAM MUSIC TOM - “Lagu inta uat Rockers ... Ketiga Kontrak rakaman

Dream Music Sdn Bhd

Dream Music Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Dream Chorus Sdn Bhd

yang ditubuhkan pada 11 November 2008 dan ianya diterajui oleh Datuk Hj Mohd Fauzi Bin Zakaria

selaku Pengarah Urusan. Dream Music Sdn Bhd mengorak langkah bermula sebagai pemegang

lesen hakcipta lagu-lagu tempatan dan luar negara untuk edaran digital sehinggalah menjadi

syarikat rakaman bagi pembikinan lagu dan muzik video artis-artis tempatan secara selektif. Secara

menyeluruh, Dream Music Sdn Bhd bergerak aktif di dalam pencarian bakat-bakat baru untuk

rakaman muzik bagi memberi pembaharuan yang positif terhadap pembangunan industri muzik di

Malaysia. Peka akan perkembangan teknologi dan perubahan industri muzik negara, Dream Music

Sdn Bhd yang menjana pendapatan utama melalui penjualan nada dering digital merasakan muzik

digital adalah penyelamat terhadap industri muzik pada masa depan.