KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di...

31
1 KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, KEBUDAYAAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGERI TERENGGANU 10 JUN 2020 TINGKAT 17, WISMA DARUL IMAN ________________________________________________________________ YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 7 Jun 2020 yang akan bermula pada hari ini, 10 Jun 2020. Beberapa sektor ekonomi terpilih dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat, terutama perjalanan merentas negeri kecuali kawasan yang diisytiharkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Sektor perlancongan merupakan salah satu daripada sektor ekonomi paling terjejas akibat pandemik COVID-19. Untuk rekod, sektor pelancongan merupakan sektor perkhidmatan yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan Malaysia selepas sektor pembuatan dan komoditi.

Transcript of KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di...

Page 1: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

1

KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, KEBUDAYAAN &

TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGERI TERENGGANU

10 JUN 2020

TINGKAT 17, WISMA DARUL IMAN

________________________________________________________________

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 7 Jun 2020 yang akan bermula

pada hari ini, 10 Jun 2020. Beberapa sektor ekonomi terpilih dibuka

semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan

kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat, terutama

perjalanan merentas negeri kecuali kawasan yang diisytiharkan di

kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sektor perlancongan merupakan salah satu daripada sektor

ekonomi paling terjejas akibat pandemik COVID-19. Untuk rekod,

sektor pelancongan merupakan sektor perkhidmatan yang ketiga

terbesar yang menyumbang kepada pendapatan Malaysia selepas

sektor pembuatan dan komoditi.

Page 2: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

2

Pelaksanaan PKP, PKPB dan terkini PKPP oleh kerajaan Malaysia

telah membantu penurunan kes COVID-19. Ini adalah hasil

kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan setiap

pelaksanaan perintah kawalan yang dilaksanakan. Saya

mengucapkan syabas dan tahniah kepada para petugas barisan

hadapan yang telah menyumbang kepada kejayaan ini dalam

membendung pandemik COVID-19.

Maka dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri ini, ianya

membolehkan pelancongan luar dari negeri Terengganu boleh

datang ke Terengganu untuk bercuti ke destinasi pilihan

terutamanya pelancongan domestic yang juga telah dibenarkan.

Seiring itu, Kerajaan negeri Terengganu pada masa ini sedang giat

melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan agar sektor

pelancongan dapat dipulihkan dan kembali menjadi tulang

belakang kepada ekonomi rakyat di negeri ini.

Walaubagaimanapun, beberapa aktiv iti masih belum dapat dibuka

termasuk termasuk pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema,

perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara,

rumah terbuka dan apa-apa jua aktiv iti yang melibatkan kehadiran

orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan

amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.

Page 3: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

3

Dengan ini, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Portfolio

Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat bersetuju bagi

membuka sektor pelancongan kepada umum dan pelancong

domestik sebagaimana perkara-perkara berikut :

1. Membuka semula semua hotel, resort, houseboat dan

homestay yang berdaftar dengan Kementerian

Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan

Homestay di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perlu merujuk kepada garis panduan lampiran 1

2. Membenarkan Semua aktiv iti pelancongan seperti selam

skuba, snokerling, hiking, aktiv iti bot di pulau dan tasik,

paragliding, perkhemahan, riadah, membeli belah, aktiv iti

Taman Eco Rimba dan lata rekreasi (di buka pada 15 jun

2020) dan lain-lain aktiv iti yang telah diumumkan oleh

setiap Kementerian yang berkaitan.

Kecuali yang tidak dibenarkan adalah pusat refleksologi,

taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang

ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa

aktiv iti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai perlu

merujuk kepada Garis panduan lampiran 1 dan Garis

Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di

keluarkan oleh Kementerian berkenaan.

Page 4: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

4

3. Membenarkan semua aktiv iti jualan tiket, aktiv iti bot,

restoren, jualan umum dan lain-lain berkaitan di jeti-jeti ke

pulau-pulau peranginan di dalam negeri Terengganu

dan juga di Tasik Kenyir. Perlu merujuk kepada Garis

panduan lampiran 1 dan Garis Panduan Lampiran 3 dan

Lampiran Garis Panduan 4

4. Membuka semula Tasik Kenyir dan hotspot kawasan

pelancongan di Tasik Kenyir seperti Santuari Kelah, Kenyir

Elephant Conservation Village (KECV), Taman Herba dan

lain-lain hotspot bermula 12 jun 2020.

Membenarkan aktiv iti-aktiv iti pelancongan di Tasik Kenyir

seperti houseboat, perkhidmatan sewaan bot dan lain-

lain berkaitan perlu merujuk Garis Panduan Lampiran 3.

5. Membuka semula Taman Tamadun Islam (TTI), Draw

Bridge Tower, Zoo Kemaman, dan lain-lain tempat

lawatan umum manakala muzium negeri di buka pada

16 Jun 2020 dan muzium-muzium daerah, Rumah Warisan

Haji Su, Kota Lama Duyong akan di buka secara

berperingkat. Membenarkan aktiv iti-aktiv iti pelancongan

tempat yang dinyatakan dijalankan mengikut Garis

panduan lampiran 1 dan Garis Panduan yang akan di

keluarkan oleh pihak berkenaan yang akan diumumkan

kelak.

Page 5: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

5

Selain itu, pandemik COVID-19 juga telah menjejaskan pemain

industri pelancongan iaitu penginapan (hotel, resort, chalet),

tempat tarikan (pulau, pantai, tasik), restoran makanan, perniagaan

industri kecil dan sederhana juga merupakan antara sektor yang

terjejas.

Oleh itu, dengan kelonggaran yang telah dibenarkan, agensi dan

jabatan yang terlibat perlu memainkan peranan penting agar garis

panduan dan SOP dapat dipatuhi dan diamalkan agar wabak

cov id-19 ini dapat dibendung sepenuhnya. Pematuhan SOP dan

new normal ini akan memastikan pelancong boleh bercuti ke negeri

Terengganu dengan selamat dan yakin ke mana-mana tempat-

tempat ingin mereka lawati.

Oleh itu, kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan SOP

bagi pengiat sektor pelancongan penginapan iaitu Hotel, Resort,

Homestay Dan Pulau di Terengganu (Garis Panduan Lampiran 1)

yang bertemakan “STAY SAFE, CLEAN AND ECO-FRIENDLY”

GUIDELINES untuk kesemua pemain yang terlibat.

Walaubagaimanapun, Kerajaan negeri akan menambah baik SOP

yang disediakan dengan merujuk kepada SOP PKPP dan

Kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan, Seni

dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang akan dikeluarkan pada masa

kelak dalam sektor pelancongan.

Page 6: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

6

SOP untuk penyedia penginapan iaitu Hotel, Resort, Homestay Dan

Pulau di Terengganu ini akan memperkenalkan satu peraturan baru

yang bersesuaian dengan norma baharu, amalan penjarakan sosial

dan pengjagaan kebersihan yang optimum di dalam tempoh PKPP

ini. SOP ini akan memperkenalkan 10 operasi pematuhan yang di

tempat-tempat tumpuan sebagaimana berikut:

a. Reception/ Front-Desk/ Reservation

b. Lobi

c. Bilik Hotel

d. F&B

e. Kolam Renang/ Spa/ Gym

f. Pesisir Pantai, Hotel, Resort dan Pulau

g. Maintenance Serv ices

h. Operator Bot/ Feri

i. Kumpulan Pengurusan

j. Tasik

Mengenai, SOP untuk penyedia penginapan iaitu Hotel, Resort,

Homestay Dan Pulau di Terengganu kita juga akan

memperkenalkan satu aplikasi „Kita Jaga Kita‟ untuk

setiap pekerja dan pelancong. Mereka perlu merekodkan saringan

kesihatan yang akan dilakukan setiap hari sama ada kakitangan

pekerja mahupun pelancong. Aplikasi ini adalah satu hasil

Page 7: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

7

kerjasama dan idea usaha sama daripada Jabatan Pelancongan

Terengganu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Usaha ini

adalah sebagai langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan

pihak-pihak berkaitan untuk memantau dan memulihara untuk

menyekat penularan.

Sehingga 10 Jun 2020, Negeri Terengganu telah mencatatkan 111

kes dengan 1 kematian dan telah diisytiharkan sebagai zon hijau

COVID-19 pada 28 Mei 2020, ini menunjukkan Terengganu adalah

antara negeri yang selamat untuk pelancong domestik melancong,

tempahan hotel secara online juga telah mendapat sambutan

yang mengalakkan selepas YAB PM mengumumkan perjalanan

merentas negeri dibolehkan dan membenarkan pelancongan

domestik beroperasi.

Namun begitu, pelancong dinasihatkan untuk sentiasa

mengamalkan new normal, penjarakan sosial dan penjagaan

kebersihan yang optimum dengan amalan mengelakkan „3S‟ iaitu

Suasana sesak, Sempit dan Sembang rapat.

Kerajaan negeri menyarankan amalan „3W‟ iaitu Wash hand (kerap

mencuci tangan dengan air dan sabun /hand sanitizers), Wear mask

(memakai pelitup muka) dan Warn iaitu elakkan bersalaman atau

bersentuhan, tutup mulut jika batuk atau bersin dan segera

Page 8: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

8

dapatkan rawatan awal jika bergejala di fasiliti kesihatan yang

berdekatan.

Saya mengharapkan agar negeri Terengganu akan menjadi pilihan

utama rakyat Malaysia untuk melancong dengan pelbagai pakej

promosi yang ditawarkan oleh hotel, resort dengan keindahan eco-

tourisam, laut dan pulau serta tempat-tempat menarik agar dapat

merancakkan kembali industri pelancongan di Terengganu.

________________________________________________________________

YB Ustaz Ariffin Deraman

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,

Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat

Negeri Terengganu

Page 9: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

9

LAMPIRAN GARIS PANDUAN 1

Garis Panduan Operasi (SOP) Prosedur Standard Operasi (SOP) : Hotel, Resort,

Homestay Dan Pulau di Terengganu

1. SOP kemasukan pelancong ke Pulau

a. Pengusaha hotel/resort/chalet perlu menyediakan harga pakej yang

bersesuaian kepada pengunjung.

b. Hanya pengunjung yang membuat tempahan awal beserta pilihan

pakej (makan minum, aktiv iti sukan air snorkeling, skuba) yang diterima.

c. Pengunjung yang tidak memberikan bukti tempahan awal tidak

dibenarkan untuk menaiki bot ke pulau.

d. Pemeriksaan suhu perlu dilakukan di setiap jeti sebelum menaiki bot dan

download aplikasi MySejahtera/ Kita Jaga Kita

e. Menguruskan dan merekodkan kemasukan pengunjung dan memastikan

SOP daripada KKM dijalankan sepanjang pengunjung berada di tempat

penginapan. (Semakan suhu, penjarakkan sosial, penggunaan hand

sanitizer)

f. Menguruskan jadual dan bilangan tempahan pengunjung yang akan

menjalankan aktiv iti sukan air dengan penyedia aktiv iti sukan air untuk

pengunjung yang telah membuat tempahan awal.

g. Mengenal pasti tetamu/pengunjung/pelancong ke pulau untuk aktiv iti

menginap.

h. Setiap pelancong dibekalkan dengan kits Kita Jaga Kita (face mask,

hand sanitizer).

i. Amalkan pencegahan wabak Cov id-19 dengan elakkan 3C, dan

amalkan 3W seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia.

j. Pastikan face mask yang telah digunakan dibuang di dalam tong

sampah bertutup yang telah disediakan di setiap tempat.

2. Kumpulan Pengurusan

a. Perlu menyediakan pelan tindakan untuk setiap bahagian.

b. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Dont‟s” di

kawasan strategik hotel untuk panduan tetamu dan pekerja hotel

mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

c. Menyediakan poster atau pamphlet berkaitan dengan pencegahan

Covid-19 dan poster tersebut boleh ditampal di dinding ruangan lobi

hotel/chalet dan pamphlet boleh diletakkan di dalam bilik tetamu serta

di atas meja resepsi.

Page 10: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

10

3. Reception/ Front-Desk/ Reservation

a. Kadar untuk penerimaan tetamu sebanyak 50% daripada jumlah yang

kebiasaan untuk setiap hari.

b. Pembayaran “cashless”. Gunakan online payment, credit card atau

debit card (paywave) untuk tujuan kurangkan sentuhan.

4. Lobi

a. Mengelakkan kumpulan melebihi 20 orang dalam satu masa berada di

bahagian lobi.

5. Bilik Hotel

a. Kapasiti di setiap bilik hotel adalah mengikut jumlah katil yang disediakan

di dalam bilik sahaja.

b. Tong sampah bertutup yang memenuhi spesifikasi yang mengikut

peraturan KKM perlu disediakan di luar bilik tetamu.

c. Cadar dan tuala yang disediakan mestilah dibasuh mengikut kaedah

pembersihan yang mengikut SOP dari KKM.

Kaedah Pembersihan:

i. Linen Tercemar -> Rendamkan dengan larutan sodium

Hypochloride 0.5% selama 30minit. Cuci dengan detergen, bilas

dan jemur di bawah matahari untuk pengeringan.

ii. Linen yang telah digunakan tetapi tidak tercemar -> Cuci dengan

detergen, bilas dengan air paip dan jemur di bawah matahari.

Penggunaan heavy duty washing machine dryers adalah

disarankan.

6. F&B

a. Restoran / cafe dalam hotel/chalet dibenarkan untuk beroperasi bagi

perkhidmatan dine in ala carte sahaja untuk tetamu hotel/ pelanggan;

dan hidangan secara buffet tidak dibenarkan.

b. Buffet sarapan pagi diganti dengan grab and go.

c. Kafeteria / kantin di dalam hotel/chalet sekiranya disediakan untuk

pekerja hanya dibenarkan beroperasi bagi tujuan penyediaan makanan

berbungkus oleh pengendali makanan yang memakai alat penutup

hidung dan mulut serta memasikan penjarakan sosial dilaksanakan.

Waktu rehat tengahari hari perlu dilaksanakan secara berperingkat

Page 11: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

11

7. Housekeeping

a. Pekerja-pekerja di bahagian „housekeeping‟ perlu memakai face mask,

apron plastic dan sarung tangan.

b. Perlu memakai sarung tangan yang baru bagi pembersihan di setiap bilik.

c. Mematuhi prosedur peraturan pembersihan dan penjarakkan sosial 1

meter semasa proses pembersihan dilakukan.

d. Memperolehi latihan dan taklimat yang lengkap oleh pihak KKM.

8. Kolam Renang/ Spa/ Gym

a. Spa

i. Pekerja perlu memakan pakaian yang seragam yang bersesuaian

bersama topeng penutup muka.

ii. Setiap pakaian seragam perlu diganti bagi setiap pelanggan.

iii. Pekerja spa perlu diberi masa selama 30 minit sebelum menerima

pelanggan seterusnya, bagi membersihkan diri dan memekai

pakaian seragam yang baru.

b. Kolam Renang

i. Memastikan jarak 1 meter bagi setiap kerusi yang disediakan di

tepi kolam

ii. Menghadkan bilangan pengunjung yang menggunakan kolam

renang.

iii. Ujian rutin kualiti mikrobiologi harus diambil berat dan selari dengan

peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

iv . Tahap klorin di dalam kolam renang harus dipastikan antara 1-

3mg/l dengan pH antara 6.8 – 7.4 (KKM).

v. Penyahkuman perlu dilakukan setiap hari.

c. Gym

i. Hadkan penggunaan di dalam satu masa.

ii. Proses penyahkuman perlu dilakukan berulangkali.

iii. Menyediakan hand sanitizer.

iv . Amalkan pencegahan wabak Covid-19 dengan elakkan 3C, dan

amalkan 3W seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia.

9. Maintenance Services

a. Pastikan bahagian-bahagian yang sentiasa disentuh oleh tetamu seperti

antaranya lif, button lif, pemegang pintu, kerusi dan meja hendaklah

sentiasa dinyahkuman minimum 4 kali dalam satu hari.

b. Pastikan pengudaraan yang baik di dalam setiap bahagian hotel dan

disanitasi paling kurang 4 kali sehari.

c. Pastikan hand sanitizer/ disinfect gel dispensers disediakan di koridor juga

di dalam tandas.

Page 12: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

12

10. Pesisir Pantai, Hotel, Resort dan Pulau

a. Hanya dua orang dibenarkan berkongsi payung. Pengecualian ialah

keluarga yang mempunyai anak kecil.

b. Jarak antara kerusi hendaklah sekurang-kurangnya 2 meter dengan

payung bersebelahan. Jarak antara payung hendaklah 4 meter.

c. Sukan berpasukan yang melibatkan kontak fizikal adalah tidak

dibenarkan.

d. Peraturan penjarakkan sosial dan kebersihan hendaklah dikuatkuasakan.

e. Muzik tidak boleh dimainkan dan parti atau „event‟ seumpamanya tidak

dibenarkan.

f. Kapasiti pantai ialah 40 orang bagi setiap 1,000M.

11. Operator Bot/ Feri

a. Pengusaha bot pelancongan

i. Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari (penjualan

tiket/pemandu bot etc.).

ii. Pekerja yang bertugas perlu mematuhi SOP yang digariskan oleh

KKM (Rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face

mask).

iii. Penjualan tiket bot hanya di kaunter/melalui tempahan awal

sahaja bagi mengurangkan risiko sekiranya penjualan dilakukan

melalui “ulat tiket” di kawasan jeti.

iv . Sekiranya pelancong datang secara berkumpulan, hanya wakil

sahaja yang perlu ke kaunter untuk urusan pengambilan tiket bot.

v. Hanya pekerja yang ditugaskan sahaja boleh mengangkat dan

menyusun atur beg-beg penumpang untuk mengelakkan

penumpang bersesak di kawasan meletak beg.

vi. Penumpang bot perlu dihadkan kepada 50% kapasiti asal.

vii. Penjarakkan sosial untuk penumpang bot perlu dipatuhi dengan

menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh

digunakan dan tempat duduk yang perlu dikosongkan.

viii. Penumpang bot perlu dihadkan kepada 50% kapasiti asal.

ix. Penjarakkan sosial untuk penumpang bot perlu dipatuhi dengan

menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh

digunakan dan tempat duduk yang perlu dikosongkan.

b. Aktiv iti sukan di pulau

i. Pakej Diving/Snorkeling/Kayak hanya boleh dijalankan untuk

pengunjung yang telah membuat tempahan awal dengan

agency/dive operator.

ii. Rekod pengunjung yang membuat tempahan perlu disediakan

dalam keadaan lengkap.

Page 13: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

13

iii. Menggunakan aplikasi MySejahtera/ Kita Jaga Kita atau aplikasi

yang disediakan pihak autoriti sebelum memulakan aktiv iti sukan

air bagi rekod kesihatan pengunjung.

iv . Penumpang bot dan penyelam perlu dihadkan kepada 50%

kapasiti asal.

v. Nisbah dive instructor dan penyelam pada skala yang lagi rendah

adalah digalakkan. (Cth: 1 dive instructor:2 penyelam)

vi.

vii. Pengunjung hanya dibenarkan menggunakan peralatan

snorkeling peribadi untuk aktiv iti snorkelling, div ing dan skuba.

viii. Jaket keselamatan (seperti dicadangkan dalam SOP penumpang

bot, perlu digunakan jaket yang sama sewaktu penumpang

menaiki bot pada waktu ketibaan.

ix. Tiada pengunjung walk-in dibenarkan bagi aktiv iti snorkeling.

x. Mewajibkan ada insurans untuk snorkelling/ div ing.

12. Tasik

a. Membenarkan maksimun 25 orang dalam sesebuah houseboat atau 50%

daripada kapasiti sebenar berdasarkan saiz houseboat.

b. Menyediakan hand sanitizer di beberapa bahagian di dalam bot.

c. Menyediakan tong sampah bertutup yang memenuhi spesifikasi yang

mengikut peraturan KKM.

d. House Boat perlu dinyahkuman selepas setiap kumpulan pelancong yang

keluar.

e. Setiap pelancong dibekalkan dengan kits Kita Jaga Kita (face mask,

hand sanitizer).

Di sediakan oleh : Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Makluman :

( SOP yang digunapakai ini adalah untuk dalam negeri Terengganu sahaja dan akan

tambah baik dari masa ke semasa, walaubagaimanapun SOP daripada Kementerian,

Jabatan dan Agensi kerajaan yamg lain masih perlu dipatuhi dan perlu bersesuaian

dengan SOP yang di keluarkan)

Page 14: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

14

LAMPIRAN GARIS PANDUAN 2

Garis Panduan Operasi/SOP Selam Skuba & Snorkeling

Garis Panduan Operasi /SOP untuk Pusat Selam Skuba (Dive Centre)

1. „Dive Centre‟ perlu beroperasi pada kadar 50% daripada keupayaan sebenar

untuk memastikan penjarakan sosial serta jaminan keselamatan penyelam dan

pekerja dari jangkitan Covid-19 dapat diutamakan.

2. Menyediakan kawasan pengambilan suhu badan dan meja serta peralatan lain

untuk tujuan merekod data penyelam, ianya perlu disimpan untuk rujukan

3. Pengambilan suhu badan setiap pekerja harus dilakukan pada setiap hari.

Hanya pekerja yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan bekerja.

4. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di 'dive centre' dan di

dalam bot.

5. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin sepanjang

berada di 'dive centre' dan di dalam bot.

6. Pekerja hendak mematuhi amalan penjarakan sosial yang selamat pada setiap

masa semasa di „dive centre‟ dan di dalam bot.

7. Aturan meja dan kerusi di „dive centre‟ perlu mematuhi amalan penjarakan

sosial yang selamat.

8. Penyediaan Hand-Sanitizer dan bahan nyah basmi kuman/virus yang

mencukupi dikawasan yang dimudah dilihat untuk digunakan bila perlu.

9. Pekerja hendaklah mengikut amalan pengunaan ̀ Hand Sanitizer‟ dengan kerap

pada setiap masa terutama selepas memegang sesuatu yang dikhuatiri boleh

menghasilkan jangkitan.

10. Segala peralatan dan kawasan yang mudah berjangkit akan di nyah basmi

kuman/virus mengikut kekerapan keperluan atau sekurang-kurangnya pada

penghujung hari agar sedia untuk diguna-semula dalam keadaan bersih dan

selamat pada keesokan hari.

11. Peralatan selam skuba hendaklah sentiasa di nyah basmi kuman/virus selepas

digunakan sebelum disimpan atau atau digunakan semula oleh penyelam.

12. Kepala tangki skuba hendaklah sentiasa di nyah basmi kuman/virus setiap kali di

isi semula dan dibalut untuk tujuan jaminan kebersihan dari kuman/virus.

Page 15: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

15

13. Bot serta kenderaan pengangkutan syarikat hendaklah sentiasa di nyah basmi

kuman/virus selepas selesai digunakan dipenghujung hari.

14. Segala prosedur keselamatan untuk menghindari dari jangkitan Covid-19

semasa pengajaran kursus skuba hendaklah merujuk kepada agensi skuba yang

terbabit.

15. Jika berlaku jangkitan pd pekerja tertentu, kuarantin pada pekerja lain harus

dilakukan selama 14 hari dengan kadar segera dan „dive centre‟ ditutup

sementara sehingga selesai proses nyah basmi kuman/virus dan mendapat

kelulusan untuk dibuka semula dari pihak berwajib.

16. Pusat selam skuba tidak dibenarkan mneyewakan alatan regulator kepada

penyelam dan hanya membenarkan penyelam yang membawa alatan

regulator hak milik sendiri sahaja untuk aktivti scuba.

Garis Panduan Operasi /SOP untuk Penyelam semasa di Pusat Selam Skuba

(Dive Centre)

1. Pengambilan suhu badan setiap penyelam semasa pendaftaran, Hanya

penyelam yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan untuk meneruskan

aktiv iti.

2. Pengambilan data seperti nama, nombor telefon dan catatan suhu badan serta

tarikh masuk dan keluar setiap penyelam hendaklah direkod dan disimpan.

Penggunaan applikasi MySejahtera amat digalakkan.

3. Penyelam perlu mengisi Borang `DAN Health Declaration Form COVID-19‟

4. Amalkan Penjarakan sosial minima 1mtr sepanjang berada di 'dive centre' dan

di dalam bot serta semasa dipermukaan air sebelum dan selepas selaman.

5. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di 'dive centre' dan di

dalam bot.

6. Amalkan penggunaan 'hand-sanitizer' dengan kerap semasa di 'dive centre'

dan di dalam bot

7. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin sepanjang

berada di 'dive centre' dan di dalam bot serta semasa dipermukaan air sebelum

dan selepas selaman

Page 16: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

16

8. Amalkan kebersihan peralatan selaman sepanjang masa. Kendalikan peralatan

selam anda dengan sendiri dan jangan menyentuh peralatan bukan milik anda.

9. `Buddy Check‟ akan dilakukan secara sendiri dengan dipantau oleh rakan

penyelam dari jarak yang selamat tanpa ada sentuhan sesama rakan

penyelam

10. Segala prosedur keselamatan untuk menghindari dari jangkitan Covid-19

semasa pembelajaran kursus skuba hendaklah merujuk kepada instruktor skuba.

11. Penyelam perlu membawa peralatan regulator sendiri dan tidak dibenarkan

menyewa/meminjam regulator daripada pihak Pusat Selam Skuba.

Garis Panduan Operasi /SOP untuk Pusat Snorkeling

1. Pusat snorkeling perlu beroperasi pada kadar 50% daripada keupayaan

sebenar untuk memastikan penjarakan sosial serta jaminan keselamatan

penyelam dan pekerja dari jangkitan Covid-19 dapat diutamakan.

2. Menyediakan kawasan pengambilan suhu badan dan meja serta peralatan

lain untuk tujuan merekod data penyelam, ianya perlu disimpan untuk

rujukan.

3. Pengambilan suhu badan setiap pekerja harus dilakukan pada setiap hari.

Hanya pekerja yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan bekerja.

4. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di pusat snorkeling dan

di dalam bot.

5. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin

sepanjang berada di pusat snorkeling dan di dalam bot.

6. Pekerja hendak mematuhi amalan penjarakan sosial yang selamat pada

setiap masa semasa di pusat snorkeling dan di dalam bot.

7. Aturan meja dan kerusi di pusat snorkeling perlu mematuhi amalan

Page 17: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

17

penjarakan sosial yang selamat.

8. Penyediaan Hand-Sanitizer dan bahan nyah basmi kuman/virus yang

mencukupi dikawasan yang dimudah dilihat untuk digunakan bila perlu.

9. Pekerja hendaklah mengikut amalan pengunaan `Hand Sanitizer‟ dengan

kerap pada setiap masa terutama selepas memegang sesuatu yang

dikhuatiri boleh menghasilkan jangkitan.

10. Segala peralatan dan kawasan yang mudah berjangkit akan di nyah basmi

kuman/virus mengikut kekerapan keperluan atau sekurang-kurangnya pada

penghujung hari agar sedia untuk diguna-semula dalam keadaan bersih dan

selamat pada keesokan hari.

11. Peralatan snorkeling termasuk jaket keselamatan hendaklah sentiasa

di nyah basmi kuman/virus selepas digunakan sebelum disimpan dan

digunakan semula.

12. Bot serta kenderaan pengangkutan syarikat hendaklah sentiasa di nyah

basmi kuman/virus selepas selesai digunakan dipenghujung hari.

13. Jika berlaku jangkitan pd pekerja tertentu, kuarantin pada pekerja lain harus

dilakukan selama 14 hari dengan kadar segera dan kedai snorkeling ditutup

sementara sehingga selesai proses nyah basmi kuman/virus dan mendapat

kelulusan untuk dibuka semula dari pihak berwajib.

14. Pusat snorkeling tidak dibenarkan mneyewakan alatan snorkel kepada

Snorkeler dan hanya membenarkan snorkeler yang membawa alatan

snorkel hak milik sendiri sahaja untuk aktivti snorkeling.

Page 18: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

18

Garis Panduan Operasi /SOP untuk Snorkeler semasa di Pusat Snorkeling

1. Pengambilan suhu badan setiap snorkeler semasa pendaftaran, Hanya

snorkeler yang tidak melebihi suhu badan 37c dibenarkan untuk

meneruskan aktiv iti.

2. Pengambilan data seperti nama, nombor telefon dan catatan suhu

badan serta tarikh masuk dan keluar setiap snorkeler hendaklah direkod

dan disimpan. Penggunaan applikasi MySejahtera amat digalakkan.

3. Amalkan Penjarakan sosial minima 1mtr sepanjang berada di kedai

snorkelling dan di dalam bot.

4. Amalkan Penjarakan sosial minima 2mtr semasa sedang snorkelling di

permukaan air

5. Amalkan pemakaian penutup mulut sepanjang masa di kedai snorkeling

dan di dalam bot.

6. Amalkan penggunaan 'hand-sanitizer' dengan kerap semasa di kedai

snorkeling dan di dalam bot.

7. Amalkan etika yang betul dan selamat semasa batuk ataupun bersin

sepanjang berada di kedai snorkeling dan di dalam bot serta semasa

sedang snorkel dipermukaan air.

8. Jangan menghalakan salur snorkel ke arah orang lain yang berdekatan

semasa sedang menggunakannya.

9. Amalkan kebersihan peralatan snorkeling sepanjang masa. Kendalikan

peralatan anda dengan sendiri dan jangan menyentuh peralatan bukan

milik anda.

10. Peralatan snorkelling persendirian anda termasuk jaket keselamatan

hendaklah sentiasa di nyah basmi kuman/virus selepas digunakan

sebelum disimpan dengan selamat.

Page 19: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

19

11. Snorkeler perlu membawa peralatan regulator sendiri dan tidak

dibenarkan menyewa/meminjam regulator daripada pihak Pusat Selam

Skuba.

Page 20: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

20

LAMPIRAN GARIS PANDUAN 3

GARIS PANDUAN AKTIVITI PELANCONGAN DI TASIK KENYIR

1. CADANGAN TARIKH PEMBUKAAN:

1.1 Dijangka pelaksanaan bermula pada 12 Jun 2020 (Jumaat).

2. SOP AKTIVITI PELANCONGAN TASIK KENYIR

2.1 POS KAWALAN DI PINTU MASUK UTAMA, TASIK KENYIR

- Setiap pelancong mestilah melalui hanya pintu masuk utama untuk

keluar masuk ke Tasik Kenyir.

- Pelancong mestilah disaring di pintu masuk utama di Pos Kawalan

Tasik Kenyir iaitu memeriksa suhu badan, memakai face mask,

menggunakan hand sanitizer, merekodkan saringan kesihatan melalui

aplikasi yang disediakan (MySejahtera), ataupun merekodkan

kedatangan yang bersesuaian yang ditetapkan oleh KKM. (nama, no.

telefon, suhu dan tujuan kunjungan).

2.2 KAUNTER TIKET (PENJUAL TIKET)

- Penjualan tiket bot hanya di kaunter/melalui tempahan awal sahaja

bagi mengurangkan risiko sekiranya penjualan dilakukan melalui “ulat

tiket” di kawasan jeti.

- Sekiranya pelancong datang secara berkumpulan, hanya wakil

sahaja perlu ke kaunter untuk urusan pengambilan tiket bot.

- Penjarakkan sosial 1 meter sewaktu urusan penjualan/pengambilan

tiket perlu dipatuhi.

2.3 HOUSE BOAT

- Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari.

- Pengusaha houseboat perlu mempunyai rekod bot yang jalan

mengikut jadual yang disediakan.

- Setiap houseboat yang digunakan perlu dinyahkuman atau dicuci

mengikut kaedah yang sesuai sebelum dan selepas digunakan (KKM).

- Pekerja yang bertugas perlu mematuhi SOP yang digariskan oleh KKM

(rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face mask).

Page 21: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

21

- Pekerja yang mempunyai gejala/simpton (demam, sakit tekak,

selsema, batuk, sesak nafas dan seumpamanya) tidak dibenarkan

untuk bekerja.

- Setiap pekerja perlu merekodkan saringan kesihatan melalui aplikasi

MySejahtera.

- Menyediakan hand sanitizer di dalam houseboat.

- Menyediakan tong sampah bertutup di dalam houseboat.

- Houseboat perlu dinyahkuman selepas setiap kumpulan pelancong

yang keluar.

- Hanya pelancong yang menempah awal secara atas talian

dibenarkan menggunakan houseboat.

- Membenarkan maksimun 25 orang dalam sesebuah houseboat atau

mengikut kapasiti sebenar berdasarkan saiz houseboat. Keutamaan

diberi kepada pelancong yang mempunyai hubungan pertalian

keluarga terdekat.

- Penjarakkan sosia 1 meter untuk penumpang bot perlu dipatuhi

dengan menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh

digunakan dan tempat duduk perlu dikosongkan.

- Pengusaha houseboat digalakkan menyediakan QR Code bagi

contact tracing. Pelancong mestilah memuat turun MySejahtera. Jika

tiada, pelancong hendaklah merekod nama dan nombor telefon dalam buku rekod pelancong.

- Pelancong diwajibkan memakai jaket keselamatan khusus dan jaket

ini digunakan bermula menaiki bot, menjalankan aktiv iti di tasik

sehingga pulang ke jeti utama.

- Jaket keselamatan perlu dinyahkuman sebelum dan selepas

digunakan oleh pelancong.

- Hanya pekerja yang ditugaskan sahaja boleh mengangkat dan

menyusun atur beg-beg penumpuang untuk mengelakkan

penumpang bersesak di kawasan meletak beg.

2.4 BOT LAJU

- Pengusaha houseboat perlu mempunyai rekod bot laju yang jalan

mengikut jadual yang disediakan.

Page 22: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

22

- Setiap bot laju yang digunakan perlu dinyahkuman atau dicuci

mengikut kaedah yang sesuai sebelum dan selepas digunakan (KKM).

- Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari.

- Pekerja yang bertugas perlu mematuhii SOP yang digariskan oleh KKM

(rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face mask)

- Pekerja yang mempunyai gejala/simpton (demam, sakit tekak,

selsema, batuk, sesak nafas dan seumpamanya) tidak dibenarkan

untuk bekerja.

- Setiap pekerja perlu merekodkan saringan kesihatan melalui aplikasi

MySejahtera.

- Kapasiti bagi bot laju hendaklah 50% daripada kapasiti asal

berdasarkan saiz bot laju.

- Penjarakkan sosia 1 meter untuk penumpang bot perlu dipatuhi

dengan menyediakan tanda khusus bagi tempat duduk yang boleh

digunakan dan tempat duduk perlu dikosongkan.

- Menyediakan hand sanitizer di dalam bot.

- Menyediakan tong sampah bertutup di dalam bot.

- Bot laju perlu dinyahkuman selepas setiap pelancong yang

menggunakan bot laju.

- Pelancong diwajibkan memakai jaket keselamatan khusus dan jaket

ini digunakan bermula menaiki bot, menjalankan aktiv iti di tasik

sehingga pulang ke jeti utama.

- Jaket keselamatan perlu dinyahkuman sebelum dan selepas

digunakan oleh pelancong.

2.5 KAWASAN TARIKAN PELANCONGAN

- Melibatkan kawasan tarikan pelancongan di Taman Herba, Taman

Orkid, Taman Rama-Rama dan Gua Bewah. (Tertakluk kepada

persediaan lokaliti produk tarikan pelancongan).

- Menyediakan rekod pekerja yang bertugas setiap hari.

- Pekerja yang bertugas perlu mematuhii SOP yang digariskan oleh KKM

(rekod suhu, menggunakan hand sanitizer, memakai face mask)

- Pekerja yang mempunyai gejala/simpton (demam, sakit tekak,

selsema, batuk, sesak nafas dan seumpamanya) tidak dibenarkan

untuk bekerja.

Page 23: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

23

- Setiap pekerja dan pelancong perlu merekodkan saringan kesihatan

melalui aplikasi MySejahtera.

- Setiap kumpulan tidak melebihi daripada 25 orang.

- Menyediakan tong sampah bertutup di beberapa lokasi tumpuan

pelancong.

- Penjarakkan sosial 1 meter antara satu dengan yang lain sewaktu

menjalankan aktiv iti pelancongan.

2.6 SANTUARI KELAH

2.6.1 KAKITANGAN

- Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu

badan kakitangan dan pengunjung semasa membeli tiket di

kaunter jualan dan juga semasa berada di Pos Kawalan

Santuari Kelah.

- Hanya indiv idu yang melepasi saringan kesihatan dan suhu

badan di bawah 37.5 darjah celsius dibenarkan membeli tiket

dan masuk ke Santuari Kelah.

- Kakitangan digalakkan untuk mencuci tangan sepanjang

masa bertugas.

- Mewajibkan kakitangan dan pengunjung sentiasa memakai topeng muka semasa berada di kawasan Santuari Kelah.

Membuang penutup hidung dan mulut, tisu dan sarung tangan

ke dalam tong sampah bertutup yang disediakan.

2.6.2 PENGUNJUNG

- Menghadkan 25 orang pengunjung dibenarkan berada di

lubuk dalam satu-satu masa.

- Penjarakan sosial.

- Susun atur kedudukan pengunjung di lubuk ikan dipantau oleh

petugas.

- Pengunjung dan petugas perlu mengamalkan penjarakan

satu (1) meter antara satu sama lain semasa berada di lubuk.

- Amalan tidak bersalam dan berjabat tangan perlu

dilaksanakan.

2.6.3 KEMUDAHAN KIOSK

Page 24: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

24

- Kiosk yang beroperasi hendaklah menyediakan hand sanitizer.

- Kakitangan yang bertugas juga dikehendaki sentiasa memakai

topeng muka.

- Setiap pengunjung yang berhasrat untuk berbelanja mesti

mengamalkan penjarakan sosial selaras dengan prosedur KKM.

- Menyediakan tong sampah bertutup di beberapa lokasi

tumpuan pelancong.

2.7 JETI UTAMA (BOT LAJU/HOUSEBOAT)

- Membuat pemeriksaan suhu dan memastikan pelancong memakai

face mask.

- Menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan pelancong sebelum

menaiki bot.

- Menyediakan tong sampah bertutup di kawasan jeti utama.

2.8 JETI DATARAN GAWI (HOUSEBOAT)

- Membuat pemeriksaan suhu dan memastikan pelancong memakai

face mask.

- Menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan pelancong sebelum

menaiki bot.

- Menyediakan tong sampah bertutup di kawasan jeti tersebut.

Disediakan oleh : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH)

Page 25: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

25

LAMPIRAN GARIS PANDUAN 4 GARIS PANDUAN PENGURUSAN JETI & TERMINAL PENUMPANG

Pengurusan di Jeti & Terminal Penumpang adalah sangat penting bagi memastikan

penularan pendemik COVID-19 dapat dicegah bagi memastikan kawasan selamat

untuk para pelanggan/kakitangan. Oleh itu, beberapa langkah pencegahan untuk

menangani penularan COVID-19 seperti berikut:

a) Pengawal Keselamatan hendaklah ditugaskan menjaga pintu masuk utama

terminal penumpang bagi memeriksa suhu badan setiap pelanggan sebelum

dibenarkan masuk.

b) Pelanggan mestilah mencatat nama, suhu badan dan nombor telefon

sebelum memasuki jeti atau terminal penumpang.

c) Susunatur kerusi di dalam terminal hendaklah mematuhi penjarakan sosial

yang disarankan oleh KKM iaitu 1 meter dan kerusi perlulah disusun secara

berselang seli.

d) Memastikan proses pembelian tiket di kaunter mematuhi penjarakan sosial

dan mengikut garisan yang disediakan.

e) Menyediakan hand sanitizer atau sabun mencuci tangan di tempat-tempat

yang strategik contohnya tandas, pintu masuk terminal, kaunter, dan tempat

menunggu.

f) Memastikan kebersihan di Jeti & Terminal penumpang setiasa dijaga dengan

melakukan disinfeksi secara berkala mengikut SOP KKM.

g) Memastikan pegawai/kakitangan adalah sihat sebelum mereka menjalankan

tugas dan memastikan peralatan perlindungan diri (PPE) digunakan semasa

berkerja.

h) Jika terdapat pelanggan/penumpang mempunyai gejala COVID-19 semasa

berada di terminal penumpang mereka hendaklah diasingkan di tempat khas

sementara menunggu bantuan dari pihak KKM.

i) Menyediakan bekas sampah bertutup yang berasingan untuk membuang

Face Mask, sarung tangan dan tisu yang digunakan dan di labelkan.

j) Memastikan Senarai Semak Persediaan Untuk Pengoperasian Jeti

Penumpang (seperti di lampiran) dipatuhi sepenuhnya sebelum jeti dibuka.

Di sediakan oleh : Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut Wilayah Timur

Page 26: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

26

LAMPIRAN GARIS PANDUAN 5

Garis Panduan Akitviti rekreasi pantai/ aktiviti yang melibatkan pengangkutan air di

kawasan pantai

1. Pengenalan :

1.1. SOP ini bertujuan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 dan

hendaklah dilaksanakan sepanjang tempoh selepas Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020 yang di kuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia

sehingga di beritahu kelak.

1.2. Akitv iti rekreasi pantai yang dimaksudkan adalah aktiv iti yang melibatkan

pengangkutan air di kawasan pantai atau yang berhubung dengan pantai.

Aktiv iti-aktiviti yang terlibat adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai

dibawah:

1.2.1. Banana boat ride di pantai-pantai peranginan

1.2.2. Menaiki bot mengelilingi pulau-pulau peranginan

1.2.3. Melihat/memberi makan helang (eagle sighting/feeding)

1.2.4. Melihat ikan lumba-lumba

1.2.5. Melihat kelip-kelip

1.2.6. Melihat sky mirror

1.2.7. Bot amphibian

1.2.8. Scuba div ing dan snorkeling

1.2.9. Parasailing yang ditunda menggunakan bot

1.2.10. Jet ski

1.2.11. Sukan kapal layar

1.3. Aktiv iti memancing dan mencandat sotong hendaklah mematuhi SOP

Permohonan Aktiv iti Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan Sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020.

Page 27: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

27

2. Tugas dan Tanggung jawab Operator.

2.1. Operator merujuk kepada tekong, kru atau awak-awak bot, penjual

tiket,pemilik bot atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan operasi bot

berkenaan.

2.2. Operator hendaklah memastikan SOP ini sentiasa dipatuhi semasa

menjalankan aktiv iti-aktiv iti rekreasi tersebut.

2.3. Perlindungan diri:

2.3.1. Pastikan semua kakitangan operator berada dalam keadaan sihat

sebelum dan semasa menjalankan tugas.

2.3.2. Kebersihan diri yang baik perlu dipraktikkan setiap masa samaada

sebelum, semasa atau selepas mengendalikan bot. Kebersihan perlu

sentiasa dijaga dengan cara membasuh tangan dengan sabun dan air

atau menggunakan sanitizer tangan.

2.3.3. Pada sebilang masa, pastikan jarak 1 meter (3 kaki) dengan orang

sekeliling hendaklah dikekalkan.

2.3.4. Sentiasa mempraktikkan pemakaian Personal Protective Equipment

(PPE) dengan sempurna (mengikut kesesuaian) berserta penutup mulut

dan hidung (face mask) dan sarung tangan (hand glove) yang

bersesuaian semasa melaksanakan kerja/tugas.

2.3.5. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang belum disanitasi sebelum, semasa dan selepas melaksanakan tugas.

2.3.6. Elakkan bersalaman, gunakan cara meletakkan tangan kanan di

dada kiri sebagai tanda hormat dengan ucapan salam.

2.3.7. Membuang face mask dan sarung tangan (hand glove) setelah

selesai melaksanakan kerja/tugas didalam bekas sampah.

2.3.8. Operator hendaklah menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan

mereka dan penumpang/pelanggan.

2.3.9. Operator yang terlibat hendaklah mandi dengan sabun dan

membasuh pakaian mereka apabila pulang ke rumah, sebelum

berinteraksi dengan ahli keluarga

Page 28: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

28

3. Tatacara berurusan dengan pelanggan/penumpang :

3.1. Operator hendaklah merekodkan dengan baik tarikh dan masa

aktiv iti,nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon

semua penumpang bot mereka setiap kali beroperasi. Ini adalah supaya

sekiranya ada diantara mereka positif COVID-19, semua

pelanggan/penumpang dapat dikesan untuk tindakan lanjut Kementerian

Kesihatan Malaysia.

3.2. Rekod tersebut hendaklah disimpan sekurang-kurangnya selama enam (6)

bulan.

3.3. Pastikan pelanggan/penumpang tidak pernah menghidapi COVID-19

sebelum ini.

3.4. Pastikan pelanggan/penumpang tidak ada kontak rapat dengan indiv idu

yang disahkan POSITIF COVID-19 sama ada yang masih menerima rawatan atau

telah keluar dari hospital.

3.5. Operator hendaklah mengenal pasti simtom-simtom COVID-19 seperti

demam (suhu badan lebih atau kurang daripada 37.5°C, sesak nafas, batu dan

bersin pada pelanggan/penumpang sebelum berurusan. Periksa suhu badan

pelanggan/penumpang tersebut sekiranya mempunyai alat yang bersesuaian.

Sekiranya wujud simtom tersebut, mereka hendaklah dinasihatkan untuk

berhubung dengan pihak yang berkenaan dan tidak dibenarkan untuk

meneruskan aktiv iti rekreasi tersebut.

3.6. Pastikan pelanggan/penumpang yang berurusan memakai penutup mulut dan hidung (face mask) serta sarung tangan yang bersesuaian. Sekiranya

mereka tidak mempunyai sarung tangan, pastikan mereka mencuci tangan

mereka dengan hand sanitizer yang disediakan.

3.7. Pastikan penumpang memakai pakaian yang bersesuaian.

3.8. Jumlah penumpang perlu dikurangkan kepada 50% daripada yang

dibenarkan didalam lesen bot atau bergantung kepada arahan yang

dikeluarkan dari masa ke semasa.

3.9. Kedudukan penumpang semasa diatas bot hendaklah dijarakkan untuk

sekurang-kurangnya 1m diantara satu sama lain.

3.10. Para penumpang digalakkan untuk melakukan transaksi secara atas talian

atau e-wallet.

3.11. Hanya seorang sahaja pelanggan dibenarkan untuk parasailing dan jet ski

pada satu masa.

3.12. Jumlah pelayar untuk sukan kapal layar hendaklah bersesuaian dengan

panjang kapal layar tersebut untuk mengekalkan jarak minima 1m diantara satu

sama lain, tetapi hendaklah tidak menganggu operasi kapal layar tersebut

Page 29: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

29

4. Tanggung jawab pelanggan/penumpang :

4.1. Semua pelanggan/penumpang hendaklah memberikan nama penuh,

nombor kad pengenalan yang betul serta alamat dan nombor telefon yang

terkini kepada operator semasa berurusan.

4.2. Semua pelanggan/penumpang hendaklah memberikan maklumat yang

betul mengikut para 3.3 dan 3.4.

4.3. Semua pelanggan/penumpang hendaklah tidak meneruskan aktiv iti

rekreasi tersebut sekiranya berasa tidak sihat. Beliau seterusnya hendaklah

memaklumkan kepada operator dan mendapatkan bantuan dari pihak

Kementerian Kesihatan.

Di sediakan oleh : Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut Wilayah Timur

Page 30: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

30

5. Senarai Semak Operator :

Bil. Perkara √ / X 1. Kesemua pegawai dan kaki tangan yang bertugas

hendaklah dalam keadaan sihat sepenuhnya.

2. Membasuh tangan dengan sabun dan air atau

menggunakan sanitizer tangan.

3. Pakaian yang bersesuaian (lengan panjang)

4. Sarung tangan getah

5. Medical/surgical mask

6. Penutup muka

7.

Periksa suhu badan pelanggan/penumpang yang hendak

berurusan sekiranya mempunyai peralatan yang

bersesuaian

8. Kenal pasti simtom COVID19 pada pelanggan/penumpang

yang hendak berurusan

9.

Rekodkan nama penuh, nombor kad pengenalan yang

betul serta alamat dan nombor telefon yang terkini

pelanggan/penumpang. Rekod perlu disimpan sekurang-

kurangnya enam (6) bulan.

10. Rekodkan maklumat seperti didalam para 3.3 dan 3.4

11. Pelanggan/penumpang memakai pakaian yang

bersesuaian

12. Pelanggan/penumpang memakai sarung tangan getah

dan medical/surgical mask

13. Hand sanitizer disediakan ditempat yang bersesuaian

14. Pelanggan/penumpang membersihkan tangan

menggunakan hand sanitizer

15. Susun atur penumpang pada jarak minima 1m

16. Jumlah penumpang 50% daripada jumlah yang dibenarkan

didalam lesen bot.

17. Seorang pelanggan jet ski/parasailing pada satu masa.

18. Sukan kapal layar- bilangan pelayar yang bersesuaian.

19. Sarung tangan getah dan medical/surgical mask dibuang

dengan selamat sebelum pulang

20. Pastikan pakaian dibasuh dengan sabun apabila pulang ke

rumah, sebelum berinteraksi dengan ahli keluarga

21. Pastikan mandi dengan sabun untuk sekurang-kurangnya 20

saat sebelum berinteraksi dengan ahli keluarga

Page 31: KENYATAAN MEDIA PENGERUSI JAWATANKUASA … · Panduan Lampiran 2 dan Garis Panduan SOP yang di keluarkan oleh Kementerian berkenaan. 4 3. Membenarkan semua aktiviti jualan tiket,

31