KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA LEMBAGA · PDF filemembersih dan menyelenggara seluruh kawasan...

3
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1. Sebut Harga adalah dipelawa secara terbuka kepada Penyebut Harga-Penyebut Harga tempatan (keutamaan kepada petender Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang pendaftaran Kementerian Kewangan 221002 yang masih sah untuk menyertai SEBUT HARGA LHDNM BIL.6/2013: PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA SELURUH KAWASAN DAN SENI TAMAN DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA KUCHING, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA. 2. Penyebut Harga-Penyebut Harga yang layak dan berminat boleh membuat semakan Dokumen Meja Sebut Harga mulai 18 November 2013 (Isnin). Iklan sebut harga ini juga boleh dirujuk di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di http://www.hasil.gov.my dan Dokumen Sebut Harga boleh dibeli seperti tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Transcript of KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA LEMBAGA · PDF filemembersih dan menyelenggara seluruh kawasan...

Page 1: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA LEMBAGA · PDF filemembersih dan menyelenggara seluruh kawasan dan seni taman di akademi percukaian malaysia kuching, lembaga hasil dalam negeri malaysia.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

1. Sebut Harga adalah dipelawa secara terbuka kepada Penyebut Harga-Penyebut Harga

tempatan (keutamaan kepada petender Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian

Kewangan di bawah Kod Bidang pendaftaran Kementerian Kewangan 221002 yang

masih sah untuk menyertai SEBUT HARGA LHDNM BIL.6/2013: PERKHIDMATAN

MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA SELURUH KAWASAN DAN SENI TAMAN DI

AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA KUCHING, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

MALAYSIA.

2. Penyebut Harga-Penyebut Harga yang layak dan berminat boleh membuat semakan

Dokumen Meja Sebut Harga mulai 18 November 2013 (Isnin). Iklan sebut harga ini juga

boleh dirujuk di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di

http://www.hasil.gov.my dan Dokumen Sebut Harga boleh dibeli seperti tarikh, masa dan

tempat seperti berikut:

Page 2: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA LEMBAGA · PDF filemembersih dan menyelenggara seluruh kawasan dan seni taman di akademi percukaian malaysia kuching, lembaga hasil dalam negeri malaysia.

Tempoh Penjualan Dokumen : 18 November 2013 (Isnin) – 25 November 2013 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Isnin hingga Jumaat (Kecuali Cuti Umum)

Tempat : Unit Perolehan, Aras 2

Akademi Percukaian Malaysia, Kuching

Jalan Tabuan

93200 Kuching,SARAWAK

3. CD Dokumen Sebut Harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 kepada syarikat yang

berminat menyertai Sebut Harga ini bagi tujuan memudahkan penyediaan dokumen

tawaran Sebut Harga.

4. Penyebut Harga yang berminat menyertai Sebut Harga ini hendaklah mengemukakan surat

wakil syarikat semasa berurusan mendapatkan Dokumen Sebut Harga. Dokumen Sebut

Harga akan diberikan kepada Penyebut Harga yang mempunyai kod bidang berkaitan dan

masih sah pendaftarannya selepas semakan sijil virtual dibuat.

5. LHDNM akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan taraf pendaftaran syarikat

dengan Kementerian Kewangan. Sekiranya didapati terdapat perbezaan berhubung status

pendaftaran syarikat yang disemak daripada status yang diisytiharkan oleh syarikat,

LHDNM berhak untuk membatalkan penyertaan syarikat di dalam Sebut Harga ini.

Sekiranya Sebut Harga telah ditutup, LHDNM berhak untuk tidak mempertimbangkan apa-

apa cadangan oleh syarikat dan dianggap terlucut hak sekiranya sebut harga tersebut

dipertimbangkan untuk pentauliahan.

6. Penyebut Harga yang berminat dijemput menghadiri taklimat pada tarikh, masa dan tempat

yang telah ditetapkan seperti berikut:

Tarikh : 25 November 2013 (Isnin)

Masa : 8.45 pagi

Tempat : Auditorium Jelutong, Aras 1

Akademi Percukaian Malaysia Kuching

Jalan Tabuan, 93200 Kuching, SARAWAK

Page 3: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA LEMBAGA · PDF filemembersih dan menyelenggara seluruh kawasan dan seni taman di akademi percukaian malaysia kuching, lembaga hasil dalam negeri malaysia.

7. Dokumen Sebut Harga yang telah siap diisi, hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat

berlakri/bermetri dan ditulis Tajuk Sebut Harga di ruang atas sebelah kiri sampul surat.

Dokumen Sebut Harga ini mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Aras 3

Kanan, Akademi Percukaian Malaysia, Kuching, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

sebelum atau pada 2 Disember 2013, hari Isnin, jam 12.00 tengah hari.

t.t.

[ZAKARIA BIN ISMAIL]

Pendaftar

Akademi Percukaian Malaysia, Kuching

b.p. Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Hasil Dalam Negeri

MALAYSIA

8 November 2013