Kepentingan Bahan Maujud Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

4
Kepentingan bahan maujud sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut. Sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. SPP merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. Murid akan lebih berminat belajar mengenai pakaian trasional kaum-kaum di Malaysia seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahun 4. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Sebagai penjelasan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang

description

kpentingn

Transcript of Kepentingan Bahan Maujud Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 1: Kepentingan Bahan Maujud Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

Kepentingan bahan maujud sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai

pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah

maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau

media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

Sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

SPP merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping

mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting

dalam pembelajaran. Murid akan lebih berminat belajar mengenai pakaian trasional kaum-kaum

di Malaysia seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan Tahun 4. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam

lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat

mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.

Sebagai penjelasan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat

dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-

contoh tertentu yang memerlukan bahan maujud. Penerangan guru yang diiringi dengan

sumber yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid

serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.

Sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian

Sosial.

Page 2: Kepentingan Bahan Maujud Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan

bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menggunakan bahan maujud

seperti model pakaian ini, murid dapat menyentuh dan melihat sumber tersebut. Ini akan

membantu murid memahami dan mengingati isi pelajaran iaitu mengenai budaya dari aspek

pakaian tradisional kaum di Malaysia. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia hanya

mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar, 20% daripada apa yang mereka lihat

sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Kajian ini jelas membuktikan

bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya

ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru

patut mempelbagaikan bahan pengajaran seperti bahan maujud tersebut.

Sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada

murid. Bahan maujud ini boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid

melihat dan menyentuh sendiri model pakaian tersebut, mereka akan mengetahui kepelbagaian

pakaian mengikut kaum yang terdapat di Malaysia ini. Oleh yang demikian, aktiviti

menghasilkan baju tradisional dalam kelas akan memberi pengalaman yang konkrit kepada

murid. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran

murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat

yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran

yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba dan meneliti bahan-bahan yang

digunakan dalam membuat pakaian trasional tersebut.

KESIMPULAN

Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengajian Sosial.

Page 3: Kepentingan Bahan Maujud Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap

kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah

dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai

mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan.

Misalnya, dengan menggunakan model pakaian tersebut, murid boleh melakonkan watak

identiti kaum-kaum di malaysia berdasarkan jenis pakaian yang mereka pakai. Penggunaan

sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini

melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru

akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.