Kepentingan Dan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia 1

2
Kepentingan dan Fungsi Muzium Daerah Dungun Dalam meniti zaman yang serba moden dan berteknologi canggih ini, remaja dan belia muda pada masa kini terlalu sibuk dengan dunia IT sekarang hingga lupa sebenarnya Malaysia mempunyai bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-sejarahnya yang tersendiri. Ini merupakan peninggalan berharga zaman dahulu kala. Bangunan bersejarah ini mempunyai nilai kesenian dan nilai budaya yang tersendiri Sebagai contoh, Muzium Daerah Dungun yang dikaji, didapati bangunan ini masih mempunyai nilai keseniaan dan nilai budaya yang masih dikekalkan. Hal ini kerana, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Bangunan ini juga dapat merakamkan sejarah penting negara dan mencirikan identiti Negara dimana pernah menjadi Pejabat Kempetai Tentera Jepun dimana pernah menjadi tempat kerja-kerja risikan tentera Jepun. Oleh yang demikian, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah sangatlah penting di negara kita. Seterusnya, bangunan bersejarah ini mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung kerana nilai ekonominya. Ini berikutan kerana tempat-tempat bangunan bersejarah dan peninggalannya sudah pasti akan menjadi tarikan tumpuan para pelancong luar dan dalam negara. Melalui langkah ini, industri pelancongan akan semakin berkembang dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Bangunan- bangunan bersejarah seperti inilah dapat menarik tumpuan pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan bangunan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan pepatah Melayu yang ada mengatakan di mana ada gula, di situlah ada semut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berasa bangga dengan bangunan lama bersejarah di

description

PT3

Transcript of Kepentingan Dan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia 1

Page 1: Kepentingan Dan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia 1

Kepentingan dan Fungsi Muzium Daerah Dungun

Dalam meniti zaman yang serba moden dan berteknologi canggih ini, remaja dan belia

muda pada masa kini terlalu sibuk dengan dunia IT sekarang hingga lupa sebenarnya

Malaysia mempunyai bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-sejarahnya yang

tersendiri. Ini merupakan peninggalan berharga zaman dahulu kala. Bangunan bersejarah

ini mempunyai nilai kesenian dan nilai budaya yang tersendiri Sebagai contoh, Muzium

Daerah Dungun yang dikaji, didapati bangunan ini masih mempunyai nilai keseniaan dan

nilai budaya yang masih dikekalkan. Hal ini kerana, kalau tidak dipecahkan ruyung

masakan dapat sagunya. Bangunan ini juga dapat merakamkan sejarah penting negara

dan mencirikan identiti Negara dimana pernah menjadi Pejabat Kempetai Tentera Jepun

dimana pernah menjadi tempat kerja-kerja risikan tentera Jepun. Oleh yang demikian,

pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah sangatlah penting di negara kita.

Seterusnya, bangunan bersejarah ini mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung

kerana nilai ekonominya. Ini berikutan kerana tempat-tempat bangunan bersejarah dan

peninggalannya sudah pasti akan menjadi tarikan tumpuan para pelancong luar dan dalam

negara. Melalui langkah ini, industri pelancongan akan semakin berkembang dan

seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Bangunan-bangunan bersejarah

seperti inilah dapat menarik tumpuan pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan dan

keindahan bangunan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan pepatah Melayu yang ada

mengatakan di mana ada gula, di situlah ada semut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia

hendaklah berasa bangga dengan bangunan lama bersejarah di negara kita dan usahlah

kita hanya memandang sebelah mata terhadap peninggalan bangunan ini.

Di samping itu, nilai estetika dan nilai-nilai seni budaya boleh diperolehi menerusi bangunan

bersejarah ini. Seni bina yang penuh dengan kehalusan dan keindahan yang bercorakkan

warisan budaya bangsa nenek moyang akan dapat dilihat, jika kita lihat dengan teliti.

Contoh terdekat yang boleh diambil daripada Muzium Daerah Dungun adalah ukiran kayu

Page 2: Kepentingan Dan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia 1

pada dinding kayu serta rekabentuk bangunan yang bercirikan rumah-rumah Melayu

tradisional. Selain itu, kepentingan dan fungsi bangunan bersejarah adalah dapat

menjadikannya sebagai bahan penyelidikan dan kajian. Bagi para pencinta sejarah dan

pengakaji sejarah, bangunan-bangunan lama dan bersejarah seperti ini sangat penting bagi

mereka. Dengan kewujudan dan pengekalan peninggalan ini, sejarah Tanah Melayu pada

suatu masa dahulu sebelum merdeka dapat dibuktikan.

Kesimpulannya, bangunan bersejarah seperti Muzium Daerah Dungun ini merupakan

sebahagian besar daripada sejarah negara kita yang perlu dipelihara. Sebenarnya

bangunan bersejarah yang dibina ini tiada tolok bandingnya dengan bangunan-bangunan

baru yang ada sekarang kerana nilai sejarah dan estetikanya yang tiada ganti. Bangunan-

bangunan sebegini hendaklah dipelihara daripada pencerohonan dan kerosakan agar

generasi muda akan datang dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada

sejarah yang lalu. Akhir kata, jagalah kepentingan bangunan bersejarah di Malaysia supaya

kelak anak-anak muda tidak lupa akan sejarah asal negara kita pada zaman dahulu kala.