Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

10
1 Kepentingan kawasan dataran tinggi / tanah tinggi Kepentingan Contoh kawasan Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana (teh & sayur) Cameron Highlands, Pahang Kawasan pelancongan Pulau Pangkor, Perak Kawasan peranginan Bukit Fraser, Pahang Genting Highlands, Pahang Cameron Highlands, Pahang Kawasan tadahan hujan Banjaran Besar, Selangor Kawasan empangan Empangan Temenggor, Perak Kawasan air terjun Air Terjun Kota Tinggi, Johor Kawasan rekreasi Gunung Kinabalu, Sabah Sumber batu garanit & batu kapur Batu Caves, Selangor Hutan khatulistiwa merupakan kawasan pembiakan & hidupan liar. Bahagaian tengah Semenanjung & pedalaman Sabah &Sarawak KAWASAN TANAH TINGGI 1. Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada : a. Batu kapur b. Batu granit 2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah : a. Banjaran Titiwangsa b. Banjaran Bintang c. Banjaran Kledang d. Banjaran Tahan

Transcript of Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

Page 1: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

1 Kepentingan kawasan dataran tinggi / tanah tinggi

Kepentingan Contoh kawasanKawasan pertanian tanaman hawa sederhana(teh & sayur)

Cameron Highlands, Pahang

Kawasan pelancongan Pulau Pangkor, PerakKawasan peranginan

 

Bukit Fraser, PahangGenting Highlands, PahangCameron Highlands, Pahang

Kawasan tadahan hujan Banjaran Besar, SelangorKawasan empangan Empangan Temenggor,

PerakKawasan air terjun Air Terjun Kota Tinggi, JohorKawasan rekreasi Gunung Kinabalu, SabahSumber batu garanit & batu kapur Batu Caves, SelangorHutan khatulistiwa merupakan kawasan pembiakan & hidupan liar.

Bahagaian tengah Semenanjung & pedalaman Sabah &Sarawak

KAWASAN TANAH TINGGI

1. Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada :

a. Batu kapurb. Batu granit

2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah :

a. Banjaran Titiwangsab. Banjaran Bintangc. Banjaran Kledangd. Banjaran Tahane. Banjaran Benomf. Banjaran Pantai Timur

3.  Banjaran Titiwangsa

Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai "Banjaran Besar". Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung

Malaysia. Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung

Malaysia. Terdapat setesen penjanaan kuasa hidroelektrik.

Page 2: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.

4. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa.

5. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

6. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Bintang.

7. Bukit Larut merupakan pusat peranginan di Banjaran Bintang.8. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan

cawangannya Sungai Kinta.

9. Banjaran-banjaran utama di Sabah :

a. Banjaran Crockerb. Banjaran Brasseyc. Banjaran Terus Madid. Banjaran Maitland

10.Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di Sabah.

11.Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

12.Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah :

a. Banjaran Tama Abub. Banjaran Kapuas Huluc. Banjaran Iran

13.Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan Kalimantan.

14.Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu.

 KAWASAN TANAH PAMAH

1. Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut.

2. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

3. Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah

Page 3: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

pamah lanar.4. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia :

a. Lebih luasb. Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Hilir Sungai Perak

merupakan dataran yang amat penting.

5. Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :

a. Sempit, terputus-putus dan berpasir.b. Sering dilanda banjir monsun timur laut.c. Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian.

6. Tanah pamah yang menakung air dinamakan paya

a. Tanah yang ditakungi air masin dinamakan paya bakau. b. Paya bakau banyak didapati di teluk-teluk dan di muara

sungai. c. Paya ini menjadi paya gambut jika berterusan ditenggelami

air masin.

7. Tanah gambut berwarna hitam dan tidak subur kerana mengandungi asid.

8. Dataran pantai barat Sabah sempit dan terputus. Tanah pamahnya yang luas ialah:

a. Sekitar sungai kinabatanganb. Semenanjung Sempornac. Hilir Lembah Sagamad. Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama

9. Di kawasan ke darat dari paya bakau yang tidak di pengaruhi oleh air terdapat paya air tawar. Paya air tawar sebahagian besar disalirkan dan digunakan sebagai kawasan pertanian padi sawah dan kelapa.

10.Paya gambut hanya sesuai digunakan untuk pertanian selepas dikeringkan. Tanah paya gambut lembut dan tidak subur. Ia hanya digunakan untuk tanaman berakarkan serabut.

11.Di kawasan ke darat dari tanah pamah lanar terdapat tanah pamah beralun.

a. Ianya terdapat di selatan Sungai Pahang, negeri Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Melaka dan pantai barat Sarawak.

b. Sesuai dijadikan kawasan pertanian getah, kelapa sawit, lada hitam, dan pertanian pindah di Sarawak serta kelapa

Page 4: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

sawit dan koko di Sabah.

12.Kawasan tanah pamah sesuai untuk :

a. perlombongan (Lembah Kinta)b. pembalakan (selatan Pahang, barat Sarawak, dan timur

Sabah)

13.Dataran pantai Sabah adalah lebar antara 30-65km

a. terdiri daripada tanah aluviumb. Delta Rajang (utama) dan Delta Baram (Utama)

 

14.Kawasan tanah pamah

a. Delta Rajangb. Delta Baramc. Delta Kelantand. Delta Sungai Pahange. Delta Endau-Rompinf. Dataran Kedah-Perlisg. Dataran Kuchingh. Dataran Seberang Praii. Dataran Pantai Timurj. Dataran Johor

 

15.Kepentingan tanah pamah

a. Kawasan pertanian terutamanya i. penanaman padi (tanih lanar)ii. getah dan kelapa sawit (cerun bukit dan tanih laterit)

b. Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta).c. Kawasan perindustrian dan perumahan.d. Kawsan tumpuan penduduk dan bandar.e. Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan

landasan keretapi.

KAWASAN PINGGIR LAUT

Page 5: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

1. Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu :

a. Laut China selatanb. Laut Suluc. Laut Sulawesi d. Selat Melaka

2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.

 

Bil. Ciri-ciri Pinggir Laut Contoh Kepentingannya1. Pulau

Sebuah dataran yang dikelilingi oleh laut

 

Pulau Pinang Pulau Tioman Pulau Ketam Pulau Pangkor

 

Pelabuhan antarabangsa

Pusat pelancongan

Pusat perikanan Pelabuhan

dalam negeri

2. Tanjung

Dataran yang menganjur ke arah laut

 

Tanjung Bunga Tanjung Datu Tanjung Baram Tanjung Duwai

 

Tempat rekreasi Tempat

bermandi-manda dan berkelah

3. Teluk

Kawasan perairan yang cetek di antara tanjung dan daratan

 

Teluk Kimanis Teluk Bahang Teluk Rumania Teluk

Cempedak

 

Pelabuhan dan pusat perikanan

Tempat perkelahan

4. Paya/Tasik

Kawasan berair di pinggir laut

 

Kuala-kuala:

 

Sumber kayu bakau

Page 6: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

Ditumbuhi pokok bakau Sungai Perak

Sungai Rajang Sungai Segama Sungai

Selangor

Hidupan laut (ikan, udang, dan siput)

5. Pantai

Kawasan pinggir pantai yang ditumbuhi pasir cantik dan bersih

 

Port Dickson Pantai Cinta

Berahi Pantai Batu

Feringgi Pantai

Santubong Pantai Tanjung

Aru

 

Tempat bermandi-manda

Tempat perkelahan

Tempat pelancongan

 

SISTEM SALIRAN 

1. Sungai-sungai berpunca dari kawasan banjaran gunung dan mengalir masuk ke laut.

2. Kebanyakan sungai utama di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir masuk ke Selat Melaka dan Laut China Selatan.

3. Sungai utama di Sarawak pula berpunca dari Banjaran Kapuas Hulu, Banjaran Iran, dan Banjaran Tama Abu dan mengalir masuk ke Laut China Selatan.

4. Di Sabah, sungai-sungai berpunca dari kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan mengalir masuk ke Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi.

5. Sungai Pahang (478km) merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

6. Sungai Kinabatangan (560km) merupakan sungai yang terpanjang di Sabah.

7. Sungai Rajang (563km) adalah sungai terpanjang di Sarawak dan di Malaysia.

8. Secara amnya, sungai-sungai di Malaysia pendek, lurus, cetek, deras dan berliku-liku di bahagian hilirnya.

9. Tasik terbesar di Malaysia Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang merupakan tasik-tasik semulajadi yang penting.

Page 7: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

10.Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Cenderoh, dan Tasik Temenggor (Perak) pula adalah antara tasik-tasik buatan manusia yang utama.

Kepentingan Sungai dan Tasik1. Di kawasan pedalaman yang berhutan, sungai-sungai

merupakan cara pengangkutan yang utama :

a. Sungai Rajang di Sarawak digunakan untuk menghubungkan kawasan pendalaman dengan kawasan hilir sungai.

b. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman.

2. Aliran sungai yang deras membolehkan pembinaan empangan-empangan merentasi sungai untuk menjana kuasa hidro elektrik seperti :

a. Empangan Cenderoh (Sungai Perak)b. Empangan Temenggor (Sungai Perak)c. Empangan Kenyir (Sungai Terengganu)

3. Di kawasan pertanian, air sungai disalirkan untuk tujuan pengairan seperti Rancangan Pengairan (Kedah) dan Rancangan Pengairan Kemubu (Kelantan).

4. Sungai-sungai membentuk daratan-daratan mendap yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian.

5. Sungai-sungai membekalkan air tawar untuk kegunaan di rumah dan di kilang.

6. Sungai-sungai dan tasik juga menjadi sumber ikan air tawar yang penting.

7. Sungai menjadi sempadan antara negeri dan negara seperti :

a. Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dan negeri Selangor.

b. Sungai Golok sempadan antara Kelantan (Malaysia) dan negara Thai.

8. Sungai-sungai yang mempunyai air terjun tasik-tasik menjadi tempat beriadah dan rekreasi

PENGARUH KEGIATAN MANUSIA KE ATAS ALAM FIZIKAL

Page 8: Kepentingan Kawasan Dataran Tinggi

1. Kawasan hutan yang luas telah ditebang untuk tujuan pertanian, pembalakan, perindustrian, dan petempatan.

2. Penebangan hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan perkara-perkara yang berikut, iaitu :

a. Rezab kawasan hutan akan semakin kecilb. Flora dan fauna yang terdapat dalam hutan akan terancam.c. Tanah yang terdedah kepada tindakan hakisan.d. Tanah yang terhakis akan kehilangan kesuburan.e. Sungai menjadi cetek akibat mendapan sungai yang terlalu

banyak.f. Berlakunya banjir kilat akibat limpahan air sungai semasa

hujan lebat.g. Kekurangan tumbuh-tumbuhan dan akar pokok untuk

menyerap dan menghalang aliran akan menyebabkan banjir.

h. Kenaikan iklim mikro setempat.