KEPENTINGAN TERAPI

21
DEFINISI HIDRO Menurut Lees, T. (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yang membuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk melakukan aktiviti kecergasan Oleh itu, Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. KEPENTINGAN TERAPI AIR Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: 1. Menghilangkan tekanan. 2.Keupayaan berkomunikasi. 3. Simulasi sistem otak. 4. Bina keyakinan diri. 5. Kreativiti.

Transcript of KEPENTINGAN TERAPI

Page 1: KEPENTINGAN TERAPI

DEFINISI HIDRO

Menurut Lees, T. (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yang

membuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk

melakukan aktiviti kecergasan

Oleh itu, Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan

motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana

segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah

dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan

pergerakan.

KEPENTINGAN TERAPI AIR

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk

mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan

spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan

hidroterapi ini ialah:

1. Menghilangkan tekanan.

2.Keupayaan berkomunikasi.

3. Simulasi sistem otak.

4. Bina keyakinan diri.

5. Kreativiti.

6. Kawalan diri.

7. Latihan ‘Social skill’.

8. Merangsang pertuturan.

9. Melatih sikap bekerjasama.

10. Meningkatkan kesabaran.

11. Pengamatan.

Page 2: KEPENTINGAN TERAPI

12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.

13. Latihan daya kepimpinan.

14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.

15. Daya konsentrasi.

16. Pembentukan ‘body image’.

17. Peningkatan ‘self-esteem.

1.0 KEPENTINGAN TERAPI AROMA

Citronella untuk mengurangi ketegangan, meredakan hidung tersumbat,

mengatasi insomnia, dengkur dan migrain.

Eucalyptus (kayu putih) berguna melegakan pernafasan, meringankan masalah

hidung sensitif, bronchitis, asma, batuk, pilek, demam dan flu.

Lavender agar mudahkan tidur, meredakan kegelisahan, mengatasi depresi,

mengurangi perasaan ketegangan.

Teh hijau (green tea) untuk memperbaiki sistem peredaran darah, membantu

mengeluarkan dahak dan membersihkan paru-paru. Juga memperlambat proses

penuaan.

Sandalwood (cendana) bermanfaat untuk menghilangkan rasa cemas dan

aromanya sangat bermanfaat untuk meditasi.

Rose (bunga mawar) untuk menciptakan suasana romantis dan penuh gairah,

memperbaiki metabolisme dan sistem peredaran darah, menyeimbangkan

hormon, meringankan kepekaan kulit sensitif dan alergi.

Ylang-ylang (bunga kenanga) berguna meringankan tekanan darah tinggi,

mengeluarkan sebum pada kulit. PeppermintAroma yang menyegarkan,

membangkitkan suasana, mengurangi sakit perut, ketegangan, dan

menyembuhkan sakit kepala.

Page 3: KEPENTINGAN TERAPI

Chammomile untuk menenangkan dan mengakhiri stres serta menyenyakkan

tidur.

Dandellion untuk mengobati sakit sendi, masalah ginjal dan kantung kemih,

hepatitis, penyaringan darah dan mengatasi masalah pencernaan. Juga efektif

menyembuhkan sengatan lebah.

Thyme membantu pencegahan flu, demam, detoksifikasi racun dan mencegah

infeksi, meredekan hidung tersumbat dan alergi sinus.

Lotus (bunga teratai) meningkatkan vitalitas, dan konsentrasi, mengurangi panas

dalam, meningkatkan fungsi limpa dan ginjal.

Patchouli meningkatkan gairah dan semangat, meningkatkan sensualitas,

memberi efek menenangkan, dan membuat tidur lebih nyenyak.

Basil untuk mengurangi sakit kepala dan migrain serta meningkatkan

konsentrasi.

Green apple (apel hijau) dapat menyembuhkan mabuk dan diare, menguatkan

sistem pencernaan, menjernihkan pikiran, meringankan gejala panas dalam.

Black Pepper (merica hitam) memiliki aroma yang tajam namun berkhasiat

mengurangi rasa sakit pada otot.

Lemon dapat mengurangi stres dan anti depresi, meningkatkan mood dan

merelakskan pikiran serta memberi perasaan segar.

Vanilla dengan aroma lembut dan hangat mampu menenangkan pikiran.

Jasmine (bunga melati) berfungsi sebagai aphrosidiac sensual untuk

merangsang dan menciptakan suasana romantis.

Strawberry dapat meningkatkan selera makan, mengurangi penyakit jantung,

tekanan darah tinggi dan kanker

Page 4: KEPENTINGAN TERAPI

2.0 KEPENTINGAN TERAPI SNOEZELEN

murid merasa senang/menyenangkan diri sendiri.

Murid dapat menenagkan diri secara fizikal dan mental.

meningkatkan kesadaran/perhatian.

Murid menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti.

murid menjadi lebih percaya diri.

hubungan murid dan guru menjadi lebih baik.

kemampuan murid lebih berkembang.

menghilangkan tekanan

keupayan berkomunikasi

stimulasi sistem otak

bina keyakinan diri

kreativiti

kawalan kendiri

latihan sosial skill

meransang pertuturan

melatih kesabaran

pengamatan

latihan koordinasi badan serta anggotan badan yang lain

latihan daya kepimpinan

manipulasi tangan dan jari-jemari

daya kosentrasi

pembentukan body image

Definisi Terapi Kuda

Menurut Lisa Mc Callum ( seorang terapis berkuda) –

“ Menunggang kuda adalah kegiatan menyenagkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-

kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah

penyembuhan”

Page 5: KEPENTINGAN TERAPI

Menurut Mosby ( 2001) terapi ialah rawatan pemulihan keatas pesakit yang pernah

mengalami sebarang kecacatan atau penyakit bertujuan untuk mengembalikan

kefungsian badan secara normal.

Hippo ( badak air) – berasal daripada perkataan Yunani Kuno iaitu Hippocrates yang

bermaksud kuda.

Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda.

Kepentingan Terapi Kuda

Meliputi selurih tubuh badan dari kepala hingga ke kaki termasuk fizikal dan

mental

Terhindar daripada masalah sakit belakan

Meningkatkan keyakinan diri

Membantu mencrahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap

sarafk cranium ( tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Seluruh anggota tubuh badan manusia termasuk penghadaman, sistem saraf

akan teransang secara optimum

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal misalnya lumpuh, berkuda

adalah cara mereka menikmati kebebasan

Duduk diatas kuda akan melatih otot kaki mereka.

Membaiki imbangan

Menguatkan otot

Membentuk kelembutan

Menghilangkan kegelisahan dan perasaan berputus asa

Membantu individu yang mengalami masalah mental dan emosi, membina

kosentrasi , sabar dan berdisiplin tinggi

Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara penunggang dan kuda

Membantu mengatasi masalah katakutan/ emosi

Melatih murid supaya lebih berdisiplin

Pendedahan kepada persekitaran masyarakat sekitar

Page 6: KEPENTINGAN TERAPI

Membentuk sikap tanggungjawab dan menghormati orang lain

Membentuk keyakinan diri dan keberanian dalam menghadapi apa jua rintangan

Terapi berkuda adalah altenatif bagi membantu kanak-kanak khas khususnya

bagi mebaiki imbangan, menguatkan otot serta melatih kesabaran dan keyakinan

diri murid. seperti mana yang kita tahu, kanak-kanak bekeperluan khas mempunyai

perasaan rendah diri. jika mereka melaksanakan terapi berkuda, mereka dapat

berinteraksi dengan persekitaran dan orang yang berada disekeliling mereka. Terapi

ini juga membolehkan murid bekeperluan khas meghilangkan kegelisahan dan

perasaan berputus asa. Terapi berkuda sesuai kerana murid pendidikan khas dapat

menggerakkan otot bagi memastikan kestabilan tubuh mereka semasa

menunggang. Otot-otot tubuh yang telah berkerja keras ini akhirnya memberikan

kesan langsung kepada bentuk tubuh penunggang seperti berada dalam keadaan

tegak dan lurus.

Antara langkah keselamatan yang perlu dititkberatkan oleh guru sebelum

membawa murid menunggang kuda ialah memastikan murid memakai kasut yang

dapat melindungi kaki untuk mengelakkan kaki cedera semasa dipijak kuda. Guru

juga perlu sentiasa bersama murid untuk mengelakkan sebarang kecelakaan

berlaku seperti kuda mengamuk. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid tidak

berada di belakang kuda dan guru perlu mengawasi jarak murid dengan kuda dan

memastikan murid memakai topi keselamatan semasa menunggang kuda.

3.0 DEFINISI TERAPI CARA KERJA

Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002) , terapi cara kerja adalah latihan

aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan

mencegah ketidakupayaan/ kecacatan atas individu yang mempunyai masalah

mental dan fizikal pada semua peringkat umur.

Page 7: KEPENTINGAN TERAPI

Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif , dan persepsi individu

(kebolehan menjalankan tugas-tugas harian seperti berjalan, memakai baju, makan

dan membuat kerja rumah.)

Memandangkan skop yang luas, terdapat sedikit pernindihan antara terapi cara

kerja dan fisioterapi, ahli patologi, dan pertuturan.Oleh itu, secara amnya, terapi

cara kerja ,fisio terapi dan patologi pertuturan perlu bekerja bersama secara

kumpulan dengan pesakit.

Terapi cara kerja merupakan latihan semula otak mangsa, strok untuk memulihkan

kembali atau menyesuaikan diri kepada kekurangan yang dialami.

4.0 OBJEKTIF

1. Persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan

sosialisasi.

2. Untuk membina konsep kendiri, meningkatkan motivasi

3. Untuk menguasai kemahiran semaksima yang mungkin.

5.0 KEPENTINGAN TERAPI CARA KERJA

Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian,memberus gigi,

dan makan sendiri.

Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajariteknik-teknik

penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lainketika marah ataupun bertindak

ganas bila menghadapi sebarang masalah.

Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan,seperti menulis

tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal

Menguatkan pergerakan motor halus seperti jari, untuk melakukan aktiviti seperti

memegang pensel dan menulis.

Page 8: KEPENTINGAN TERAPI

Meningkatkan kesihatan , mengurus stress atau tekanan, mengurangkan atau

meringankan kesakitan, meluahkan perasaaan.

Menguatkan atau meransang daya ingatan.

Meningkatkan komunikasi.

Meningkatkan pemulihan fizikal atau tubuh badan.

Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yangdiperlukan seperti

makan sendiri.

Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusiroda, peralatan

mandi, dan pengurusan pakaian.

Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisantangan mereka.

Kebolehan untuk menjalankan tugas harian

Latihan koordinasi badan

Membantu kanak-kanak dalam perkembangan asas seperti mandi, berpakaian,

memberus gigi dan makan dengan sendiri.

Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dan mempelajari

teknik-teknik pengurusan emosi.

Membantu murid menguruskan diri sendiri

Sebagai galakan dan motivasi kepada murid

Pergerakan motor halus seperti jari untuk melakukan aktiviti seperti memegang

pensil dan menulis.

Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza

Sebagai latihan sensori motor

Meransang murid bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

Definisi dan Konsep TERAPI FISIO

(Kamus Mosley) Terapi merupakan rawatan ke atas ketidakupayaan seseorang

atau individu dengan menggunakan agen-agen fizikal.

Aktiviti fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan terlatih.

Kaedah yang boleh dilaksanakan dalam terapi fisio adalah seperti :

Page 9: KEPENTINGAN TERAPI

o Mengurut

o Manipulasi

o Latihan teraputik

o Penyejukan dan pemanasan(gelombang pendek, mikro, ultra sonik dan

diathermy)

o Hidro

o Rangsangan menggunakan cahaya dan elektrik

Dalam pendidikan, terdapat beberapa kaedah untuk dilaksanakan seperti:

o Melambung

o Membaling

o Menyambut

o Menolak

o Menarik

o Melombat

o Menendang

o Memukul

o Berlari

o Berjalan

Kepentingan

Meningkatkan kemahiran psikomotor

Meningkatkan kawalan tingkah laku/ koordinasi badan

Meningkatkan kemahiran sosial

Meningkatkan prestasi P&P murid

Peningkatan kendiri

Memotivasikan murid

Meningkatkan daya pengamatan

Terapi yang dijalankan terdiri daripada tujuh sesi iaitu :

Page 10: KEPENTINGAN TERAPI

1) Terapi fisio tanpa alatan ( tangan) - Mengangkat tangan kiri dan kanan dan

menggoyang tangan sambil menyanyi.

2) Terapi fisio tanpa alatan (kaki) – Baring dan angkat kaki satu demi satu dengan

bantuan

3) Terapi fisio dengan alatan ( tangan) –genggam plastisin

4) Terapi fisio dengan alatan ( kaki ) – Imbang bola guna kaki

5) Terpai fisio dengan pengubahsuaian alatan ( tangan) – Menulis diatas kertas

menggunakan pensil yang direka khas

6) Terapi fisio dengan pengubahsuaian alatan ( kaki ) – melompat di atas kertas

warna

7) Terapi fisio dengan pengubahsuaian aktiviti – Melontar bola kertas kedalam tong

sampah

TERAPI PASIR

Definisi dan Konsep

Terapi pasir adalah satu bengkel pengalamian (experiental) yang memberi

peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal yang berkaitan dengan perasaan atau

emosi secara mendalam. Terapi ini adalah untuk membina keyakinan diri anak-anak

berkeperluan khas dan penting untuk perkembangan psikomotor halus contohnya:

pergerakan jari- jari dan tangan mereka semasa melukis bentuk kecil dan besar, dan

psikomotor kasar mereka contohnya berjalan dan berlari. Ada juga yang menyatakan

bahawa terapi pasir ini merupakan satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk

membentuk satu hubungan jiwa ke satu penyembuhan. Ini telah dinyatakan oleh

pengasasnya iaitu ahli terapi dari Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990) yang

berpangkalkan teori-teorinya pada prinsip-prinsip psikologi Jungian dan Mangarat

Lowenfeld.

Terapi Pasir adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan

emosional dan perkembangan peribadi seseorang individu. Terapi ini juga boleh

ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi.

Page 11: KEPENTINGAN TERAPI

Kepentingan :

1. Meningkatkan kemahiran motor kasar murid kerana permainan ini banyak

melibatkan pergerakan kaki

2. Meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak

3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak

4. Mengelakkan kanak-kanak daripada cepat bosan

5. Pergerakan motor kasar iaitu kaki murid pendidikan khas kerana memerlukan

murid melompat, berlari dan bergerak seluruh anggota badan.

6. Pegerakan motor halus.

7. Konsep kendiri

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,

mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga

meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak

baik dan stabil.

8. Sosialisasi.

9. Memberi peluang kepada diri individu untuk mendalami dirinya sendiri dan

membuat resolusi kehidupan berhubung dengan beberapa isu dalaman.

10.Perlambangan sangat berkait rapat dengan pemikiran separa sedar sebagai cara

komunikasi dalam pemikiran dan amat bermakna kepada setiap individu. Terapiu

pasir menyediakan satu cara melahir dan meluahkan perasaan secara simbolik

dan melakarkan perasaan dan pemikiran separa sedar tersebut.

11.Semangat bermain iaitu merangsang, menerbitkan minat dan semangat bermain

dikalangan kanak-kanak.

TERAPI MAIN

Permainan adalah aktiviti yang mengandungi motivasi instrinsik, memberi

kesenangan dan kepuasan bagi siapa yang terlibat, dan dipilih secara sukarela.

Page 12: KEPENTINGAN TERAPI

Terapi bermain adalah sebagai media yang efektif oleh ahli terapi, untuk

membantu pesakit atau kliennya mencegah atau menyelesaikan masalah-masalh

psikosoasial mereka dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang

optimum, melalui kebebasan eksplorasi dan ekspresi diri.

Kepentingan :

1. Meningkatkankemahiran motor kasardanhalus.

Inikeranapermainaninibanyakmenggunakanpergerakantangandan kaki.

2. Meningkatkankemahiranberinteraksiantaramurid

3. Meningkatkankemahiranberkomunikasidalamkalanganmurid

KEPENTINGAN

4. Murid dapat menghilangkan tekanan yang berada dalam diri dan persekitarannya.

5. Murid dapat meluahkan perasaan (suka,duka,kecewa,marah,benci dan lain-lain)

6. Menikmati keseronokan

7. Berlakunya simulasi sistem otak.

8. Murid dapat membina keyakinan diri

9. Melatih pengamatan yang baik

10. Meningkatkan daya pemerhatian

11.

TERAPI MUZIK

DEFINISI

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional

yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan

taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -

based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.

Page 13: KEPENTINGAN TERAPI

Menurut . Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan

satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan

peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based

yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.Terapi muzik dianggap

sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk merawat pesakit .

KEPENTINGAN

Mengurangkan kesakitan dan tekanan yang ditanggung pesakit menggunakan

medium muzik

Membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengalihkan

tumpuan murid dalam penggunaan elemen nyanyian

Membantu murid menghafal nombor atau hurf dan memahami gambarajah

Menghiburkan dan menyeronokkan

Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dan murid lebih

bersemangat untuk belajar

Memudahkan murid menghafal dan mengingat sesuatu fakta

Menjadikan pembelajaran bilik darjah lebih aktif

Membantu murid pendidikan khas dalam modifikasi tingkah laku

Kepentingan:

Dapat mengawal pernafasan mengikut lagu

Membetulkan cara sebutan murid

TERAPI PERTUTURAN

Definisi

Page 14: KEPENTINGAN TERAPI

Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang

mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Selain itu, terapi

pertuturan merupakan sejenis pemulihan yang dapat membantu seseorang

memperbaiki kebolehannya berkomunikasi termasuklah pertuturan iaitu dari segi

bagaimana bunyi dibentuk, bahasa yang melibatkan pemahaman dan pemilihan

perkataan yang sesuai.

Kepentingan

- Membantu murid berkomunikasi atau bersosial.

- Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa.

- Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi.

- Membantu murid mengenali, menyebut dan menghafal huruf.

- Meningkatkan keyakinan diri.

AKTIVITI

1. Latihan senaman muka dan mulut

2. Latihan senaman lidah-gerak ke atas/bawah, gulung lidah.

3. Latihan bibir-letak kayu aiskrim dibibir, kemam dengan kuat dan tarik.

4. Meniup belon

5. Menyedut dan membuat buih di dalam air

6. Meniup alat peniup hari jadi

7. Meniup wisel

8. Meniup bola pingpong menggunakan straw

9. Meniup alat buih sabun

10.Meniup warna air di atas kertas dengan menggunakan straw

11.Mengunyah

12.Tarik nafas guna hidung dan hembus nafas menggunakan mulut

13.Meniup udara atau straw kosong.

14.mengangakan mulut dan sebut “aaaaaa” smbil tangan menekap pada mulut dan

lepas berulang kali.

Page 15: KEPENTINGAN TERAPI

TERAPI SENI

DEFINISI

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani

kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh

merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen dan lain-

lain. Seni visual adalah hasilan karya seseorang individu dengan menggunakan

pelbagai teknik, contohnya melukis, mewarna, menampal, mencantum dalam bentuk

sama ada satu. Dua atau tiga matra. Terapi seni adalah sebuah bentuk terapi ekspresif

seni yang menggunakan bahan-bahan seperti cat, kapur, dan pen marker. Terapi seni

tradisional menggabungkan teori dan teknik psikoterapi dengan pemahaman tentang

aspek-aspek psikologi dari proses kreatif dan bahan-bahan seni yang berbeza.

Definisi terapi seni yang dikemukakan oleh ahli terapi seni professional (Wallker

dan Gilory, 1992) ialah a form of therapy in which the making of visual images (painting,

drawing, models, etc) in the presence of a qualified art therapist contributes toward

externalisation of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The

images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the

patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for

further treatment.

Definisi kedua terapi seni ini ialah seni adalah medium kepada komunikasi

simbolik. Pendekatan ini yang sering disebut sebagai seni psikoterapi, menekankan

produk-gambar, lukisan dan ekspresi seni lain. Terapi ini membantu dalam

menzahirkan masalah-masalah, emosi dan konnflik.

KEPENTINGAN SENI KEPADA MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar

2. Meluahkan perasaan

3. Menikmati keseronokan menjalani aktiviti

4. Menguatkan daya imaginasi

Page 16: KEPENTINGAN TERAPI

5. Menguatkan motor kasar dan motor halus

6. Memperkembangkan bakat

7. Menghayati nilai seni.

TEKNIK2

1. Lukisan

2. Kolaj

3. Mozek

4. Gurisan

5. Anyaman

6. Capan

7. Cetakan

8. Tiupan

9. Jahitan

10.Papier Mache

11.Model

12.Origami

13.Catan

14.Tekapan