KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL

2
KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian.Sebaliknya orang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah adalah tidak tabah dan tidak berani menerima cabaran fizikal kerana cepat berasa letih dan kehilangan tumpuan. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak mempunyai banyak lemak dalam badan. Dengan demikian, dia tidak mudah menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera. Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang lebih mudah mencapai pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental, emosi, rohani, dan sosial. Kesihatan menyeluruh merangkumi beberapa aspek, iaitu fizikal,emosi,rohani,intelek, dan sosial.Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponenj, iaitu kecergasan fizikal yang berasakan perlakuan atau kemahiran motor.Tahap kecergasan yang baik dapat dicapai melalui pelbagai latihan. Jenis aktiviti dalam latihan yang dilakukan bergantung kepada komponen kecergasan fizikal yang hendak dibina. FAEDAH LATIHAN FIZIKAL

description

kecergasan

Transcript of KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL

Page 1: KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL

KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL

Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja

mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti

harian.Sebaliknya orang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah adalah

tidak tabah dan tidak berani menerima cabaran fizikal kerana cepat berasa letih dan

kehilangan tumpuan. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak mempunyai

banyak lemak dalam badan. Dengan demikian, dia tidak mudah menghidap penyakit

seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Dalam sukan atau permainan,

seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah

tercedera. Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang lebih mudah mencapai

pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental,

emosi, rohani, dan sosial.

Kesihatan menyeluruh merangkumi beberapa aspek, iaitu

fizikal,emosi,rohani,intelek, dan sosial.Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua

komponenj, iaitu kecergasan fizikal yang berasakan perlakuan atau kemahiran

motor.Tahap kecergasan yang baik dapat dicapai melalui pelbagai latihan. Jenis aktiviti

dalam latihan yang dilakukan bergantung kepada komponen kecergasan fizikal yang

hendak dibina.

FAEDAH LATIHAN FIZIKAL

Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah.

Mengurangkan kandungan kolestrol dan glukosa di dalam darah.

Mengurangkan dan mengawal berat badan.

Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah

tinggi.