kemahiran berbahasa lisan mendengar bertutur membaca dan menulis
Kepentingan Kemahiran Lisan
-
Upload
afida-ariffin -
Category
Documents
-
view
284 -
download
1
Transcript of Kepentingan Kemahiran Lisan
Kepentingan Kemahiran Lisan.
Written by Mohamad Hairani Sharif
Sunday, 18 March 2012 10:07
Pengenalan
Manusia secara amnya dilahirkan boleh bercakap dan walaupun bayi tidak
dilahirkan dengan keupayaan untuk terus bercakap namun mereka menggunakan
tangisan dan gerak-geri untuk menyampaikan maksud dan kemahuan. Mereka juga
dapat menerima mesej yang kita cuba sampaikan dengan memahami bahasa isyarat
dan gerak-geri kita.
Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) merupakan salah satu aspek
kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang
memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang
mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan
perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan satu kemahiran
yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan lebih baik.
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu bertujuan :
a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah.
b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu
bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.
Kepentingan Kemahiran Lisan
Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-
lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum
mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan
bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan
perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih
berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa
dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian
jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak
dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan
suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa
yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu
bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang
betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal
persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan
dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini
memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
Membina Kemahiran Lisan
http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03refleksi_sutra.htmb) Peringkat pelaksanaan
aktiviti (semasa melaksanakan proses P&P ).
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting iaitu :
- murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana yang diarahkan.
- guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan
bahkan secara individu sekiranya perlu.
c) Peringkat susulan dan penilaian.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan
penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan
sama ada :
- objektif pengajarannya tercapai atau tidak.
- murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
- apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berkenaan.
- berdasarkan maklum balas yang diperolehinya, guru boleh membuat penambahbaikan
mengenainya. Paling penting, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan
susulan sama ada aktiviti pengayaan atau pemulihan.
Kesimpulan
Guru adalah pemain peranan yang penting untuk memastikan kejayaan murid-murid
menguasai kemahiran lisan. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan
berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran kemahiran lisan, maka guru-guru mesti
memastikan :
- guna bahasa baku (standard) iaitu bahasa yang ditutur oleh penutur asli.
- haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala antara guru dan murid
(speaker ang listener).
- mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis
http://www.skkb.net/skkb2010/index.php?
option=com_content&view=article&id=510:kepenting
Konsep Pendidikan Pengayaan.
Written by Mohamad Hairani Sharif
Wednesday, 28 November 2012 09:45
KONSEP PENDIDIKAN PENGAYAAN
Pendidikan pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti –aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia
mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti pengayaan ini, murid
akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat murid, daya kreatif, sifat
ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Prinsip-prinsip penting aktiviti pengayaan adalah secara kendiri, mengandungi arahan yang
jelas supaya murid boleh melakukannya sendiri.Ia juga boleh dijalankan secara individu atau
berkumpulan. Aktiviti-aktiviti pengayaan haruslah menarik,mencabar dan sesuai dengan
kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. Pengelolaan aktiviti pengayaan yang
fleksibel dimana murid bebas menjalankan aktiviti yang sedia ada atau melalui aktiviti yang
disediakan oleh guru setelah murid menguasai kemahiran asas sesuatu topik pembelajaran.
Tujuannya ialah untuk mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Aktiviti pengayaan
disediakan untuk semua murid dalam kelas sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana
atau lambat.
OBJEKTIF PENGAYAAN
1. Supaya murid-murid dapat menggunakan kemahiran yang dikuasai dalam pelajaran biasa
untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka.
2. Dapat menjalani aktivit-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka.
3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
4. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan
tujuan memperolehi ilmu.
5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran.
6. Memperkembangkan bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka
melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran dan sebagainya.
7. Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara
kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
Murid Pengayaan
1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiraan
abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang
penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.
Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, pendengaran dan
pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman
tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.
Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi
berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.
1. Kumpulan Mengikut Kebolehan
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan
menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar
kesukaran yang berbeza.
2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid
lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan
sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu
tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat
menjalani aktiviti pemulihan.
3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti
pengayaan yang disediakan. Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman
memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-
masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa
yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah kerja projek, permainan dan
rekreasi dan sebagainya.
Pengelolaan Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;
1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong
dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah
disediakan
b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan
kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru,
untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada
murid yang lambat.
c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakan-rakan
sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang
cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada
secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang
lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung
pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya
dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.
d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka
hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka
atau mengadakan perbincangan kelas.
2. Pilihan Guru
Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat
keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-
aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia
hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu
kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran
yang sedang dipelajari.
Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran.
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran.
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.
http://www.skkb.net/skkb2010/index.php?option=com_content&view=article&id=675:konsep-
pendidikan-pengayaan&catid=106:ilmu-pendidikan&Itemid=269
Kemahiran Bertutur
Bailey (2005) mengatakan ramai yang mempelajari bahasa merasakan kemahiran
bertutur dalam bahasa yang dipelajari mereka lebih sukar berbanding kemahiran-kemahiran
lain. Kesulitan ini disebabkan pertuturan berlaku dalam masa sebenar (real time). Apabila
seseorang bertutur, penutur tidak boleh menyunting dan mengulang balik apa yang
dituturkan berbanding dengan penulisan yang boleh disunting dan dapat diulang kembali.
Bertutur menurut Florez (1999) adalah proses interaktif dalam membina makna
tertentu yang melibatkan pengeluaran, penerimaan dan pemprosesan maklumat. Pertuturan
adalah bersifat spontan, terbuka (open-minded) dan semula jadi.
Bygate (2001) pula menganggap pertuturan sebagai satu proses yang melibatkan
pengetahuan dan kemahiran.
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa
bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur
prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan
alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga
melibatkan proses mental iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan
memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.
Bila dilihat kedudukan kemahiran bertutur dalam sesuatu kurikulum bahasa maka
kesimpulan penting yang dibuat oleh Luoma (2004) yang menyatakan kemahiran bertutur
merupakan komponen penting dalam kurikulum bahasa. Perkara ini menyokong pandangan
terdahulu oleh Tiedt, Bruemmer, Lane, Stelwagon, Watanabe, dan William (1983) yang merumuskan
bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, seseorang kanak-kanak yang dapat menguasai
kemahiran lisan dengan baik mempunyai kecenderungan untuk menjadi pembaca dan penulis yang
baik dalam sesuatu bahasa.
Kemahiran Mendengar.
Written by Mohamad Hairani Sharif
Thursday, 15 March 2012 19:03
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum
balas.
Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai
kemahiran berbahasa yang lain. Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran
menerima maklumat secara lisan.
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam
perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan
mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa
pertuturan.
Jalongo (1992) menyatakan bahawa kemahiran mendengar melibatkan tiga
perkara penting iaitu :
a) Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran
atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk
membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi dan menyimpan urutan bunyi dalam
ingatan.
b) Mendengar (Listening) – merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan,
menjadi peka, memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran.
c) “Auding” – iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada apa yang didengar,
menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan dan
menghargai apa yang didengar.
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar terbahagi kepada 3 iaitu peringkat
awal, pertengahan dan maju.
1) Awal
- Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
- Mendengar, mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa dan ayat.
- Menjawab soalan-soalan yang mudah.
2) Pertengahan
- Mengecam dan mengingat fakta.
- Mengenal informasi spesifik.
- Mengesan urutan.
- Proses mengenal sebab dan akibat.
- Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi.
- Mengenal sikap dan perasaan orang yang sedang
bercakap.
3) Maju
- Mengenal isi-isi penting.
- Mengenal peranan dan perhubungan.
- Mentafsir.
- Mencari jalan penyelesaian masalah.
- Mengikut aliran dalam dialog.
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal
dan mengamatinya Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran
mendengar jika dia boleh:
- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
Mendengar secara kritikal.
“auding”.
mengikut arahan.
memahami urutan atau sekuan.
mengingat kembali.
Menentukan idea utama / terpenting.
Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan.
RENUNGAN KENDIRI SECARA REFLEKTIF DENGAN RUJUKAN KHUSUS TERHADAP
KEKUATAN DAN KELEMAHAN RPH
Oleh Sutrawiya Haji Malong
PENDAHULUAN
Kerja Kursus Berportfolio (KKB) merupakan satu tanggungjawab rutin yang diamanahkan
kepada guru pelatih bagi menunjukkan adanya bukti pengaliran ilmu berlaku antara
pensyarah dan guru pelatih. Kemunculannya sering kali mengundang pelbagai senario
berbeza yang menjelma dalam minda setiap guru pelatih. Ada yang menganggap
kehadirannya sebagai aset pengalaman bermakna dan ada juga yang berasa kewujudannya
hanya sebagai beban yang menyusahkan. Namun apa pun perasaan itu, guru pelatih yang
berkualiti menghadapinya dengan minda terbuka kerana KKB merupakan salah satu
pengaliran ilmu secara tidak disedari yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada
guru pelatih.
Jika dihalusi objektif Jadual Penentuan Tugasan (JPT) KKB semester ini, dapat
difahami misinya ialah pengaplikasian penaakulan ilmu yang diperoleh melalui renungan
kendiri secara reflektif mahupun pembacaan intensif dalam menghasilkan rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan mampu mengatasi jurang pemikiran yang
berbeza antara murid. Rentetan daripada itu, menerusi penyataan misi tersebut, dapat saya
simpulkan bahawa, kehendak sebenar JPT pada kali ini adalah untuk melahirkan seorang
bakal guru yang mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri secara reflektif serta bijak
mencerakinkan dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran pedagogi yang dimiliki dalam
menghasilkan sesi pengajaran yang mantap dan berkesan.
Justeru itu untuk merealisasikan objektif tersebut dua tugas penting mesti kami
laksanakan. Yang pertama ialah menguasai sepenuhnya ilmu berkenaan kemahiran
melakukan refleksi, program pemulihan, program pengayaan, kriteria pemilihan bahan dan
penghasilan bahan bantu mengajar (BBM). Yang kedua ialah membuat renungan kembali
dengan menilai kelemahan dan kekuatan rancangan pelajaran harian (rph) yang telah
dihasilkan dalam praktikum fasa 1 agar strategi yang mantap dapat dibentuk bagi mengatasi
kelemahan diri di samping mengukuhkan kekuatan yang sudah dipunyai. Selain itu,
pengenalpastian kelemahan berbahasa di kalangan murid juga direnung kembali agar aktiviti
pemulihan yang bersesuaian dapat dihasilkan.
Melalui pencerakinan tugasan tersebut, saya merasakan KKB kali ini amat mencabar
dan memerlukan iltizam dan ketekunan yang tinggi agar semua prosesnya dapat disiapkan
sesempurna yang boleh. Metode yang saya gunakan dalam mengatasi kesukaran ini adalah
dengan merangka satu borang senarai semak yang mencatatkan sejarah perkembangan
KKB sehingga ke akhirnya.
SEJARAH PERKEMBANGAN KERJA KURSUS
Penerimaan JPT
Penerimaan JPT KKB Pengajian Melayu (PM) kali ini lewat daripada kebiasaannya. Senario
ini menimbulkan keresahan di hati guru pelatih Sains Pengajian Melayu (SNPM) Semester 5.
Keresahan ini akhirnya terurai apabila Encik Mazlan Ngah selaku penyelaras KKB Pengajian
Melayu Semester 5 menyerahkan JPT KKB PM pada 20 Julai.
Pemahaman JPT
Setelah menerima JPT KKB PM, saya pun mula menghalusi JPT tersebut agar pemahaman
yang jitu terhadap kehendak KKB dapat saya kuasai. Melalui dapatan maklumat yang saya
perolehi dalam JPT KKB ini, saya dapati terdapat lima tugas penting yang harus kami
selesaikan iaitu mengumpul, membaca serta menghasilkan nota dan grafik tentang tajuk
kemahiran membuat refleksi, konsep pemulihan dan pengayaan serta kriteria pemilihan dan
penghasilan bahan bantu mengajar (BBM). Selain itu, tugas seterusnya ialah melakukan
penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan tiga salinan RPH semasa praktikum fasa 1 dan
membuat pemilihan tiga aspek kekuatan dan kelemahan berserta refleksi pemilihannya.
Tugas yang ketiga tertumpu pada perancangan strategi yang mantap dalam menangani
kelemahan RPH dan sesi pengajaran dan pengajaran yang saya jalankan. Tugas keempat
dan kelima agak mudah kerana tugas dilaksanakan secara berpasangan. Justeru itu, beban
penyiapannya pun berkurangan. Untuk tugasan keempat dan kelima iaitu pengenalpastian
kelemahan berbahasa di kalangan murid serta penghasilan aktiviti pemulihan berorientasikan
perisian multimedia, saya berpasangan dengan Cik Rosnah Buntarang.
Perancangan Pelan Tindakan
Jika diperincikan, tugasan KKB kali ini agak mencabar. Justeru itu langkah yang sistematik
harus diambil agar misi penyiapannya berjalan lancar. Metode yang saya gunakan dalam
melancarkan penyiapan KKB ini ialah merangka pelan tindakan yang teratur dan
menyediakan senarai semak aktiviti agar segala perjalanan penyiapan KKB berjalan lancar
dan tidak melencong daripada kehendak JPT.
Pengumpulan dan Pemurnian Maklumat
Aktiviti pengumpulan tertumpu kepada pencarian dapatan data yang relevan bersangkutan
dengan kemahiran membuat refleksi, program pengayaan, program pemulihan dan kriteria
penghasilan BBM. Setelah segala maklumat saya peroleh, tindakan susulan yang saya
lakukan ialah melakukan pemurnian terhadap segala maklumat tersebut agar dapat
dijelmakan dalam bentuk nota dan grafik yang mudah difahami. Setelah pemurnian secara
manual saya jalankan, proses memasukkan segala nota mahupun grafik yang dihasilkan
dalam perisian pemprosesan perkataan dilakukan. Semasa melakukan tindakan ini, saya
sering melakukan kolaborasi dengan rakan-rakan pelatih agar hasil yang saya
manifestasikan mantap dan jitu.
Rujukan Tiga RPH dan Tindakan Susulan
Proses merujuk tiga RPH semasa praktikum fasa 1 bermotifkan pengenalpastian dan
penyenaraian sebanyak mungkin kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam RPH agar
pemilihan tiga aspek kekuatan dan kelemahan yang ketara dapat dilakukan. Pemilihan yang
dibuat hendaklah bersandarkan kepada hujah serta cetusan minda daripada pelbagai tokoh
yang relevan dalam ilmu pedagogi khasnya yang bersangkutan dengan pedagogi bahasa.
Melalui pemikiran reflektif secara terperinci dengan pengaplikasian KBKK melalui
penggunaan borang membuat keputusan, saya telah memilih aspek penulisan objektif yang
spesifik , penyebatian nilai dan kelancaran komunikasi sebagai kekuatan yang saya miliki.
Manakala aspek penyebatian KBKK, pemilihan aktiviti beraras tinggi, serta kecelaruan
penggabungjalinan kemahiran sebagai kelemahan ketara yang saya miliki. Pemilihan ini
bukan sahaja bersandarkan kepada cernaan minda tokoh semata-mata bahkan saya juga
mengambil kira sejauh mana kekerapan kekuatan dan kelemahan ini saya ulangi. Hal ini
saya telah bicarakan dengan terperinci dalam refleksi pemilihan yang saya hasilkan.
Aktiviti susulan daripada penyenaraian kelemahan yang saya kenal pasti ialah
merangka strategi yang berkesan dalam mengatasi kelemahan yang terdapat dalam RPH
yang telah saya hasilkan.
Saya berpendapat, aktiviti ini amat berguna kepada saya kerana aktiviti itu secara
tidak langsung dapat menyedarkan saya bahawa untuk menghasilkan suatu RPH yang
mantap serta pelaksanaan sesi P&P yang berkesan, kita sebagai guru seharusnya bijak
menggabungjalinkan segala kemahiran yang kita miliki.
Pengenalpastian Masalah Berbahasa di Kalangan Murid (Renungan Praktikum Semester 4)
Murid-murid di sesebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan. Mereka
mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berlainan. Bahkan, kehidupan sosial , budaya
ikutan serta kehidupan seharian juga turut berbeza. Akibat penglahiran perbezaan tersebut,
tidak hairanlah dalam sesebuah sekolah wujud pelbagai masalah pembelajaran yang sering
menghantui para guru dan tidak terkecuali dalam pembelajaran dan penguasaan berbahasa
di kalangan murid.
Justeru itu, untuk KKB kali ini, kami ditekankan agar membuat renungan kembali
terhadap kelemahan berbahasa yang menyelubungi murid-murid semasa menjalani
praktikum fasa 1 di S.K Senagang Keningau. Menurut Encik Mohd Isa Abd. Razak selaku
pensyarah pembimbing KKB kali ini, pengenalpastian kelemahan berbahasa ini haruslah
berlandaskan bukti bertulis iaitu hasil kerja tangan murid-murid (lembaran kerja) di samping
mengambil kira bukti lisan melalui pengalaman minda semasa melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menerusi penyelidikan yang saya lakukan bersama-sama dengan Cik Rosnah
Buntarang, jelas menunjukkan wujudnya kelemahan berbahasa di kalangan murid melalui
penyenaraian 19 kelemahan yang mencakupi bidang lisan, tulisan dan bacaan. Namun
kelemahan berbahasa paling ketara adalah tertumpu pada masalah dalam aspek tulisan.
Perancangan Aktiviti Pemulihan Berkonsepkan Perisian Multimedia
Setelah pengenalpastian aspek tulisan sebagai masalah berbahasa yang paling ketara ,
saya dan Cik Rosnah Buntarang telah merangka satu aktiviti pemulihan yang berorientasikan
perisian multimedia sebagai media perantaraan penyampaian sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menjurus kepada misi mengatasi masalah kelemahan menulis (tulisan) di
kalangan murid.
Pengaplikasian perisian multimedia sebagai media pengajaran dan pembelajaran
bukan sahaja dapat memudahkan tugas guru dalam usaha memulihkan kelemahan menulis
di kalangan murid bahkan langkah ini merupakan satu pendedahan awal kepada guru
mahupun murid dalam menempuhi alaf baru yang serba berteknologi tinggi. Di samping itu
pengenalan Komputer sebagai sumber BBM dapat menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Ini seterusnya dapat membantu memotivasikan
dan mengekalkan minat murid untuk mengikuti keseluruhan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Fenomena ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam
merealisasikan objektif pemulihan yang ingin dicapai.
Secara rumusannya, dengan adanya perancangan yang teliti dan disulami dengan
ketekunan dan kesabaran serta dihiasi dengan kecemerlangan pelaksanaan sudah pasti
hasil tugasan yang kita lahirkan mantap dan mampu menjadi cermin ke arah penghasilan
guru yang berketerampilan.
KOLABORASI
Kolaborasi yang pelbagai sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan KKB yang
terbaik. Aspek ini bukan sahaja dapat meleraikan sebarang permasalahan yang timbul tetapi
juga mampu mewujudkan hubungan interaksi yang positif dengan pihak-pihak yang tertentu.
Di samping itu dengan adanya kolaborasi yang aktif, kita akan dapat mengetahui kekuatan
dan kelemahan yang tersembunyi dalam diri kita. Hal ini berkaitan dengan penilaian kendiri
yang terbaik datangnya daripada penilaian orang lain. Justeru itu, saya telah menjalankan
beberapa kolaborasi terutamanya dengan rakan sepelatih dan juga pensyarah terlibat.
Melalui kolaborasi saya dengan Encik Mohd Isa Abd. Razak, pelbagai input berguna telah
saya peroleh. Input tersebut seterusnya saya aplikasikan untuk menghasilkan hasil tugasan
yang memberangsangkan serta menepati kehendak JPT. Misalannya, pada mulanya saya
menghadapi masalah dalam menghasilkan refleksi pemilihan tiga aspek kekuatan dan
kelemahan. Hal ini demikian kerana saya tidak mengandungi garis panduan yang khas
dalam memandu saya menghasilkan refleksi tersebut. Namun setelah berkolaborasi dengan
Encik Mohd Isa, akhirnya permasalahan ini dapat saya pecahkan. Menurut beliau, untuk
menghasilkan refleksi pemilihan yang berkesan dan mantap, kita seharusnya bersandarkan
kepada nukilan minda tokoh-tokoh bahasa dan bukannya terlalu bergantung pada cetusan
pemikiran kita semata-mata. Selain Encik Mohd Isa Abd. Razak, saya juga turut
mengadakan kolaborasi dengan beberapa orang pensyarah bahasa yang lain seperti En
Mazlan Ngah, En. Abdullah Musa serta En Awang Jaya Awang Damit.
Ringkasnya aktiviti kolaborasi amat penting agar kualiti tugasan yang kita
manifestasikan mantap dan berkesan. Selain itu, ia juga dapat membina satu nilai kendiri
yang positif melalui tindakan susulan yang kita lakukan bagi menyelesaikan setiap
permasalahan dan kelemahan diri.
HASIL PEMBELAJARAN
Pemerolehan ilmu pengetahuan daripada aktiviti pemprosesan maklumat mendatangkan
banyak manfaat kepada saya. Antara kebaikan yang saya peroleh ialah input berkenaan
konsep pemulihan, pengayaan, kemahiran membuat refleksi serta kriteria pemilihan dan
penghasilan bahan dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berketerampilan dan
mampu menjadi mangkin perubahan kepada anak didik kelak. Misalannya, melalui
pemahaman saya terhadap konsep serta rasional pemulihan dan pengayaan, saya dapati
kewujudannya disebabkan timbulnya rasa keprihatinan guru-guru dalam mengatasi jurang
pemikiran di kalangan murid disebabkan adanya perbezaan dari segi kebolehan, minat dan
bakat. Jurang pemikiran inilah yang menghasilkan murid cerdas, sederhana dan lembam.
Justeru itulah, untuk menjadi seorang guru yang berkaliber, kita harus mempunyai ilmu yang
secukupnya dalam bidang ini (pemulihan dan pengayaan) supaya kita dapat melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang memberikan impak yang memuaskan dan
berpanjangan. Kekurangan ilmu terhadap bidang tersebut akan mendorong kepada
penglahiran murid yang serba kekurangan.
Selain itu, melalui aktiviti membuat refleksi ataupun renungan kembali terhadap sesi
praktikum fasa 1 membolehkan saya merenung kembali kekuatan dan kelemahan yang
terdapat dalam diri saya. Melalui renungan ini, sedikit sebanyak membantu menyedarkan
saya agar sentiasa prihatin dengan kelemahan diri dan seharusnya sentiasa berusaha untuk
mengatasi kelemahan tersebut melalui pelbagai strategi-strategi yang bernas dan
memberangsangkan. Di samping itu, kekuatan yang ada sepatutnya dikekalkan dan
dimantapkan.
Di samping itu, menerusi tugasan ini, pelbagai kesedaran timbul dalam diri saya
antaranya, untuk menjadi seorang guru yang baik dan berkesan, kita seharusnya sentiasa
prihatin dengan tahap pemikiran yang dipunyai oleh murid kita. Dengan cara ini segala
aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan mampu memberi pulangan
ilmu yang menggalakkan buat mereka. Hal ini demikian, sekiranya, kita merancang dan
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tahap kognitif
murid sudah pasti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan sia-sia ataupun
seperti sekadar "mencurahkan air di daun keladi". Bahkan ada kalanya pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang kurang mantap akan memburukkan lagi tahap kognitif
dan mentaliti murid tersebut.
Di samping itu melalui aktiviti penghasilan BBM yang bersandarkan penggunaan
perisian multimedia telah mendorong kami untuk menyedari bahawa sebagai seorang guru
yang berketerampilan kita seharusnya peka dengan ledakan dunia sains dan teknologi.
Kedaifan kita dalam mengikuti arus kemodenan akan menyebabkan kita akan menjadi
seorang guru yang tidak berkualiti pada alaf baru ini. Justeru itu sebagai seorang guru
bermutu tinggi, segala ilmu terkini seharusnya menjadi "makan minum seharian yang harus
diambil setiap hari. Jika tidak kita akan mati kebuluran."
Akhir sekali tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran dan rasa iltizam yang
menggunung tinggi. Melalui kesabaran, hasil tugasan yang ingin kita siapkan akan mencapai
objektif penyiapannya. Sekiranya perasaan sabar tersebut menjelma menjadi sifat malas dan
kurang sabar sudah pasti mengganggu dalam menyiapkan hasil tugasan. Di samping itu
dengan adanya kesabaran dan iltizam yang tinggi, sudah pasti senario murid yang lemah
dalam penguasaan pembelajaran tidak akan wujud. Hal ini demikian kerana kita sentiasa
sabar dan rajin berusaha bagi mencari penawar untuk mengubati masalah murid yang lemah
dan lembam.
Kesimpulannya, tugasan kali ini banyak memberikan anjakan paradigma kepada saya
dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dalam profesion perguruan.
RUMUSAN
Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan aktiviti yang telah dirancang
hendaklah diterapkan ke dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber,
berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi baru kelak.
Tanpa semangat dan minat yang mendalam, sesuatu kerja ataupun aktiviti yang ingin kita
jalankan akan terbengkalai dan tidak bermutu tinggi dari segi nilai estetikanya. Justeru itu,
penggabungjalinan kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi akan menghasilkan tugasan
yang efesien dan berkualiti tinggi.
Dalam hal ini, saya telah mencuba sehabis baik untuk diri saya. Sebarang permasalahan
yang timbul sepanjang proses menyiapkan KKB ini telah saya jadikan iktibar dan
pengalaman agar kelak pengalaman itu akan menjadi aset penguat kepada diri saya melalui
tindakan susulan yang bersesuaian
Akhir sekali, sesungguhnya segala kekurangan dan kepincangan yang terdapat dalam hasil
tugasan ini adalah datangnya daripada kelemahan dan kedaifan diri saya sendiri dan segala
kebaikan dan kesempurnaan hasil ini datangnya dari keagungan Allah S.W.T. jua.
http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03refleksi_sutra.htm 8/4/2013