KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

download KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

of 6

description

kepentingan kemahiran saintifik

Transcript of KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

1.0 PengenalanKurikulum sains sekolah rendah dan sekolah menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan sahaja berkenaan dengan fakta tetapi ia juga mewakili proses cadangan dan memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita. Pengetahuan saintifik merupakan hasilan daripada aktiviti saintis.Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan secara khusus kemahiran saintifik yang digunakan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bagi mata pelajaran Sains Tahun 5. Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ia dipersembahkan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang mengandungi matlamat, objektif dan kerangka kandungan kurikulum untuk tempoh tiga tahun untuk Sains Sekolah Rendah Tahap Dua.Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Proses kemahiran sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pembelajaran sains bukan sahaja bahan bacaan saintifik. Membaca pelbagai buku sains dan menghafal setiap kandungannya tidak akan menjadikan seseorang menjadi saintis. Oleh yang demikian, guru sains perlulah merangka aktiviti hands-on yang bermakna untuk membantu murid untuk mengenali, mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran saintifik mereka. Kemahiran kaedah saintifik merupakan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran proses sains ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).1.1 Kemahiran SaintifikSains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

2.0 Perbincangan mengenai kepentingan kemahiran saintifik dalampembelajaran sains 2.1 Definisi Kemahiran Proses SainsKemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwaberdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna muridmurid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkanpemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains?Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains darisegi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran prosesyang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabilamurid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapantentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telahdijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masingtentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-matamempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediadamelalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada: i. MemerhatikanKemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, murid perlu menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena (Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas. Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif. Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur, bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor. Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan, mengukur dengan menggunakan benda.

ii. MengelaskanPengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah dan susunan bersiri.

iii. Mengukur menggunakan nomborproses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

iv. Membuat inferensMembuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperolehi.

v. MeramalkanMeramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal merupakan prosesyang berterusan dan di lakukan sepanjang masa. vi. BerkomunikasiBerkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalambentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masaKemahiran ini merangkumi keupayaan untuk mmemerihalkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.

viii. Mentafsirkan dataKemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

ix. Mendefinisikan secara operasiMendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

x. Mengawal pembolehubahMengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

xi. Membuat hipotesisKemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

xii. MengeksperimenKemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

2.2 Kemahiran ManipulatifKemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.