Kepentingan Kontrak Sosial

3
Kemunculan kontrak sosial ini merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu yang bertujuan untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Kontrak sosial merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum. Beberapa perkara penting yang terdapat dalam kontrak sosial ialah perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan yang akhirnya amat berpengaruhi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia pada masa kini. Tanpa kontrak sosial ini, mungkin kita tidak akan dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Oleh sebab itu, kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Ia juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang telah menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Permuafakatan kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955. Sepertimana yang disenaraikan sebelum ini iaitu perkara-perkara yang utama dalam kontrak sosial ialah yang berkaitan dengan perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan akhir sekali sistem pemerintahan. Perlembagaan adalah undang-undang asas negara yang berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual yang bersifat untuk menyentuh tentang bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif. Selain itu menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang Negara kita. Perlembagaan merupakan hasil kajian daripada kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan Malaysia.

description

Kepentingan Kontrak Sosial

Transcript of Kepentingan Kontrak Sosial

Page 1: Kepentingan Kontrak Sosial

Kemunculan kontrak sosial ini merupakan usaha semua kaum di Tanah

Melayu yang bertujuan untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur

politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang

tersendiri. Kontrak sosial merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan

pelbagai kaum.

Beberapa perkara penting yang terdapat dalam kontrak sosial ialah

perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan yang

akhirnya amat berpengaruhi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia pada

masa kini. Tanpa kontrak sosial ini, mungkin kita tidak akan dapat mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan

permuafakatan itu sebagai prasyarat. Oleh sebab itu, kontrak sosial adalah anak

kunci kepada hubungan kaum di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam

perlembagaan. Ia juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang telah

menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan

konsep negeri dan persekutuan.

Permuafakatan kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan

musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat

sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan

raya 1955. Sepertimana yang disenaraikan sebelum ini iaitu perkara-perkara

yang utama dalam kontrak sosial ialah yang berkaitan dengan perlembagaan,

kemerdekaan, hubungan kaum dan akhir sekali sistem pemerintahan.

Perlembagaan adalah undang-undang asas negara yang berperanan

sebagai panduan bagi membentuk undang-undang. Perlembagaan Malaysia

mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual yang bersifat untuk

menyentuh tentang bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif. Selain

itu menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan

sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang Negara kita. Perlembagaan

merupakan hasil kajian daripada kontrak sosial yang membawa kepada

kemerdekaan Malaysia.

Page 2: Kepentingan Kontrak Sosial

Kemerdekaan pula ialah pemerintahan negara dengan sendiri oleh

penduduk-penduduk dalam Negara kita yang secara amnya menuntut

kedaulatan. Kemerdekan Negara kita adalah dicapai pada 31 Ogos 1957 yang

telah diusahakan oleh beberapa pemimpin yang berwibawa. Dengan

kebijaksanaan mereka, kemerdekaan Negara telah dicapai tanpa menumpahkan

darah. Sikap kerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata

sepakat telah menjadi pendekatan yang terbaik bagi masyarakat majmuk di

Persekutuan Tanah Melayu. Kepentingan kontrak sosial di sini adalah sebagai

pemangkin kemerdekaan Tanah Melayu kerana kontrak sosial telah mendapat

persetujuan daripada semua kaum di Tanah Melayu.

Hubungan kaum di Negara kita masih amat harmonis kerana sikap

bertolak ansur dan saling memahami. Walaupun Negara kita terdiri daripada

pelbagai kaum termasuk orang Dayah, Bidayuh, Dusun dan sebagainya selain

daripada Melayu, Cina dan India. Kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan

kemajuan pembangunan bagi sesuatu negara banyak bergantung kepada

perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia kita sendiri untuk mencapai

perpaduan. Penduduk kita terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi

agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kita tetap boleh hidup perpaduan dalam satu kelompok

yang amat harmonis kerana mengetahui tentang kepentingan untuk menjaga

hubungan etnik di negara kita iaitu Malaysia. Dengan adanya kontrak sosial yang

seragam, hubungan kaum di Malaysia tidak menjadi huru-hara kerana kita

semua mengetahui bahawa satu perjanjian telah dipersetujukan dalam kontrak

sosial tersebut dan tidak ada sesiapapun boleh membangkang isu-isu dalamnya.

Elemen terakhir yang berkaitan dalam kontrak sosial ialah sistem

pemerintahan di Malaysia. Ia adalah sistem beraja yang memang telah wujud di

negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lagi. Menurut sistem beraja ini, raja

mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran seperti

yang termaktub dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu tidak

boleh dipersoalkan.

Page 3: Kepentingan Kontrak Sosial

Kenapa keempat-empat elemen ini berkaitan dengan kontrak sosial yang

ingin dibincangkan disebabkan dengan adanya kontrak sosial tersebut, barulah

mempunyai sistem pemerintahan yang bersistematik yang membawa kepada

perpaduan antara hubungan kaum di Malaysia yang lalu memudahkan proses

pencapaian kemerdekaan. Akhirnya perkara-perkara yang dibincangkan dalam

kontrak sosial diambil pertimbangan dalam pembentukan perlembagaan

Malaysia yang merupakan undang-undang asas bagi sesebuah negara.

Secara keseluruhannya, kontrak sosial ini adalah bertujuan untuk

mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Dengan

kepadatan isu-isu yang dibincangkan dalamnya yang mengambil kira kebaikan

setaip kaum, kita harus mengetahui tentang kepentingan-kepentingan yang

boleh didapati daripada kontrak sosial ini. Dengan tuntutan orang Melayu dan

bukan Melayu, persoalan kerakyatan dan sistem pemerintahan dan sebagainya.

Dengan kajian tentang kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia, dapatlah kita membuat sedikit rumusan tentang kepentingan yang

dibawa kepada kita. antaranya ialah tanpa kontrak sosial, tidak ada

perlembagaan yang telah dijadikan sebagai undang-undang asas negara kita

kerana isu-isu yang disebutkan dalam kontrak sosial memang berguna dalam

pembangunan negara terutamanya dengan tujuan untuk mengurangkan masalah

perkauman yang mungkin tercetus di Malaysia.