KEPENTINGAN UNDANG
Click here to load reader
-
Upload
ikafizzycola -
Category
Documents
-
view
5.159 -
download
0
Transcript of KEPENTINGAN UNDANG
KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DARI SEGI
PERSEPSI ISLAM DAN PELBAGAI AGAMA
1.0 Al-Quran Sebagai Sumber Utama Perundangan Islam
Dari segi definisi perundangan Islam Al-Quran merupakan sumber utama dalam
perundangan Islam. Ia merupakan kalamullah yang berupa mukjizat yang diturunkan oleh Allah
s.w.t kepada penutup nabi dan rasulullah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w melalui
perantara malaikat Jibril a.s yang tertulis pada masahif. Ia diriwayatkan kepada manusia secara
mutawattir, membacanya adalah satu ibadah
Ia dimulai dengan surah Al- Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas. Firman Allah
s.w.t menyatakan : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan
kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya –
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.( Surah An Nisa’ ayat: 59)
1.1 Sifat-Sifat Al- Quran Sebagai Sumber Perundangan Islam
Antara sifat-sifat Al Quran yang digunakan sebagai sumber perundangan Islam iaitu
Syumuliyyah, tidak membebankan dan kurang tanggungan kewajipan yang menjadi asas
perundangan Islam. Sifat utama Al-Quran ialah Syumuliyyah iaitu segala perkara-perkara yang
terdapat dalam Al-Quran menyeluruh dan terperinci tentang segala kehidupan manusia dimuka
bumi ini.
1
Selain itu, sifat-sifat Al-Quran juga tidak membebankan umat manusia. Syariat Islam
diturunkan oleh Al-Quran adalah untuk menyelesaikan masalah manusia dengan bertujuan
memberi keselesaan dalam kehidupan dan menegakkan keadilan.
Maka dengan tujuan itu, undang- undang yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah
bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan tabiat manusia itu sendiri. Akhir sekali ialah
kurang tanggungan kewajipan yang mana ia adalah ciri-ciri undang - undang yang dibawa oleh
Al-quran kepada manusia. Ia juga bertujuan supaya tidak membebankan manusia yang mana
hukum- hukum yang terdapat dalam Al-quran sama ada dalam bentuk perintah atau larangan
amat terbatas, mudah difahami dan diamalkan.
1.2 Beransur Dan Berperingkat Dalam Perlaksanaan Undang-Undang
Islam mengambil pendekatan yang baik iaitu pensyariatan secara berperingkat dan
beransur-ansur. Contohnya, Allah s.w.t telah menurunkan ayat tentang arak. Pada mulanya, ia
sekadar memberi nasihat dan peringatan agar mereka berfikir secara serius sebelum
meminumnya.
Kemudian Allah s.w.t cuba menarik minat tentang bahaya arak kepada manusia yang
lebih besar daripada manfaat yang dirasakan terdapat pada kedua-duanya. Allah s.w.t juga
mengenakan larangan arak pada masa tertentu dan pada akhirnya barulah Al-quran menjelaskan
hukum pengharaman arak ini secara keseluruhannya
.
2
1.3 Matlamat Perundangan Islam
Terdapat beberapa matlamat yang digariskan dan menjadi asas dalam perundangan Islam
iaitu pertama untuk memelihara agama. Islam agama yang dicipta oleh Allah s.w.t kepada
manusia untuk menjamin keselamatan dan kebahagian hidup didunia dan diakhirat. Oleh itu,
Islam memerintahkan umat islam supaya mempertahankan agama ini daripada dicemari dan
dicerobohi oleh musuh
Cara-cara Islam memelihara agama ialah dengan mengambil tindakan tegas terhadap
golongan yang menyeleweng daripada ajaran islam seperti riddah, khurafat, dan ajaran sesat.
Selain itu, islam mengharamkan riddah ( murtad ) dan mewajibkan hukuman mati kepada sesiapa
yang murtad dan member kebebasan beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan dalam
beragama.
Pembuktian juga telah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
r.a ketika sekelompok umat Islam telah murtad secara beramai-ramai maka Khalifah Abu Bakar
telah menghantar armada perang bagi memerangi golongan ini sehingga berlakunya syahid
secara beramai ramai. Dijangkakan 70 orang penghafal Al-Quran juga telah syahid pada ketika
itu. Ini menunjukkan betapa komitednya Syariah Islamiah menjaga kesinambungan dan kesucian
agama Islam itu sendiri.
Kedua, untuk menjaga nyawa. Nyawa manusia adalah adalah anugerah Allah s.w.t yang
paling bernilai dan berharga kerana tanpa nyawa manusia akan mati. Justeru, bagi menjamin dan
memelihara nyawa manusia daripada diceroboh dan dibunuh atau memastikan tiada unsur-unsur
yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Islam telah mengharamkan pembunuhan
3
serta menetapkan hukuman qisas ataupun diyat atau irsy terhadap sesiapa yang melakukan
kesalahan membunuh atau berkaitannya.
Selain itu, matlamat perundangan yang ketiga ialah untuk menjaga akal. Kesempurnaan
seseorang manusia itu terletak pada akalnya. Melalui akal, manusia dapat mengkaji segala
ciptaan Allah s.w.t yang ada di alam ini dan berfikir untuk menggunakan segala sumber-sumber
yang ada untuk memakmurkannya.
Akal juga digunakan untuk mempelajari segala bidang ilmu pengetahuan untuk
kebahagian hidup manusia. Syariah Islamiah telah mengharamkan arak bagi menjaga kestabilan
dan kecerdasan akal, kerana arak boleh memudaratkan akal fikiran, mengakibatkan pelbagai
kemusnahan dan ibu bagi segala kemaksiatan dan kebahayaan.Firman Allah s.w.t : Wahai orang-
orang yang beriman! sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah antara amalan syaitan yang keji. oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu tergolong dalam golongan orang yang berjaya. ( Surah Al- Maidah
ayat: 90) .
Matlamat perundangan yang keempat iaitu untuk menjaga keturunan. Manusia adalah
makhluk Allah s.w.t yang paling mulia jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain.
Namun kemuliaan itu bergantung kepada pembentukan keluarga yang sempurna iaitu keturunan
nasab yang jelas dan diketahui asal-usulnya.
Justeru, manusia hendaklah menjaga keturunanya daripada dicemari oleh perbuatan yang
boleh merosakkan keturunan asal-usulnya. Oleh hal yang demikian, Islam telah mengharamkan
perbuatan zina. Sesiapa yang didapati bersalah, Allah s.w.t telah menetapkan hukuman rejam
4
sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada sesiapa yang belum
berkahwin.
Perundangan Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan
yang sempurna dan jelas asal usulnya agar kehidupan umatnya selesa dan bahagia serta diredhai
oleh Allah s.w.t. Diriwayatkan juga dari Imam Muslim , Dari Abi Hurairah RA telah berkata :
seorang lelaki muslim telah datang berjumpa rasulullah saw yang pada ketika itu sedang berada
di masjid dan dia memanggil rasulullah saw seraya berkata : “wahai rasulullah.. Sesungguhnya
aku telah melakukan zina.” Dan dia mengulangi kata-kata itu sebanyak 4 kali. Kemudian dia
membawa 4 orang saksi . Rasulullah saw bertanya : adakah engkau hilang akal ketika engkau
berzina? Dijawab : tidak. Rasulullah saw bertanya lagi: adakah engkau telah berkahwin? Lelaki
itu pun menjawab :ya. Maka rasulullah saw mengarahkan kepada sahabat-sahabat yang ada
pada ketika itu: bawalah dia dan rejamlah dia.”.
Matlamat perundangan yang seterusnya ialah untuk menjaga maruah. Maruah seseorang
manusia itu bergantung kepada ketinggian akhlak dan budi pekertinya. Akhlak yang mulia
membentuk keperibadian yang tinggi dan budi pekerti yang terpuji dapat membentuk sahsiah
yang mulia. Seterusnya mereka mendapat akan mendapat penghormatan daripada masyarakat.
Oleh kerana kehormatan sangat penting kepada manusia, perundangan Islam telah
menetapkan beberapa cara untuk memelihara kehormatan dan maruah sendiri. Islam
mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf iaitu sebatan
sebanyak 80 kali. Selain itu, Islam juga menyuruh umat islam menjaga batas-batas pergaulan,
percakapan dan tingkah laku. Matlamat perundangan Islam yang terakhir ialah untuk memelihara
5
harta. Telah menjadi tabiat bagi Syariah Islamiah sebagai sebuah perundangan yang menjaga
harta benda manusia dari di zalimi dan dirampas oleh orang lain.
Oleh itu, Syariah Islamiah mempunyai sebuah perundangan yang mengharamkan
rampasan harta milik orang lain yang bukan haknya.Dalam hal ini, Allah SWT telah berfirman :
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-
hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya .(Surah Al Baqarah ayat: 188).
Allah juga berfirman dalam (Surah An Nisaa ayat: 29) Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang
salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
6
2.0 Perundangan Dari Segi Perspektif Pelbagai Agama
Undang-undang keagamaan adalah undang-undang yang terdapat di dalam sesuatu
agama. Falsafah undang-undang keagamaan perlulah dibezakan dengan falsafah sistem undang-
undang lain seperti sistem undang-undang Common Law dan sistem undang-undang komunis.
Di dalam ilmu kajian perbandingan undang-undang, undang-undang keagamaan juga
dikategorikan sebagai undang-undang diri (personal law), iaitu undang-undang yang mengawal
kehidupan seseorang individu. Contohnya, apabila seseorang ingin berkahwin, maka dia akan
merujuk kepada undang-undang agamanya untuk menentukan keesahan perkahwinan yang akan
dilangsungkan.
Setiap agama ada undang-undangnya. Contohnya, terdapat ajaran "Sepuluh Prinsip" (The
Ten Commandments) di dalam agama Yahudi yang salah satunya melarang pembunuhan. Oleh
itu, sebahagian pengikut mungkin lebih taat mengikuti undang-undang agama, manakala
sebahagian pengikut tidak berapa menghiraukan undang-undang agama.
2.1 Pandangan Pelbagai Agama Tentang Bunuh Diri
Bagi menjelas dan memperincikan lagi tentang kepentingan undang-undang kepada
kehidupan manusia dari segi perspektif Islam dan agama lain, contoh hukum bunuh diri dari
pelbagai sudut agama dapat dibezakan melalui undang-undang yang telah ditetapkan oleh setiap
agama.
7
2.1.1 Agama Kristian
Agama Kristian Awal tertarik kepada kesyahidan yang merupakan suatu tindakan yang
dibenarkan oleh agama mereka. Kematian Jesus juga dianggap sebagai sejenis bunuh diri oleh
sesetengah orang, umpamanya Tertullian. Adanya tujuh kes bunuh diri dalam Wasiat Lama.
Dalam kitab Matthew 27:3, pembunuhan diri Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus mungkin
merupakan suatu tanda sesal atau sekurang-kurangnya suatu pengakuan kebersalahannya.
Kumpulan penyokong bunuh diri yang paling terkenal ialah kumpulan Donatis yang
mempercayai bahawa melalui membunuh diri, mereka boleh mencapai kesyahidan dan naik
ke syurga. Mereka melompat daricenuram, membakar diri dalam bilangan-bilangan besar, serta
menghentikan pengembara-pengembara dan menawarkan wang atau mengugut mereka dengan
kematian untuk menggalakkan mereka membunuh orang yang dikatakan syahid Donatis. Mereka
itu akhirnya diisytiharkan sebagai pembidaah.
2.1.2 Katolisisme Moden
Dalam agama Katolisisme, kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai suatu dosa
besar. Alasan utama Kristian adalah bahawa hayat seseorang dimiliki tuhan dan oleh itu,
pemusnahan nyawa disamakan dengan perbuatan untuk menguasai apa yang sebenarnya
dipunyai tuhan. Bagaimanapun, alasan ini ditentang oleh David Hume yang berpendapat bahawa
jika membunuh ketika seorang masih semula jadinya hidup adalah salah, ia haruslah salah juga
untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang akan semula jadinya mati, kerana ini juga kelihatan
menentang kehendak Tuhan.
8
Konteks yang penting tentang pengutukkan bunuh diri Gereja Katolik ialah desakan
mutlak gereja terhadap kesucian hidup. Adalah dari segi ini, dan memandangkan bahawa
perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang berfikir selepas pertimbangan jelas bahawa gereja
menganggap bunuh diri sebagai salah satu daripada dosa yang paling besar dan dengan itu
mengakibatkan risiko penglaknatan abadi.
2.1.3 Budhhisme
Menurut agama Buddha, perbuatan-perbuatan seseorang pada hayat terdahulu
mempunyai pengaruh yang kuat ke atas apa yang dialaminya pada hayat kini; perbuatan-
perbuatan kini pula mempengaruhi pengalaman-pengalaman masa depan.
Agama Buddha mengajar bahawa semua orang mengalami banyak penderitaan yang
berasal daripada perbuatan-perbuatan negatif dahulu, iaitu kitaran kelahiran dan kematian
peristiwa-peristiwa yang tidak tetap dan cepat berlalu dalam kehidupan.
Bagi penganut-penganut agama Buddha, ajaran pertama ialah untuk menahan diri
daripada tidak memusnahkan nyawa, termasuk nyawa sendiri. Bunuh diri dianggap sebagai suatu
bentuk tindakan yang negatif. Walaupun pandangan demikian, suatu ideologi kuno Asia yang
serupa dengan seppuku (hara-kiri) terus mempengaruhi penganut-penganut agama Buddha yang
tertindas supaya memilih bunuh diri maruah.
9
Contoh yang paling terkenal ialah pembunuhan diri Thich Quang Duc melalui
pengorbanan diri untuk membantah terhadap kerajaan Ngo Dinh Diem. Juga pada zaman moden,
sami-sami Tibet telah mempergunakan tanggapan ini untuk memperbantahkan
pendudukan Cina di Tibet, dan pencabulan hak asasi manusia penduduk-penduduk Tibet
oleh China.
2.1.4 Hinduisme
Dalam Hinduisme, membunuh diri dianggap sebagai sama sahaja dosanya dengan
membunuh orang lain. Kitab-kitab umumnya mengatakan bahawa kematian melalui bunuh diri
(dan sebarang kematian ganas) mengakibatkan seseorang menjadi hantu. Bagaimanapun, agama
Hindu menganggap bahawa membunuh diri melalui puasa di bawah berbagai-bagai keadaan
yang tertentu dapat diterima. Amalan ini yang dikenali sebagai Sallekhana memerlukan terlalu
banyak masa dan daya fikiran sehingga tindakan tersebut tidak lagi merupakan suatu tindakan
mengikut gerak hati. Amalan tersebut juga memberikan masa untuk seseorang menyelesaikan
semua urusan duniawinya, berfikir-fikir tentang kehidupan, serta mendekati diri dengan Tuhan.
2.1.5 Islam
Islam, serupa dengan agama-agama Nabi Ibrahim yang lain, memperlihatkan bunuh diri
sebagai suatu dosa yang amat menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang. Bagi mereka yang
dahulu percaya, tetapi akhirnya menolak kepercayaan mereka kepada Allah, hakikatnya
kelihatan jelas negatif.
10
Sepatah ayat dalam juzuk keempat Al-Quran, An-Nisaa berkata: "Dan janganlah kamu
bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29) Larangan
terhadap bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya,
"Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan
orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang
melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia
melemparkan dirinya di dalam neraka."
2.2 Perbezaan Antara Undang-Undang Jenayah Islam Dengan Undang-Undang Ciptaan Manusia
Undang-Undang jenayah Islam Undang-Undang Ciptaan Manusia
1. Undang-undang Jenayah Islam adalah
ciptaan Allah S.W.T. yang bersifat Maha
Bijaksana dan Maha Mengetahui tentang
sesuatu. Oleh itu undang-undang yang dicipta-
Nya itu sesuai untuk setiap masa dan tempat.
1.Manakala Undang-undang ciptaan manusia
sentiasa menerima perubahan mengikut
keadaan, masa dan tempat serta kemahuan
orang yang membuat undang-undang.
11
Maka undang-undang Islam dalam semua
bidang tidak berubah dan bertukar mengikut
masa dan tempat.
2. Undang-undang Islam memandang manusia
itu sama rata. Tidak ada bezanya di antara
berpangkat tinggi atau rendah, miskin atau
kaya, pihak yang berkuasa ataupun rakyat
biasa. Siapa sahaja yang melakukan kesalahan
tetap akan menerima hukuman. Tidak ada
pengecualian atau keistimewaan diberikan
kepada pihak-pihak yang tertentu. Hukuman
dikenakan secara menyeluruh kepada semua
golongan masyarakat yang sudah mempunyai
cukup tanggungjawab (mukallaf) terhadap
kesalahan yang dilakukan.
2. Manakala dalam undang-undang ciptaan
manusia, walaupun pada umumnya untuk
menjaga kepentingan orang ramai tetapi
sebaliknya, iadigubal untuk menjaga
kepentingan suatu golongan sahaja. Sebab itu
dalam mana-mana undang-undang positif
(dunia) terdapat fasal-fasal yang memberikan
hak keistimewaan kepada golongan tertentu
ataupun orang-orang perseorangan dengan
tidak ada undang- undang yang boleh
mendakwanya.
3. Undang-undang Islam berhubung rapat
dengan soal akhlak atau perasaan hati. Islam
menganggap budi pekerti yang baik sebagai
sendi masyarakat. Oleh kerana itu tiap-tiap
perbuatan yang bertentangan dengan akhlak
tetap akan menerima balasan dan hukuman,
sama ada di dunia atau di akhirat. Mana-mana
kes yang mempunyai bukti dan keterangan
yang lengkap akan dihukum di dunia ini,
manakala kes-kes yang tidak terang dan
tersembunyi, ia tetap akan menerima hukuman
di hadapan Hakim Yang Maha Adil.
3. Berbanding dengan undang-undang dunia
yang boleh dikatakan mengetepikan langsung
soal akhlak. Undang-undang dunia akan
mengambil tindakan kepada seseorang hanya
apabila perbuatannya itu membawa kerosakan
secara langsung kepada orang lain. Sebagai
contohnya, perbuatan zina yang tidak dianggap
salah oleh undang-undang positif kecuali jika
sekiranya dengan cara perkosaan atau tanpa
kerelaan sebelah pihak.
12
4. Begitu juga perbuatan minum arak, undang-
undang Islam memandang perbuatan itu satu
kesalahan walaupun sipeminum itu tidak
sampai mengganggu ketenteraman orang
ramai.
4. Undang-undang ciptaan manusia tidak
menganggap meminum arak satu kesalahan
melainkan jika peminum tersebut berada di
khalayak ramai dan mengganggu ketenteraman
orang ramai. Pada lahirnya memanglah
perbuatan itu tidak mencerobohi sesiapa, tetapi
pada hakikatnya minuman arak itu boleh
merosakkan akal fikiran manusia. Apabila akal
sudah rosak dengan sebab minum arak, ia
boleh menjadi punca kepada perbuatan keji
yang akhirnya membahayakan masyarakat.
2.3 Kesimpulan
Sepertimana yang telah diketahui, perbezaan hukuman hudud adalah disebabkan
berbezanya bentuk-bentuk jenayah, seperti hukuman bunuh yang dikenakan kepada mereka yang
menentang agama ataupun murtad kerana jenayah ini adalah jenayah yang paling bahaya dan
memudaratkan.
Begitu juga hukuman yang dikenakan kepada para penzina yang telah berumah tangga,
beliau dibunuh dengan direjam sehingga mati kerana beliau telah mengkhianati suaminya yang
13
telah diamanahkan oleh Allah untuk dia taati, malahan ia juga memberi akibat yang buruk
kepada imej keturunan dan memberi kesan buruk kepada masyarakat dengan menyebarkan
pelbagai bentuk penyakit yang memudaratkan seperti AIDS dan sebagainya, sehinggakan orang
yang tidak bersalah juga menjadi mangsa.
Umat Islam mestilah mengetahui mengetahui bahawa, keadaan jenayah itu memberi
kesan kepada hukuman yang dikenakan seperti soal jenayah khalwat dan sebagainya, ia berbalik
kepada kepandaian dan kecerdikan para pemerintah. Ini bukanlah sesuatu yang menjanggalkan
tetapi perbuatan ini adalah untuk menjaga keperluan masyarakat dari dizalimi melalui prinsip
keadilan yang ada pada Islam.
Oleh itu, hukuman yang diletakkan oleh Syariah Islamiah bukanlah sebuah hukuman
yang sebarangan, tetapi sebuah hukuman yang rasional bagi menjaga dan memelihara
kepentingan-kepentingan manusia sejagat.
2.4 Masalah Dan Realiti
Masalah yang berlaku dalam dunia islam pada zaman sekarang ini adalah kejumutan
yang berleluasa atas alasan “keterbukaan pemikiran”, sehinggakan wujud individu dan
kumpulan-kumpulan tertentu yang menentang Syariah Islamiah ini walaupun mereka menggelar
diri mereka sebagai Islam.Islam bukanlah sebuah agama yang menolak keterbukaan, bahkan
Islam adalah penganjur kepada program keterbukaan minda ini. Allah SWT berfirman :
14
“Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada manusia keterangan dan bukti, supaya kamu
memahaminya”. (Al-Hadid : 17)
Mereka yang menentang hukum Allah ini mempunyai 2 jenis golongan. Golongan
pertama adalah golongan yang tidak tahu hukum Allah atas kejahilan diri sendiri dan pengaruh
orang ramai, golongan ini adalah golongan yang sangat kasihan dan perlu dididik dan diasuh
dengan akidah yang kuat.
Aqidah dan keimanan merupakan sebuah aspek penting dalam mentaati hukum Allah dan
Sunnah Rasulullah. Ini dapat dibuktikan dengan dua keadaan. Keadaan pertama : pada zaman
Rasulullah SAW, kebanyakan sahabat bukanlah orang yang berilmu dan terpelajar, bahkan ada
juga dikalangan sahabat Rasulullah SAW adalah orang a`rabie (أعربي). Orang `arabie ini jika di
Malaysia dipanggil orang asli. Tidak tinggi ilmu pelajaran, namun , mereka sangat patuh dengan
perintah Allah dan Rasul-Nya atas didikan Aqidah dan Asuhan keimanan oleh Rasulullah SAW.
Keadaan kedua: masyarakat zaman sekarang yang tidak mengambi peduli soal Aqidah
dan keimanan yang total. Bagi orang yang berada dalam keadaan ini, dunia adalah segala-
galanya, Aqidah dan keimanan di anak tirikan. Fenomena ini amatlah merunsingkan seluruh
umat Islam .
Golongan yang kedua pula merupakan golongan yang tahu akan hukum Allah SWT,
tetapi mereka menolak hukuman itu atas kepentingan peribadi. Umat Islam mempunyai begitu
15
banyak pusat pengajian Islam di seluruh dunia, Di Malaysia, yang terkenal adalah UIA, UM,
USIM, UKM dan sebagainya, Di luar negara pula Universiti Al-Azhar , Universiti of Jordon dan
sebagainya, namun ada dikalangan penuntut institusi pengajian Islam ini menyeleweng dari
hukum Allah, mengatakan hudud tidak sesuai dilakukan pada masa ini, hukuman Allah kejam
dan tidak ada tujuan dan sebagainya. Mereka melakukan perkara ini adalah disebabkan pangkat
yang tinggi, gaji yang melambung, pujian yang melangit dan sebagainya.
Realiti yang berlaku ini amat menyedihkan, umat hanyut dengan kesenangan dunia dan
merasa tidak perlu berhukum dengan hukum Allah SWT. Merasa bahagia dan terpelihara dengan
hukuman ciptaan sendiri. Allah SWT telah menyeru kepada kita yang lalai dan lupa ini supaya
berhukum dengan hukuman Allah SWT .
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan
membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang
Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi
pembela bagi orang-orang yang khianat. (An-Nisaa: 105)
16