kepentingan lukisan

7
KEPENTINGAN LUKISAN Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah: untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar • untuk merakamkan sesuatu peristiwa sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik) sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik. Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain dalam minda dan melalui perasaan dalamannya? JENIS – JENIS LUKISAN 1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

Transcript of kepentingan lukisan

Page 1: kepentingan lukisan

KEPENTINGAN LUKISAN

Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah:

• untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar

• untuk merakamkan sesuatu peristiwa

• sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)

• sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik.

        Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain dalam minda dan melalui perasaan dalamannya?

JENIS – JENIS LUKISAN

1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot

Page 2: kepentingan lukisan

Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

Series 1 oleh Emily Deacon

Lukisan Kajian

Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

                                                                         Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci

Page 3: kepentingan lukisan

LUKISAN ARKITEKTURAL

Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek. Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:

- membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

- menghubungkan idea dan konsep rekaan,

- memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,

- untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina,

- sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,

- sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.

LUKISAN ARKITEKTURAL

Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek.Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:

membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

menghubungkan idea dan konsep rekaan,

memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,

untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina,

sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,

sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.

Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap.

Page 4: kepentingan lukisan

Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD.

                                               The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.

Lukisan Teknikal Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina. Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami. Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.