KEPENTINGAN MENYEDIAKAN DAN MENYIMPAN REKOD KEWANGAN

download KEPENTINGAN MENYEDIAKAN DAN MENYIMPAN REKOD KEWANGAN

of 6

description

KEPENTINGAN MENYEDIAKAN DAN MENYIMPAN REKOD KEWANGAN

Transcript of KEPENTINGAN MENYEDIAKAN DAN MENYIMPAN REKOD KEWANGAN

1. KEPENTINGAN MENYEDIAKAN DAN MENYIMPAN REKOD KEWANGAN

Jenis rekod adalah seperti berikut:Jenis rekodCiri-ciriContoh

a. Rekod kewangan Memberi maklumat tentang segala urusan kewangan ladangRekod perbelanjaan dan rekod pendapatan

b. Rekod fizikalMengandungi maklumat tentang segala sumber pengeluaran dan kemudahan ladangRekod tanaman, rekod ternakan, rekod penggunaan tenaga pekerja

REKOD KEWANGAN1. Rekod kewangan merupakan rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan. 2. Rekod kewangan berguna bagi mengurus atau mengawal perbelanjaan, menilai prestasi ladang, mengetahui jumlah pemiutang, menilai aset yang ada dan menilai liabiliti yang ditanggung. 3. Ia merangkumi tentang segala urusniaga yang dilakukan oleh pengurusan ladang meliputi catatan seperti kos pembelian baja, biji benih, racun serta makanan untuk haiwan.

KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD ADALAH UNTUK :1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.2. Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.3. Untuk memudahkan program pembiakan.4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

APAKAH BELANJAWAN?1. Belanjawan adalah satu rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya memperolehi keuntungan maksimum. 2. Anggaran belanjawan melibatkan ramalan harga keluaran, kuantiti hasil dan pendapatan.3. Tujuan utama menyediakan belanjawan adalah untuk membolehkan peladang membuat bandingan antara beberapa cara menggunakan sumber pengeluaran yang terhad.4. Antara faedah membuat anggaran belanjawan adalah seperti berikut:a) Membolehkan perancangan dilakukan dengan lebih teratur.b) Membolehkan kesan sesuatu teknik atau kaedah baru ke atas keuntungan ladang diuji sebelum digunakan.c) Membolehkan peladang membuat perbandingan antara beberapa pilihan dan seterusnya memilih yang paling sesuai.d) Mengelakkan sesuatu perkara yang penting terlepas daripada perhatian.e) Merupakan satu alat mengawal kewangan ladang.

5. Jenis belanjawan disediakan iaitu:a. Belanjawan lengkapb. Belanjawan separuh

6. Belanjawan lengkap dilakukan untuk merancang seluruh operasi ladang dan biasanya digunakan untuk merancang operasi ladang yang baru. Belanjawan separuh biasanya digunakan untuk merancang perubahan ke atas sebahagian daripada operasi ladang seperti penggunaan teknologi atau mesin baru ataupun penggantian projek dengan yang lain.

7. Langkah-langkah menyediakan belanjawan adalah seperti berikut:a. Menyenaraikan barang yang sedia ada atau yang boleh digunakan.b. Jika perusahaan itu sedang diusahakan, kirakan semua kos serta pendapatan dan seterusnya keuntungan.c. Menentukan kelemahan dalam perusahaan sekarang.d. Menentukan pilihan baru yang boleh dijayakan.e. Rangkakan rancangan baru dan bagi setiap rancangan tentukan kos, pendapatan dan keuntungan bersih.f. Memilih bidangusaha yang paling menguntungkan untuk diusahakan.

CIRI-CIRI HAMSTER BAGI PEMBIAKAN

1. Bagi induk betina pilih induk betina berusia antara 4-11 bulan dengan bentuk tubuh dan kesihatan yang baik. 2. Jika bunting kurang dari usia 3 bulan, hamster betina berisiko melahirkan anak lemah kerana pertumbuhan belum maksimum. 3. Setelah berusia lebih daripada 12 bulan, hamster betina tidak boleh bunting lagi. 4. Namun begitu, ada kes hamster betina lebih 12 bulan dibuntingkan, tetapi tidak lama kemudian ia sakit dan mati. 5. Keadaan anak yang lahir lemah dan mudah mati. 6. Berbeza dengan hamster betina yang dibiakkan ketika berusia 4 bulan, hamster jantan boleh dibiakkan ketika berusia 5 minggu. Kadangkala hamster jantan tidak tertarik kepada hamster betina hingga berusia 3-4 bulan.7. Tempoh subur hamster jantan ialah 18 bulan.

MAKANAN HIDUPMakanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBIAK BETTA

1. Pra pembiakan ( Conditioning ) Induk jantan dan betina diasingkan. Induk jantan dalam sebuah bekas dan betina dalam akuarium secara komuniti. Makanan utama seperti Moina, tubifex worm atau blood worm boleh diberikan.

2. Penyediaan tangki pembiakan Tangki berukuran 12x10x10 adalah memadai. Tangki diisi air separuh penuh dengan air paip&air hujan yang telah diheningkan. Letakkan satu keratan paip PVC 6 untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan sedang aggresif.

3. Mencampurkan induk Induk jantan dimasukkan dalam tangki pembiakan. Bila ia telah membina sarang buih, sudah sedia untuk membiak. Induk betina dimasukkan dalam botol di dalam tangki pembiakan untuk merangsangpembiakan ikan jantan.

4. Membuat sarang buih Induk jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera danmenghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih bercantum membentuk segumpal sarang. Pada permulaan berlaku pergaduhan induk jantan&betina. Bila kedua-dua induk sedia mengawan,ia akan berada dibawah sarang dan mulai mengawan.

5. Pengawanan Semasa mengawan, ikan jantan dan betina membelitkan badannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskan ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaikki oleh ikan jantan. Proses ini berulang-ulang antara 1-1.5 jam.

6. Penjagaan telur Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina dikeluarkan dari tangki pembiakann dan dibuat rawatan. Induk jantan mengawasi telor sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry Telur menetas selepas 24-30 jam.Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya. Selepas 3 hari fry akan mula berenang dan perlulah diberikan makanan. Makanan terbaik ialah air hijau yang boleh didapati dalam ternakan keli / tilapia. Kaedah lain ialah makanan artemia yang baru menetas. Selepas 5 hari boleh diberikan makanan rumusan berbentuk serbuk. Fry berumur 7-10 hari dipindahkan ke tangki pemeliharaan dengan diberikan makanan moina atau blood worm yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu pengudaraan.8. Pengasingan/pembotolan Setelah 3 bulan, jantan mulai agresif dan perlulah diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina dipelihara dalam akaurium secara komuniti. Untuk penghasilan komersial pastikan ruang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.

KELEBIHAN KAEDAH TUNJUK CARA 1. kaedah pembelajaran yang berlainan dan kreatif serta dapat menarik perhatian pelajar. 2. pelajar juga tidak akan berasa bosan kerana sesi pembelajaran dan pengajaran ini sentiasa aktif dan menarik perhatian. 3. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan4. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah 5. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen 6. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti. 7. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah8. dapat memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran9. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi10. Pelajar dapat mencontohi sesuatu dengan lebih tepat dan mudah. 11. Memperkukuhkan ingatan pelajar. 12. Memudahkan pelajar membentuk konsep dan prinsip.13. minat kerana boleh melihat secara peribadi. 14. Mengingatkan pelajar tentang aspek penting yang seharusnya di beri perhatian. 15. Mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh serta dapat membentuk kemahiran dan sikapKELEMAHAN KAEDAH TUNJUK CARA 1. Sekiranya guru lemah dari segi pengetahuan pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang lebih bersifat tradisional iaitu guru-guru hanya berkuliah dan pelajar belajar secara hafalan.2. Guru juga akan kurang berupaya mengesan salah tanggapan pelajar tentang konsep.3. guru lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan yang digunakan semasa mengajar.4. Jika berlakunya kekurangan peralatan atau kurang keupayaan untuk berfungsi akan menyebabkan tergendalanya sesi pengajaran dan pembelajaran5. Memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.6.