Kepentingan Pendidikan Moral

download Kepentingan Pendidikan Moral

of 5

Transcript of Kepentingan Pendidikan Moral

  • 7/30/2019 Kepentingan Pendidikan Moral

    1/5

    Kepentingan Pendidikan Moral

    -Untuk mencapai aspirasi negara

    -selaras dengan kehendak Rukun Negara

    - Matlamat Wawasan 2020

    -Sesuai dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan

    - benteng pertahanan dalaman

    - membantu pelajar menangani situasi

    Matlamat Pendidikan Moral

    Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat

    membentuk individu yang berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan boleh menyumbang

    ke arah keharmonian dan kestabilan negara

    serta masyarakat global

    Objektif Pendidikan Moral

    1.Memahami dan menghayati nilai-nilai

    murni masyarakat Malaysia.

    2.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

    3.Menyedari dan menerima kepentingan

    tanggungjawab moral dan sosial bagi

    mengekalkan kesejahteraan hidup dalam

    perhubungan diri dengan keluarga,

    masyarakat, negara serta alam sekitar.

    4.Mengembangkan pemikiran moral, emosi

    moral dan amalan moral dalam membuat

    sesuatu pertimbangan dan keputusan yang

    selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat

    Malaysia

    Ciri-ciri yang perlu ada dalam

    pendekatan Pendidikan Moral

    Memberikan ilmu kognitif

    Membina kemahiran dan amalan

    psikomotor

    Memupuk dan menanam

    penghayatan afektif

    Membentuk pandangan, sikap dan

    akhlak afektif

    Mewujudkan hubungan mesra

    antara guru dengan pelajar

    Menyatu padukan faktor dan nilai

    Merentasi kurikulum

    Pendekatan Pemupukan Nilai

    Pendekatan pemupukan nilai

    merujuk kepada proses pemupukan

    budi pekerti yang baik pada diri

    kanak-kanak

    Strategi pengajaran dan pembelajaran

    pendekatan ini adalah seperti berikut:

    1. Menentukan nilai yang akan

    dipupuk.

    2. Mengenalpasti taraf

    penghayatan yang

    dikehendaki.

    3. Menentukan objektif-objektif

    pelajaran.

  • 7/30/2019 Kepentingan Pendidikan Moral

    2/5

    4. Memilih teknik-teknik

    pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai:

    a) meningkatkan tingkah

    laku yang bermoral

    b) mengajar tingkah laku

    moral yang baru

    c) mengukuhkan tingkah

    laku yang bermoral

    d) mengurangkan tingkah

    laku yang yang tidak

    bermoral

    5. Melaksanakan pengajaran

    pembelajaran dalam kelas

    Menilai pengajaran pembelajaran

    Penjelasan Nilai

    Pendekatan ini membantu pelajar

    menjelaskan apa yang mereka anggap

    sebagai bernilai dan memperoleh satu set

    nilai yang nyata, yang boleh digunakan

    sebagai panduan hidup.

    Proses penjelasan nilai mengandungi tiga

    subproses seperti berikut:

    .

    1 Memilih

    a. secara bebas

    b. daripada beberapa alternatif

    c. selepas mempertimbangkan

    kesan setiap alternatif

    2. Menghargai

    a. berasa gembira dengan

    pilihan

    b. secukupnya hingga mahu

    atau sanggup menyerahkan

    pilihan itu

    kepada orang lain

    3. Mengambil tindakan

    a. melakukan sesuatu terhadap apa

    yang dipilih

    b.berulang-ulang dalam suatu pola

    kehidupan

    2.4 Analisis Nilai

    Setelah memahami penjelasan nilai,

    sekarang marilah kita melihat pula apa yang

    dimaksudkan dengan pendekatan analisis

    nilai.

    Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah

    seperti berikut:

    1. Mengenal pasti dan menjelaskan

    nilai yang dipersoalkan

    2. Mengumpul data / maklumat

    berkenaan apa yang didakwa

    sebagai fakta

    3. Mengukur kebenaran tentang fakta

    itu

    4. Menjelaskan sama ada fakta

    berkenaan relevan atau tidak

  • 7/30/2019 Kepentingan Pendidikan Moral

    3/5

    5. Mencapai sesuatu keputusan yang

    muktamad tentang nilai yang

    dipersoalkan

    6. Menguji prinsip nilai yang

    dibayangkan oleh keputusan nilai

    yang dibuat

    2.6 Pembinaan Rasional

    Seperti pendekatan perkembangan

    moral kognitif dan pendekatan analisis nilai,

    pendekatan pembinaan rasional

    menekankan kepada pemikiran yang

    rasional dan kritis. Pendekatan ini

    melibatkan pelajar meneliti makna dan

    fungsi nilai serta menganalisis sifat dan

    dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam

    pendekatan ini sesuatu nilai dianalisiskan

    bukan sahaja yang berkaitan dengan

    sesuatu tindakan atau pertimbangan

    tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan

    nilai-nilai yang lain

    bagaimana pendekatan pembinaan rasional

    boleh digunakan.

    1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari

    segi maksud dan perhubungan

    antara satu dengan lain

    2. Membuat generalisasi konsep nilai

    diri dan nilai diterima oleh

    masyarakat

    3. Menimbangkan implikasi dan kesan

    yang mungkin timbul dalam situasi

    berkonflik

    4. Membuat keputusan munasabah

    dengan kriteria mengutamakan nilai

    5. Memupuk penglibatan diri secara

    emosi

    Pendekatan tindakan

    Pendekatan tindakan sosial yang

    dimajukan oleh Fred Newmann dianggap

    sebagai satu pendekatan yang memberikan

    peluang tertentu kepada pelajar untuk

    bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai

    agen moral

    mencapai matlamat ini guru boleh

    menggunakan garis panduan di bawah.

    1. menyedari isu atau masalah yang

    dihadapi oleh pelajar dan komuniti

    2. memahami isu

    3. memutuskan tindakan yang akan

    diambil

    4. merancang dan menggubal matlamat

    dan strategi

    5. melaksanakan rancangan tindakan

    sama ada secara individu atau

    kumpulan

    6. merenung tindakan-tindakan yang

    telah diambil dan menimbangkan

    tindakan selanjutnya.

  • 7/30/2019 Kepentingan Pendidikan Moral

    4/5

    Rancangan Tahunan, Rancangan

    Semester dan Rancangan Mingguan

    1.1.1 Kepentingan

    1. Rancangan kerja merupakan

    satu panduan kepada guru

    tentang topik-topik yang

    hendak disampaikan.

    2. Dapat mengelakkan guru

    daripada terpesong daripada

    topik/objektif pembelajaran.

    3. Membantu guru menentukan

    strategi pembelajaran yang

    bersesuaian dengan tema,

    masa dan objektif.

    4. Membantu guru menyediakan

    bahan-bahan pengajaran dan

    pembelajaran mengikut minat

    dan kebolehan murid-murid.

    5. Perlu merujuk HuraianSukatan Pelajaran untuk

    mengetahui bidang

    pembelajaran dan kandungan

    akademik yang dikemukakan.

    6. Dapat menyediakan alat-alat

    bantu mengajar secara terancang.

    Rancangan Tahunan / Semester

    Rancangan tahunan mata pelajaran

    biasanya dijadikan rancangan untuk dua

    semester tahun pelajaran yang berkenaan.

    Rancangan semester merujuk kepada

    rancangan kerja yang disediakan untuk

    satu-satu semester

    Dalam menyediakan rancangan semester

    langkah-langkah berikut perlu diikuti:

    1. membuat pemetaan Sukatan

    Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah

    topik dan sub topik yang perlu diajar

    sepanjang tahun;

    2. agihkan topik dan subtopik yang perlu

    diajar kepada dua semester;

    3. masukkan topik yang perlu

    diajar sepanjang semester dengan

    mengambilkira cuti sekolah dan aktiviti-

    aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah

    dalam takwim sekolah

  • 7/30/2019 Kepentingan Pendidikan Moral

    5/5

    Rumusan

    Rancangan harian perlu mengambil kira

    perkara berikut:

    1. Mengenal pasti objektif am, objektif

    explisit dan objektif perlakuan setiap

    topik yang hendak diajar

    berdasarkan huraian sukatan

    pelajaran

    2. Mengambilkira semua faktor yang

    akan mempengaruhi pelaksanaan

    pengajaran dan pembelajaran dalam

    kelas. Pengetahuan sedia ada

    murid dalam kelas, bilangan murid,

    tahap kecerdasan mereka, keadaan

    fizikal bilik darjah, sumber-sumber

    yang sesuai digunakan dan

    sebagainya

    3. Mengetahui secara terperinci isi-isi

    yang hendak disampaikan kepada

    murid-murid dan urutan yang sesuai

    untuk menyampaikan isi-isi

    berkenaan

    4. Memilih teknik dan sumber

    pengajaran dan pembelajaran yang

    dapat meningkatkan kualiti

    pembelajaran murid-murid di

    samping mencapai hasil

    pembelajaran yang dirancangkan

    5. Persediaan mengajar harian

    biasanya mengandungi butiran yang

    lebih terperinci seperti contoh

    pengajaran di atas.

    6. Buku rekod mengajar adalah satu

    kemestian yang perlu ada pada

    setiap orang guru dan dicatat

    rancangan pengajaran yang akan

    diajarkan pada setiap hari. Buku

    Rekod Rancangan Mengajar perlu

    dihantar kepada guru besar untuk

    ditandatangani pada setiap minggu.