Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

3
Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia. Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan

description

Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Transcript of Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Page 1: Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan,

Rukun Negara teras panduan,

Satu Malaysia benteng negara,

Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya

perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,

slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’

Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan

perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,

banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum

di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan

masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing

lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina,

Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati

lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang

sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan

mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat

harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang

demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan

perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,

“ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi

penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik

kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia

mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan

Page 2: Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat

sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia.

Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada

masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat

Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik

kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara,

seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat

memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat

Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan

bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri

mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu

sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai

kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi

negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan

kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita

ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana

rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan

sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara

rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal

yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan

keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak

mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan

kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan

Page 3: Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan

sempurna dan bersikap bertolak ansur