Kepercayaan Orang Cina

7

Click here to load reader

Transcript of Kepercayaan Orang Cina

Page 1: Kepercayaan Orang Cina

Kepercayaan Orang Cina

Pada zaman dulu-dulu , orang Cina percaya bahawa alam dikuasai oleh spirit-spirit yang kekuatannya luar biasa dan mereka hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya.

Zaman Shang

Pemujaan alam semula jadi seperti angin, bumi dan sungaiPemujaan roh nenek moyang dan dewa dewi

Melakukan upacara sembahyang/pemujaan

Zaman Chou

Penyembahan nenek moyang, bulan dan sungai dan penyembahan tokoh Percaya roh dan nenek moyang akan menhukum mereka atau membantu

mereka membuat keputusan bijak Penghormatan diberikan dengan menyediakan makanan dan minuman keras

untuk mereka Jika nenek moyang ditanam di tempat baik, keturunan dia akan mendapat

rezeki yang banyak Roh nenek moyang berada di tahap antara manusia hidup dengan Tuhan dan

pada suatu hari nanti nenek moyang akan menjadi Tuhan

Zaman Han

Bermulanya penyembahan tokoh Diperkenalkan oleh Hu Ti dengan mendirikan tokong untuk ibu bapanya (Han

Kao Tsu) di seluruh dunia

Zaman Tang

Kemunculan agama Buddha dari India dengan membawa orang Buddha dari India

Agama Buddha Siddharta Gautama atau Gautama Buddha ialah pengasas agama Buddha

Lotus Sutra ialah kitab rujukan utama

Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana :

Bersifat terbuka dan senang difahami Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan Konfusiusme Peperangan berlaku dalam negara Mempunyai pegangan agama dapat menenangkan hati masyarakat Cina

yang mengalami kesusahan waktu peperangan Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme

4 Kebenaran Mulia dalam agama Buddha :- Dukkha/ Penderitaan

Page 2: Kepercayaan Orang Cina

- Samudaya/ Sebab Penderitaan- Niradha/ Nafsu yang membawa penderitaan- Marga/ Cara menghilangkan nafsu dan keinginan

Jalan Lapan Lapis Mulia :- Pengetahuan Yang Baik- Permikiran Yang Baik- Percakapan Yang Baik- Pertapaan Yang Baik- Keinginan Yang Baik- Kehidupan Yang Baik- Usaha Yang Baik- Kepercayaan dan Pengetahuan Yang Baik

Tokoh Utama Guan Yin yang bermaksud mata cemerlang Amithaba bermaksud Syurga Barat

Menurut dasar fikiran orang Cina, fenomena alam boleh dibahagikan kepada dua

iaitu “Yin 阴” dan “Yang 阳”. “Yang” mempunyai konsep aktif, contohnya seperti lelaki, matahari, nombor ganjil, arah selatan dan cahaya panas (waktu siang). “Ying” mempunyai konsep pasif, contohnya seperti perempuan, bulan, nombor genap, gelap dan dingin (waktu malam). Orang Cina percaya kepada fengshui dalam kehidupan mereka dan Ying Yang penting dalam fengshui. Setipa bangunan, tempat tinggal yang digunakan harus disesuaikan keadaan fengshui supaya dapat menghindari segala malapetaka.

Konsep Yin Yang dianjurkan oleh Taoisme. Yin dan Yang merupakan nafas dan kekuatan yang dilambangkan dengan bentuk lingkaran yang dibahagikan kepada dua bahagian dengan garis yang saling melingkar. Garisan ini memisahkan Yin dan Yang. Bulatan pula melambangkan prinsip alam semesta.

Yin Yang

Page 3: Kepercayaan Orang Cina

Orang Cina percaya bahawa kehidupan mereka mempunyai kaitan rapat dengan

tiga dasar iaitu langit atau “tian” 天, bumi atau “di” 地 dan kehidupan manusia

sendiri atau dikenali sebagai “dao” 道.

Tian 天

- Merujuk kepada langit atau syurga- Dewa Tian merupakan dewa yang paling berkuasa dan penting- Mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang- Dikaitkan dengan pemerintahan seluruh dunia- Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan

pemerintahan.

Di 地

- Merujuk kepada bumi- Sebagai pelengkap kepada konsep Tian dimana mereka bertindak sebagai

pemelihara atau penjaga.

Dao 道

- Merujuk kepada lorong / jalan yang memandu manusia kea rah kebaikan- Fahaman dan konsep Konfusianisme mengaitkan Dao dengan tabiat atau

kebaikan dan keburukan seseorang- Menurut Konfusius, konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh supaya

dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Kepercayaan Berdasarkan Ahli Falsafah Cina :

Konfusianisme

- Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan, dan sosio politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius.

- Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.

- Dalam Konfusianisme, manusia dikatakan tidak boleh hidup sendirian, melainkan hidup bersama-sama dengan manusia lain, tujuan akhirnya adalah kebahagiaan individu.

- Manusia perlu meliputi lima hubungan “wu lun” untuk mencapai kedamaian : Raja dengan Menteri Ayah dengan Anak Suami den Isteri Abang dengan Adik Kawan dengan Kawan

Page 4: Kepercayaan Orang Cina

- Seperti yang terkandung dalam Kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama dari segi

perikemanusiaan atau “ren” 仁 , kesusilaan atau “li” 礼 , dan ketaatan kepada

ibu bapa atau “xiao” 孝 .- Manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat baik iaitu :

Perikemanusiaan “ren 仁” Kewajaran “yi 仪” Kesusilaan “li 礼” Kearifan “zhi 智’’

- Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semula jadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.

Kong Tze

Taoisme/ Daoisme

- Ajaran yang dikemukakan oleh LaoTze 老子- Lao Tze bermkasud orang tua yang bijaksana- Lao Tze berasa sangat kecewa akan kehidupan dunia, sehinggan membuat

keputusan mengasingkan diri dan tidak campur tangan dengan urusan dunia.- Menurut ajaran Tao, manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan baik. Jalan

yang mereka akan ditempuh adalah untuk mempertahankan dan memelihara kesucian dan keadaan baik.

- Beliau kemudian menulis Kitab Tao Te Ching / Dao De Jing 道德经 yang menjadi dasar pandangan ajaran Taoisme.

Terdapat lima budi baik jalan Tuhan yakni :

Berlakuan peramah Berkelakuan sopan santun

Page 5: Kepercayaan Orang Cina

Cerdas Jujur Adil

- Pada pertengahan zaman Dinasti Han, muncul seorang yang bernama Zhang Dao Ling yang juga menulis kitab Tao. Beliau menyembuhkan pesakit sehingga ramai orang kemudian menjadi pengikutnya. Pengaruhnya begitu besar sehingga dasar-dasar ajarannya menjadi agama Tao yang disebut Dao

Jiao 道教.- Lao Tze mengajar hidup selaras dengan alam, Dao Jiao mengajar supaya

untuk menentang kehendak alam. Usaha ini mereka lakukan dengan jalan melakukan tapa untuk hidup abadi, jimat-menjimat, dan menolak pengaruh jahat, sakit dan penyakit.

Lao Tze

Legalisme

- Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan Dinasti Chin.

- Han Fei Zi menggabungkan tiga kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu :

Kuasa “ shi 势” Cara “shu 术” Perundangan “fa 法”

- Mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyat.

- Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan dalam ajaran Konfusianisme.

- Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak d negara China.

- Book of The Lord Of Shang Menentang idea dunia feudal

Page 6: Kepercayaan Orang Cina

Bangsawan harus diganti dengan tentera hieraki Muzik, sejarah dan falsafah merosakkan masyarakat/ negara

Han Fei Zi