Kepimpinan

18
Kepimpinan Carta organisasi persatuan pandu puteri Malaysia. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun Penaung Diraja YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor Yang Di Pertua

description

pandu puteri

Transcript of Kepimpinan

Page 1: Kepimpinan

Kepimpinan

 Carta organisasi persatuan pandu puteri Malaysia.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah HamidunPenaung Diraja

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah MansorYang Di Pertua

Page 2: Kepimpinan

DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar ShahTimbalan Yang Di Pertua

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd TaibKetua Pesuruhjaya

Page 3: Kepimpinan

Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Bil. Jawatan Pegawai Tempoh

1. Yang Di PertuaYABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

2. Timbalan Yang Di PertuaDYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah

2010 - 2013

3. Ketua PesuruhjayaYBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

2008 - 2013

4.Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Antarabangsa

Cik Jeyadhevi Subramaniam2012 - 2015

5.Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Tunas

Puan Tee Huey Ghee2011 - 2014

6.Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Remaja

Cik Margaret Lim Pei Tee2010 - 2013

7.Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Renjer

Cik Ainil Shahnaz bt Muhamad Sham 2012 -

2015

8. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Puan W. Hasnah bt Abdullah2011 – 2012

9.Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan Dewasa

Puan Nurulain bt Hj. Ngah2011 – 2014

10. Pesuruhjaya Guild Kebangsaan Puan Lucy Lee2011 – 2014

11. Pesuruhjaya Program dan Latihan Puan Tek bt Mohamad Noor2011 – 2014

12. Pesuruhjaya Keahlian YBhg Datin Zainon bt Zainuddin2012 – 2015

13.Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat

Cik Joyce Ong Choon Kim2011 – 2014

14. Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan Puan Hjh Salbiah bt Ma'arof2011 – 2014

Page 4: Kepimpinan

Ahli Ex-Officio

Bil. Jawatan Pegawai

1. Setiausaha Kehormat Cik Nabihah bt Badar

2. Bendahari Kehormat Puan Zahridah Hanum bt Mazlan

3. Penasihat Undang-Undang Puan Rusnita bt Noor

Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia

1917

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

1920anPek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur

1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan

1925Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.

1928

Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

1932Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

Page 5: Kepimpinan

1937-1946Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1947

Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.

1948-1960Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.

1957Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.

1960PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

1962PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

1964

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

1967-1976Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

1969

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

1977-1986

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

1986PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.

1987-1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan

Page 6: Kepimpinan

sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

1998Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.

1999Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

2000

8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)

2001

7-12 September – Kem Integrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

2002

April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.

Page 7: Kepimpinan

2003

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2004

Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama

Page 8: Kepimpinan

Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

Page 9: Kepimpinan

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

2007

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Page 10: Kepimpinan

2008

19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

Page 11: Kepimpinan

Penaung-Penaung Di Raja

1917 - 1957Ratu England

1957 - 1960DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Khurshiah Ibni Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

1960 - 1965DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tengku Badriah Ibni Almarhum Tengku Ismail

1965 - 1970DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Sri Setia Raja

1970 - 1975DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

1975 - 1980DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Zainab Binti Tengku Mohamed Petra

1980 - 1984DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tengku Hajjah Afzan Binti Tengku Muhammad

1984 - 1989DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Sultanah Zanariah

1989 - 1994DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali

1994 - 1999DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

1999 - 2001Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Siti Aishah

2001 - 2006Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid

Page 12: Kepimpinan

2006 - 2011Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Nur Zahirah

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia

1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921 H.E. Lady Guillimard

1930 H.E. Lady Clement

1947 H.E. Lady Gent

1948 H.E. Lady Gurney

1952 Y.B. Toh Puan Lady Templer

1953 H.E. Lady Mac Cilivary

1957 Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid

1962 Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail

1963 Y.B. Toh Puan Rahah Razak

1977 Y.B. Datin Suhaila Hussein

1981 Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji Mohd. Ali

2003 Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt Mahmood

2007 Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah

2009 Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Page 13: Kepimpinan

Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

1921 - 1933 Mrs A. Cavendish (Malaysia dan Singapura)

1934 Mrs P.M. Robinson

1934 - 1941 Mrs L.A. Thomas

1942 - 1945 -

1946 Miss J. Kil Gour

1947 Mrs A.W. Pinnick

1953 Y.B. Datin H.E. Mac Kenzie

1955 Mrs R.G. Health

1958 Puan L. Navaratnam

1973 Puan Hajjah Hendon bt Haji Din

1983 Puan Nik Faizah bt Nik Mustapha

1993 Puan Hajjah Halimah bt Mohd Taib

1998 Puan Hajjah Fatimah bt Mohamad

2003 Puan Salbiah bt Abdul Aziz

2008 YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

Page 14: Kepimpinan

World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS)

PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA

Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu.

Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.