Kepuasan Kerja Guru

download Kepuasan Kerja Guru

of 31

Transcript of Kepuasan Kerja Guru

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    1/31

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURUDALAM BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BERDASARKAN TEORI

    MASLOW DI SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN

    AZURA BINTI MOHD NOR

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    2/31

    UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

    KEPUASAN KERJA GURU DALAM BIDANG TEKNIK

    DAN VOKASIONAL BERDASARKAN TEORIMASLOW DI SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH

    PASIR PUTEH, KELANTAN.

    SESI PENGAJIAN: 2003/2004.

    Saya AZURA BINTI MOHD NOR

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

    2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.

    3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian

    4. **Sila tandakan (

    )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

    kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

    (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalank

    TIDAK TERHADDisahkan oleh

    __________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).

    Alamat tetap:

    PETI SURAT 1290, EN. AZLAN B. ABDUL LATIBKG. PANGGONG, .....................................................

    16800 PASIR PUTEH, KELANTAN. Nama Penyelia.

    Tarikh: 12 MAC 2004 Tarikh: 12 MAC 2004

    tinggi.

    an).

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

    secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

    penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    3/31

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

    ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ).

    Tandatangan :

    Nama Penyelia : EN. AZLAN B. ABDUL LATIB

    Tarikh : 12 MAC 2004

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    4/31

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURUDALAM BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BERDASARKAN TEORI

    MASLOW DI SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN

    AZURA BINTI MOHD NOR

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan awam)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2003/2004

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    5/31

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

    kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan :

    Nama Penulis : AZURA BINTI MOHD NOR

    Tarikh : 12 MAC 2004.

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    6/31

    DEDIKASI

    Setitis tinta, sekalung ingatan, sejambak kasih buat:

    Ayah & mek.Perjalanan hidupku diiringi kasih,

    Tiap langkahku beserta sayang,

    Denyutan nafasku selari dengan harapan,Untuk dibahagiakan dan membahagiakan kalian.

    Kakak2& adik

    Kasih kalian memberiku semangat,Sayang kalian memberiku kekuatan,

    Perhatian dan pengorbanan kalian memberiku inspirasi,

    Kitalah harapan sang ayah dan ibu

    Teman-temanEmpat tahun kita bersama,

    Menempuh pelbagai gelombang,

    InsyaAllah, esok menjanjikan kecemerlangan,As, Elly, Ros, Linda, Fiza, Dayah & warga SPA,

    Bersama kalian memberiku sejuta pengalaman dan kenangan

    En. Azlan...Setiap teguranmu akan kusisip sebagai ingatan

    Kalian.Trimas atas segala bantuan dan pengorbanan,

    Akan kusisip sebagai kenangan terindah selagi di beri keizinan-Nya..

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    7/31

    PENGHARGAAN

    Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

    hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

    dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

    dikasihi.

    Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, En. Azlan B.

    Abdul Latib yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan

    nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui

    dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

    Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

    Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Kelantan,Pengetua- Pengetua dan guru-guru dari sekolah yang terlibat dan membantu secara

    langsung dalam penyelidikan ini.

    Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan

    kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk anakmu ini ke

    menara gading dan tidak lupa juga buat keluarga yang lain serta rakan-rakan yang

    banyak memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.

    Akhir sekali terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan kasih sayang

    ikhlas tanpa batas.

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    8/31

    ABSTRAK

    Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau faktor kepuasan kerja di kalangan guru

    teknik dan vokasional berdasarkan Teori Maslow di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Skop

    kajian melibatkan lima faktor iaitu faktor keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan

    perlindungan, keperluan kasih sayang dan kepunyaan, keperluan peraga diri dan ego

    serta keperluan kewujudan diri. Kajian ini melibatkan 37 orang guru dari enam buah

    sekolah menengah akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Sampel kajian ini hanya

    terbatas kepada guru-guru dalam bidang teknik dan vokasional. Instrumen kajian yang

    digunakan ialah satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian

    A untuk melihat latar belakang responden dan bahagian B pula untuk melihat maklum

    balas responden terhadap aspek pernyataan kajian. Data-data mentah dianalisis dengan

    menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 11.0).

    Data dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min yang kemudian dikelaskan

    kepada tiga kategori tahap pencapaian untuk peratusan dan lima kategori untuk min.

    Hasil kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru adalah pada tahap sederhana.

    Faktor keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan perlindungan, keperluan kasih

    sayang dan kepunyaan serta keperluan peraga diri atau ego dikenalpasti sebagai faktor

    kepuasan kerja di kalangan guru-guru tersebut.

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    9/31

    ABSTRACT

    This research was carried out to study the factor of teachers career satisfaction

    among the technical and vocational teacher in academic school at Pasir Puteh, Kelantan

    depends on Theory Maslow. The scope of literature are about five factor such

    physiology requirement factor, safety and protection factor, affection and property

    factor, ego factor and self materialize factor. This study involved 37 teachers among six

    of academic school in Pasir Puteh. The instrument used in this descriptive study was a

    set of questionnaires. The questionnaires were divided into two categories, category A

    was the background of respondent and category B was statement based on the aspects of

    the studies. The collected data were analyzed by using SPSS software (Statistical

    Package for Social Science, Version 11.0). Data were analyzed into mode, percentage

    and mean, and then its being categorized into three categories of achievement levels for

    percentage and five categories of achievement for mean. The result of the study showed

    that teachers satisfactions were moderate. Physiology requirement factor, safety and

    protection factor, affection and property factor and ego factor known as the factor of

    teachers satisfaction.

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    10/31

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    HALAMAN JUDUL i

    HALAMAN PENGAKUAN iiDEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT viKANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xiSENARAI RAJAH xiiiSENARAI SINGKATAN xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

    BAHAGIAN SATU

    PENDAHULUAN

    BAB 1 PENDAHULUAN 1

    1.0 Pengenalan. 1

    1.1 Latar Belakang Masalah. 2

    1.2 Pernyataan Masalah. 7

    1.3 Objektif Kajian 7

    1.4 Persoalan Kajian 8

    1.5 Kepentingan Kajian 8

    1.6

    Batasan Kajian 9

    1.7 Definisi Terminologi

    1.8.1 Kepuasan kerja 101.8.2 Guru-guru teknik dan vokasional 10

    1.8.3 Keperluan fisiologi 11

    1.8.4 Keperluan keselamatan dan perlindungan 111.8.5 Keperluan kasih sayang dan kepunyaan 11

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    11/31

    1.8.6 Keperluan untuk peraga diri atau ego 121.8.7 Keperluan pada kewujudan diri 12

    1.9 Penutup 13

    BAHAGIAN DUA

    SOROTAN PENULISAN

    BAB II SOROTAN PENULISAN 14

    2.0 Pengenalan 14

    2.1 Teori Maslow 142.2 Kepuasan kerja 16

    2.3.1 Gaji 162.3.2 Suasana pekerjaan 17

    2.3.3 Kenaikan pangkat 18

    2.3.4 Rakan sekerja 182.3 Kajian terdahulu mengenai kepuasan kerja 18

    2.5 Penutup 20

    BAHAGIAN TIGA

    METODOLOGI

    BAB III METODOLOGI 21

    3.0 Pengenalan. 21

    3.1 Reka Bentuk Kajian 21

    3.2 Instrumen Kajian. 22

    3.4.1 Bahagian A 23

    3.4.2 Bahagian B 233.3 Populasi kajian dan sampel kajian 24

    3.4 Prosedur kajian 25

    3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan 26

    3.6 Kajian rintis 26

    3.7 Analisis data 27

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    12/31

    BAHAGIAN EMPAT

    ANALISIS DATA

    BAB IV ANALISIS DATA 29

    4.0 Pengenalan 294.1 Analisis Bahagian A 29

    4.1.1 Jantina 30

    4.1.2 Kaum 30

    4.1.3 Umur 314.1.4 Pengalaman mengajar 31

    4.1.5 Pengkhususan 32

    4.1.6 Mata pelajaran yang diajar 33

    4.2 Analisis Bahagian B

    4.2.1 Faktor keperluan fisiologi 344.2.2 Faktor keperluan keselamatan dan perlindungan36

    4.2.3 Faktor keperluan kasih sayang dan kepunyaan38

    4.2.4 Faktor keperluan peraga diri atau ego 404.2.5 Faktor kewujudan diri 41

    4.3 Kesimpulan 42

    BAHAGIAN LIMA

    RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN.

    BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN.43

    5.0 Rumusan 43

    5.1 Perbincangan 46

    5.2

    Cadangan. 50

    BAHAGIAN ENAM

    BIBLIOGRAFI

    `

    BIBLIOGRAFI 53

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    13/31

    BAHAGIAN TUJUH

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN A - D 56-58

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    14/31

    SENARAI JADUAL

    JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Analisis keputusan peperiksaan SPMV 5

    Teori Teknologi PPU

    3.1 Taburan item-item soal selidik mengikut 22

    persoalan kajian.

    3.2 Peringkat skala Empat Mata 22

    3.3 Kelasifikasi kekuatan kolerasi 24

    3.4 Analisis Tentang Skor Min 264.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 28

    4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 29

    4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 304.4 Taburan Responden Mengikut Umur 30

    4.5 Taburan Responden Mengikut bilangan 31

    Adik Beradik dalam Keluarga4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 32

    Bapa/Penjaga.

    4.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan 33

    Bapa/ Penjaga

    4.8

    Taburan Responden Mengikut Gred Teori 34

    Teknologi Dalam Peperiksaan Penggal

    Pertama.

    4.9 Taburan Responden Jika Diberi Pilihan 34

    Bertukar Kursus

    4.10 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Sikap Pelajar 36

    4.11 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Minat Pelajar 39

    4.12 Analisis Statistik Deskriptif Pengaruh 41

    Rakan Sebaya.

    4.13 Analisis Statistik Deskriptif Faktor 43

    Pengajaran Guru.

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    15/31

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Set Soal Selidik 66B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan(EPRD) 67

    C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Pahang 68

    D Surat Pengesahan UTM 69

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    16/31

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    17/31

    SENARAI JADUAL

    NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1. Skala Likert. 23

    3.2. Pembahagian soalan mengikut lima faktor utama 24

    3.3. Bilangan guru yang terlibat mengikut sekolah 25

    3.4 Skala Tiga Mata. 28

    3.5. Tafsiran nilai peratus kajian 28

    3.6. Skor bagi nilai min 29

    4.1. Bilangan responden yang terlibat mengikut jantina 31

    4.2 Bilangan responden yang terlibat mengikut pecahan

    kaum

    31

    4.3 Bilangan responden yang terlibat mengikut kelasumur

    32

    4.4 Bilangan responden yang terlibat berdasarkan tempoh

    pengalaman mengajar

    33

    4.5 Bilangan responden yang terlibat mengikut

    pengkhususan pengajian.

    34

    4.6 Bilangan responden yang terlibat mengikut mata

    pelajaran yang di ajar di sekolah

    35

    4.7 Dapatan setiap item bagi faktor keperluan fisiologi 36

    4.8 Dapatan setiap item bagi faktor keperluan

    keselamatan dan perlindungan

    38

    4.9 Dapatan setiap item bagi faktor kasih sayang dan

    kepunyaan 40

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    18/31

    4.10 Dapatan setiap item bagi faktor peraga diri atau ego 424.11 Dapatan setiap item bagi faktor kewujudan diri 43

    4.12 Perbandingan nilai peratusan setuju dan tidak setuju

    antara min

    44

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    19/31

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Hierarki Keperluan Maslow 3

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    20/31

    SENARAI SINGKATAN

    ERT : Ekonomi Rumahtangga

    JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

    JUSA : Jawatan Utama Sektor Awam

    KMT : Kemahiran Manipulatif Tambahan

    KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.

    LK : Lukisan Kejuruteraan.

    NUTP : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

    PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional

    SJKC : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

    SPP : Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

    SPSS : Statistical Packages for the Social Science

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    21/31

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Soal selidik 56

    B Surat kebenaran EPRD 57

    C Surat pengesahan UTM 58

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    22/31

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.0

    Pengenalan

    Operasi dan produktiviti sesuatu organisasi berkait rapat dengan kecanggihan peralatan,teknologi, kewangan dan kekuatan tenaga manusia. Kesemua aspek ini diperlukan oleh

    sesebuah organisasi dan institusi kerja untuk membentuk keluaran yang memenuhi

    kehendak setiap lapisan masyarakat selari dengan pembangunan negara itu sendiri.

    Pastinya setiap organisasi ini mempunyai objektif tersendiri yang perlu dicapai.

    Oleh yang demikian, individu yang terlibat mestilah memperolehi kepuasan kerja

    yang optimum. Ini bagi menjamin peningkatan motivasi, moral dan prestasi kerja ke

    arah menghasilkan produktiviti yang tinggi (Abu Ajip, 1994).

    Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada

    perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbangkepada kepentingan organisasi.

    Isu kepuasan kerja ini bukan sahaja diperkatakan di kalangan pekerja industri malah

    turut menjadi perhatian di kalangan guru-guru. Cooke dan Korubluh (1980) telah

    menolak kenyataan bahawa guru-guru adalah golongan yang gembira berkhidmat

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    23/31

    dalam profesionnya. Manakala Esah Sulaiman (2000) pula berpendapat bahawa

    sebelum Skim Gaji Aziz diperkenalkan dalam tahun 1970an, perkhidmatan

    perguruan adalah profesion yang tidak menarik jika dilihat dari segi gaji dan

    perkhidmatan.

    Walau bagaimanapun, pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan

    berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar

    sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abu Ajip, 1994). Pihak

    kerajaan, pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru-guru sentiasa

    menyemai dan mempunyai cita-cita yang unggul dalam melaksanakan tugas

    mendidik.

    Kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus

    dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Herzberg (1959), Mc Gregor

    (1960), Arggeris (1964) dan Maslow (1970) merupakan pengkaji-pengkaji yang

    menekankan tentang kepuasan kerja. Walau bagaimanapun, kepuasan kerja banyak

    bergantung kepada nilai pekerjaan itu mengikut taksiran atau penilaian individu itu

    sendiri.

    1.2 Latar Belakang Masalah

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    24/31

    Menurut Teori Maslow, terjemahan Ahmad Atory Hussain (1986), terdapat beberapa

    peringkat atau hierarki keperluan manusia. Keperluan-keperluan di peringkat

    tertentu mestilah disempurnakan secara total atau sebahagian. Apabila tekanan

    untuk mendapatkan makanan dan keselamatan sukar diperolehi atau dicapai oleh

    individu, pola kepuasan terhadap keperluan-keperluan tadi terus mempengaruhi

    tindakan dan tingkah lakunya. Oleh itu, motivasi di peringkat yang lebih tinggi

    seperti keinginan kasih sayang, penghormatan dan penglahiran hasrat diri adalah

    tidak bermakna dan kurang berperanan selagi keinginan di peringkat awal masih

    belum dipuaskan. Manusia adalah didorong oleh keinginan kepada makanan; oleh

    keinginan kepada rasa selamat dan dilindungi; oleh kehendak hidup bermasyarakat;

    oleh keinginan kepada kehidupan kasih sayang; kehendak kepada kehormatan,

    penglahiran hasrat diri dan penghargaan umum dari individu lainnya.

    Keperluan-keperluan yang terdapat dalam teori Maslow dapat disusun sepertiRajah 1.1.

    Keperluan kewujudan diri

    Keperluan peraga diri atau ego

    Keperluan kasih sayang dan kepunyaan

    Keperluan keselamatan dan perlindungan

    Keperluan fisiologi

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    25/31

    Rajah 1.1: Hierarki Keperluan Maslow

    Hierarki Keperluan Maslow merupakan piramid yang mewakili aras keperluan

    manusia. Setiap aras mempunyai kepentingan yang berbeza. Bahagian bawah aras

    piramid merupakan keperluan asas bagi setiap individu. Keperluan fisiologi ini akan

    cuba dipenuhi untuk memenuhi keperluan di peringkat yang lebih tinggi iaitu keperluan

    yang lebih kompleks. Secara amnya manusia akan memenuhi keperluan pada peringkat

    bawah terlebih dahulu. Apabila keperluan ini telah disempurnakan, keperluan pada

    peringkat seterusnya akan menjadi kepentingan kepada mereka. Peningkatan ini akan

    berterusan sehingga pada peringkat tertinggi hierarki. Hierarki keperluan yang tertinggi

    ialah keperluan kewujudan diri. Semua hierarki keperluan yang telah disempurnakan

    akan membantu manusia untuk berkelakuan dan hidup sebagai seorang insan yang

    bahagia dan bersemangat dalam kehidupan mereka.

    Faktor-faktor keperluan yang sama juga dipersetujui oleh Hertzberg dan rakan-

    rakannya dalam mencari kepuasan hidup. Mereka mendefinisikan dua faktor keperluan

    sebagai kepuasan dan ketidakpuasan atau faktor dorongan dan kesihatan. Faktor

    pertumbuhan atau dorongan merupakan faktor instrinsik kepada pekerjaan, merangkumi

    kejayaan, penghargaan terhadap kerjaya, kerja itu sendiri, tanggungjawab dan

    keupayaan untuk meningkatkan lagi kebolehan. Manakala faktor kesihatan pula

    merupakan faktor ekstrinsik kepada pekerjaan seperti polisi-polisi syarikat, gaji, status

    dan keselamatan kerja yang terjamin. Faktor-faktor ini merupakan faktor-faktor yang

    menentukan kepuasan (Ahmad Atory Hussain, 1986).

    Melalui Teori Maslow dan Teori Dua Faktor Hertzberg ini, jelas menunjukkan

    perkaitan antara kedua-duanya. Kedua-dua teori membincangkan faktorfaktor yang

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    26/31

    sama dalam mencari kepuasan. Faktor-faktor yang sama juga diakui oleh pengkaji-pengkaji yang lain dalam kajian meraka. Selain itu kepuasan kerja juga dikaitkan

    dengan kebolehan individu menyesuaikn diri dengan suasana keadaan pekerjaannya.

    Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan

    tahap kepuasan kerja yang dialami.

    Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan

    suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkanpekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam

    fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari

    tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa

    mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah.

    Dalam kajian, ini pengkaji ingin melihat adakah faktor-faktor ini mempengaruhi

    kepuasan kerja guru. Ini kerana akhir-akhir ini banyak isu yang dikaitkan dengan guru.Terdapat banyak rungutan dan komen dari individu mahupun organisasi tertentu

    khususnya yang terlibat dengan dunia perguruan tentang permasalahan yang terpaksa

    ditempuhi oleh guru-guru. Menurut Laporan TahunanSekolah Menengah Kamil

    (2001),wujudnya mata pelajaran baru seperti Reka Cipta khususnya meningkatkan lagi

    permasalahan ini. Terdapat guru-guru dalam bidang teknikal dan vokasional yang tidak

    mempunyai pengkhususan dalam bidang Reka Cipta terpaksa mengajar mata pelajaran

    ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru (Suara Kamil, 2001). Keadaan ini

    menambahkan tekanan kepada mereka. Mereka perlu mencari sendiri pengetahuan yang

    diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab ini. Kelapangan masa digunakan untuk

    menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Ini menyebabkan mereka kekurangan masa

    untuk diperuntukkan kepada diri sendiri dan juga keluarga. Kegagalan menyesuaikan

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    27/31

    diri dengan keadaan ini, menyebabkan sesetengah guru tidak mencapai kepuasan dalamkerjaya mereka (Suara Kamil, 2001).

    Jika dilihat dalam aspek pendidikan hari ini, pelbagai kes disiplin dilaporkan.

    Adalah menjadi tanggungjawab guru dan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini. Walau

    bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang memihak kepada anak-anak mereka

    jika dikenakan sebarang tindakan salahlaku. Tindakan yang diambil oleh guru

    dipersoalkan oleh mereka. Selain itu, guru-guru sendiri turut diancam oleh pelajar. Jikakeadaan ini berterusan, di manakah hak guru untuk bersuara seterusnya mencapai

    kepuasan dalam kerjaya mereka.

    Selain dari itu, isu kenaikan pangkat juga heboh diperkatakan. Dalam Berita

    Minggu bertarikh 15 Disember 2002 yang lalu, terdapat aduan dari seorang guru yang

    mempertikaikan tentang perlantikan yang sepatutnya diterima oleh beliau. Menurut

    guru tersebut, sepatutnya perlantikan dilakukan lebih setahun yang lalu, tetapi hinggalaporan itu dikeluarkan dia tidak menerima sebarang perlantikan yang sepatutnya. Guru

    tersebut mendakwa telah menghadiri temuduga pada Oktober tahun lalu. Bagi

    menyelesaikan masalah ini, dia telah menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan

    Pendididkan (SPP) tetapi SPP memberikan pelbagai alasan, termasuk alasan kerani yang

    menguruskan perlantikan masih kurang cekap.

    Manakala Datuk N Siva Subramaniam sebagai Setiausaha Agung Kesatuan

    Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta pihak Jabatan Pendidikan

    Negeri (JPN) mengambil iktibar daripada kes 20 orang guru di seluruh negara yang

    belum mendapat borang opsyen SSM, tiga orang guru di Kedah tercicir daripada

    kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan, lima orang guru lepasan diploma di

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    28/31

    Pulau Pinang dibatalkan perlantikan naik pangkat dan kontrovesi kenaikan guru besar diSJKC di Selangor (Berita Minggu, 22 Disember 2002).

    Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Musa Mohamad (Menteri Pendidikan),

    kenaikan pangkat dan gaji hanya dorongan seketika tetapi tidak sepanjang masa bagi

    sesetengah individu. Apa yang lebih penting ialah memberikan mereka kepuasan kerja.

    Menurut beliau, kepuasan kerja hendaklah dipupuk melalui aspek pendidikan dan latihan

    guru dan sikap mereka bekerja. Latihan dan kenaikan pangkat hanyalah merupakan satuaspek pembaikan diri. Beliau juga berharap bahawa guru tetap mendapat kepuasan kerja

    meskipun tidak mendapat kenaikan pangkat (Mingguan Malaysia, 18 Mei 2003).

    Di sinilah pentingnya kepuasan dalam diri seorang pendidik sepanjang menjalankan

    tugas mereka. Ini kerana aspek kepuasan kerja ini akan mempengaruhi

    perkembangan kerjaya mereka merangkumi nilai dan sikap dalam diri mereka

    sendiri. Apabila seseorang individu berjaya mencapai kepuasan diri, secara

    langsung akan menyuntik semangat dan pandangan positif terhadap kerja mereka

    seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk berusaha mendidik pelajar

    menjadi insan seimbang sebagaimana yang diperlukan oleh negara dan agama

    khususnya.

    Isu bebanan kerja juga turut mendapat perhatian Datuk N Siva Subramaniam. Beliau

    berpendapat tugas merekod pelbagai borang mengenai pelajar termasuk kad 001-

    002, buku laporan murid, buku rekod kokurikulum, dan salinan lembaran markah

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    29/31

    yang perlu dilakukan oleh guru perlu dipermudahkan melalui penggunaan komputer.

    Menurut beliau lagi, kekerapan guru bermesyuarat dan berbengkel di peringkat

    daerah, jabatan dan kementerian perlu dikurangkan. Bebanan-bebanan kerja ini

    dianggap tidak wajar diterima oleh guru-guru dan perlu diambil kira tentang

    keperluannya semasa mereka di sekolah.

    Fenomena ini telah melanda bidang perguruan sejak lama dahulu dan

    menarik perhatian beberapa orang psikologi untuk menjalankan kajian bagi

    mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja seseorang

    individu. Secara amnya kepuasan kerjaya itu mungkin disebabkan oleh faktor

    keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan perlindungan, keperluan kasih

    sayang dan kepunyaan, keperluan peraga diri atau ego ataupun keperluan kewujudan

    diri. Memandangkan masalah kepuasan kerja merupakan perkara dan isu yang

    penting dan sering diperkatakan maka pengkaji merasakan bahawa adalah penting

    kajian ini dijalankan.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan

    kerja di kalangan guru dalam bidang teknik dan vokasional berdasarkan Teori Maslow

    di sekolah-sekolah akademik di Pasir Puteh, Kelantan.

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    30/31

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

    i. Mengenalpasti adakah faktor keinginan fisiologi mempengaruhi kepuasan

    kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional.

    ii. Mengenalpasti adakah faktor keselamatan dan perlindungan mempengaruhi

    kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional.

    iii. Mengenalpasti adakah faktor keperluan kasih sayang dan kepunyaan

    mempengaruhi kepuasan kerjaguru dalam bidang teknik dan vokasional.

    iv. Mengenalpasti adakah faktor keperluan peraga diri atau ego mempengaruhi

    kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional.

    v. Mengenalpasti adakah faktor kewujudan diri mempengaruhi kepuasan kerja

    guru dalam bidang teknik dan vokasional.

    1.5 Persoalan Kajian

    Kajian dijalankan berdasarkan persoalan kajian seperti:

    i. Apakah faktor keperluan fisiologi mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan

    guru dalam bidang teknik dan vokasional?

    ii. Apakah faktor keperluan kesalamatan dan perlindungan mempengaruhi

    kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional?

    iii. Apakah faktor keperluan kasih sayang dan kepunyaan mempengaruhi

    kepuasan kerja guru dalam bidang teknik dan vokasional?

    iv. Apakah faktor keperluan peraga diri dan ego mempengaruhi kepuasan kerja

    guru dalam bidang teknik dan vokasional?

  • 8/10/2019 Kepuasan Kerja Guru

    31/31

    v.

    Apakah faktor keperluan kewujudan diri mempengaruhi kepuasan kerja gurudalam bidang teknik dan vokasional?