Keputihan Pada Wanita Tips Mencegah

download Keputihan Pada Wanita Tips Mencegah

of 1

description

w

Transcript of Keputihan Pada Wanita Tips Mencegah

Keputihan Pada Wanita Tips Mencegah, Mengatasi, Menghilangkannya

Penyebab Keputihan Wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya kuih donut dan gula-gula getah. Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.

Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit anda.

Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.~ Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.

Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila dapatkan pandangan dan nasihat doktor supaya tidak ada sebarang kesan sampingan di kemudian hari.