KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani...

23
KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH DOKUMEN SEBUT HARGA NO.: INFRA.SH(B).5/2017 SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN PEJABAT TONER DAN DRUM MESIN PENCETAK BAGI KEGUNAAN DI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) PERINGATAN PENTING SEBARANG KESILAPAN DALAM MENGISI BORANG ATAU MELANGGAR MANA-MANA ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI AKAN MENYEBABKAN TAWARAN PENYEBUT HARGA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MEMBUAT TAWARAN

Transcript of KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani...

Page 1: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

KERAJAAN MALAYSIA

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR

DAN WILAYAH

DOKUMEN SEBUT HARGA

NO.: INFRA.SH(B).5/2017

SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN

MENGHANTAR PERALATAN PEJABAT TONER

DAN DRUM MESIN PENCETAK BAGI KEGUNAAN

DI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

PERINGATAN PENTING

SEBARANG KESILAPAN DALAM MENGISI BORANG

ATAU MELANGGAR MANA-MANA ARAHAN DAN

SYARAT-SYARAT DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI

AKAN MENYEBABKAN TAWARAN PENYEBUT HARGA

TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR

YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN SEBUT

HARGA INI SEBELUM MEMBUAT TAWARAN

Page 2: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 2 of 23

KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1 Senarai Semak Dokumen Tawaran (Lampiran 1) 3

2 Arahan Kepada Penyebut Harga 4

3 Borang Sebut Harga (Lampiran A) 9

4 Surat Akuan Pembida (Lampiran B) 11

5 Syarat-Syarat Sebut Harga (Lampiran C) 12

6 Skop Dan Spesifikasi Perkhidmatan (Lampiran D) 19

7 Ringkasan Spesifikasi dan Skop (Lampiran D-1) 20

8 Jadual Pematuhan Spesifikasi (Jadual 1) 21

9 Jadual Tawaran Harga (Jadual 2) 23

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 3: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 3 of 23

LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK DOKUMEN TAWARAN

Ditandakan

oleh Penyebut Harga

Ditandakan oleh Pembuka Sebut

Harga

Bil Dokumen / Perkara √ / X √ / X

1 Senarai Semak Dokumen Tawaran (Lampiran 1)

2 Lampiran Q

3 Arahan kepada Penyebut Harga

4 Borang Sebut Harga (Lampiran A)

5 Surat Akuan Pembida (Lampiran B)

6 Syarat-Syarat Sebut Harga (Lampiran C)

7 Skop dan Spesifikasi Perkhidmatan (Lampiran D)

8 Ringkasan Spesifikasi dan Skop (Lampiran D-1)

9 Jadual Pematuhan Spesifikasi dan Skop (Jadual 1)

10 Jadual Tawaran Harga (Jadual 2)

11 Borang Profail Syarikat

Dokumen Sokongan :

- Salinan Sijil Bumiputera dengan Kementerian Kewangan

- Salinan Sijil Pendaftaran Kod Bidang dengan Kementerian

Kewangan

- Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan

terakhir sebelum tarikh tutup Sebut Harga

- Salinan Surat Setuju Terima bagi setiap perkhidmatan yang pernah dilaksanakan atau dokumen lain sebagai bukti pengalaman Penyebut Harga (Jika Ada). Pengalaman tanpa bukti sokongan tidak akan diambil kira

- Surat secara bertulis sebagai bukti Penyebut Harga membekal

dan menghantar bekalan toner dan drum, adalah asli dan original daripada pengilang utama pencetak berkenaan

*- Lain-lain dokumen berkaitan (Jika Ada / Berkaitan)

*- Salinan Sijil Pendaftaran GST dengan Jab. Kastam (Jika Ada)

* Profail Syarikat

Dengan ini saya memperakukan bahawa semua dokumen sokongan yang dikemukakan adalah disahkan benar. Tandatangan Penyebut Harga : ..................................................... Nama : ..................................................... No. Kad Pengenalan : ..................................................... Tarikh : ..................................................... Cop Rasmi Syarikat : Peringatan: i. Semua dokumen yang disenaraikan dalam Lampiran 1 ini WAJIB dikemukakan kecuali dokumen yang

bertanda *. Penyebut Harga yang gagal mengemukakan dokumen wajib akan menyebabkan tawarannya ditolak.

ii. Pastikan tempoh pendaftaran bagi semua sijil masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh tutup Sebut Harga.

Page 4: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 4 of 23

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Sebut Harga ini adalah bagi Membekal Dan Menghantar Peralatan Pejabat Toner Dan

Drum Mesin Pencetak Bagi Kegunaan Di Institut Kemajuan Desa (INFRA).

1.2 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada arahan-arahan dan syarat-syarat Sebut Harga

yang terkandung dalam dokumen ini.

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam

dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen Sebut Harga dengan

teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga.

2.2 Penyebut Harga hendaklah melengkapkan maklumat dan menandatangani setiap

borang / lampiran serta menyediakan dokumen sokongan berdasarkan senarai

semak yang disertakan bersama dengan sempurna.

2.3 Sebut Harga hendaklah dibuat dengan mengisi borang-borang yang disediakan oleh

Institut Kemajuan Desa (INFRA) sahaja. Sekiranya tidak mencukupi, maka

penggunaan lampiran tambahan adalah dibenarkan.

2.4 Borang hendaklah diisi menggunakan tulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca

menggunakan dakwat yang tidak luntur atau dengan mesin taip / komputer.

Sekiranya berlaku kesilapan, Penyebut Harga hendaklah memotong kesilapan

tersebut, ditandatangan ringkas serta disahkan dengan cap syarikat. Penggunaan

pemadam cecair atau seumpama dengannya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2.5 Semua borang yang memerlukan tandatangan hendaklah mempunyai cap syarikat

dan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak.

2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama sekali untuk mengurang, menambah,

mengubah atau merungkai dokumen ini daripada keadaan asal.

2.7 Sekiranya terdapat perbezaan antara harga yang ditawarkan dalam mana-mana

dokumen ini maka harga yang dinyatakan dalam Lampiran Q akan diambil kira.

Page 5: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 5 of 23

3. LARANGAN KEPADA PENYEBUT HARGA

3.1 Menarik diri sebelum / selepas keputusan Sebut Harga dibuat.

3.2 Membuat pakatan harga.

3.3 Memalsukan maklumat atau menyorokkan maklumat (yang memberi kesan negatif

terhadap keupayaannya) dengan tujuan menyertai Sebut Harga.

3.4 Mengemukakan beberapa pilihan tawaran.

4. PERCANGGAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Sekiranya Penyebut Harga mendapati ada percanggahan di antara borang-borang di dalam

dokumen Sebut Harga ini, Penyebut Harga hendaklah dengan serta-merta merujuk kepada

Pengarah INFRA yang akan menyelesaikan atau / dan mengarahkan yang mana perlu diikuti.

Penyelesaian atau arahan tersebut hanya sah jika dibuat dalam bentuk Addendum secara

rasmi seperti yang dinyatakan di dalam fasal 5.

5. ADDENDUM

Sebelum tarikh akhir bagi penyerahan Sebut Harga, Pengarah INFRA boleh mengeluarkan

Addendum untuk menerangkan atau membetulkan sebahagian atau keseluruhan dokumen

Sebut Harga. Setiap Addendum yang dikeluarkan akan diedarkan kepada Penyebut Harga dan

menjadi sebahagian daripada dokumen Sebut Harga. Penerima setiap Addendum mestilah

melampirkan Borang Bukti Penerimaan yang disertakan bersama-sama Addendum dan

dokumen Sebut Harga. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Sebut Harga

berkenaan ditolak.

6. PENGHANTARAN / PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

6.1 Serahan dilakukan dengan cara menghantar dokumen sebut harga yang telah diisi

dengan sempurna secara serahan tangan di kaunter lobi utama INFRA, faks atau emel

selewat-lewatnya pada tarikh dan masa tutup Sebut Harga. (Rujuk Notis Sebut Harga)

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 6: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 6 of 23

6.2 Sampul Surat hendaklah berlakri (sealed) dan dilabelkan dengan No. Sebut Harga,

tajuk dan tarikh tutup tawaran pada bahagian penjuru atas sebelah kiri sampul surat

seperti contoh berikut:

Sampul surat

SULIT

Sebut Harga INFRA.SH(B).5/2017

Membekal Dan Menghantar Peralatan Pejabat Toner Dan Drum Mesin Pencetak Bagi

Kegunaan Di Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Tarikh Tutup: 24 Mei 2017 (Rabu)

6.3 INFRA tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen Sebut Harga kerana

kesilapan semasa penghantaran dan juga ke atas sebarang perbelanjaan yang

ditanggung oleh mana-mana Penyebut Harga dalam penyediaan dan penyerahan

tawaran Sebut Harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses Sebut Harga ini

berjaya atau sebaliknya.

7. FI PERKHIDMATAN

Penyebut harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan (service fee) dalam

menawarkan harga. Jadual bayaran yang akan dibuat oleh INFRA adalah seperti yang

dinyatakan dalam Perjanjian. Bayaran akan dibuat oleh INFRA kepada penyebut harga yang

berjaya adalah tertakluk kepada kadar fi perkhidmatan yang dinyatakan dalam Perenggan 4,

SPP Bil. 2 Tahun 2013.

Kadar fi perkhidmatan ditetapkan seperti berikut:

7.1 Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had

maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih

bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment).

7.2 Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had

maksimum berjumlah RM4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2

juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple

payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian

Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut

permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 7: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 7 of 23

8. INTERPRETASI SECARA LISAN

Interpretasi secara lisan kepada mana-mana bahagian dokumen Sebut Harga atas permintaan

atau / dan diterima Penyebut Harga hendaklah tidak diambil kira sebagai membetulkan

sebarang peruntukan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen Sebut Harga.

Sebarang pemberitahuan atau pembetulan kepada mana-mana bahagian di dalam dokumen

Sebut Harga akan dibuat secara bertulis oleh Pengarah INFRA di dalam bentuk Addendum

seperti yang dinyatakan di fasal 5.

9. KRITERIA PENILAIAN

i. Kesempurnaan dokumen Sebut Harga;

ii. Kecukupan dokumen wajib;

iii. Kemunasabahan harga tawaran;

iv. Kedudukan kewangan Penyebut Harga;

v. Pengalaman Syarikat;

vi. Mempunyai rekod prestasi yang baik; dan

vii. Tawaran teknikal yang memenuhi keperluan Sebut Harga.

10. PERTANYAAN

Pegawai untuk dihubungi bagi pertanyaan mengenai dokumen sebut harga:

i. Puan Emmy Roziana Binti Rusli E-mel : [email protected]

Pegawai untuk dihubungi bagi pertanyaan mengenai spesifikasi dan skop teknikal:

i. Y.M Tengku Salwa Binti Tengku Mohamed E-mel : [email protected]

No Telefon : 03 – 8735 2400 No. Faks. : 03 – 8926 5901

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 8: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 8 of 23

11. PENGAKUAN

Penyebut Harga telah mengambil perhatian dan memahami semua perkara di atas.

……………………………………………

Cap Rasmi Syarikat

……………………………………………

……………………………………………

Tandatangan Penyebut Harga Tandatangan Saksi

Nama : …………………………………… Nama : ………………………………….....

Alamat : …………………………………….. Alamat : …………………………………….

…………………………………….. …………………………………….

…………………………………….. …………………………………….

…………………………………….. …………………………………….

Tarikh : …………………………………….. Tarikh : …………………………………….

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 9: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 9 of 23

LAMPIRAN A

BORANG SEBUT HARGA

Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bahagian Khidmat Pengurusan Lot 2A Persiaran Institusi 43000 Kajang Selangor Tuan, No. Sebut Harga : INFRA.SH(B).5/2017 SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN PEJABAT TONER DAN DRUM MESIN PENCETAK BAGI KEGUNAAN DI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) Saya / Kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengesahkan bahawa harga tawaran yang diberi dengan penuh kefahaman dan pengetahuan saya / kami ke atas isi kandungan dokumen mengikut spesifikasi dan skop bekalan/perkhidmatan yang telah dikemukakan. Jumlah amaun tawaran Sebut Harga ialah jumlah wang pukal sebanyak (dengan perkataan) Ringgit Malaysia: …………………………………………………………………………………………………………………………………........ ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………... * (RM ……………………………………………….…..) Jumlah ini adalah untuk perkara-perkara yang disebutkan di dalam Jadual 2 Saya / Kami telah meneliti semasa membuat tawaran dan bersetuju bahawa sah laku harga tawaran di atas selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup tawaran. Saya / Kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya: a. Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga; c. Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tawaran

Penyebut Harga mengikut pakej atau menerima tawaran pakej yang sama daripada lebih satu Penyebut harga;

d. Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad; e. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan

ditandatangani (sekiranya perlu) antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f. Bahawa Borang Sebut Harga beserta dengan Surat Setuju Terima sebut harga ini hendaklah

menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut harga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g. Bahawa kami bersetuju untuk menyempurnakan perkhidmatan dalam tempoh yang

dinyatakan; h. Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu,

Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan sebut harga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

Page 10: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 10 of 23

i. Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga ini.

Oleh yang demikian saya / kami bersetuju menandatangani tawaran ini seperti yang berikut :

……………………………………. ……………………………………. Tandatangan Penyebut Harga Tandatangan Saksi

Nama Penuh : .............................................. Nama Penuh : .............................................. No. K/P : .............................................. No. K/P : .............................................. Jawatan : .............................................. Jawatan : .............................................. yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk menandatangani Sebut Harga ini untuk dan bagi pihak :

Alamat Penyebut Harga :

.........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

……………………………………. .........................................................................

Cap Rasmi Syarikat *PENTING! Amaun di Borang Sebut Harga mestilah sama dengan jumlah keseluruhan amaun di Jadual Tawaran Harga - Jadual 2.

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 11: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 11 of 23

LAMPIRAN B

SURAT AKUAN PEMBIDA

SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN PEJABAT TONER DAN DRUM MESIN PENCETAK BAGI KEGUNAAN DI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

Saya, ......................................................................(Nama Pemilik / Wakil Syarikat), No. K/P ........................................ yang mewakili ......................................................................................... ................................................... (Nama Syarikat), nombor Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan .............................................................., dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampiran Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis berhampiran. Yang benar,

……………………………………. ……………………………………. Tandatangan Penyebut Harga Cap / Meteri Syarikat

Nama Penuh : .............................................. No. K/P : ..............................................

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 12: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 12 of 23

LAMPIRAN C

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebut Harga.

Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga tersebut tidak

dipertimbangkan dan terus ditolak.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUT HARGA

1.1 Syarikat yang hendak menyertai Sebut Harga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar

dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 020601 (Alatulis – tidak

termasuk borang dan semua jenis kertas). Salinan surat Pendaftaran syarikat

hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah

atau pun hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat dari

Kementerian Kewangan Malaysia yang menyatakan bahawa permohonan untuk

lanjutan telah dibuat.

1.2 Syarikat mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan boleh membuat capaian

penggunaan sistem tersebut (eP-enabled).

1.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara serahan

tangan / faks / emel sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

2. HARGA TAWARAN

11.1 Harga-harga yang ditawarkan Penyebut Harga mestilah di dalam Ringgit Malaysia bagi

setiap item dan berdasarkan kepada format yang disediakan. Tawaran harga yang

dikemukakan mestilah dinyatakan dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah

harga (termasuk lain-lain kerja yang berkaitan). Penyebut Harga adalah perlu

memastikan harga yang ditawarkan meliputi keseluruhan harga termasuk semua kos

seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang

bersangkutan dengan Sebut Harga Membekal Dan Menghantar Peralatan Pejabat

Toner Dan Drum Mesin Pencetak Bagi Kegunaan Di Institut Kemajuan Desa (INFRA).

2.1 Penyebut Harga dinasihatkan supaya memahami butir-butir bekalan dan sebarang

risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga tawaran. INFRA tidak

akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga.

Page 13: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 13 of 23

2.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap dan tidak boleh

dipinda selepas Sebut Harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh

sah laku Sebut Harga. Penyebut Harga yang berjaya ditawarkan Sebut Harga ini

hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat

sebarang perubahan.

2.3 Penyebut harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan (service fee) dalam

mengemukakan tawaran harga. Kadar fi perkhidmatan ditetapkan seperti berikut:

2.3.1 Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada

had maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta

atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time

payment).

2.3.2 Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada

had maksimum berjumlah RM4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang

bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali

pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran

(Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran

Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-

required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

3. CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

3.1 Semua tawaran harga (pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender) oleh

syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST. Sekiranya syarikat yang berjaya

adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), INFRA akan

menawarkan nilai perolehan termasuk kenaan GST di dalam Surat Setuju Terima dan

Pesanan Kerajaan (LO).

3.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor

pendaftaran GST (untuk perolehan kerja, perkhidmatan perunding dan perkhidmatan

bukan perunding sahaja).

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 14: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 14 of 23

3.3 Bagi bekalan barang, hanya pembekalan kereta yang diimport dan petroleum sahaja

dikenakan GST. Perolehan pembekalan barangan lain adalah diberi pelepasan atas

kenaan GST. Pelepasan daripada kenaan GST akan dibuat dengan pengeluaran

Certificate of GST Relief (CoGSTR) dimana CoGSTR hendaklah ditandatangani ke atas

setiap perolehan yang mendapat pelepasan GST seperti yang diperuntukkan dalam

Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 bagi membolehkan GST

dikecualikan ke atas perolehan tersebut.

4. PERTIMBANGAN TAWARAN

Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan

syarikat, pengalaman Penyebut Harga dalam bidang kerja, rekod prestasi Penyebut Harga dan

faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak

akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga

terendah.

5. PENENTUAN DAN SUKATAN

Harga yang ditawarkan hendaklah berdasarkan kepada kos-kos yang berkaitan seperti di

Spesifikasi Bekalan / Perkhidmatan (Lampiran D, Lampiran D-1 dan Lampiran D-2) serta

Jadual Harga (Jadual 2A dan Jadual 2) yang disertakan bersama dokumen ini. Penyebut Harga

hendaklah membaca dengan teliti supaya tidak timbul masalah kesilapan meletakkan harga.

6. TEMPOH SAH LAKU TAWARAN

Tempoh sah laku Sebut Harga ini ialah selama sembilan puluh (90) hari bermula daripada

tarikh Sebut Harga ditutup.Tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama jika

dan apabila perlu.

7. PERATURAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

Bekalan / Perkhidmatan / Kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi dan

butir-butir kerja dalam Borang Jadual Harga, syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen

Tawaran ini dan arahan Pegawai Penguasa.

8. WARANTI BEKALAN / PERKHIDMATAN

8.1 Waranti bekalan / perkhidmatan sebut harga ini adalah sepanjang tempoh

penggunaan bekalan / perkhidmatan.

Page 15: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 15 of 23

8.2 Sekiranya bekalan / perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan atau rosak,

bukan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kecuaian pihak INFRA, Syarikat

hendaklah mengganti mana-mana barang yang tidak berfungsi, dalam tempoh yang

ditetapkan tanpa apa-apa bayaran tambahan.

8.3 Sekiranya Syarikat gagal membekalkan barang-barang berkenaan dengan

memuaskan, maka pihak Kerajaan boleh sama ada:

8.3.1 Mendapatkan mana-mana pihak yang berkelayakan, selain daripada Syarikat,

untuk mengganti barang-barang itu, di mana semua kos penggantian

hendaklah ditanggung oleh Syarikat tersebut; dan/atau;

8.3.2 Memulangkan barang–barang berkenaan dan Syarikat hendaklah membayar

denda, pampasan dan kos-kos terlibat hasil pemulangan tersebut; dan atau;

8.3.3 Sekiranya kelewatan penggantian mana-mana barang yang tidak mengikut

spesifikasi yang memuaskan, maka Kerajaan boleh mengenakan denda

terhadap Syarikat sebanyak satu (1) peratus daripada nilai perolehan pada

setiap tujuh (7) hari kelewatan penggantian tetapi tidak melebihi lima (5)

peratus nilai perolehan tersebut.

9. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

9.1 Kerajaan tidak terikat mempersetujuterima Sebut Harga yang terendah atau mana-

mana Sebut Harga. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemutus Sebut Harga adalah

muktamad. INFRA tidak akan melayan sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan

daripada Penyebut-penyebut Harga berkenaan sebab-sebab Sebut Harga mereka

tidak berjaya.

9.2 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian kontrak

dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung

dalam perjanjian tersebut.

10. JADUAL HARGA

10.1 Jadual harga hendaklah menjadi sebahagian daripada dokumen tawaran ini dan

hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Tawaran.

Page 16: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 16 of 23

10.2 Harga-harga dalam borang jadual harga hendaklah mengambil kira semua kos

termasuk kos pengangkutan, pemasangan, cukai, duti, bayaran, fi perkhidmatan dan

caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.

10.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada

perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada

dalam tempoh sah Tawaran atau dalam tempoh Kerja.

10.4 Apa-apa pelarasan harga dalam jadual harga dan apa-apa kesilapan hisab dalam

jadual harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum dokumen diserahkan

kepada INFRA. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga

pukal dalam Borang Tawaran. Jumlah harga pukal dalam borang Tawaran hendaklah

tetap tidak berubah.

11. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta

atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang

berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta

Pencegahan Rasuah 1997.

11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada

mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan

dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah

Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian

adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Penyebut Harga (kontraktor atau

pembekal) boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di

bawah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

11.4 Mana-mana Penyebut Harga (kontraktor atau pembekal) yang membuat tuntutan

bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan

dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan

mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan

adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Page 17: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 17 of 23

12. KEGAGALAN MELAKSANAKAN TUGAS

12.1 INFRA berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada Penyebut Harga jika

berlaku kegagalan pelaksanaan yang disebabkan oleh Penyebut Harga sendiri. Bagi

maksud ini, Penyebut Harga dianggap gagal melaksanakan kerja jika;

i. Kegagalan Penyebut Harga (kontraktor atau pembekal) melaksanakan

perkhidmatan yang ditawarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan

Sekiranya gagal membekalkan bahan-bahan seperti di dalam Skop dan

Spesifikasi Perkhidmatan (Lampiran D, Lampiran D-1 dan Lampiran D-2) serta

Jadual Pematuhan (Jadual 1) dalam masa yang ditetapkan, INFRA berhak untuk

mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kegagalan tersebut;

ii. Kegagalan Penyebut Harga (kontraktor atau pembekal) melaksanakan

perkhidmatan yang ditawarkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Sekiranya gagal membekalkan bahan-bahan seperti di dalam Skop dan

Spesifikasi Bekalan (Lampiran D, Lampiran D-1 dan Lampiran D-2) serta

Jadual Pematuhan (Jadual 1) mengikut spesifikasi yang ditetapkan, INFRA

berhak untuk mengarahkan pihak syarikat menggantikan kuantiti yang

terjejas dalam nisbah 1:1. Sekiranya ingkar, INFRA berhak untuk mengambil

tindakan yang sewajarnya ke atas pihak syarikat.Pihak INFRA juga berhak

untuk membuat pemantauan berkala bagi memastikan kualiti pembuatan yang

dihasilkan adalah mengikut kehendak yang ditetapkan.

13. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak :

11.2 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab menyediakan semua

peralatan, kelengkapan, pengangkutan dan bahan-bahan yang hendak digunakan

untuk Sebut Harga Sebut Harga Membekal Dan Menghantar Peralatan Pejabat Toner

Dan Drum Mesin Pencetak Bagi Kegunaan Di Institut Kemajuan Desa (INFRA).

13.1 Adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga yang berjaya untuk menjaga

keselamatan pekerjanya, orang awam dan segala harta benda di kawasan dan

bangunan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang

melibatkan nyawa atau harta benda sama ada milik persendirian atau milik Kerajaan

akan dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas Penyebut Harga yang berjaya.

Page 18: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 18 of 23

13.2 Kerajaan berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontrak ini sekiranya didapati

perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Penyebut Harga yang berjaya tidak

memuaskan.

Saya / Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua syarat-syarat yang

terkandung di dalam ‘SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA’ seperti di atas.

…………………………………………….. …………………………………………….. Tandatangan Penyebut Harga Cap Rasmi Syarikat

Nama : ............................................................................................... No. K/P : ............................................................................................... Tarikh : ...............................................................................................

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 19: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 19 of 23

LAMPIRAN D

SKOP DAN SPESIFIKASI BEKALAN/PERKHIDMATAN

1. BIDANG KERJA

Penyebut Harga hendaklah Membekal Dan Menghantar Peralatan Pejabat Toner Dan Drum

Mesin Pencetak Bagi Kegunaan Di Institut Kemajuan Desa (INFRA) mengikut spesifikasi dan

skop sepertimana yang telah dinyatakan di dalam dokumen sebut harga ini.

2. SPESIFIKASI

2.1 Spesifikasi bekalan adalah seperti di Lampiran D-1

2.2 Penyebut Harga mesti menawarkan kesemua item dan mematuhi spesifikasi toner

tersebut. Semua toner yang dibekalkan mestilah mematuhi kualiti berdasarkan

spesifikasi yang ditetapkan dan semua bekalan hendaklah disempurnakan dalam

tempoh bekalan yang ditetapkan.

2.3 Syarikat hendaklah menyertakan surat pengesahan membekalkan barangan yang

original daripada pembekal toner.

3. HAL-HAL LAIN

Apa-apa perkara lain yang mungkin timbul dalam melaksanakan perkhidmatan ini

hendaklah mendapat persetujuan bertulis dari INFRA terlebih dahulu.

7. PINDAAN

INFRA berhak pada bila-bila masa untuk meminda, mengubahsuai, menambah atau

mengurangkan mana-mana syarat di dalam dokumen sebut harga ini tanpa menjejaskan

keseluruhan tawaran.

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 20: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 20 of 23

LAMPIRAN D-1

RINGKASAN SPESIFIKASI & SKOP PERKHIDMATAN

BIL JENAMA DAN MODEL PENCETAK SPESIFIKASI ITEM KUANTITI

1 PRINTER FUJI XEROX 3055 DRUM PRINTER 2

2 HEWLETT PACKARD (HP) P1505 TONER CARTRIDGE 4

3 FUJI XEROX C3055 TONER - BLACK 6

4 FUJI XEROX C3055 TONER – CYAN 4

5 FUJI XEROX C3055 TONER – MAGENTA 4

6 FUJI XEROX C3055 TONER – YELLOW 4

7 LASER JET FUJI XEROX 240A TONER 6

8 LASER JET FUJI XEROX 3124 TONER 10

9 XEROX PHASER 3435 TONER 2

10 HEWLETT PACKARD (HP) LASER JET P2055DN

TONER 2

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 21: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 21 of 23

JADUAL 1

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

PANDUAN

1. Tandakan √ pada pilihan pematuhan ya jika bersetuju dan tidak jika tidak bersetuju.

2. Spesifikasi yang ditetapkan dalam borang ini adalah spesifikasi minimum yang diperlukan. Sekiranya ada,

nyatakan butiran cadangan yang setara/lebih baik dan bersesuaian yang dapat ditawarkan pada kadar

harga yang sama dengan spesifikasi yang ditetapkan.

3. Penyebut harga adalah dilarang membuat sebarang tanda pengenalan syarikat dalam Jadual ini.

BIL. SPESIFIKASI / SKOP PERKHIDMATAN PEMATUHAN

CADANGAN PENYEBUTHARGA YA TIDAK

1. MANDATORI

Syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 020601 (Alatulis – tidak termasuk borang dan semua jenis kertas) dan mematuhi semua peraturan dan kehendak sebut harga.

2.

MANDATORI

Melaksanakan bekalan dengan mematuhi Spesifikasi seperti di Lampiran D dan Lampiran D-1

3. MANDATORI

Tarikh keluaran bekalan toner dan drum (manufacturing date) oleh pengilang utama mestilah dalam lingkungan empat (4) bulan sebelum tarikh terima bekalan oleh INFRA.

4. MANDATORI

Syarikat hendaklah menggantikan setiap item bekalan toner dan drum dengan bekalan baharu sekiranya didapati tarikh keluaran bekalan toner dan drum (manufacturing date) oleh pengilang utama melebihi empat (4) bulan sebelum tarikh terima bekalan oleh INFRA.

5. MANDATORI

Syarikat adalah dikehendaki membekalkan toner dan drum yang asli / original daripada pengilang utama pencetak

6. MANDATORI

Bekalan toner dan drum mestilah dikeluarkan oleh pengilang utama pencetak berkenaan seperti HP/

Page 22: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 22 of 23

BIL. SPESIFIKASI / SKOP PERKHIDMATAN PEMATUHAN

CADANGAN PENYEBUTHARGA YA TIDAK

SAMSUNG/ FUJI XEROX/ BROTHERS/ OKI/ PANASONIC.

(Sila lampirkan surat secara bertulis sebagai bukti Penyebut Harga membekal dan menghantar bekalan toner dan drum, adalah asli dan original daripada pengilang utama pencetak berkenaan)

7. MANDATORI

Toner dan drum hendaklah berada dalam bungkusan asal dari kilang dan jenis bungkusan yang digunakan hendaklah selamat dan tidak merosakkan keadaan fizikal barang.

8. MANDATORI

Sekiranya terdapat kerosakan mutu/komponen toner dan drum atau mana-mana kerosakan yang boleh membawa kepada kegagalan kefungsiaan toner dan drum, pembekal perlu menggantikannya dengan toner dan drum baru tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.

---------RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG---------

Page 23: KERAJAAN MALAYSIA INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) DOKUMEN ... · PDF filedan ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa menandatangani kontrak. 2.6 Penyebut Harga adalah dilarang sama

INFRA.SH(B).5/2017

Page 23 of 23

JADUAL 2

RINGKASAN TAWARAN HARGA

JENAMA DAN MODEL PENCETAK

SPESIFIKASI ITEM KUANTITI HARGA

SEUNIT (RM) JUMLAH

HARGA (RM)

PRINTER FUJI XEROX 3055 DRUM PRINTER 2

HEWLETT PACKARD (HP) P1505

TONER CARTRIDGE

4

FUJI XEROX C3055 TONER - BLACK 6

FUJI XEROX C3055 TONER – CYAN 4

FUJI XEROX C3055 TONER – MAGENTA

4

FUJI XEROX C3055 TONER – YELLOW 4

LASER JET FUJI XEROX 240A TONER 6

LASER JET FUJI XEROX 3124 TONER 10

XEROX PHASER 3435 TONER 2

HEWLETT PACKARD (HP) LASER JET P2055DN

TONER 2

JUMLAH HARGA KESELURUHAN TANPA KENAAN GST (6%)

Jumlah Harga Keseluruhan (dengan perkataan) Ringgit Malaysia : …………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

(Jumlah Harga adalah tidak termasuk GST )

…………..…………………. (Tandatangan Kontraktor) Nama : ………………………………… Jawatan : ………………………………… Tarikh : ………………………………… Cop Rasmi :