Kerajaan melayu yang tua

4
Kerajaan Melayu Yang Tua - Kedah Latar Belakang 1. Latar belakang sejarah Kedah terdapat dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa dan Al -Tarikh Salasilah Negeri Kedah. 2. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, kerajaan Kedah dikatakan telah wujud pada kurun ke-7. 3. Raja Kedah yang pertama, iaitu Merong Mahawangsa, memeluk agama Islam dan mengambil gelaran Sultan Muzaffar Shah. 4. Sultan Muzaffar Shah membahagikan Kedah kepada tiga pusat pentadbiran, iaitu Kota Palas, Langkawi, dan Kota Ulu. 5. Pusat pentadbiran Kedah kemudian berpindah ke Kota Setar pada tahun 1735, di mana kota tersebut mewujudkan bandar Alor Setar pada hari ini. Asal – Usul 1. Asal usul nama Kedah dapat dikaji melalui beberapa sumber seperti berikut: (a) Kedah disebut oleh orang China sebagai Cheh-Cha. (b) Pedagang India menyebutnya sebagai Kataha, Kalaham, atau Kadaram. (c) Pedagang Arab pula memanggilnya Kalah atau Kalah Bar. (d) Orang Siam mengenalinya sebagai daratan Kedah dengan panggilan Sai. Keistimewaan 1. Kedah berjaya menarik minat kedatangan pedagang-pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China, dan Barat kerana kedudukannya yang strategik. 2. Kepesatan perdagangan menyebabkan Kedah sering menghadapi ancaman daripada kuasa luar. 3. Untuk memastikan keselamatannya, Kedah mendapatkan sokongan daripada negara Siam melalui persahabatan. 4. Kedah menghantar "bunga emas" kepada Siam sebagai tanda persahabatan.

Transcript of Kerajaan melayu yang tua

Page 1: Kerajaan melayu yang tua

Kerajaan Melayu Yang Tua - Kedah

Latar Belakang

1. Latar belakang sejarah Kedah terdapat dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa dan Al -Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

2. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, kerajaan Kedah dikatakan telah wujud pada kurun ke-7.

3. Raja Kedah yang pertama, iaitu Merong Mahawangsa, memeluk agama Islam dan mengambil gelaran Sultan Muzaffar Shah.

4. Sultan Muzaffar Shah membahagikan Kedah kepada tiga pusat pentadbiran, iaitu Kota Palas, Langkawi, dan Kota Ulu.

5. Pusat pentadbiran Kedah kemudian berpindah ke Kota Setar pada tahun 1735, di mana kota tersebut mewujudkan bandar Alor Setar pada hari ini.

Asal – Usul

1. Asal usul nama Kedah dapat dikaji melalui beberapa sumber seperti berikut:

(a) Kedah disebut oleh orang China sebagai Cheh-Cha.

(b) Pedagang India menyebutnya sebagai Kataha, Kalaham, atau Kadaram.

(c) Pedagang Arab pula memanggilnya Kalah atau Kalah Bar.

(d) Orang Siam mengenalinya sebagai daratan Kedah dengan panggilan Sai.

Keistimewaan

1. Kedah berjaya menarik minat kedatangan pedagang-pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China, dan Barat kerana kedudukannya yang strategik.

2. Kepesatan perdagangan menyebabkan Kedah sering menghadapi ancaman daripada kuasa luar.

3. Untuk memastikan keselamatannya, Kedah mendapatkan sokongan daripada negara Siam melalui persahabatan.

4. Kedah menghantar "bunga emas" kepada Siam sebagai tanda persahabatan.

5. Kedah yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka terkenal sebagai sebuah pelabuhan entrepot.

6. Sistem sukat dan mata wang digunakan untuk melicinkan lagi proses perdagangan di Kedah.

7. Kedah juga banyak mendagangkan hasil tempatan seperti emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk, dan gading.

Page 2: Kerajaan melayu yang tua

Iktibar

1. Apabila Kedah diserang oleh Acheh yang diketuai oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam pada tahun 1619, sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.

2. Pada tahun 1767, apabila kerajaan Siam (Ayuthia) ditawan oleh Burma, Kedah menjalinkan persahabatan dengan Burma.

3. Keadaan politik Kedah kurang stabil pada kurun ke-18 kerana diancam oleh Siam.

4. Kedah juga menghadapi masalah perebutan takhta dan perbalahan di kalangan kerabat diraja.

5. Sultan Kedah meminta bantuan Inggeris untuk menghadapi ancaman Siam.

6. Hubungan baik Kedah dengan Inggeris dan keengganan Kedah akur kepada Siam menyebabkan Siam menyerang Kedah pada tahun 1821.

7. Sultan Kedah, pembesar, dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Pulau Pinang.

8. Pada tahun 1842, Kedah mendapat semula kemerdekaannya daripada Siam.

9. Hubungan baik terjalin antara Kedah dengan Siam selepas itu dan keadaan ini membolehkan Kedah berkembang menjadi sebuah negeri yang makmur lagi aman.

10. Iktibar yang dapat diperolehi daripada Sejarah Kerajaan Melayu Tua Kedah ialah sesuatu bangsa atau kerajaan yang maju dan kaya-raya akan menjadi mundur, miskin, minoriti, tertindas dan dijajah oleh kuasa asing apabila mereka mula lalai dan leka dengan keselesaan dan kemewahan hidup yang sedia ada.

11. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan dunia dari semasa ke semasa supaya tidak ketinggalan serta membina benteng pertahanan yang kuat dan teguh untuk menjamin kestabilan politik di negara kita, tanpa leka , lalai dan taksub dengan kekayaan dan kemewahan yang sedia ada.

Cara Mempertahankan Kedaulatan

Kedaulatan sebuah kerajaan ialah suatu amanah yang perlu dijaga dan dikekalkan. Sesebuah kerajaan yang masih dijajah secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan kelemahan masyarakat dan pemimpin kerajaan tersebut. Kerajaan yang dijajah bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan negari itu akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa negara kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu. Bukan itu sahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh penjajah ke negara mereka.Menjaga dan menpertahankan kedaulatan sesebuah kerajaan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya senagai anak jati sesebuah negeri.

Page 3: Kerajaan melayu yang tua

PEMERINTAH

-Memperkukuh sistem pertahanan & keselamatan negeri-Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.-Memperkukuh ekonomi negeri Kedah- Elakkan daripada penjajahan ekonomi- Menjadi negeri pengeluar utama bukannya setakat pengguna sahaja-Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia.

MASYARAKAT

-Menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.-Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi & sosial.

INDIVIDU

-Cinta akan negeri kelahiran, bersemangat patriotik & sanggup berkorban untuk negeri.-Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.-Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.