KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu...

9
KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN PEMBENTUKAN KOMUNITI ASEAN ••••• Lukman Thaib', Bharuddin Che Pal dan Mohd Zaidi Abd Rahman'. Abstrak Dunia Melayu clan Alam Nusantara aclalah suatu kawasan di Asia Tenggara yang mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara telah menjadi kawasan pe.rdagangan yang menjadi tumpuan para saudagar dari segenap penjuru dunia, Pusat- pusat perdagangan Islam telah bersemarak di kebanyakan ceruk Dunia Melayu dan Nusantara, dari Pasai (moden Lhokesumawe, Aceh Utara) clan Aceh (moclen Banda Aceh) di sebelah Timur hinggalah ke Makassar clan Ternate di Barat, Dari Patani dan Sulu cli Utara hinggalah ke Banten,Cirebon clan Kudus di Selatan.Pusat-pusat perdagangan ini relah menguasai arus perkembangan ekonomi dan jalur perdagangan di Asia Tenggara. Dengan kedatangan agama Islam ke rantau ini juga kota -kota pelabuhan lama telali dapat dikembangkan disamping merintis pembinaan kota-kota pelabuhan baru sehingga menjadi pusat-pusat perclagangan yang penting dan berpengaruh. Dengan pencapaian ini juga terbentuknya satu kuasa ekonomi Islam dan inilah yang terpaksa dihadapi oleh kuasa- kuasa imperialis semasa mereka mengembangkan sayap pengaruhnya ke Asia Teggara. Tulisan ini bertujuan untuk menfokuskan penulisannya kepada beberapa aspek penting yang berkaitan dengan peranan perdagangan dalam kembangkitan Dunia Melayu dan Alarn Nusantara, perbezaan pemahaman diantara konsep Dunia Melayu dan Nusantara dikalangan masyarakat Malaysia Indonesia turut diberi perhatian, apakah bentuk perubahan atau tranforrnasi yang dibawa oleh Islam keatas perkembangan intellektual masyarakat Melayu, clan apakah peranan waclah persatuan baru yang disebutkan dengan ASEAN,serta apakah tujuan clan pembentukan wacana kearah pengitegrasian rnasyarakat Dunia Melayu clan Nusantara keclalam satu wadah di peringkat rakyat ke rakyat dibawah satu entiti baru rang disebutkan dengan komuniti ASEAN. Kata kunci: Serantau, Nusantara, ASEAN, Komuniti, Dunia Melayu. Pengenalan. Kegiatan perdagangan Antarabangsa merupakan satu faktor utama rang banyak mencorakkan sejarah Asia Tenggara termasuklah Dunia Melayu dan Nusantara. Dan melalui saluran lalu lintas perdagangan dan perkapalan, disamping kedudukan geografi Dunia Melayu/Nusantara yang dike1i1ingi oleh perairan Lautan Hindi dan laut China Se1atan menjadikan Dunia Melayu/Nusantara terdedah kepada berbagai pengaruh luar sehingga telah menyerap proses Islarnisasi bertali erat dengan perdagangan. Bahkan sudah menjadi fakta yang diakui oleh para pengkaji sejarah bahawa perdagangan merupakan salah satu faktor utama yang telah merintis jalan dan kemudiannya memesatkan penyebaran Islam di Dunia Me1ayu/Nusantara (Reicl,A.1985:14-15 dan Levtzion, N. 1979:15-16). Dengan itu pedagang-pedagang Islamlah yang berasal dari negara-negara Arab, Parsi, dan India adalah merupakan sebagai ejen terpenting yang menyalurkan kemasukan Islam ke Dunia Melayu, untuk pertama kali adalah sekitar tahun 674 AD, clan mulai pada tahun 878 AD Islam telah pun kukuh di Pasai dan Periak (Peureulak, Aceh timur), sementara dalam tahun 1204 AD (Fatimi. 1963: 69) boleh dianggap agama Islam telah pun diterima sebagai satu pegangan hidup oleh masyarakat Melayu dan Nusantara secara keseluruhannya. Sejarah perkembangan Islam di Dunia Melayu/Nusantara jelas menunjukkan bahawa para pedagang Islam, para raja-raja, pembesar-pernbesar, pahlawan-pahlawan, alim ulama dan juga mubaligh-mubaligh, kesemuanya mempunyai peranan ataupun saham masing-masing dari segi peranan menyebarkan Islam. Mereka semua merupakan ejen-ejen penting dalam proses Islarnisasi di Dunia Melayu/Nusantara, Masing-rnasing golongan tersebut mempunyai kekuatan, jian Islam, Universiti Malava.

Transcript of KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu...

Page 1: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DANPEMBENTUKAN KOMUNITI ASEAN•••••

Lukman Thaib', Bharuddin Che Pal dan Mohd Zaidi Abd Rahman'.

Abstrak Dunia Melayu clanAlam Nusantara aclalah suatu kawasan di Asia Tenggara yangmempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengankedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara telah menjadi kawasanpe.rdagangan yang menjadi tumpuan para saudagar dari segenap penjuru dunia, Pusat-pusat perdagangan Islam telah bersemarak di kebanyakan ceruk Dunia Melayu danNusantara, dari Pasai (moden Lhokesumawe, Aceh Utara) clan Aceh (moclen Banda Aceh)di sebelah Timur hinggalah ke Makassar clan Ternate di Barat, Dari Patani dan Sulu cliUtara hinggalah ke Banten,Cirebon clan Kudus di Selatan.Pusat-pusat perdagangan inirelah menguasai arus perkembangan ekonomi dan jalur perdagangan di Asia Tenggara.Dengan kedatangan agama Islam ke rantau ini juga kota -kota pelabuhan lama telali dapatdikembangkan disamping merintis pembinaan kota-kota pelabuhan baru sehingga menjadipusat-pusat perclagangan yang penting dan berpengaruh. Dengan pencapaian ini jugaterbentuknya satu kuasa ekonomi Islam dan inilah yang terpaksa dihadapi oleh kuasa-kuasa imperialis semasa mereka mengembangkan sayap pengaruhnya ke Asia Teggara.Tulisan ini bertujuan untuk menfokuskan penulisannya kepada beberapa aspek pentingyang berkaitan dengan peranan perdagangan dalam kembangkitan Dunia Melayu danAlarn Nusantara, perbezaan pemahaman diantara konsep Dunia Melayu dan Nusantaradikalangan masyarakat Malaysia Indonesia turut diberi perhatian, apakah bentukperubahan atau tranforrnasi yang dibawa oleh Islam keatas perkembangan intellektualmasyarakat Melayu, clan apakah peranan waclah persatuan baru yang disebutkan denganASEAN,serta apakah tujuan clan pembentukan wacana kearah pengitegrasian rnasyarakatDunia Melayu clan Nusantara keclalam satu wadah di peringkat rakyat ke rakyat dibawahsatu entiti baru rang disebutkan dengan komuniti ASEAN.

Kata kunci: Serantau, Nusantara, ASEAN, Komuniti, Dunia Melayu.

Pengenalan.

Kegiatan perdagangan Antarabangsa merupakan satu faktor utama rang banyak mencorakkansejarah Asia Tenggara termasuklah Dunia Melayu dan Nusantara. Dan melalui saluran lalu lintasperdagangan dan perkapalan, disamping kedudukan geografi Dunia Melayu/Nusantara yangdike1i1ingi oleh perairan Lautan Hindi dan laut China Se1atan menjadikan DuniaMelayu/Nusantara terdedah kepada berbagai pengaruh luar sehingga telah menyerap prosesIslarnisasi bertali erat dengan perdagangan. Bahkan sudah menjadi fakta yang diakui oleh parapengkaji sejarah bahawa perdagangan merupakan salah satu faktor utama yang telah merintisjalan dan kemudiannya memesatkan penyebaran Islam di Dunia Me1ayu/Nusantara(Reicl,A.1985:14-15 dan Levtzion, N. 1979:15-16). Dengan itu pedagang-pedagang Islamlahyang berasal dari negara-negara Arab, Parsi, dan India adalah merupakan sebagai ejenterpenting yang menyalurkan kemasukan Islam ke Dunia Melayu, untuk pertama kali adalahsekitar tahun 674 AD, clan mulai pada tahun 878 AD Islam telah pun kukuh di Pasai dan Periak(Peureulak, Aceh timur), sementara dalam tahun 1204 AD (Fatimi. 1963: 69) boleh dianggapagama Islam telah pun diterima sebagai satu pegangan hidup oleh masyarakat Melayu danNusantara secara keseluruhannya.

Sejarah perkembangan Islam di Dunia Melayu/Nusantara jelas menunjukkan bahawapara pedagang Islam, para raja-raja, pembesar-pernbesar, pahlawan-pahlawan, alim ulama danjuga mubaligh-mubaligh, kesemuanya mempunyai peranan ataupun saham masing-masing darisegi peranan menyebarkan Islam. Mereka semua merupakan ejen-ejen penting dalam prosesIslarnisasi di Dunia Melayu/Nusantara, Masing-rnasing golongan tersebut mempunyai kekuatan,

jian Islam, Universiti Malava.

Page 2: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

kewibawaan dan keistimewaan tersendiri dalam melaksanakan tugas menyebarkan Islam.Melalui gabungan tenaga rnereka semuatelah menjadikan proses Islamisasi berjalan denganpenuh harmoni dan sering melengkapkan di antara satu sama lain.

Ke semua ini terbukti golongan-golongan tersebut telah berperanan merintis danmemesatkan proses Islamisasi yang berjalan di Dunia Melayu/Nusantara, Para pedagang lebihdapat dikesan peranan mereka sebagai perintis yang membuka jalan kearah kemasukan Islam(Auni.2001; 4-6). Hal ini jelas di saat-saat awal perkembangan Islam di rantau Asia Tenggara(ASEAN). Mereka ini sering ditonjolkan sebagai peneroka sesebuah penempatan bersamadengan ulama yang ikut serta dalam kapal mereka, disamping mereka juga turut memajukanpusat perdagangan dan juga kota pelabuhan. Menerusi peranan tersebut, mereka juga telahmemainkan peranan yang besar dalam proses urbanisasi selain daripada meluaskan ajaran Islamdi rant.auini.

Dengan keistimewaan peribadi para saudagar Islam yang mampu membuktikan ciri-cirikepimpinan dan pengurusan yang berkesan semasa menjalankan urusan perniagaan, memimpinmasyarakat setempat dan memajukan pusat perniagaan, telah menjadi satu daya tarikan yangmemikat para pemerintah dan rakyat tempatan yang masih kafir untuk berdamping denganmereka dan seterusnya memeluk agama Islam.

Ditambah lagi dengan kekuatan ekonomi yang dimiliki dan keunggulan peribadi yangmenghias diri mereka, para saudagar Islam telah muncul sebagai satu kuasa politik yangberpengaruh besar dalam kalangan masyarakat tempatan, sehingga pembesar negeri pun, sepertiraja-raja dan pembesar ternpatan turut mendampingi pedagang tersebut dengan tujuan untukmenjadikan mereka sebagai rakan perniagaan dan membantu dalam mencari kekayaan yangkemudiannya telah menjadi sebagai saudara seagama.

Selain daripada motif ekonomi, terdapat juga motif politik yang mempengaruhi raja-rajatempatan memeluk Islam. Hal ini berlaku khasnya ke atas raja-raja di kawasan pedalaman yangtertinggal dan terbelakang dari segi kemajuan dan mereka merasa tercabar oleh pengaruhpolitik golongan saudagar Islam apabila raja-raja di pedalaman menghadapi saingan daripadakota-kota pelabuhan ataupun pusat perniagaan pesisir pantai yang lebih maju dan telah dikuasaioleh saudagar-saudagar Islam. Hal ini amat jelas dapat kita lihat dalam sejarah perkembanganIslam di Giri , Banten, Kudus dan Demark, yang kesemuanya merupakan bandar-bandar dipersisiran yang banyak mempengaruhi perkembangan Islam di pedalaman kepulauan Jawa. Darikalangan bandar-bandar ini pulalah lahirnya apa yang dipanggil sebagai "Peradaban Pesisir"yang memainkan peranan besar dalam sejarah Islamisasi di Kepulauan Jawa (pigeaud,TH.G.TH. 1967:6-7).

Dunia Melayu dan Nusantara.

Dunia Melayu (lvlalay !~orld orJVlalqyRealm) ialah suatu istilah yang mengandungi banyak makna,yang bergantung kepada penggunaannya. Dari segi bahasa (/ingtJisticalfy) istilah itu merujukkepada kawasan atau daerah dan negara-negara yang rakyatnya bercakap dalam bahasa Melayudi rantau Asia Tenggara, termasuklah di dalamnya Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia,Singapura dan Selatan Thailand. Dalam kontek geopolitik pula, istilah Dunia Melayu adalahmerupakan suatu istilah yang sering digunakan secara bergantian dengan istilah Nusantara ataudengan istilah pihak penjajah yang menyebutnya dengan perkataan 'MalayArchipelago'(Sweeney.2011: 295). Bahkan secara lebih luas istilah Dunia Melayu juga telahdidefinasikan sebagai satu kawasan (region), tanah air bagi suku kaum Austronesian yangmencakupi wilayah dari pulau Paskah ( Easter Islands) di bahagian timur sehingga ke Malagasi(Afadagascar) di sebelah baratnya (Farrer. 2009: 26). Bagaimanapun , definasi Dunia Melayu yangbersifat sangat luas ini telah mendapat kritikan dari beberapa sarjana oleh kerana ianya hanyamerujuk kepada konsep suku Melayu sahaja,

Dalam kontek kebudayaan Cillcultural sense) pula, istilah Dunia Melayu lebih tepatmerujuk kepada tanah air bagi orang-orang yang berketurunan Melayu yang secara sejarahmereka itu dipimpin olek kesultanan Melayu di pesisir Asia Tenggara. Kawasan ini termasuklahpeninsula Malaysia, pesisir Pulau Sumatra, Borneo serta pulau-pulau kecil diantara wilayah-wilayah tersebut C. 2010: 42). Bagaimanapun, UNESCO dalam penggunaannya istilah 'DuniaMelayu' (Malqy Worla) atau C Alam Melayu '(Malay Anhipelago) juga turut di kenali sebagaiNusantara. Konsep Dunia Melaj'U yang dipakai oleh UNESCO adalah melUjuk ke ada. ne ara-

/

/

Page 3: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

negara Asia Tenggara seperti kepulauan-kepulauan Indonesia, Malaysia clan Filipina secarakhusus. Secara umum pula ia turut mengambil kira seluruh rwnpun Melayu Polonesia dariPulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di timur, Pulau Farmosa, Hawaii di utara sertakepulauan Indonesia dan New Zealand di sebelah selatan (\V'ikipedia. 2008: 1, April 15) .

Dari segi asal usul penggunaan istilah Dunia Melalyu clalam sejarah rantau ini dapat kitarujuk kepada catitan seorang ahli sejarah Portugis dalam abad ke 16 Masehi, Emanuel Godinhode Eredia. Menurut beliau peringkat pertama penggunaan istilah Dunia Melayu adalah olehkerana atau melalui penyatuan Laut Melayu (CCMalaJlSea'') ke dalam pengaruh kesultananMelaka sekitar abah ke 15 Masehi (Andaya.2008:200). Kawasan yang menjadi rujukan EmanuelGodinho yang dianggap sebagai ''i'vlalqyos Sea" adalah rneliputi laut Andaman sebelah utara,keseluruhan Selat Melaka di bahagian tengah , sebagaian Selat Sunda di bahagian selatan danbahagian barat laut China Selatan. Kawasan ini menurut beliau dianggap sebagai pusatperclagangan Islam dalam sistem perdagangan antarabangsa ketika itu, dimana-bahasa Melayudigunakan sebagai bahasa linqua franca (Mohamed A O. 2011 :28-30). " .... Starting poInt by theisland of Pulo Catay in the region of Pattane (Pattani), situated in the east coast in 8 degrees oflatitude, the pass round to the other or western coast of Ujontana (Malay Peninsula), toTaranda and UJong Calan situated in the same latitude in district of Queda (Keclah): this stretchof territory lies within the region of "Malayos" and the same language prevailthroughout."(Mohamed AO. 2011: 30).

Emanuel Godinho menyebutkan bahawa Laut Melayu adalah merupakan satu konsepsosio budaya agama (a geo-religio-socioculturalconcept), iaitu suatu konsep kesatuan geografi yangdicirikan oleh kesamaan kepercayaan agama dan juga kesaman budaya (Mohamed A0.2011:31). Hal dibuktikan kebenarannya apabila wawasan kernelayuan dan juga kemunculanidentiti orang Melayu atas dasar agama Islam mengambil bentuk yang lebih kukuh di zamanpernerintahan kesultanan Melaka (Andaya, 1984:55,Timothy P. 2004:7, Mohd Fauzi Y.2009:16).Sebagai natijah dari perluasan pengaruh perclagangan Melaka clan pengaruh agama yangmelepasi batas kebudyaan akhirnya telah menghasilkan peringkat permulaan proses kemelayuanclengan berkembangnya bahasa Melayu klasik (Sneddon, Jmaes N. 2003:74), Islam (Milner,2010: :47) dan juga adat Melayu (Esposito. 1999). Proses asimilasi ini berterusan walaupunselepas kejatuhan Melaka di awal abad ke 16. Era selepas keagungan Melaka beberapakesultanan Melayu telah tumbuh secara lebih meluas di rantau itu yang bermula dengankesultanan yang kecil seperti Asahan ,Deli, Langkat clan Serclang , sehingga kesultanan yanglebih besar dan lebih berkuasa seperti Brunei, Johor clan Pattani. Wujudnya kesultanan-kesultanan ini telah mengakibatkan pengaruh kebudayaan clan perdagangan Melayu yang lebihluas clan seterusnya membawa kepada perkembangan Dunia Melayu (Mohamed AO. 2011: 31-34).

Penyerapan budaya clan bahasa Melayu yang kukuh di kawasan tersebut sepertimanayang dilihat oleh sarjana clan peneliti Eropah semasa zaman penjajahan telah menjadi asaskepada pembentukan beberapa istilah antropologi, geografi clan juga linguistic (Ooi, KG. 2009:181). Diantaranya ialah konsep bangsa Melayu clan juga Alam Melayu (Malay Archipelago) untukkawasan tersebut, serta beberapa istilah linguistik seperti bahasa Melayu Polinisia dan jugabahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Hal ini sangat berpengaruh dalammembentuk tanggapan moden tentang keluasan Dunia Melayu.

N usantara Menurut Perspektif Masyarakat Indonesia.

Tidak dinafikan bahawa perkataan 'Nusantara' ialah sepatah kata majmuk yang berasal dari duaperkataan bahasa jawa kuno, iaitu nusa (pulau atau bangsa-bangsa ) dan antara (gugusan ataulain). Penggunaan kata ini memang lebih tepat untuk negara kepulauan seperti Indonesia yangberkedudukan di antara dua lautan clan negara-negara lain. Penggunaan kata Nusantara wuiuddalam literature berbahasa jawa sekitar pertengahan abad ke 12 hingga abad ke 16 sebagaiwawasan kenegaraan yang dianuti oleh Raja Majapahit ketika itu. Perkara ini dapat kita nilaisendiri ketika Gajah Mada dalam 'Sumpah Palapa' pada tahun 1336 mengisytiharkan " SiraGqjah Mada pepatih amunghibumi tan qyun amunika pa/apa, sira Gqjah Mada: Lamun hU1/JUskalahNusantara ingsun amukti palapa, lamzm kalah ring Gurun, ring S eram,T at!/un!'Pllra, ring Ham, ringPahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Paletltbang, Ttonasii; samana ingsll11amukti palapa". Yang bererti:"Beliau Gajah Mada Amangkubumi tidak ingin melepaskan kuasa. la Gajah Mada, "[ika telahmen alal1kan Nusantara, saya (baru akan) mele askan h.-ua.sa.Jika men alal1kan Gurun, Seram,I

II

I~,------------..:........----

Page 4: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya(baru akan) melepaskan kuasa"(Juntus M. Van d.Kroef. 1951: 166-171).

Sebenarnya jika ditinjau kepada sejarah kuno masyarakat Jawa, Gajah Mada bukanlahorang yang pert.ama mernperkenalkan istilah Nusantara, Sebaliknya istilah tersebut telahpundiungkapkan oleh Kertanegara, raja Singhasari, pada tahub 1275 dengan memperkenalkanwawasan atau konsep "CakralJ!alo Mandala Dl1lipalltard' (Juntus M. Van d. Kroef 1951: 166-171). Dwipantara adalah kata dalam bahasa Sanskrit untuk "kepulauan antara", yang ertinyasama dengan Nusantara, kerana "Dwipa" adalah sinonim dengan "Nusa" yang bererti " Pulau",Raja Singhasari, Kertanegara adalah seorang raja yang mempunyai wawasan untuk mewujudkansatu persatuan kerajaan-kerajaan Asia Tenggara dibawah kewibawaan kerajaan Singhasari dalamusahanya menghadapi kemungkinan timbulnya aneaman serangan Mongol yang sedangmembangunkan Dinasti Yuan di Cina (Tiongkok) ketika itu. Atas alasan itulah Kertanegarameluneurkan Ekspedisi Pamalayu untuk menjalin persahabatan dan persekutuan politik dengankerajaan Malayu Dharmasraya di Jambi,dengan mempersernbahkan Area Amoghapas~~hadiah untuk menyenangkan hati penguasa dan rakyat Malayu di kesultanan Riau, Sebagaibalasanya pula raja Melayu Riau mengirimkan putrinya, Dara Jingga dan Dara Petak ke Jawauntuk dinikahkan dengan penguasa J awa.

Dalam tahun 1920-an, Ki Hajar Dewantara dan Dr. Setiabudi pernah mengusulkanistilah "Nusantara" untuk menggatikan istilah yang digunakan oleh penjajah Belanda: sepertiIndie (Hindia) untuk kawasan penjajahan Hindia Belanda (untuk nama negara Indonesia yangbelum wujud ketika iru). Bagaimanapun perkataan ''Nusantara'' telah bersaing dengan perkataan"Indonesie" atau "Insulinde" (Hindia Kepulauan); istilah yang telah diperkenalkan oleh EduardDouwes Dekker (Juntus M. Van de Kroef. 1951: 166-171). Ketika penggunaan nama "Indonesia" (yang bererti kepulauan Hindia) disetujui dalam Kongres Pernuda II pada tahun1928 untuk dipakai sebagai sebutan bagi negara yang akan rnerdeka, bagaimanapun istilah"Nusantara" tidak serta merta surut penggunaanya di Indonesia, ia dipakai sebagai sinonim bagi"Indonesia" .

Bagaimanapun oleh kerana dinamika politik menjelang berakhirnya perang Pasifik yangberakhir sekitar tahun 1945, yang telah memuneulkan wacana wilayah Indonesia Raya yang jugameliputi Britania Malaya (kini Malaysia Barat) dan Kalimantan Utara (Tempo.15 Ogos 2005).Istilah "Nusantara" pun menjadi popular di kalangan masyarakat Semenanjung Malaya, olehkerana semangat kesamaan latar belakang asal-usul (Melayu) diantara penghuni kepulauanIndonesia dan Semenanjung Malaysia. Akan tetapi ketika Malaysia meneapai kernerdekaan padatahun 1957, semangat kebersamaan di bawah istilah "Nusantara" telah tergantikan di Indonesiadengan permusuhan yang dibalut politik Konfrantasi oleh Soekarno. Sewaktu permusuhanberakhir, pengertian Nusantara di Malaysia tetap membawa semangat kesamaan rumpun. Sejakitu, pengertian "Nusantara" bertumpang tindih dengan "Kepulauan Melayu" (Malay An-hipelago).Bagaimanapun jika ditinjau dari segi geografi-antropologi atau antropo-geografis (geografibudaya), Nusantara adalah istilah yang popular pada akhir abad ke 19 sampai awal abad ke 20sebagai perkataan yang sangat padan dengan istilah Kepulauan Melayu (l\Ifoltg Archipelago orMaltg World).

Wadah dalarn Pengembangan Islam di Dunia Melayu/Nusantara.

Terdapat banyak faktor-faktor lain selain faktor perdagangan dalam proses Islamisasi DuniaMelayu/Nusantara. Faktor -faktor itu adalah suruhan menjalan dakwah Islam, peranan ahlitasawuf, kesan pelarian pedagang Islam disebabkan perang salib dan juga daya tarikan daripadakeunggulan ajaran Islam itu sendiri. Hal ini dapat kita baca bahawa pemelukan Islam secarabesar-besaran dikalangan rakyat jelata berlaku kerana mereka tertarik dengan keunggulan ajaranIslam. Faktor daya tarikan ajaran Islam merupakan satu faktor terpenting dalam sejarahIslamisasi di Dunia Melayu/Nusantara. Keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada ajaranIslam telah mencetuskan satu "revolusi dari dalam " dikalangan penduduk tempatan setelahmereka dapat membuat perbandingan dengan ajaran agama Hindu. Mereka mulai nampakdengan kelemahan ajaran agama Hindu yang bersifat methos clan fantasi serta menekankanperbezaan dikalangan rakyat jelata berdasarkan kasta.

Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam dikalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan bandar adalah dipengaruhi-

Page 5: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

I

II

dengan kuatnya perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedaribahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem rnasyarakat lama. Memeluk agama Islamadalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam denganajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama rnanusia telah menjadi faktor yang utarnadalam penukaran agama di Dunia Melayu/ Nusantara.

Bagaimanapun suatu hal yang tidak dapat dinafikan bahawa faktor keunggulan ajaranIslam ini tidak dapat berdiri sendiri tanpa wujudnya saluran faktor perdagangan sebagai jenterauntuk menyebarkan ajaran Islam ke Dunia Melayu/Nusantara. Perdagangan bukan hanyasekadar menjadi satu saluran yang memesatkan proses Islamisasi, bahkan yang paling pentingialah menjadi satu asas utama yang mengukuhkan dan mengekalkan proses ini untuk beberapaabad lamanya. Hal ini terjadi apabila perdagangan diakui sebagai satu sumber kekuatan yangdapat melahirkan kuasa politik Islam di Dunia Melayu/Nusantara. ------------

Dalam sejarah politik dan pemerintahan di Dunia Melayu/Nusantara dengan jelasdapat dilihat bahawa kebanyakan kesultanan Melayu menjadi terkenal dan rnasyhur adalahberpunca daripada kekuatan ekonomi yang berteraskan kepada aktiviti perdagangan. Dengankata lain, keunggulan kuasa mereka ditentukan oleh pengaruh ekonorni dan kuasa perdaganganyang berada dalam genggaman mereka. Hal ini dengan ketara dapat dikesan dalam sejarahkelahiran kesultanan-kesultanan Melaka, Aceh, Johor,Patani, Banten, Ternate, Makassar,Brunei dan Sulu (Auni. 2001.12). Kesemua kesultanan ini telah muncul sebagai satu kuasa yangperkasa apabila mereka mampu membina dan menyuburkan kegiatan perdagangan masing-masing sehingga menjadi tumpuan para pedagang antarabangsa.

Tidaklah keterlaluan untuk dikatakan bahawa kesemua kesultanan kuat yang pernahmuncul di Dunia Melayu/Nusantara setelah kedatangan Islam, dikenali sebagai kuasa maritimdan mempunyai pengaruh ekonorni kerana penguasaan mereka ke atas lalulintas perdagangan.Kesemua kesultanan ini didirikan di kawasan persisiran pantai, Ini jelas dapat dilihat daripadaperanan perdagangan dan perkapalan yang dimainkan olek kesultanan-kesultanan Melaka,Aceh, Banten,Ternate, Brunei, Makassar, dan Sulu. Melaka dan Aceh menguasai perdagangan diperairan Selat Melaka. Banten menguasai perdagangan yang melintasi perairan Selat Sunda danpelabuhan-pelabuhan di utara Jawa. Brunei berkuasa ke atas kegiatan perdagangan di utaraBorneo. Ternate pula menguasai kegiatan perdagangan di sekitar Kepulauan Maluku danMakssar di bahagian selatan kepulauan Celebes. Satu-satunya kerajaan di pedalaman yangmampu muncul menjadi kuat iaitu kesultanan Matararn di Jawa dan ini dapat dilakukan setelahmenguasai pusat-pusat perdagangan utama di bahagian persisiran Pulau Jawa (Koentijraningrat1985:322-323).

Dengan segala huraian dan gambaran yang agak terperinci di atas, temyata perdaganganmerupakan satu wadah yang penting untuk tujuan membina dan mengembangkan kuasa politikIslam dalam sejarah Islamisasi di Dunia Melayu/Nusantara, Perdagangan bukan hanya sebagaifaktor yang memperkenalkan Islam bahkan yang paling penting ia ikut mernainkan peranandalam membina dan seterusnya mengukuhkan asas-asas agama ini, Perdagangan telah berfungsidari peringkat awal kedarangan Islam sehinggalah agama ini muncul sebagai satu kekuatanpolitik dalam sejarah beberapa kesultanan di Dunia Melalyu/Nusantara,

Transfonnasi Islam ke atas Masyarakat Me1ayu/Nusantara.

Kebanyakan sarjana-sarjana barat beranggapan bahawa kedatangan Islam ke Dunia Melayu danNusantara secara langsung tidak membawa apa-apa perubahan yaI1g ketara dalam kehidupanmasyarakat Melayu atau masyarakat Nusantara. Di antara sarjana-sarjana barat tersebut antaralain, Landon, Winstedt dan Van Leur (Hussain O. 2009: 68). Bagaimanapun, menurutsebahagian besar sarjana Islam, khasnya Syed Naquib Al-Attas berpandangan bahawakedatangan Islam ke Dunia Melayu dan Nusantara telah mempengaruhi keseluruhan strukturmasyarakat Melayu (Ismail Hamid.1985: 23). Di antara tranformasi yaIlg paling ketara ke atasmasyarakat Melayu dengan kedatangan Islam ialah; pertama: hanya melalui pemahamantentang Islam telah mernungkinkan masyarakat Melayu dan Nusantara mendefinasikan konsepkemelayuan mereka dan memperoleh nilai asas (core vait(eJ] dalam kehidupan mereka. Dariperspektif sejarah hal ini merupakan satu perubahan yang sangat besar yang tidak pernahberlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelumnya. Kedua, dari segi sosial dan ekonomi,masyarakat Melayu Islam telah dapat mengembangkan hubungan mereka dengan rnasyarakat-

Page 6: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

luar (pedagang luar Negara); dan ketiga, dari aspek politik dan pemerintah, kedatangan Islamjuga telah menggantikan sistern 'devarqja' ke sistern kesulranan, yang merupakan identifikasi RajaMelayu dengan konsep Khalifah, dan penyusunan semula keseluruhan sistern politikmembuktikan pengaruh proses Islamisasi di Dunia Melayu.

Bahkan dalam kontek yang lebih luas lagi ialah transformasi yang dibawa oleh Islam keatas kehidupan intellektual masyarakat Melayu di rantau ini. Menurut Al-Attas, walaupun Hindudan Budha telah bertapak semenjak abad ke 5 hingga abad ke 11 di pulau Sumatera,bagaimanapun kedua-dua agan1a tersebut tidak pernah melahirkan atau meninggalkan sebarangkesan ke atas seni dan juga tiada seorang pun tokoh falsafah Hindu atau Budha di kawasantersebut. Bagaimanapun dengan kedatangan Islam ke Dunia Melayu dan Nusantara, beberapapusat penyebaran Islam telah dapat diwujudkan dan juga dikembangkan seperti di Samudra-Pasai (moden Aceh Utara 1280-1400), Melaka (1400-1511) dan Aceh (1511-1650, moden BandaAceh), dan dikukuti pula dengan Johor-Riau16S0-1800) ( Hessein O. 2009: 71), dan diikututipula dengan kemunculan sembilan aulia atau wali-wali Allah yang disbutkan dengan Sunan dipulau jawa. Bahkan ketika Aceh menjadi pusat penyebaran Islam di Dunia Melayu danNusantara, dapat disaksikan kemunculan beberapa cendekiawan Islam seperti Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniry ,Abdul Rauf al-Sinkili, dan juga SayyidAbdul Aziz dan Kadhi Yusof and Mawlana Abu Bakar di Melaka, dan Raja Ali Haji di kepualauRiau- Indonesia.

Kerjasama Serantau di Asia Tenggara (ASEAN).

Dari apa yang telah dilalui oleh masyarakat Melayu/ Nusantara di rantau ini adalah sangat jelasbahawa kerjasama yang bersifat antara pulau dan antara kerajaan di rantau ini telahpundipaktrekkan semenjak abad 13 lagi melalui hubungan di antara raja-raja dan kesultanan Melayu ~dan Nusantara di rantau Asia Tenggara. Bagaimanapun, dalam kontek moden sekarang inikerjasama serantau telah dianggap sebagai satu konsep politik antarabangsa yang melibatkankerjasama atau a/igllJJJeJlf antara negara yang berkedudukan geografi yang dekat antara satu samalain. Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama dalarn bidang ketenteraan,sebaliknya kerjasama yang lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya, ekonomi dan politikanatarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah rantau,

Dalam kontek hubungan rnasyarakat Asia Tenggara dalam bentuk kerjasarna sebagaisatu negara merdeka (nation states) telahpun dirintis semenjak tahun 1954 melalui penubuhanSEATO (Southeast Asia Treaty Organization) yang dianggotai oleh Thailand dan Filipina sahaja.Kemudian selepas tahun 1960 an, kerjasama serantau mulai berkembang melalui penubuhanASA (A.rsociation of Soiabeast A.ria) pada tahun 1961, yang kernudiannya diikuti dengankewujudan :MAPHILINDO (Malqpia-Filipilla-Illdollesia) pada tahun 1963, dan sebagai kemuncakdari keinginan kerjasarna serantau ini telah diterjemahkan melalui penubuhan ASEAN(A.rJociation of Sotaheast Asian Nations) pada tahun 1967 (Mauzy.1984: 1-8, Wanandi. 2001:25-34).

Penubuhan ASE.A..N melalui deklarasi Bangkok 1967 telah membuka lembaran barudalam kerjasama serantau di Asia Tenggara. Malah, matlamat penubuhan ASEA.."J adalah untukmempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial clan perkembangan budaya serantau.Penyertaan dalam ASEi\.i'\J diperluaskan kepada Negara Asia Tenggara yang lain seperti Brunei,Vietnam, Kamboja, Laos dan juga Myanmar. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa,ASEAN merupakan organisasi kerjasama serantau yang berjaya dan berkesan dalammewujudkan hubungan baik antara negara anggota sehinggakan rantau Asia Tenggara menjadiaman damai dan stabil. Kita percaya kejayaan ini adalah disebabkan oleh kerana ASEANmengamalkan dasar hidup bersama secara arnan sepertiroana amalan tersebut juga telahdipraktikkan oleh raja-raja Melayu di Dunia Melayu d:U1Nusantara semenjak abad ke 13 lagi.Pada zaman kesultanan Melayu dan Nusantara dahulu sebagai mekanisme untuk mewujudkankeamanan dan pengiktirafan kedaulatan sesebuah kerajaan adalah melalui penghantaran hadiahclan pertukaran perkahwinan dikalangan ahli keluarga sultan-sultan Melayu di Nusantara. Padazaman moden ini pengamalan dasar hidup bersama secara aman ialah melalui kesediaan setiapnegara ahli ASEA..~ di Dunia Melayu clan Nusantara mestilah menghormati kedaulatan dankeutuhan sesebuah negara dan tidak mencampuri urusan negara ASEAN yang lain.

-

Page 7: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

Memang bidang kerjasama yang telah dirintis oleh ASEA..N sangat luas dan tidak semuabidang yang telah diceburi telah berhasil dengan jayanya. Oleh kerana tujuan kertas kerja inibukan untuk memberi penjelasan setiap bidang kerjasama tersebut. Sebaliknya usaha untukmencatitkan beberapa bidang tertentu sahaja bagi mengingatkan kepada nostalgia kerjasamayang telah dirintis oleh masyarakat Melayu dan juga rnasyarakat Nusantara pada zamankeemasan mereka. Di antara bidang kerjasama ASE.AJ."Jyang akan disebutkan di sini ialahkerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Kerjasama Serantau Dalam Bidang Pendidikan.

Sangat jelas melalui kerjasama serantau rang berjalan antara negara di rantau ini, setiap negaradapat bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan clan penyelidikan secara khusus.Hal ini dapat dilihat kepada apa yang dilakukan oleh ASA melalui pertukaran tenaga pengajarantara Universiti Malaya dengan University Filipina pada tahun 1965. Dan kerjasama ini jugabertambah erat lagi dibawah ASEAN dengan penubuhan SEAMEO (SoNtheast .Asian Ministers ofEducation Organization) pada bulan November 1965 di Bangkok, rang piagamnya baru dapatditanclatangani pada bulan Februari 1968. Sebagai lanjutan daripada kewujudan SEAJ\1EO ini,Indonesia juga pernah menghantar 17 orang pensyarah bagi sesi pertama UKJ\1 yang dibukapada tahun 1970. Sebagai mengenang jasa dan sumbangan Indonesia dalam pelaksanaan UKi\:fdan dasar pelajaran kebangsaan di negara ini, dua orang tokoh nasionalis Melayu Malaysia, iaituDatuk Professor Zainal Abidin Wahid dan Datuk Abdul Rahman Yaakup menyatakan bahawakerjasama pendidikan dan kebudayaan diantara kedua-dua Negara (Malaysia dan Indonesia)akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta persefahaman dan membantu pendidikkedua-dua negara agar mereka dapat memberi sumbangan terhadap pembangunankernasyarakatan di negara masing-masing.

Kerjasama Serantau Dalam Bidang Ekonomi.

Pemimpin-pemimpin ASEAN percaya bahawa pertumbuhan ekonomi yang baik akan mampumengurangkan jurang perbezaan kerniskinan dikalangan masyarak ASEAN. Untuk tercapainyatujuan tersebut, ASEAN telah memperkenalkan beberapa mekanisme kerjasama yangbertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di rantau ini. ASEAN telah memperkenalkanbeberapa rancangan berpaksikan ekonominya mengikut kawasan. Anrara lain melaluipenubuhan Kawasan Perturnbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BThfP-EAGA). Segitiga Perturnbuhan Indonesia-Malaysia-Singapore (INIS-G1) dan SegitigaPerturnbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-G1) (Christopher MD. and Peter R. 2011:29-55). Kewujudan mekanisme tersebut clalam penstrukturan ekonomi di rantau ini ternyatatelah berjaya mewujudkan ekonomi rantau ASE.AJ."Jyang stabil, makmur dan berdaya saing,disamping ia juga telah dapat mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan dan sosioekonomi.Melalui rancangan pembangunan ekonomi mengikut kawasan ini, negara anggota yang terlibatsecara tidak langsung dapat memupuk semangat bekerjasama sesama mereka dan kejayaanrancangan ini sangat bergantung ke atas pengglembengan tenaga dikalangan ahli kumpulanASE.AJ."Jitu sendiri. Adalah telah menjadi lumrah kerjasama yang wujud itu dengan sendirinyaakan mewujudkan hubungan rang baik antara negara anggota dan sebarang pertelingkahandapat dielakkan.

Selain konsep pertumbuhan Segi Tiga, ASEAN juga berusaha untuk mengatasi masalahkerjasama ekonomi serantau dengan melaksanakan beberapa usaha tambahan. Untukmenambahkan perdagangan antara anggota-anggota ASEAi'J, pada tahun 1977 telahmenandatangani Perjanjian Peraturan Perdagangan Istimewa ASEAi."J (Preferential TradingAgreement-PTA), d1l11mulai tahun 1989 dapat disaksikan hasilnya dengan kejayaan memasukkansebanyak 14,656 barangan ke dalam senarai PTA. Kemudian pada tahun 1982 pula untukmenggalakkan setiap negara ASEAN mengeluarkan komponen tertentu dalam sesuatu industriberat seperti otomobil, ASE.AJ."Jjuga telah melancarkan Skim Pelengkapan Industri ASEAl'J(ASEi\N Industrial Complementary Scheme-AlC) (Simon S.C, Jesus P.E, Hadi Soesantro.2001: 3-309). Dalam usahanya untuk rnewujudkan pasaran bebas dikalangan negara-negaraASEAN, y1l11gmembuka jalan untuk semua produk keluaran negara anggota ASEAN bolehmenembusi pasaran sesama negara anggota tanpa dikenakan sebarang tarif y1l11gminimum.AFTA yang dilaksanakan menerusi Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (Common EffectivePreferential Tatif] SdJCll1c-CEPT) telah memberikan surnbangan yang agak besar kepada jumlahperdag1l11gan anatara anggota ASEAN, iaitu dengan pengingkatan Seb1l11yak34% daripada kira--

IIIiI

I

Page 8: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

kira USD 44 billion pada tahun 1993 kepada USD 59 billion pada t.ahun 1994 dan telah Berjayamenghapuskan tariff ke atas 11 sektor utama.

Wacana Pembentukan Komuniti ASEAN.

Idea dan usaha untuk mewujudkan entiti bersama telahpun wujud semenjak dekat 1960-an lagidan sekarang ini sedang mengorak langkah ke arah pembentukan komunitinya sendiri yangmantap dan saling membantu antara satu sama lain. Dengan itu tema sambutan ulang tahunASEAN rang ke-44 pada tahun ini (2012) dianggap unik dan mendalam pengertiannya, iaitu"Uniry in Diversiry" atau kesatuan dalam kepelbagaian. Setiap 10 buah anggota negara ASEANmerniliki ciri-ciri dan keunikannya yang tersendiri namun perbezaan yang wujud itu adalah suatuperkara yang lumrah berbanding dengan manfaat yang bakal diperoleh melalui penggabungankomitmen negara-negara tersebut dalam entiti yang telah diasaskan sejak zaman kesultananMelayu/Nusantara, dan juga melalui pembentukan ASEAN pada tahun 1967 itu.

Adalah jelas ASE.A..Nsedang mengorak langkah kearah pembentukan kornunitinya yangman tap dan saling membantu antara satu sama lain. Tonggak komuniti ASE.lli~ ialah kerjasamaperdagangan, ekonorni, sosio-budaya dan juga keselamatan rantau Asia Tenggara. Menyedariakan kepentingan peralihan kedudukan ASEAN daripada institusi atau mekanisme yang bersifatdomain pernerintah 10 negara anggota ASEAN, maka DR. Susilo Bambang Yudoyono,Presiden Republik Indonesia, dalam ASEAN Summit yang lalu bulan Ogos 2012 menyebutkanakan perlunya mentransformasikan ASEAN untuk "menjadi organisasi yang berbasis padamasyarakat di Asia Tenggara (Dewan Masyarakat, 2012:2-4), dengan harapan sebuah pasartunggal ASEi\.:.~ akan wujud. Adapun menurut Dat.o' Seri Mohd Najib, Perdana MenteriMalaysia, bahawa pembentukan komuniti Asean yang berdasarkan tiga teras iaitu, politik,ekonomi dan sosio-budaya hams menjadi perhatian setiap negara anggota, dan hasrat. itu akantercapai sekiranya setiap negara anggota mengambil tindakan kearah pencapaian matlamat itu.Menurut beliau, strategi kornunikasi juga perlu diberi penekanan supaya rakyat memahamimaksud komuniti ASE.Al~. Mohd Najib juga menambahkan bahawa soal saling hubungan yangmembabitkan rakyat kepada rakyat dan barangan dan perkhidmatan adalah juga sangat penting.(Berita Harian, Ogos 4,2010).

Dalarn satu musyawarah tidak rasmi kerajaan ASE.i\N dengan CSO (CizJil S ocieryOrganizatioll) di Jakarta pada bulan Ogos 2011, Perdana Menteri Malaysia juga menggesa agarCSO rantau Asean dapat meningkatkan kerjasama dengan kerajaan ASEAN. Dengankerjasama yang balk, CSO Asean perlu bertindak sebagai rakan kongsi kerajaan ASEAN dalammenyelesaikan pelbagai isu dan meningkatkan penyertaan mereka di peringkat serantau. Beliauturut menegaskan bahawa sekarang ini, era kerajaan lebih mengetahui dan kerajaan tahu semuasudah berakhir. Oleh itu CSO perlu memberikan maklum balas untuk pembuat dasar(g01Jemme72~dan harus menjadi barisan hadapan dalarn perlumbaan mencari penyelesaian kepadamasalah yang dihadapi oleh masyarakat rantau i\SKJ\.:.l\f.(Berita Harian, Ogos 5,2011). Denganitu jelaslah bahawa pelancaran piagam ASEAN pada penghujung tahun 2006 yang lalu adalahmerupakan satu inisitaif untuk mewujudkan komuniti yang progresif dan saksama dalammendepani cabaran globalisasi sekarang ini. Sudah pasti untuk mewujudkan kominiti ASEAl.'\Jyang berbasis masyarakat dan mewujudkan sebuah pasar tunggal ASEAN, banyak cabaran yangharus dihadapi oleh masyarakat rantau ini khasnya dikalangan masyarakat awam ASEA...l\fyangtidak mernahami apa yang dimaksudkan dengan masyarakat ekonomi ASEAN.

Apa yang jelas adalah peranan ASEAN sebagai payung kepada keharmonian rantauAsia Tenggara perlu dipertahankan clan masih relevan walaupun belum mampu setandingdengan kesatuan Eropah yang ditubuhkan 24 tahun selepas pembentukan ASEAN. Seluruhdunia perlu menerima hakikat bahawa gagasan liberalisrne rantau ASEAN dalam segenap aspekperlu dilakukan dengan teliti agar tidak memudaratkan nilai timur yang dijunjung oleh segenapnegara anggotanya.

Kesimpulan

Daripada berbagai pertemuan dan deklarasi yang telah dilakukan oleh para pemimpin ASEANhingga sekarang ini tepat tiga tahun sebelum tahun 2015, saat komuniti ASE.lli~ itu dicita-citakan terwujud, belum lagi ternampak suatu upaya dan bentuk nyata menuju komunitiASEi\N tersebut. Keputusan-keputusan para pemimpin negara serantau tersebut masihdiperin kat konsep clan sedikit sekali rang turw1 clan ditenma serta diikuti masyarakat rantau ini.

Page 9: KER}ASAMA SERANTAU: DUNIA MELAYU /NUSANTARA DAN ... · mempunyai tradisi perdagangannya sewaktu Islam masuk dan bertapak.Dengan kedatangan Islam, rantau Dunia Melayu clan Nusantara

Namun , upaya terwujudnya cita-cita tersebut bukannya mustahil untuk dicapai. Diharapkankomuniti ASEA..N ini mampu menghasilkan suatu identiri bagi warga ASEAN yang padaakhirnya menimbulkan ikatan antara negara dan rnasyarakat ASEA,.1'\isebagai sebuah entiti yangterintegrasi di dalam pergaulan antarabangsa.

T etangga adalah saudara yang paling dekat. Sebaik dan sekaya apapun sanak keluargatetapi jib letaknya berjauhan dengan rumah sendiri sudah pasti akan sulit menghulurkanbanruan jika kira rnengalami kesulitan. Bertolak dari rasionaliti terse but maka kornuniti ASEANmenjadi suatu perkara relevan untuk dikembangkan. Terlepas dari kemajuan teknologi yangmenjadikan jarak semakin tidak bererti, komuniti regional ini sangat strategik untukdikembangkan dalam hal keamanan, ekonomi, pendidikan clan juga budaya. Sebagai satu contohyang paling sederhana adalah sewaktu kebakaran hutan melanda Sumatera dan Kalimantan yangrnenyebabkan prates dari Singapura dan Malaysia, bagaimanapun sebagai negara tetanggaMalaysia tetap menghulurkan bantuan kepada Indonesia.

RUJUKAN

Amin Sweeney. 2011. Pucuk Gunung Es: Kelisanan dan Keberaksaraan Dalarn Kebudayaan Melayu-Indonesia. Jakarta: Populer Gramedia (KPG).

Anrhony Milner, 2010. The Malays ( The Peoples of South-East and the Pacific. London: Willey-Blackwell.

Auni Bin Haji Abdullah. 2001. Islam dan Perdagangan Dalarn Sejarah Alarn Melayu. Kuala Lumpur:Matang Cipta Sdn Bhd.

Barbara \\1. Andaya, Leonard Y. Andaya. 1984. A History of Malaysia. London: Palgrave Macmillan,

Christopher M. Dent and Peter Richter. 2011. "Sub-Regional Cooperation and Developmental omes toMalaysia, London: News and Media Ltd.

Geoffrey Benjamin, Cynthia Chou. 2002. Tribal Communities in the Malay World: Historical, Culturaland Social Perspectives. Singapore: The Institute of Southeast Asian Srudies(ISR-\S).

Hussein Othman. 2009. Malay Historical Thought. Johor: Penerbit UTHM.

James N. Sneddon. 2003. The Indonesian Language: Its History and Role in Modern Society. Sydney;University of New South \1(7alesPress.

Jesus P. Estanislao. 2001. " Southeast Asia: Development, Finance, and Trade", in Reinventing Asean.Singapore: The Institute of Southeast Asian Studies(ISEAS).

John L. Esposito. 1999. The Oxford History of Islam, New York: Oxford University Press.

Leonard Y. Andaya.2008.Leaves of the Same Three: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka. NewYork: University of Hawaii Press.

Mohamed Anwar Omar Din. 2011. " Asal Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnys( The MalayOrigin: Rewrite Its History)", Jumal Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Fauzi Yaacob. 2009. Malaysia: Transformasi dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: ArahPendidikan Sdn Bhd.

Simon S.c. TQU, Jesus P. Estanislao, Hadi Soesastro. 2001. Reinventing Asean. Singapore: The Instituteof Southeast Asian Studies (ISR-\s).

Timothy P. Barnard.2004. Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. Singapore:Singapore University Press.

Yusus Wanandi.2001. "Asean's Past and the Challenges Ahead: Aspects of Politics and Security", inReinventing .t\sean. Singapore: The Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).

I

I)

~

-