Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

25
Bahasa Melayu kini diangkat bahasa kelima terbesar di dunia - Najib Bernama |Kemas kini:Mei 30, 2014 (Diterbitkan pada: Mei 30, 2014 18:23 MYT) Najib: Usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur. “(Ia) bermula seawal kurun ke-15, apabila Dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing yang turut merangkumi bahasa Melayu. “Bahasa Melayu tersebar luas sehingga dipelajari oleh penutur dan orang asing, dan usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa,” katanya semasa merasmikan persidangan antarabangsa 'Pengajian Melayu 2014 Hubungan Malaysia-China' di Beijing Foreign Studies University (BFSU), pada Jumaat. Persidangan itu dijadual berlangsung empat hari hingga 2 Jun. Najib berkata Profesor Wu Zungyu, tokoh bahasa terkemuka dari BFSU China turut mengakui bahawa bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar di serata dunia. “Oleh yang demikian, tidak hairanlah Pengajian Melayu merupakan satu bidang yang semakin menarik minat orang ramai dan tersebar luas ke seluruh dunia. "Minat terhadap pengajian Melayu bukan sahaja berada dalam lingkungan dunia Melayu, bahkan telah menjadi satu agenda pendidikan hampir di serata dunia,” katanya. Pada majlis itu Najib turut melancarkan tiga buah buku - Kamus China-Melayu Dewan, Kajian Bandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok dan Eksplorasi Pengajian Melayu-China - terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta United Publishing House Sdn. Bhd. Kamus China-Melayu Dewan mempunyai 20,540 entri dan subentri yang terdiri

description

bahasa

Transcript of Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Page 1: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Bahasa Melayu kini diangkat bahasa kelima terbesar di dunia - NajibBernama |Kemas kini:Mei 30, 2014(Diterbitkan pada: Mei 30, 2014 18:23 MYT)

Najib: Usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur.

“(Ia) bermula seawal kurun ke-15, apabila Dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing yang turut merangkumi bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu tersebar luas sehingga dipelajari oleh penutur dan orang asing, dan usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa,” katanya semasa merasmikan persidangan antarabangsa 'Pengajian Melayu 2014 Hubungan Malaysia-China' di Beijing Foreign Studies University (BFSU), pada Jumaat.

Persidangan itu dijadual berlangsung empat hari hingga 2 Jun.

Najib berkata Profesor Wu Zungyu, tokoh bahasa terkemuka dari BFSU China turut mengakui bahawa bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar di serata dunia.

“Oleh yang demikian, tidak hairanlah Pengajian Melayu merupakan satu bidang yang semakin menarik minat orang ramai dan tersebar luas ke seluruh dunia.

"Minat terhadap pengajian Melayu bukan sahaja berada dalam lingkungan dunia Melayu, bahkan telah menjadi satu agenda pendidikan hampir di serata dunia,” katanya.

Pada majlis itu Najib turut melancarkan tiga buah buku - Kamus China-Melayu Dewan, Kajian Bandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok dan Eksplorasi Pengajian Melayu-China - terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta United Publishing House Sdn. Bhd.

Kamus China-Melayu Dewan mempunyai 20,540 entri dan subentri yang terdiri daripada kosa kata bahasa Cina kontemporari dan lazim dalam urusan seharian.

Buku Kajian Bandingan Pantun Melayu Dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok pula adalah kajian perbandingan dari segi rima, pembayang dan maksud pantun, penggunaan perkataan, dan pemikiran yang terkandung dalam pantun serta nyanyian Melayu-Rakyat Tiongkok, Buku Eksplorasi Pengajian Melayu-China merupakan himpunan pantun mengenai Pengajian Melayu di China.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani diApp StoreatauGoogle Playstore.Tag:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Bahasa Melayu,Kamus Ch

Page 2: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahasa-melayu-kini-diangkat-bahasa-kelima-terbesar-di-dunia-najib-36847?cpThursday, August 21, 2014

Memartabat Melayu Jadi Bahasa DuniaBahasa

Memartabat Melayu jadi bahasa dunia

Printer-friendly version Send by email

 356  230  2

BILANGAN MENINGKAT: Jumlah penutur bahasa Melayu terus meningkat – sekitar 300 hingga 350 juta kini – dengan kian ramai juga meraih pencapaian cemerlang dalam bidang Pengajian Melayu seperti warga Singapura, Cik Noraini Mohamed Yusope (kanan), yang mendapat kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya.

1 Jun 2013

Mohd Raman Daud

DAPATKAH bahasa Melayu menjadi bahasa dunia? Persoalan ini bukanlah baru.

Dalam wawancara akhbar ini baru-baru ini dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Profesor Dr Haji Awang Sariyan, beliau mengutarakan erti penting usaha gigih untuk ‘mengantarabangsakan’ bahasa Melayu.

Umumnya, beliau mengungkapkan usaha di pihak rumpun Melayu yang sekitar 350 juta jiwa dan lobi di peringkat antarabangsa.

Bagi rumpun Melayu, hujahnya, perlu ada visi dan tekad politik terutama di pihak tiga negara – Indonesia, Malaysia dan Brunei – agar bahasa Melayu dapat digunakan di forum antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia tentulah menuntut usaha menghasilkan sebanyak mungkin bahan berilmu dalam bahasa Melayu dan dasar pemerintah yang sentiasa mengutamakannya sebagai pengantar dalam perhubungan awam dan swasta, di samping terus merakyat dengan rapi.

Apakah bahasa dunia?

Bahasa dunia ialah bahasa yang dituturkan di peringkat antarabangsa dan dipelajari ramai orang sebagai bahasa kedua. Bahasa dunia tidak dicirikan

Page 3: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

dengan jumlah penuturnya (penutur asli atau penutur bahasa kedua) sahaja, bahkan juga tebaran menurut kawasan (geografi) dan hubungan diplomatik.

Dalam banyak hal, kebanyakan bahasa dunia menonjolkan bahasa asal Eropah, iaitu Inggeris, Perancis dan Sepanyol.

Sebabnya dari segi sejarah, sudah berlaku pengembangan kuasa Eropah menerusi penaklukan dan penjajahan di banyak bahagian dunia.

BAHASA DUNIA

Bahasa yang terluas digunakan di dunia ialah Inggeris, yang dipercayai digunakan lebih 1.8 bilion orang, terutama sejak kehadiran Internet dan media antarabangsa.

Bahasa Arab juga ketara sebagai bahasa dunia kerana sebab sejarah – peluasan Islam yang membawa bersamanya bahasa Arab di seluruh Timur Tengah, utara Afrika dan negara yang mempunyai penduduk Muslim di luar Dunia Arab.

Bahasa Arab memang mempunyai pelbagai dialek, seperti Mesir, namun yang digunakan sebagai standard atau berpiawai ialah fusaha.

Bahasa Cina standard dipanggil Mandarin atau Putonghua (bahasa awam) yang mengganti bahasa Cina Klasik yang sebelum ini digunakan di Timur Jauh sehingga awal abad ke-20 Masihi.

Bahasa Mandarin digunakan di kalangan majoriti China keturunan Han dan bukan Han, juga di diaspora kaum Cina seberang laut, seperti di Malaysia dan Singapura.

Memandangkan penduduk China terbesar di dunia, 1.32 bilion jiwa, maka sekali gus ia mencerminkan kekuatan bahasa Mandarin.

Bahasa Russia digunakan secara meluas dalam empayar Russia dan kemudian di Soviet Union (dikuasai Russia, 1917-1991) dan juga di Eropah Timur.

Walaupun sesudah kejatuhan Soviet, bahasa Russia masih terus digunakan terutama di Russia iaitu negara terbesar dari segi saiznya di dunia (17 juta km persegi).

Bahasa Jerman pula pernah menjadi bahasa pengantar atau ‘lingua franca’ di sebahagian besar benua Eropah, terutama Empayar Rom Kudus dan kemudian Empayar Austro-Hungary. Ia merupakan bahasa kedua terpenting di bahagian Tengah dan Timur Eropah dan di kalangan masyarakat saintifik antarabangsa.

Terdapat bahasa utama yang tidak luas digunakan antara benua tetapi penting daripada bahasa pengantar kerana kaitan sejarah. Ini termasuk bahasa Greek ketika zaman kekuasaan Hellenistik, seperti penaklukan Alexander Yang Agung dan di wilayah Empayar Byzantin.

Page 4: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Bahasa Latin kini dianggap ‘mati’ tetapi pernah menjadi bahasa utama Empayar Rom, bahasa keagamaan bagi mazhab Katolik.

Bahasa Parsi meluas ketika Empayar Parsi berkembang dalam zaman silam dari Mediterranean sehingga utara benua India. Bahkan Parsi pernah digunakan sebagai bahasa pengantar kedua selepas bahasa Arab di banyak negeri majoriti Muslim.

Sanskrit, atau Sanskerta, luas digunakan dalam zaman silam di Asia Selatan (Pakistan, India, Sri Lanka), Asia Tenggara, Asia Tengah. Ia merupakan pengantar bagi agama Hindu dan Buddha. Namun seperti Latin, Sanskerta dianggap bahasa mati kerana jarang dituturkan.

Banyak bahasa utama di benua kecil India boleh dianggap bahasa penting kerana dituturkan ratusan juta orang.

Namun bahasa Hindustan dan Tamil lebih menonjol di benua ini, selain Urdu, yang merupakan bahasa rasmi di Pakistan, yang mempunyai 180 juta penduduk.

Bahasa Bengali (bahasa ibunda Rabrindranath Tagore, orang Asia pertama menerima Hadiah Nobel bagi Sastera) lebih besar bilangan penutur berbanding bahasa Perancis. Terdapat 230 juta penutur bahasa Bengali, iaitu keenam di dunia.

Namun bahasa Perancis sudah lama dianggap bahasa diplomatik sehingga ditancapkan sebagai bahasa dunia.

Bahasa Sepanyol tersebar luas hasil penjajahan Sepanyol di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan sedikit sebanyak di Filipina.

Terdapat usaha sedar di peringkat antarabangsa untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia kerana busana, makanan dan pelbagai aspek budaya Melayu kian diterima di peringkat sejagat.

Memang banyak manfaat apabila bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa dunia. Antara lain, kian banyak orang bukan Melayu atau bukan penutur asli yang menggunakannya sebagai bahasa kedua.

Selanjutnya, karya asal Melayu daripada muzik sehingga buku berisi bahan ilmu dan teknologi akan diterjemah sehingga istilah Melayu turut digunakan dalam bahasa-bahasa dunia lain.

Sekali gus ini bermakna sumbangan rumpun Melayu daripada adab, ilmu dan tamadunnya akan turut mencorak jagat.

* Artikel ini pernah diterbitkan di Berita Harian pada 1 Jun 2013.

- See more at: http://beritaharian.sg/gah/sastera/memartabat-melayu-jadi-bahasa-dunia#sthash.ngsTAjZU.dpuf

Page 5: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

BAHASA MELAYU DIPERINGKAT ANTARABANGSA

1.0.        PENGENALAN

Menurut Prof Dr. Awang Sariyan, tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama di kediamannya yang terletak di pinggir kota ( 2011 ) bahawa sejak abad ke-7 pada zaman Srivijaya ( di Sumatera ), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya. Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar pada waktu itu. Dan sebagai kuasa besar, Srivijaya bukan sahaja menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran malah sebagai bahasa perdagangan dan juga bahasa pengajian agama pada masa itu. Itulah saatnya peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu telah digunakan oleh semua bangsa tidak hanya oleh bangsa dalam kalangan Alam Melayu, bahkan oleh orang dari India dan China. Begitu tingginya kedudukan Bahasa Melayu ketika itu boleh disimpulkan juga bersaksikan pelbagai dokumen dan penulisan jika digarap dari sudut sejarah. Antaranya catatan pengembara Cina I-Ching yang juga seorang pendita Buddha mengenai pusat pengajian agama Buddha di Sumatera yang menggunakan Bahasa Melayu. I-Ching dalam misi penjajahannya telah bermastautin selama enam bulan di Sriwijaya pada sekitar abad ke-7. Ini jelas menunjukkan Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ilmu meskipun untuk pengembangan agama Buddha di ibu negeri Sriwijaya kerana pada waktu itu syiar Islam belum sampai di Alam Melayu. Beliau turut berkongsi pengamatan

Page 6: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

yang dibuat oleh Van Linschotten, seorang pegawai Belanda yang bertugas di Indonesia antara 1586 hingga 1592 tentang kebesaran Bahasa Melayu sebagai teras bahasa tamadun tinggi. Van Linschotten menulis bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja amat harum namanya tetapi juga dianggap bahasa paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur.

Menurut Dr. Awang lagi seorang ahli sejarah Belanda Francois Valentijn yang banyak menulis mengenai Kepulauan Melayu menulis pada awal abad ke-18 bahawa Bahasa Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang di seluruh Kepulauan Melayu seperti bahasa Perancis atau bahasa Latin di Eropah. Kesimpulan menarik yang ditulis Valentijn ialah orang yang datang ke Alam Melayu mahu tidak mahu perlu mempelajari Bahasa Melayu, dimana sesiapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dianggap sebagai golongan yang tidak terpelajar.

1.1.        KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU

Zaman Kesultanan Melayu meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai sekitar abad 13 hingga 19 sesudahnya kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu. Peranan Bahasa Melayu meliputi pelbagai ranah atau bidang tamadun baik dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik. Bahasa Melayu pada waktu itu sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu.

 Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-2004 ).

Page 7: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Oleh itu, Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke 13 hingga abad 19 bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi ( Awang Sariyan 2002 ). Maka tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut :

‘ Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di amna-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti Bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negara itu dan disebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.  ( Nik Satiah Karim, el.at, 2004 )

Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, Lingua Franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera ( Collins, 1999 dan Awang Sariyan, 2000 ).

2.0.        KELUNTURAN MARTABAT BAHASA MELAYU

Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah ( Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia ) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa masuk oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular Melayu sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekoah vernakular India. Inggeris benar-benar telah melaksanakan dasar pecah-belah dan perintahnya dan pada waktu yang sama telah membenamkan bahasa Melayu. Sistem pentadbiran dan undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu didasarkan pada asas kemelayuan ( dan Islam sebagai tunjangnya ) telah dirobah oleh

Page 8: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Inggeris dengan menggunakan sistem sekularnya. Jawatankuasa Barnes ( 1951 ) memperlihatkan perubahan pandangan sedikit tentang Bahasa Melayu,  apabila mengakui betapa pentingnya bahasa Melayu dalam membentuk sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan tetapi masih tetap mengutamakan pendidikan dalam bahasa Inggeris kerana bahasa Melayu tetap setakat menjadi bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah sahaja. Usulnya agar sistem pendidikan hanya berlandaskan dua bahasa penghantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditentang kuat oleh masyarakat Cina dan India.

Menjelang kemerdekaan, usaha memartabatkan semula bahasa Melayu telah diupayakan, khususnya oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang menetapkan dasar pendidikan kebangsaan dengan berteraskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Usul Jawatankuasa tersebut yang dikenal sebagai Penyata Razak dan kemudian diperkuat oleh usul Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 yang dikenal sebagai Penyata Rahman Talib telah dijadikan asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang selama 35 tahun menjadi asas sistem pendidikan kebangsaan sebelum diluluskan Akta Pendidikan 1996. Malah akta pendidikan yang baharu itu pun, khususnya dalam Seksyen 17 masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Setahun menjelang kemerdekaan juga peristiwa penting yang berkaitan dengan usaha memartabatkan semula bahasa Melayu ialah Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai hasil desakan rakyat melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu, khususnya Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga ( 1956 ). Kesediaan kerajaan pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata ( umum dan khusus ), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.

Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi utama iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

 Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas terbentuknya konsep negara yang berdaulat dan telah menjadi faktor pemersatuan rakyat yang ampuh sehingga terbentuk perpaduan kebangsaan. Sebagai  bahasa rasmi pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana komunikasi rasmi yang menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam membangunkan negara dalam pelbagai sektor. Sektor utama negeri seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman serta media massa telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan yang membanggakan melalui bahasa Melayu sebagai wahana utamanya. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keekslusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasikan oleh bahasa Inggeris. Meskipun pada tahap pengajian tinggi, khususnya yang melanjutkan pengajian di luar negara, memperoleh ilmu dalam bahasa asing, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah

Page 9: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

atas sekurang-kurangnya iaitu peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada pelajar, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

Namun apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tunggak pembinaan Negara.

Walau bagaimanapun dengan tentangan-tentangan semasa, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam beberapa aspek iaitu kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang berteraskan Sains dan Matematik diputuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris ( sehingga unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara), misalnya pasti tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan  bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan ( yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau isltilah linguistiknya peralihan kod, bahasa sms, bahasa sembang di internet dan sebagainya ) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing ( misalnya precint, parcel dan boulevard ).

Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut :

Page 10: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

         Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih tidak mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam Perlembagaan.

         Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam ( melibatkan pihak berkuasa tempatan ), penyiaran ( melibatkan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ).

         Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.

         Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadang kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat ( pemimpin, profesional dan orang awam ) untuk mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu.

         Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap  kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

         Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004 ) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan, dan dengan tidak segan-silu atau berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa

Page 11: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

kebangsaan, mengisytiharkan bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

3.0.            CABARAN DAN MASA HADAPAN BAHASA MELAYU ABAD KE 21

Cabaran ialah sesuatu iaitu unsur atau faktor yang mencabar, menguji    kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi ( Kamus Dewan Edisi ke-4, 2005 ). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenai sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Permulaan abad ke-20 merupakan era penjajah Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan Utara Borneo, Belanda bagi Kepulauan Sumatera,Jawa, Selatan Borneo, Sulawesi, Maluku, Madura dan Bali dan Sepanyol bagi Kepulauan Filipina ( Prof. Dr. Hashim Haji Musa, 2009 ). Keadaan yang sedemikian telah meyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulanya kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa penghantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini. Pada masa ini juga bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.

Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh bahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasa ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan tanah jajahan

Page 12: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

( Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000). Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi. Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.

Penggunaan bahasa dalam teknologi komunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Kesan daripada penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja akan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu sendiri. Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan globalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada kemerosotan nilai bahasa Melayu.

3.1       CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG POLITIK

Syed Husin Ali ( 1996; 164-171 ) pernah mengulas kenapa berlakunya fenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan adalah faktor politik seperti berikut :

         Cita-cita untuk mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan mereka menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan menggalakkan sikap ’go global’ lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga terhadap bahasa.

         Golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai pengaruh yang besar dalam politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa Inggeris memang serius.

         Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin politik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa dasar ekonomi, budaya serta bahasa yang liberal adalah popular dan dapat memperluas pengaruh politik mereka.

Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa telah mengubah dasar pendidikan dengan mengarahkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Alasannya agar rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi moden dewasa ini.

Payung terbesar dari segi perundangan ialah peruntukan yang terdapat di dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengkanun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini menegaskan bahasa Melayu digunakan di semua peringkat rasmi, khasnya di dalam pemerintahan dan pentadbiran bagi semua negeri di dalam Persekutuan. Ini juga meliputi seluruh saluran komunikasi serta penyiaran rasmi kerajaan, sama ada radio, televisyen dan apa jua rangkaian yang sehubungan dengannya. Oleh kerana itu, setiap penyiaran dan pengumuman rasmi oleh semua peringkat kepimpinan eksekutif dan birokrasi mestilah di dalam bahasa Melayu.

Sehubungan dengan peruntukan Perkara 152, terdapat juga Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, yang disemak dalam 1971 kemudian dikenali Akta A554, Akta Bahasa Kebangsaan ( Pindaan dan Perluasan 1983 ), yang mengandungi undang-undang terpinda sebagaimana berkuat-kuasa pada 15 Julai 1983. Akta ini menegaskan bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud rasmi. Akta ini di dalam Perkara 9, memperuntukan tulisan bahasa kebangsaan adalah tulisan rumi, tetapi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi. Melalui pindaan dan perluasan 1983, segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Page 13: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Tinggi atau mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Di awal Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) telah dicatatkan bahawa dasar pendidikan kebangsaan memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Akta yang sama di dalam Perkara 17 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa-bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 18 atau mana-mana institusi pendidikan yang dikecualikan oleh menteri daripada subseksyen ini.

Sementara itu, bidang pengajian tinggi awam juga tidak boleh bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat  di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan negara, perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.

Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Pada tahun 2010, Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim ( 1993 ), Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan ( mengekalkan atau menetapkan ) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

Page 14: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

3.2      CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI       

MAKLUMAT (ICT).

     Pada masa ini bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita harus berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Negara Korea Selatan dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari. Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007;50 ) bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugi, Rusia, Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi media dan sebagainya. Seterusnya, kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Lebih-lebih lagi negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Negara Jepun maju dalam teknologi maklumat namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell, Hewlett-Pachard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa tinggi.

Oleh itu, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah

Page 15: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini kita percaya perkembangan bahasa Melayu dan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Secara langsung bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan. ( 2009;61 ) bahawa bahasa penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat merupakan faktor utama dalam pembangunan sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat itu sendiri.

Oleh itu, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, pantas serta cekap. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadu dengan jayanya. Dengan cara ini bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini. Untuk melaksanakannya lebih banyak buku dan pengarang diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam bidang Informasi Teknologi (IT). Sehubungan itu, portal www. malaycivilization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil dalam langkah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembangkan bahasa Melayu sudah bertambah baik dan semakin menjadi lebih menarik. 

3.3    CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA.

Pada abad ke-21 terdapat beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Tidak dinafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu ketika bertutur sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika Zaman Parameswara lagi iaitu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21 sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu tetapi sebaliknya berlaku dalam pertengahan program hingga akhir, kemudian pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penonton majoritinya berbahasa Melayu.

Page 16: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Memang tidak dinafikan bahawa rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris maka terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik Safiah Karim ( 2004 ), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Contohnya ialah ” Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father.” Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka amat membimbangkan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakunya kerancuan bahasa. Menurut Prof. Dr. Hashim Hj. Musa kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, kosa kata, istilah dan sebagainya yang menyebabkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang ( nanti ), a’kum ( assalamualaikum ), w’lam                                    ( waalaikumussalam), dowang ( mereka ), tipon ( telefon ). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer ( saya ), dier ( dia ) dan nko ( engkau ). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler ( bila ). Keracunan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan oleh pengguna bahasanya.

 3.4    CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT.

Dalam abad ke-21 sikap masyarakat atau penutur amat penting dalam penggunaan bahasa Melayu. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal kerana menggunakan bahasa Melayu, maka sudah pasti bahasa Melayu akan terkubur pada suatu hari nanti. Oleh itu, sikap masyarakat atau penutur merupakan cabaran yang sebenarnya bagi bahasa Melayu. Jadi pada abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Akibatnya mereka tidak mahu menggunakannya dan tidak kisah terhadap bahasa sendiri. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitu juga apabila seminar atau pembentangan di dalam dewan walaupun hanya seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 supaya bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih,

Page 17: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya itu sendiri.

Hakikatnya dalam abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi saingan dengan bahasa Inggeris tetapi diharap senario ini tidak menjadi satu cabaran besar hingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa.

3.5     CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN.

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung dan tidak secara langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan berlaku membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini semakin mementingkan bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu kini semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.

Cabaran yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah penerapan dasar baru ( meskipun menyalahi akta Dasar Pelajaran Kebangsaan ) menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik  pada tahun 2003. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Langkah itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar malah dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu megikuti kursus pendidikan dan pada waktu yang sama pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris. Dalam hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya. Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Sejarah bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja berasaskan peranannya sebagai lingua franca tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai bidang.

Page 18: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Munculnya abad ke-21 telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat saingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama ( Jun;2011 ), Akta Pendidikan 1996, institusi pengajian tinggi swasta masih tetap tertakluk kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Menurut beliau lagi Universiti Kebangsaan Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya sehingga tesis peringkat doktor falsafah pun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai bukti kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi. Ketetapan mengajarkan tiga mata kuliah teras IPTS iaitu Bahasa Melayu, Kenegaraan Malaysia dan Agama atau Moral tampaknya menjadi dokumen tersurat sahaja kerana kebanyakan IPTS mengabaikan ketetapan itu kecuali IPTS milik kerajaan seperti Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Petronas.

Berdasarkan perkara-perkara di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya boleh memberi kesan kepada dasar pendidikan zaman penjajah sebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku satu ketika dulu iaitu ’Pengalaman 13 Mei’.

4.0      KESIMPULAN.

Dari alaf ke alaf bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun dan juga dalam hubungan politik, diplomatik dan perniagaan antara negara dan kumpulan di dunia. Dalam konteks ini kita lihat bahawa bahasa merupakan faktor yang penting dalam persaingan kuasa antarabangsa pada peringkat negara dan komuniti atau kumpulan. Penaklukan sesuatu bangsa terhadap bangsa lain turut melibatkan penggunaan bahasa penakluk dalam komuniti yang ditakluknya, baik secara penguatkuasaan undang-undang atau secara resapan sosial. Walau apa pun juga caranya, kemasukan bahasa asing terutama Bahasa Inggeris yang berkuasa itu menimbulkan keadaan persaingan antara bahasa. Keadaan yang seperti inilah yang menimbulkan kesedaran kepada tanah-tanah jajahan atau taklukan bahawa sebahagian daripada identiti mereka yakni yang diwujudkan melalui bahasa mereka mulai terpendam. Dari itu timbullah perjuangan menegakkan  kembali bahasa sebagai satu ideologi kerana dalam bahasa terdapat pemaujudan kuasa dan juga ideologi [ Fairclough 1989:12 ]. Persaingan bahasa paling hebat dalam sejarah bangsa manusia terdapat dalam alaf kedua Masihi, khususnya abad ke-20 kerana pada abad inilah munculnya perjuangan kebangsaan yang menyeluruh dengan terbentuknya negara-negara yang merdeka dari kuasa penjajahan. Tetapi dalam abad inilah juga terdapatnya kecenderungan negara-negara dunia untuk menjadi sepakat dalam pemilihan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Page 19: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Sebagai warganegara Malaysia kita perlu mempunyai wawasan yang sama untuk membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melalui satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmiyakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas ketentuan PerlembagaanNegara, kita sudah memilih satu Dasar Bahasa Negara. Kita perlu memahami kebebasan buat mana-mana kaum dan suku bangsa kita menggunakan bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa Negara dan bahasa rasmi yang satu.

Di samping itu, telah banyak langkah diambil untuk memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu terbukti dengan ucapan Mantan Perdana Menteri yang ke-5 iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Seminar Persahabatan Malaysia-China di Beijing Foreign Studies University ( BFSU ), China pada 29 Mei 2009. ( Sumber:Berita Harian (14.06.2009 ) mengejutkan pihak tertentu di Negara ini kerana menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Pada abad ke-21 ini patut dijadikan abad untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu seperti yang pernah dialami oleh bahasa itu pada abad ke-15. Untuk memastikan bahasa Melayu kembali gemilang sebagai bahasa dunia dan setanding dengan bahasa-bahasa utama yang lain, beberapa tindakan yang positif  dan sedang diambil, khususnya oleh pihak Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak, ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP yang ditubuhkan pada 1956, melalui Ordinan No. 25, 1959, dikenali Akta 213, Akta 930, Akta DBP ( Pindaan dan Perluasan 1995 ). DBP ditubuhkan dengan tujuan untuk membangun bahasa kebangsaan dan kesusasteraan kebangsaan serta penerbitan di dalam bahasa kebangsaan. Bukan sahaja DBP bertujuan memperjuangkan tujuan berkenaan, Lembaga Pengelola DBP juga mempunyai tugas atau tujuan yang sama; seperti yang dicatat di dalam perkara 5,

         Untuk memperkembang, memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi

         Untuk memperkembangkan bakat sastera khasnya dalam bahasa kebangsaan

         Untuk mencetak dan menerbit buku-buku, majalah-majalah, dalam bahasa kebangsaan

         Menstandardisasikan ejaan dan sebutan

         Membentuk istilah-istilah akademik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

Di samping DBP, terdapat satu lagi agensi kerajaan yang melaksanakan dasar kebangsaan iaitu Pihak Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ). Bidang kuasa PBT tertakluk kepada Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang mengandungi segala pindaan hingga Januari 2006. Perlaksanaan Akta ini berhubung bahasa kebangsaan tidak boleh bercanggah dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Perlaksanaan bahasa kebangsaan meliputi nama jalan, bangunan dan tamah perumahan serta lain-lain premis dan papan tanda iklan.

Page 20: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia

Sebelum itu, sebuah dana penyelidikan tamadun Melayu-China yang diletakkan di bawah dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) telah dilancarkan pada 24 Mei lalu di Kuala Lumpur. Selain BFSU , DBP juga telah menjalinkan hubungan dengan institusi lain seperti Radio Antarabangsa China ( CRI ), Universiti Peking dan Institut Penyiaran Beijing. Pusat Bahasa Melayu ( PBM ) juga telah dirasmikan pada 20 Jun 1997 di Beijing.

Di Malaysia pula, Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Malaysia-China dan Seminar Karya Agung Melayu-China telah diadakan. Pameran dan seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di DBP pada 20 Mei lalu. Sempena majlis itu, buku Tamadun China dan Kamus Pelajar Bahasa Melayu-Bahasa Cina-Bahasa Inggeris telah dilancarkan. Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Melaysia-China diadakan pada 18-31 Mei lalu di Galeri Keris Mas, DBP. Perkembangan yang menakjubkan ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi salah satu bahasa yang penting di dunia, apalagi semakin ramai pelajar antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan rantau Oceania berminat mengikuti pengajian bahasa itu. Bahasa Melayu diajarkan di universiti Perancis, Britain, Belanda dan Australia. Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendidikan Victoria State, Australia terdapat lebih 100,000 orang pelajar yang mengikuti pengajian bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, malahan bahasa Melayu dituturkan oleh lebih daripada 250 juta orang penutur, yang menjadikannya bahasa keempat terbesar di dunia, selepas bahasa Inggeris, Cina dan Hindi. Bahasa Melayu digunakan bukan sahaja di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, bahkan di selatan Thailand, selatan Kemboja, selatan Filipina, Laos dan Vietnam. Di Sri Lanka misalnya, kira-kira 60,000 penduduknya menggunakan bahasa Melayu. Pengarah The English Company ( UK ) Ltd, David Graddol meramalkan bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang peling pesat berkembang, selain bahasa Mandarin, Inggeris, Hindi dan Arab menjelang 2050.

Di samping itu, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu ( MABM ) yang ditunjangi oleh DBP sejak empat tahun lalu turut dianggotai 30 buah negara dari Eropah, Amerika Utara, Asia Timur dan Oceania. MABM menggerakkan empat bidang utama iaitu penerbitan, kegiatan kebahasaan, pengajaran bahasa serta anugerah dan pengiktirafan. MABM juga sedang membangunkan sebuah gerbang web antarabangsa mengenai pengajian Melayu yang dijangka siap setahun lagi. Semua negara anggota Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia ( MABBIM ) dalam sidang ke-43 baru-baru ini pula bersetuju mendesak kerajaan negara-negara ASEAN menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN. Pada masa ini kira-kira 80 peratus penduduk ASEAN boleh bertutur bahasa Melayu.

Sesungguhnya Malaysia dan warga antarabangsa berkongsi pendirian dalam hal globalisasi dan orde baru dunia yang harus diperkukuh melalui kerjasama erat dalam bidang kebudayaan dan kebahasaan. Sokongan dan iltizam daripada kerajaan mampu menjayakan usaha tersebut sekali gus mencapai wawasan DBP untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020.

Page 21: Bahasa Melayu Kini Diangkat Bahasa Kelima Terbesar Di Dunia