keratan batang kerja

download keratan batang kerja

of 6

Transcript of keratan batang kerja

  • 7/22/2019 keratan batang kerja

    1/6

    Bahagian B

    KERATAN BATANG

    Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman. Kaedah

    ini cepat dikerjakan dan cepat menghasilkan anak pokok. Terdapat 3 jenis keratan iaitu keratan

    kayu lembut,keratan kayu sederhana lembut dan keratan kayu keras.

    Keratan kayu lembut

    Keratan kayu lembut diambil daripada bahagian ranting termuda sekali atau masih hijau.

    Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan

    keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang

    menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan

    persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus

    adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.Contoh pokok yang tergolong

    dalam kumpulan ini ialahAltenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.

    Keratan Kayu Sederhana Lembut

    Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Keratan ini

    biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-

    20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.Contoh tumbuhan yang tergolong

    dalam golongan ini ialah Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.

    Altenanthera sp Portulaca sp. Coleus sp.

  • 7/22/2019 keratan batang kerja

    2/6

    Keratan Kayu Keras

    Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan

    yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telahmatang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah

    dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena

    Contoh bagi tumbuhan dalam kalangan kaedah ini ialah : Pterocarpus indicus

    (Angsana/sena),Tecomaria capensis dan Baphia nitida

    Hibiscus sp Duranta sp. Ixora sp.

    Pterocarpus indicus Tecomaria capensis Baphia nitida

  • 7/22/2019 keratan batang kerja

    3/6

    1.Menyediakan langkah-langkah pembiakan secara keratan kayu.

    KERATAN BATANG

    Keratan batang boleh dibahagikan kepada 3 bahagian

    I. Bahagian batang keras II. Bahagian batang sederhana keras III. Bahagian batang lembut

    1. Jenis keratan

    o Bahagian keras

    Hendaklah dibuang semua daun

    o Bahagian sederhana keras

    Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali

    o Bahagian lembut

    Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja

    2. Langkah-langkah penyediaan keratan batang

    o Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik

    o Kerat dengan menggunakan skateur

    o Buang daun-daun yang tidak diperlukan

    o Kerat batang kepada beberapa bahagian

    o Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran

    o Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam

  • 7/22/2019 keratan batang kerja

    4/6

    o Siram dan letakkan ditempat yang teduh

    2 Amali keratan kayu sederhana lembut (Hibiscus sp.)

    i. Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik

    ii. Kerat dengan menggunakan skateur

    iii. Buang daun-daun yang tidak diperlukan

    iv. Kerat batang kepada beberapa bahagian

    v. Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran

    vi. Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam

    vii. Siram dan letakkan ditempat yang teduh

    3. Laporan aktiviti

    Kami telah menggunakan tumbuhan Hibiscus sp sebagai bahan kajian dalam aktiviti

    ini.Semasa memilih tumbuhan yang hendak digunakan,kami mendengar banyak taklimat

    mengenai jenis tumbuhan yang mudah tumbuh bagi memudahkan urusan kami.Setelah kami

    memilih tumbuhan daripada golongan tumbuhan berbatang sederhana keras ini,kami

    memotong pada bahagian yang kami inginkan.Setelah dipotong,kami membuang daun-daun

    yang tidak diperlukan dan seterusnya kami telah merendamkan hujung bahagian bawah batang

    ke dalam hormon pengakaran dan dibiarkan di tempat yang bersesuai selama

    seminggu.Hasilnya kami mendapati terdapat akar-akar pada batang pokok

    tersebut.Kesimpulannya tumbuhan boleh dibiakkan melalui proses keratan batang.

  • 7/22/2019 keratan batang kerja

    5/6

    Lampiran laporan aktiviti

    i. Memilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik

    ii. Kerat bahagian yang diperlukan

  • 7/22/2019 keratan batang kerja

    6/6

    iii. Akar pada bahagian batang mulai kelihatan setelah seminggu